Home Cerpen Komedi/Romantik Komedi Entry Cinta Untuk Nisa
Entry Cinta Untuk Nisa
illifadli
5/4/2016 17:29:03
2,297
Kategori: Cerpen
Genre: Komedi/Romantik Komedi

“Entry Cinta Untuk Nisa”

[Blog-Entry Baharu]

*Entry ini saya tujukan khas buat seorang gadis bernama Nisa, kalau ada sumur di ladang boleh kita menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi dan lagi dan lagi...lagi...lagi.....*

6 Januari 2015

Hari ini aku ke tempat kerja menggunakan perkhidmatan bas dan LRT kerana motosikal aku tayarnya pancit. Memang tak bertuah langsung kalau pagi hari tayar motor dah pancit, depan dan belakang pula tu. Tapi aku ni pun bukan kategori manusia yang buta pengangkutan awam, jadi bak kata lagu nyanyian Kaka “Bukan hal aku”...Ke apa ada hal?. LRT pada waktu pagi memang sesak macam buah laici dalam tin. Nasib baik aku dapat pot baik, sudut tepi berhampiran pintu tren dan memang muat badan aku untuk terselit di situ. Bila tren tiba di stesen Pasar Seni, ramai juga umat manusia yang masuk ke dalam tren dan tak kurang yang keluar dari tren. Dalam ramai-ramai manusia itu mata aku tertarik (macam magnet melekat pada peti sejuk) pada seorang gadis bertudung kuning, berkaca mata dan berbaju kurung. Gadis Melayu terakhir yang aku cari! Ya ampun, kulit putih dan sangat manis. Nasib baik dia berdiri dalam lingkungan dua meter dari jarak aku, kalau tidak mesti aku jadi muka hensem tak malu datang menegur dan bertanya “apa khabar” tapi bukan dalam versi rap. Gadis tersebut turun di stesen KLCC sementara aku macam biasa (walaupun luar biasa bila naik LRT ke tempat kerja)turun di stesen Ampang Park. Kami tak sempat pun mengucapkan goodbye, tapi siapa tahu mungkin ada jodoh till jannah antara kita. Ketika berjalan kaki menuju ke bangunan pejabat, hati aku berbunga-bunga dan sempat juga aku siulkan lagu Kabhi Kushi Kabhi Gham sebagai tanda gembira setelah melihat seorang gadis yang aku sifatkan sebagai “makhluk Tuhan paling manis” pagi itu.

14 Januari 2015

Kalau ikut kalendar kuda yang tergantung depan dinding aku ini, Negeri Sembilan cuti, tapi aku bukan di Negeri Sembilan sebaliknya di Kota Metropolitan Kuala Lumpur (aku jarang bercuti) yang tidak pernah cuti walaupun hari cuti. Kerja di pejabat tidak terlalu banyak sebab bos departmentkami bercuti seminggu, baharu lepas kahwin ar katakan. Jadi aku gunakan kesempatan masa yang sedikit terluang untuk scroll timelineTwitter (tapi aku guna internet dan peranti sendiri ok bukan macam kau guna ofis punya *ahaks*). Tiada cerita menarik dari para sekalian tweeps yang aku follow mungkin sebab ini waktu bekerja (11 pagi waktu Malaysia tau dan mungkin ada yang masih membuta @ tidur ) dan tak banyak luahan rasa madah berhelah yang kelihatan. Jadi aku berpindah pula ke Instagram untuk cuci mata sebab di platform ini hanya dikhaskan untuk gambar sendiri atau orang (tapi ramai juga yang upload gambar bukan manusia). Aku bukan jenis yang suka selfie, tapi di Instagram ni aku ada 100 post berbagai genre (tidak terhad pada wajah sendiri sahaja). Gambar yang menarik aku akan like dan yang biasa-biasa aku tengok je. Orang kata kalau rezeki tidak ke mana. Dalam proses menjadi stalker di Instagram aku terlihat suatu wajah. Ya wajah gadis yang aku lihat dalam tren LRT minggu lepas! Gadis tersebut ber-wefie bersama dengan seseorang yang aku followdi Instagram. Lagi menarik aku dapat tahu akaun Instagram dia. Jadi dengan perasaan penuh teruja aku klik pada nama dia dan terpaparlah profile dia. Malangnya profile gadis tersebut ada lambang kunci yang membawa maksud private *huhuhuhu* Namun ternyata nasib menyebelahi aku. Di bio profile Instagramnya ada disertakan link ke akaun twitter miliknya. Jadi tanpa berlengah (orang tua-tua kata benda baik jangan tunggu-tunggu) aku pun terus klik link tersebut. Dengan lafaz Bismillah, keluarlah profile akaun twitter dia di telefon pintar aku dan sungguh bertuah badan ini kerana akaun twitternya tidak ada lambang kunci! (Aku klik butang follow dan berharap dia akan follow back, tapi kalau dia tak follow back pun aku masih rasa gembira macam si ipin mendapat peha ayam *hehehehe*).

1 Februari 2015

Hari Ahad, bermaksud hari cuti. Aku seperti mana lelaki bujang yang lain menghabiskan waktu yang produktif (ah’ha produktif ke?) ini di rumah, terbaring di sofa menonton tv *tengok JJCM sambil telan air liur*. Sebenarnya sudah lebih dua minggu sejak aku follow gadis manis itu di Twitter, namun tiada interaksi antara kami. Sebabnya aku mengharap dia follow backaku supaya tak terlihat yang aku ini terlalu beriya-iya. Keterujaan untuk mengenali dia semakin berkurangan. Betul aku baca tweet dia setiap hari namun aku sekadar menjadi silent reader tanpa meretweet atau meng-favouritekan tweet dia dan kadang-kadang aku risau juga kalau-kalau tertekan butang startu (sekarang “love”). Di Instagram aku tidak ada keberanian untuk tekan butang follow, apatah lagi akaunnya diprivasikan. Ok, rasanya aku kena move on, jangan terlalu berharap. Jadi seharian ini, aku habiskan masa menulis di blog aku (aku antara manusia yang tak popular yang masih setia menulis entry terbaru setiap minggu di blog).Menulis memang hobi aku (ke lagi tepat aku cakap menaip?) dan aku memang terlibat dalam penulisan beberapa karya cerpen yang diterbitkan oleh penerbit bebas (sebenarnya baru dua cerpen aku yang berjaya masuk dalam antologi cerpen)selain ada cerpen aku yang tersiar di suratkhabar SelangorKini yang diedarkan secara percuma setiap Jumaat di Selangor sahaja.

19 Februari 2015

Gong Xi Fa Cai! *makan limau mandarin* Sambutan raya cina dan bermaksud cuti panjang selama empat hari! Di Twitter dipenuhi dengan ucapan selamat tahun baru cina. Aku tidak ketinggalan untuk memeriahkan timelinedengan ucapan yang aku reka sendiri. Ianya bukan terlihat sebagai ucapan selamat sangat tapi lebih kepada pickupline. “Hai awak suka makan kambing? Tahun ini tahun kambing, kalau awak suka makan kambing, mungkin saya jodoh awak”.Percayalah, sangat hambar tweet aku itu dan tidak langsung mendapat retweet dari mana-mana tweeps. Tring tring! Ada notifications dari twitter. “Nisa followed you”. Kemudian satu lagi, “Nisa fovorited your Tweet”. Jodoh? (Penantian ku ini telah berakhir! *lirik lagu Hafiz Hamidun*) Dia telah follow back aku di Twitter, dan ini sesuatu yang aku nantikan. Sekejap, aku perlu fokus dan tidak harus dilihat terlalu ghairah untuk berkomunikasi antara kami. Bak kata anak muda zaman 90 an, “Biar lambat asal selamat” (Ok, itu biar lambat memandu asal selamat sampai bukan lambat mengorat!).Hati aku kembali berbunga, seakan ada peluang, cumanya aku perlu pastikan dia masih Single and Available. Hari itu seharian aku mendengar lagu-lagu cinta nyanyian Datuk Siti Nurhaliza, dan yang paling aku ulang berkali-kali ialah lagu “Bukan Cinta Biasa”. (Oh, cintaku bukan di atas kertas, cintaku getaran yang sama, tak perlu dipaksa, tak perlu dicari (kena cari) kerna ku yakin ada jawabnya..owhhhh *uhuk uhuk*)

2 Mac 2015

Sejak semalam aku dah mula berkomunikasi dengan Nisa, gadis yang aku lihat dalam tren LRT dulu (mana tahu kau orang tak ingat kan). Walaupun komunikasi ini tanpa suara, cuma melalui interaksi Twitter, namun aku rasa sangat teruja (mungkin inikah yang dinamakan cinta?) Setiap kali dia tweet aku akan mencelah dengan me-reply tweet dia. Ada satu tweet itu dia tanya kenapa lelaki kuat merokok. Aku balas dengan memberitahu yang lelaki kuat merokok sebab mereka ini tak tahu nak buat apa lagi kalau tak merokok dan mungkin mereka dah standbyambil polisi insurans kesihatan. Kemudian mulalah kami saling balas membalas tweet antara satu sama lain. Ok, aku janji aku akan cuba kawal diri dan tak minta nombor Whatsapp dia. Betul, aku cuba *ahaks*. Kau tahu, aku dah tukar twitconTwitter aku dengan gambar selfie aku. Jenuh jugak nak mencari angle terbaik berselfie ni, tapi akhirnya aku berjaya dan ini aku rasa selfie aku yang paling good looking.(Bila aku post selfie tu di Instagram dapat 13 Likes, ok jadilah daripada tak ada like kan? *hohoho*)

8 Mac 2015

Sekarang keterujaan aku untuk membuka Twitter setiap hari semakin memuncak. Kalau sehari tak tengok Twitter, ibarat mandi tak basah buang air tak lawas. Sejak aku kenal Nisa di Twitter, aku semakin gigih bekerja. Betul, aku tak bohong. Aku mula menyimpan angan-angan untuk mengangkat hubungan ini ke satu tahap yang berbeza (padahal tak sampai sebulan pun aku dan Nisa berinteraksi di Twitter *nampak sangat aku ini jejaka perasan yang terlalu....aku lupa perkataan yang aku nak sebut tu*).Tapi sebelum aku menyimpan angan-angan tersebut aku perlu memastikan beberapa perkara yang basic.

1. Status dia, solo atau sudah berpunya. Kalau sudah berpunya tak perlu risau, sebab cikgu aku cakap selagi belum bertunang kita masih ada peluang.

2. Dia tinggal di mana. Kalau dia tinggal jauh sangat, bermakna hubungan ini dalam konteks “Hubungan Jarak Jauh” dan itu agak mencabar. Eh tapi bukankah dulu aku nampak dia dalam tren LRT, so mestilah dia tinggal sekitar Kuala Lumpur atau kawasan yang sama waktu dengannya kan?

3. Mesti cuba dapatkan nombor telefon dia. Itu wajib sebab bila dapat nombor telefon, boleh call dan bila boleh call bermaksud boleh ajak jumpa dan bila boleh jumpa bermaksud ada peluang untuk menjalin perasaan antara satu sama lain. Bukan apa, kalau hanya berhubung via media sosial ini tak begitu ada soul. Jadi aku pun mulakan operasi untuk memenuhi ketiga-tiga perkara yang aku tetapkan itu perlahan-lahan tanpa terburu-buru.

15 April 2015

Manuskrip yang aku hantar sekitar Januari pada satu penerbit buku ini telah diterima untuk diterbitkan! Aku sangat teruja dan perasaan itu aku kongsikan di twitter. Korang tahu siapa orang pertama yang membalas tweet aku itu? Betul, Nisa. Dia ucapkan Tahniah pada aku, dan dia kata yang dia tak sabar untuk membaca buku tulisan aku itu. Paling buat aku rasa sangat berbunga-bunga bila dia kata yang dia teringin untuk ke hari pelancaran buku aku itu nanti. Kemudian aku beritahu dia, aku sangat berbesar hati. Dia sempat bertanya pada aku, sebelum ini aku pernah menulis? Aku cuma bagitahu dia yang ini buku pertama aku, dan kalau ingin baca lebih banyak tentang apa yang pernah aku tulis (tapi tak pernah diterbitkan) aku suruh dia ke blog aku. Ada link yang aku berikan kemudian. Nampak tak? Aku semakin mencapai tujuan aku, mengetahui lebih lanjut berkaitan dia (Yehaaa! *lompat bintang*)

6 Jun 2015

Pelancaran buku pertama tulisan aku. Ianya diadakan di salah sebuah kedai buku yang sangat popular di KLCC. Perasaan aku bercampur baur. Pagi tadi Nisa tweet pada aku, memaklumkan yang dia akan hadir ke majlis pelancaran buku aku itu. Tepat jam 3 petang, majlis pelancaran pun bermula. Selepas selesai sesi memperkenalkan aku dan buku tulisan aku, sesi autograph pun bermula. Memang tak ramai yang beratur untuk dapatkan tandatangan aku, maklumlah aku penulis baru dan karya ini pun masih hijau di pasaran (mahu tak hijau, baru dilancarkan kot). Aku mencari-cari kelibat Nisa. Walaupun tidak pernah berjumpa namun aku kenal akan paras rupanya kerana dia selalu tweet gambarnya dan rakan-rakan dia di twitter. Malah aku siap save satu gambar dia dalam telefon lagi tau. Majlis sudah hampir selesai, dan aku pun sudah mahu meninggalkan kedai buku itu. Sedang aku berbual-bual dengan seorang penulis senior (aku cakap dia senior sebab buku tulisan dia best seller Ok) datang seorang gadis memberi salam kepada aku. Dia hulurkan buku karya aku, bersama sebatang pen. Katanya mahu minta tandatangan dan dia juga minta aku tuliskan kata-kata semangat. Penulis senior tadi beredar meninggalkan aku berdua dengan gadis itu (nampak, abang penulis tu bagi aku ruang privasi). Aku tanyakan nama dia, dan dia beritahu namanya Nisa. Ya ampun! Kenapa aku boleh tak perasan? Dia senyum pada aku dan bertanyakan samaada aku ingat pada dia yang selalu berinteraksi dengan ku di Twitter hampir setiap hari (sejak sebulan lebih ini memang kami selalu berbual rancak di twitter). Ok, bila berdepan begini ternyata dia lebih manis dan menawan sehingga aku sendiri tidak perasan. Oh, apa yang menyebabkan aku tidak cam akan wajah dia kerana hari ini dia tidak memakai cermin mata seperti mana selfie-selfienya di Twitter (serta ketika kali pertama aku lihat dia dalam tren LRT). Aku hulurkan buku yang telah aku tandatangani itu pada Nisa, dan dia terima dengan penuh rasa kegembiraan. Bagaimana aku tahu dia gembira? Senyuman dia, senyuman yang membuat aku mencair bagai ais batu yang dicurahkan air panas suam suam kuku. Nisa beredar meninggalkan aku. Alamak! Kenapalah aku tak ajak dia minum kopi dulu di kafe-kafe berdekatan? Tapi aku dah tinggalkan sesuatu dalam buku itu tadi. Bukan setakat tandatangan yang aku berikan, tetapi juga nombor telefon dengan ayat-ayat manis “Selamat berkenalan di dunia realiti”. (Kalau ada jodoh antara kita, pasti kita berjumpa untuk kali kedua!)

14 Jun 2015

Ahad terakhir sebelum bulan Ramadan tahun ini hadir. Nisa menghantar mesej Whatsapp kepada aku, katanya dia mahu berjumpa aku. Terkejut? Sebenarnya tiga hari selepas kami berjumpa kali pertama masa majlis pelancaran buku aku tempoh hari, Nisa ada menghubungi aku. Itulah kali pertama kami berbual di telefon (budak sekarang panggil OTP), dan perbualan itu hampir 15 minit juga lamanya. Dia beritahu yang dia telah selesai membaca buku aku dan dia sangat suka akan jalan ceritanya. (Wah! Cepatnya dia habis membaca).Perbualan di telefon itu memberikan satu lagi harapan kepada aku untuk menjalin satu hubungan yang bukan sekadar “sesama followers”. Aku bersetuju berjumpa dengan Nisa. Kami berjumpa di Nu Sentral. Jika ini dikira first date memang sangat tidak sesuai ar cara aku berpakaian. Aku hanya bertshirt hitam V-Neck dan berseluar Jeans dengan menyarung kasut “Chuck Taylor” berwarna merah. Memang itu gaya aku (mahu kelihatan hipster tapi good looking katakan)dan tidak perlulah aku cuba menjadi orang lain. Nisa pula kelihatan sangat menawan sehingga aku sendiri tak mampu nak jelaskan berkaitan pakaian dia (biasa aku tengok model Hijabister di Zalora pakai begitu, *anggun*). Dalam pertemuan lebih setengah jam itu, Nisa memaklumkan yang dia akan berpindah ke Sabah pada Ahad depan. Katanya mereka sekeluarga ingin berpuasa dan beraya di kampung halaman. (Alamak! Sabah tu, jauh sangat kena naik kapal terbang!). Keluarga dia memang berasal dari Sabah namun kerana bapanya bertugas di Kuala Lumpur sejak tujuh tahun lepas, mereka menetap di sini. Ok. Aku sudah sedikit mempunyai info berkaitan keluarganya. Perbualan kami menjurus kepada soal keluarga masing-masing, kerja dan pastinya dia bertanya tentang buku tulisan aku. Sebelum Nisa mohon beredar aku memberitahu dia yang sebelum aku kenal dia di twitter, aku pernah melihat dia dalam tren LRT. Nisa tersenyum dan memberitahu yang itu mungkin petanda ada jodoh. Yes! Aku memang ada peluang. Korang tahu bila seorang gadis kata begitu pada seorang lelaki, itu bermakna dia sebenarnya sedang memberitahu sesuatu kepada kau. (In love with you).

30 Jun 2015

Aku tahu Nisa kini di Sabah, menjalani ibadah puasa bersama keluarganya di sana. Setiap hari aku akan menghantar mesej Whatsapp kepadanya. Interaksi kami di Twitter masih berjalan seperti biasa cuma tidak sekerap dulu kerana aku sendiri sudah semakin jarang untuk bertwitter. Kerja aku sekarang semakin bertambah, apatah lagi di bulan Ramadan ini semua orang mengejar masa untuk menyiapkan kerja dengan cepat supaya dapat pulang berbuka on time. Lagipun aku kini lebih banyak meretweet tweet-tweet dari mereka yang membaca buku aku. Biasanya mereka akan tweet beberapa petikan dari buku aku, dan untuk menunjukkan penghargaan aku akan fovourite dan retweet tweet mereka itu. Aku dan Nisa juga sudah follow satu sama lain di Instagram walaupun di Instagram kami jarang berinteraksi melainkan kami hanya like gambar antara satu sama lain. (Bila hati sedang kerinduan ku tuliskan untukmu surat cinta)

31 Julai 2015

Ini adalah hari penentuan bagi aku. Aku akan meluahkan perasaan aku kepada Nisa. Sejak raya pertama aku berfikir untuk melakukan hal ini. Benar, aku tidak mahu berlengah. Aku tahu Nisa tidak menjalin hubungan dengan sesiapa. Malah sejak dari awal puasa sehingga sudah raya yang ke berapa ini kami selalu berbual mesra di telefon. Bertanya perihal masing-masing, maklumlah mahu berjumpa jauh pula (Tiket kapal terbang tak semurah minyak motor Lagenda aku).Mak cakap, kalau aku serius mahu mengenali dia dengan lebih rapat, aku mesti mula menyimpan duit untuk beli tiket kapal terbang serta persediaan lain (nampak, mak aku lebih berpandangan jauh berbanding aku). Jadi hari ini, aku sudah membuat persediaan rapi. Untuk suatu kejutan yang sangat luar biasa. Pada aku ini merupakan lamaran yang sangat hipster dan rare. Masa yang sesuai untuk aku meminta Nisa baca sesuatu di blog aku. Ya, semua yang aku tulis dari awal tadi hingga sekarang akan dia baca. (mungkin ada orang lain juga baca, korang juga akan baca tapi ada aku kisah? Hahahaha) Tapi perenggan yang terakhir nanti memang hanya ditujukan untuk seorang gadis bernama Nisa.

“Kepada Nisa, saya tidak pernah menduga hari di mana tayar motorsikal saya pancit depan belakang adalah hari saya akan melihat seorang gadis yang dengan IzinNYA nanti mahu saya jadikan seseorang yang sangat Istimewa dalam hidup saya. Percayalah, jarak hanyalah angka sahaja, bak kata orang tua-tua, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Ketika awak sedang membaca entry yang saya postkan di Blog saya ini, saya sedang berada dalam kapal terbang, menuju ke Kota Kinabalu untuk bertemu awak. Betul! Lihat Instagram, saya telah post selfie saya sebelum naik kapal terbang ni. Semoga awak sedang tersenyum bila membaca entry ini dan jangan lupa nanti whatsapp saya alamat rumah awak di Kota Kinabalu, kalau tak alamatnya saya menangis tak berlagu! Jumpa nanti dua jam dari sekarang or mungkin lebih sikit kot. (I Love You Nisa! *cubaan berani seorang lelaki meluahkan perasaannya dahulu di blog sebelum bertemu empat mata*)

TAMAT

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.