Home Novelet Seram/Misteri Dendam Terbalas
Dendam Terbalas
Ni Story Aku Wei
12/11/2016 14:40:42
3,418
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab

Lisha berjalan dengan pantas sekali munuju ke tandas. Matanya sudah berair. Lisha tidak dapat menahan kesedihan itu. Dia terasa seperti dihina, dibenci dan dicaci.

“Apa salah aku? Salahkah aku meminati seseorang di sekolah ini?” kata Alisha sambil menahan sebak.

Dia mengingat kembali peristiwa 5 minit yang lalu. Lisha masuk ke dalam kelas sambil menjinjing beg. Belum sempat dia duduk, Julia dan Aryana menghampirinya dan menyoal.

“ Kau minat Azri eh? Kau tahu kan, Azri tu bukan untuk kau,” cebik Aryana sambil menolak kepala Lisha.

“ Kau tak sesuai lansungdengan Azri. Muka kau penuh jerawat! Hitam! Hodoh!!” tambah Julia.

Lisha berhenti mengingati perkara yang menyakitkan hatinya. Dia melihat dirinya di cermin. Sehelai sapu tangan di ambil dari poket untuk mengelap mukanya. Lisha sedih.

Dia melihat jam yang terdapat di pergelangan tangannya. Jam menunjukkan 2:50 petang. Lagi 10 minit pelajar tingkatan 2 dibenarkan untuk pulang. Lisha berjalan menuju ke kelas lalu mengambil begnya dan terus beredar.

“Oi perempuan. Kau tak reti tengok jam ke hah? 10 minit baru boleh balik,” kata Aryana sedikit marah.

Lisha mengerling ke arah Aryana. Lisha menjeling panjang. Sambil berjalan menuju ke arah pintu pagar utama, dia berbisik kecil.

“Aryana,Julia. Selama ni kau orang kenal aku sebagai Lisha seorang yang lemah, pendiam dan baik. Kau belum tahu siapa aku sebenarnya. Hehehehe,” bisik Lisha perlahan.

Lisha seorang anak yatim piatu, disebabkan itu dia tinggal bersama pak ciknya. Hari ini dia memilih untuk tenangkan fikiran di bawah sepokok asam yang terletak di belakang sekolahnya.

Ketika dia berjalan, dia berasa seperti diekori. Lisha melihat bayang-bayang yang semakin lama semakin hampir dengannya. Lisha mengeluarkan jarum peniti yang tersemat di atas kepalanya. Dia berjalan dengan penuh hati-hati.

Lisha menoleh kebelakang. Dia melihat kawasan sekeliling. Lisha mencari bayang-bayang yang mengekorinya sebentar tadi.

“Aku tahu kau ada dekat sini. Keluar jelah,” kata Lisha sambil melihat sekeliling.

Lisha tahu itu pasti saka ibu saudaranya, Cik Som. Meskipun mereka tinggal bersama namun Cik Som tidak suka akan Lisha di atas sebab-sebab tertentu. Lisha tahu Cik Som tidak suka dirinya kerana dia seorang budak yang baik.

“Aduh, aku nak kena balik dah ni. Lapar,” rengek Lisha sendirian.

Dari jauh, kelibat seorang lelaki sedang memerhatinya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.