Nama aku Aysabella Lyesa binti Abdul Malik, umur
aku baru 21 tahun dan aku baru je habis Diploma dalam bidang Graphic Design di
Uitm Puncak Alam. Nak kata aku ni cantik takdalah tapi adalah iras-iras muka
Cinta Laura. Eh, terperasanlah pulak haha.
“Ma Lyesa
nak pergi rumah mak long dulu ok.” Pintaku. “Erm, pergilah tapi hati-hati drive
to dan jangan lupa kirim salam dekat mak long dengan abang Azyem sekali.” Pinta
mama. Ish, tak da orang lain ke mama aku ni nak kirim salam, dengan si jelly tu
jugak.
“Assalamualaikum.” Aku memberi salam sebelum
masuk kedalam rumah mak long. “Waalaikumusalam, ha Lyesa dah sampai pun kamu.” Ujar
mak long sambil bersalaman. “Mak long mama kirim salam dekat mak long dengan
abang Azyem sekali.” Aku menyampaikan pesan mama.
Tiba-tiba kami terdengar bunyi enjin kereta
memasuki halaman rumah. “Ha, tu abang Azyem kamu dah balik pergilah jumpa dia
dan jangan lupa sampaikan salam mama kamu kat dia Mak Long nak masuk bilik sekejap.”
Huh apa Mak Long ni abang Azyem aku dia kata oh please lah. “Hai, Lyesa dah
lama sampai?” Soal abang Azyem.
“Hai,
takdalah Lyesa baru je sampai. Abang mama kirim salam.” balasku sambil
menyampaikan salam. “Waalaikumusalam.”jawabnya sambil tersenyum serta menampakkan
lesung pipinya. “Oklah Lyesa, Az naik atas nak mandi dulu tau. Nanti kita
sambung chit-chat ok.” Eh, alamak gelinya aku dengan si jelly ni.
“Ha, Lyesa
malam ni tidur rumah mak long eh.” Pinta mak long. “Erm, Lyesa mana bawa baju
lebih mak long.” Ujarku mecari
alasan supaya aku tidak perlu
ikut permintaan mak long untuk aku tidur dirumahnya. “Eh, kamu dah lupa ke,
baju-baju arwah Aisyya kan ada banyak.” Aisyya Imanie ialah anak angkat mak
long umurnya sebaya denganku tapi allah lebih menyayanginya dia sudah pun pergi
menghadap ilahir kerana menghidapi penyakit Lukemia tahap terakhir 3 tahun yang
lalu. “Hurm, yelah mak long Lyesa tidur sini.” Pasrah aku bila mak long suruh
aku pakai baju Aisyya.
“Lyesa nak
tidur sini?” soal Abang Azyem. “Yelah.” Balasku acuh tak acuh. Malam itu kami
makan malam bersama. Mak Long adalah ibu tunggal kerana suaminya iaitu Pak Long
telah Meninggal dunia kerana sakit jantung 5 tahun yang lalu. Jadi sekarang
hanya Mak Long dan Abang Azyem sahaja yang tinggal dirumah ini.
………………………………..
“Lyesa.”
Mak Long menegurku sewaktu aku sedang berehat di pondok yang berada diluar
rumah. “Ye, Mak Long ada apa?” Soalku. “Mak Long nak minta tolong sikit boleh?”
Pinta Mak Long seraya menyoal. “Mak Long nak minta Lyesa tolong apa?” soalku
kembali. “Kahwin dengan Abang Azyem.” Ujar Mak Long. Betul ke apa yang aku
dengar ni? Aku tak mimpikan? Banyak persoalan yang muncul dalam kepala aku.
“Mak Long tak berguraukan.” Ujarku meminta
kepastian takut aku salah dengar. “Tak, Mak Long serious nak Lyesa jadi menantu
Mak Long. Lagipun kamu tahukan macam mana perangai Abang Azyem kamu tu kan. Mak
Long tak nak dia kawan dengan orang yang bukan-bukan dan terus tersasar dari
jadi seorang lelaki. Tolong Mak Long ye Lyesa.” Pinta mak long.
Mak Long
meluahkan segala rasa yang terbuku dihati. Mak Long menggengam tanganku agar
aku memahami perasaannya. Aku tak sampai hati tengok Mak Long macam tu. Dia
yang besarkan aku sewaktu mama dan papa menetap di UK disaat papa ditugaskan
disana sebagai pengurus disebuah hotel. Aku tidak dibawa bersama kerana mereka
mahu aku membesar dengan suasana Malaysia. Bila umurku mencecah 13 tahun baru
papa dan mama membawa aku bersama ke UK dan bila aku berumur 17 tahun kami
sekeluarga pulang semula ke Malaysia.
Sebelum
aku ke UK Abang Azyem masih normal dan bila aku kembali semula kesini aku lihat
dia sudah jadi lelaki yang berjiwa lembut seperti seperti lelaki jelly. “Lyesa,
macam mana kamu setuju?” Soal Mak Long tetapi tiada respon dariku. “Lyesa. Kamu
setuju tak?” “Ya.” Balasku selepas Mak Long menepuk peha aku sekuat hati.
Punyalah sakit macam terkoyak kulit aku rasa. “Ya allah betul ni. Alhamdulillah.” Ujar Mak Long
seraya memelukku.
Aku
blur sekejap. Mata aku membulat besar bila aku mengingati apa yang berlaku
tadi. Alamak macam mana aku boleh setuju nak kahwin dengan mamat jelly tu. Hancurlah
masa depan aku. Bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata
kena kahwinlah aku jawabnya. “Senang
hati Mak Long bila Lyesa dah setuju. Hari tu Mak Long ada tanya mama dengan
papa Lyesa dan diaorang setuju tapi mereka suruh Mak Long minta persetujuan
daripada Lyesa jadi sekarang Lyesa dah setuju Mak Long lega sangat.
…………………………………………………..
“Mammy
nak Azyem kahwin.” Ujar Mak Long setelah aku dan Mak Long masuk kedalam rumah
dan duduk diruang tamu sewaktu Abang Azyem sedang menonton tv. “Mammy kan kita
dah bincang yang Azyem takkan kahwin dengan anak kawan Mammy tu.” Balasnya. “Azyem
dah janji dengan Mammy kan yang Azyem akan kahwin dengan orang Azyem kenal.”
Ujar Mak Long seraya mengingatkan Abang Azyem tentang janjinya dengan Mammynya
dan aku hanya memerhati berbicangan 2 beranak itu.
“Ye Azyem ingat abis tu Mammy nak Azyem kahwin
dengan siapa? dengan Lyesa ke?” Balas Abang Azyem seraya menyoal. “Ye.” Jawab
Mak Long dan Abang Azyem terus melopong mendengar kata-kata Mammy nya. Dia
segera memandang wajahku meminta kepastian dan aku hanya menganggukkan kepala.
Setelah
lama Abang Azyem dan Mammy nya bertegang urat akhirnya Abang Azyem mengalah dan
menerima aku sebagai bakal isterinya. Mukanya kelihatan seperti terpaksa. Huh,
ingat aku ni suka rela ke nak kahwin dengan dia. Ni semua mulut aku punya
pasal, kalau tak aku dah tolaklah tapi sebab aku tak sanggup nak hampakan Mak
Long pasal tu aku tak membantah
Seminggu
telah berlalu dan sekarang mama dan Mak Long busy untuk menyiapkan majlis kami
yang hanya tinggal kurang dari sebulan dan aku hanya busy kena paksa dengan
mama dan Mak Long untuk pergi fitting bajulah, cari cincin kahwinlah, serta
cari barang hantaran. Nasib baik aku dan Abang Azyem telah menghadiri khusus kahwin
sewaktu kami melanjutkan pelajaran dulu.
“Lyesa
kita makan dululah Az lapar dan penatlah sebab pagi tadi Az tak sempat sarapan
sebab bangun lambat.” Ujar Abang Azyem. “Okey jom.” Balasku dan kami terus
menuju ke restoren berdekatan Pavillion. “Kenapa Lyesa setuju nak kahwin dengan
Az?” Soalnya. “Hurm, alasan yang sama kenapa abang terima untuk kahwin dengan
Lyesa.” Balasku. Setelah kami selesai makan kami mengambil keputusan untuk
pulang setelah semua barang yang dicari sudah dibeli.
…………………………………….
“Hayrul Hazyem Bin Haris, aku nikahkan akan dikau dengan anakku
Aysabella Lyesa Binti Abdul Malik dengan mas kahwinnya 3000 ribu ringgit
dibayar tunai.
Dengan sekali lafas aku sah menjadi isteri kepada abang jelly iaitu
Abang Azyem. Alamak baru berapa saat bergelar isteri aku dah kutuk suami
sendiri. “Assalamualaikum Lyesa.” Ucap suamiku. Dengan segera aku mendonggak
memandang wajahnya dan dia melemparkan sebuah senyuman yang sangat comel bagi
aku. Janganlah tergoda wahai hati.
Setelah semua majlis berjalan dengan lancar aku dan Abang Azyem
dibenarkan berehat dibilik pengantin disaat hampir masuk waktu maghrib. Bilik
tidurku di jadikan bilik pengantin dan dihias cantik dengan cadar berwarna pink
soft dan diatas comforter ditaburi bunga mawar berwarna merah berbentuk love.
“Siapa yang hias bilik ni?” Soal Abang Azyem. “Lyesa yang hias sendiri.”
Balasku. “Cantik.” Pujinya sambil melemparkan senyuman yang manis. Alamak asal
aku ni dari masa lepas akad nikah tadi asyik puji dia senyuman dia je.
“Lyesa pergilah mandi dulu lepas tu kita solat maghrib sesama.” Ujarnya
dan aku hanya menganggukkan kepala lalu mengambil tuala dan terus menuju ke
bilik mandi untuk membersihkan diri.
Usai menunaikan solat maghrib
berjemaah dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dan tanpa melengahkan masa
aku terus menyambut tangannya. Disaat aku mencium tangannya, dia mencium
ubun-ubunku. Hatiku terasa sesuatu yang asing, terasa seperti berbunga-bungan
tapi segera aku tepis sebab aku tidak mahu terlalu awal untuk jatuh cinta sebab
takut kecewa.
Setelah seminggu kami mendirikan rumah tangga
Abang Azyem membuat keputusan untuk berpindah dan tinggal dirumah sendiri pada
awalnya Mammy melarang tetapi setelah berbincang akhirnya Mammy bersetuju.
“Ni lah rumah baru kita.” Tunjuk Abang Azyem
kepada sebuah panthouse. Kami berdua masuk kedalam rumah serta membawa barang yang
kami bawa untuk berpindah. Rumah itu
dilengkap 3 buah bilik 1 master room, disetiap bilik disediakan bathroom, 1
bilik wardrop dan dapur yang luas.
“Lyesa ni bilik kita.” Tunjuknya. Kami memang
tinggal sebilik tapi untuk bersama tu masih belum lagi sebab kami berdua masih
belum bersedia. “Lepas ni kita pergi supermarket untuk beli barang dapur ye.
…………………………………………………….
Hari ini
hari pertama aku memulakan kerja sebagai graphic designer di syarikat suami aku
sendiri. Pada awalnya aku mahu bekerja di tempat lain tapi Abang Azyem berkeras
menyuruh aku bekerja di syarikatnya katanya graphic desingnernya kurang. Aku
diperkenalkan sebagai seorang graphic designer baru dan pekerja baru tapi bukan
sebagai isterinya kerana aku yang meminta dia untuk merahsiakan dahulu kerana
tidak mahu semua pekerja menghormatiku sebab aku isteri boss.
“Asya, jom pergi lunch.” Ajak Kak Eja salah
seorang pegawai yang sudah berkhidmat disitu disaat arwah papa mentuaku masih
hidup. “Tak apalah kak saya kena lunch dengan boss hari ni ada benda nak
bincang.” Balasku sambil mengemas barang
untuk pergi lunch. “Aik dah dekat seminggu Aysa kat sini asyik Lunch date
dengan boss je ada apa-apa ke.” Giat Kak Eja sambil tersenyum dan dia terus
pergi lunch bersama-sama beberapa orang pekerja lain.
“Mana
abang ni lapar tau.” Gumamku perlahan. “Maaf abang lambat, abang ada kerja
sikit kena habiskan.” Pintaan maaf diucapkan. Aku hanya mengganguk dan kami
terus pergi lunch bersama.
Setiba
direstaurant kami terus mengoder makanan. “Eh, Az ke ni?” Tegur seseorang
lelaki tetapi berpewatakan lembut seraya menyoal Abang Azyem. “Eh, Mir ni I lah
Az.” Balasnya sambil bersalaman. “Hansome kau sekarang noks.” Ujarnya sambil
mengenyitkan matanya. Haih mak nyah ni nak ngorat laki aku ke. Alamak asal aku
rasa macam orang tengah jelous je.
“Siapa perempuan ni noks?” Soalnya. “Kenalkan
ini isteri I.” Ujarnya. “Eh, u dah kahwin, bukan u dah janji ke nak kahwin
dengan I.” Ujarnya sambil mencebikkan bibirnya. Ehh, nyah ni dah lebih apasal
laki aku nak kena kahwin dengan dia pula. Aku potong bibir kau tu karang. “U ni ada-ada ajalah.” Balas suamiku sambil
ketawa. “Abang Lyesa nak pergi toilet sekejap.” Ujarku. Dia hanya menganggukkan
kepala dan terus berborak dengan mak nyah tadi.
Setelah
tiba dioffice aku banyak mendiamkan diri. Bila dia tanya sepatah, sepatah
jugalah aku jawab. “Aysabella Lyesa masuk bilik saya sekarang.” Arah Abang
Azyem. Aku segera bangun dan terus menuju kebiliknya sesudah aku ketuk pintu
biliknya aku diarah masuk.
“Duduk sayang.” Ujarnya. Tanpa sepatah kata
aku terus menarik kerusi dihadapannya dan terus duduk. “Sayang please say
something, kenapa sayang senyap je lepas balik dari lunch tadi.” Ujarnya seraya
berdiri dan terus bertenggek diatas meja kerjanya. “Tak ada apa-apalah.”
Balasku acuh tak acuh. “Jangan nak tipulah, sayang sebenarnya jelouskan dengan
Mir tadi.” Tekanya. Aku hanya memandang wajahnya tanpa berkata apa-apa. “Sayang
abang dengan Mir tu tak ada apa-apalah kita orang kawan baik.” Terangnya.
“Kawan abang cakap, Lyesa tahulah abang tu dulu siapa!” ujarku dengan nada yang
sinis. “Entah-entah tu girlfriend abang tak dulu.”Sambungku lagi.
Matanya
memandang tepat kearah mataku tanpa berkata apa-apa. “Lyesa tahu abang kahwin
dengan Lyesa pun bukan sebab abang nak ikut cakap mammy sangat pun kan tapi
sebenarnya abang kahwin dengan Lyesa sebab nak Tutup hubungan sulit Abang
dengan Mak Nyah tu kan !” Ujarku dengan nada yang tinggi. “Lyesa sampai hati
Lyesa tuduh abang macam tu. Abang ikhlas memperisterikan Lyesa” Balasnya serta
titisan air mata. Ya allah, apa yang aku buat ni. Aku ingin meminta maaf tapi
lidah aku seperti terkelu.
Dia terus
mencapai handphonenya dan terus berlalu keluar. Aku hanya mampu memandang dan
mengiringi langkahnya dengan air mata yang mengalir.
…………………………….
“Abang!!”
Panggilku seraya mencari Abang Azyem di seluruh pelusuk rumah tapi tiada
jawapan yang aku temui. Aku kembali kebilik tidur kami untuk berehat. “Ya
allah, mana abang pergi ni, sayang minta maaf, sayang terlalu ikot hati yang
cemburu.” Ujarku dengan linangan air mata. Aku bangun dari katil dan terus
menuju ke bilik air untuk menunaikan solat asar setelah masuk waktu.
Usai menunaikan solat aku berdoa supaya aku dapat
bertemu dengan abang Azyem dan aku ingin meminta maaf kepadanya.
“Assalamualaikum mammy, Abang Azyem ada datang jumpa mammy tak?” Aku
mengucapkan salam serta bertanya mammy saat aku menalifonnya. “Waalaikumusalam,
tak ada Lyesa, kenapa?” Mammy menjawab salam serta persoalanku seraya menyoalku
kembali. Aku berbual panjang dengan mammy tapi aku tidak memberitahu perkara
sebenar kepada mammy.Sepanjang malam aku mencuba menalifon Abang Azyem tapi
handphonenya off.
Tiga hari telah berlalu dan masih tiada khabar
berita daripada abang Azyem. Aku mengambil keputusan untuk pergi ke rumah
mammy.
“Assalamualaikum Mammy” Ucapku seraya mengetuk
pintu rumah mammy. “Waalaikumusalam, eh Lyesa kamu datang sorang je mana
Azyem.” Jawab mammy seraya menyoal.” Aku terus menyalami tangan mammy seraya
memeluknya beserta linangan air mata. Mammy merasa pelik dan dia terus menyoal
setelah itu aku menceritakan dari awal sehingga akhir apa yang terjadi.
“Sekarang
Lyesa tenang pergi rehat dulu dekat bilik Azyem nanti mammy iktiarkan untuk
cari Azyem.” Ujar mammy seraya menenangkan aku yang sedang susah hati. Setelah
itu, aku terus masuk bilik Abang Azyem. Aku sangat terkejut melihat suasana
bilik abang Azyem masih sama seperti saat aku tinggalkannya masa aku ke UK
dulu. Aku terus pergi ke meja kerja abang Azyem. Eh, ni dairy abang Azyem ni.
Aku membuka buku diary itu untuk mengetahui isinya.
15
June 2007
Sampai
hati Lyesa nak tinggalkan abang. Kenapalah Lyesa kena pergi duduk UK, lepas ni abang dah takda kawan nak bertumbuk
nak, bergaduh, nak bertekak. Dengan Aisyya abang tak boleh buat semua tu.
Lyesa tahu tak abang sayang Lyesa, abang sayang
lebih dari seorang adik kalau boleh abang nak kahwin dengan Lyesa. I LOVE U
LYESA.
Hati aku mula berasa sebak saat aku membaca halaman
pertama diary abang Azyem. Ya, allah jadi selama ni abang Azyem sayangkan aku lebih dari
seorang adik. Tapi tu masa aku baru pergi ke UK. Aku terus menyelak muka surat
seterusnya.
13
May 2011
Akhirnya,
lepas 5 tahun abang tak jumpa Lyesa esok Lyesa akan sampai ke Malaysia tak sabarnya
abang nak jumpa sayang abang ni. Sayang tahu tak abang rindu sangat dekat
sayang. Rindu
serindu-rindunya. Sekarang abang dah abis belajar kalau boleh abang minggu
depan jugak abang nak suruh mammy pinangkan Lyesa untuk abang. Tapi abang tahu
Lyesa mesti tak setuju so abang akan tunggu Lyesa sampai Lyesa setuju.
Walauapapun terjadi abang nak juga memperisterikan Lyesa. I
LOVE U LYESA.
14
May 2011
Tadi
masa abang ambik sayang dekat airport sayang buat tak tahu je dekat
abangkan, buat macam tak kenal
je. Sayang tahu tak, pedih hati abang ni rasanya. Ni semua idea si Mir la
ni suruh aku berlakon sebagai
lelaki lembut katanya supaya Lyesa suka kat aku tapi ni apa pon tak jalan. Tak apalah demi Lyesa abang sanggup jadi
lelaki lembut asalkan abang dapat kahwin dengan Lyesa. Mama mesti akan carikan
abang calon isteri untuk abang kahwin supaya abang berubah kepada lelaki tulen
dan disaat itulah abang pasti Lyesa mesti menjadi isteri abang. I
LOVE U LYESA
Ya allah, jadi selama ni menjadi lelaki lembut tu
hanya lakonan abang je untuk memperisterkan aku. Apa aku dah buat ni aku dah
lukakan hati orang yang menyintai aku sepenuh hati dia. Ya allah, berdosanya
aku. Aku teruskan bacaan dengan linangan air mata.
12
October 2015
Alhamdulillah,
hari ni Lyesa sah menjadi milik abang. Terima kasih Ya Allah kerana kau telah
memperkenankan doa hambamu ini. Akhirnya telah bertahun-tahun penantian Lyesa
jadi milik abang yang sah. Abang bersyukur dan gembira
sangat. Akhirnya pengorbanan dan lokonan abang tak sia-sia. Thank Mir atas
bantuan kau. Tak sabar abang nak bagi tahu Lyesa yang selama ni abang hanya
sayang dan cintakan Lyesa seorang saja. Nanti abang nak bawa Lyesa pergi bulan
madu dekat Paris sebab tukan tempat yang Lyesa paling teringin nak pergi dan
dekat situ nanti bolehlah kita buat anak banyak-banyak.. ahahahahahaJ…Tak sabarnya abang nak ada anak
dengan sayang mesti anak-anak kita comel macam sayang. I LOVE U FOR EVER LYESA.
Maafkan Lyesa abang Lyesa dah buat salah yang
besar sangat. “Lyesa, mammy dah tahu Azyem ada dekat mana.” Ujar mammy saat
masuk kedalam bilik. “Abang ada dekat Paris kan mammy.” Ujarku meminta
kepastian dari mammy. “Ye, macam mana Lyesa boleh tahu?” Jawab mammy seraya
menyoal. Aku hanya menghulurkan diary Abang Azyem tanya menjawab.
“Mammy
Lyesa pergi Paris dulu nak cari abang.” Ujarku setelah menyalami mammy dan
terus pulang kerumah untuk mengemas baju. Tanpa berfikir panjang aku terus
menalifon rakanku yang berkerja di KLIA untuk menempahkan aku tiket ke Paris
hari ni. Aku tak kira aku mesti cari abang aku nak minta maaf dekat dia.
……………………………………………….
Setelah hampir 15 jam perjalanan dan
memandangkan transit di Doha hampir 3 jam. Akhirnya aku tiba di Paris dan aku
terus mencari hotel untuk penginapan. Setelah berehat untuk beberapa aku terus
keluar dari hotel untuk mencari suami aku mengunakan gps detector. Setelah
beberapa beberapa bulan berkahwin aku baru tahu bahawa Abang Azyem ada memasang
gps detector tanpa pengetahuan aku. Aku tahu mengenainya pon sewaktu aku
mengodek-godek hanphone aku semasa menunggu waktu penerbangan aku semalam.
Kalau ikot gps patutnya dah sampai tapi apsal
tak jumpa pun abang ni. “Bukk!” Aku terlanggar seseorang. “I’am sorry.” Ujarku
seraya menunduk-nundukkan kepala berkali-kali sebagai tanda minta maaf. “It’s
Okey, not your false, my false jalan tak pandang-pandang.” Aku yang terkejut
saat mendengar dia bercakap Bahasa melayu aku terus memandang wajah orang yang
aku langgar tadi.
“Abang.”
Ujarku seraya memeluknya. “Sayang buat apa kat sini?” Soalnya serta membalas
pelukan aku.
“Abang,
sayang minta maaf sayang tahu sayang salah. Patutnya sayang sedar yang selama
ni abang sayangkan sayang. Tapi selama ni juga sayang menidakkan perasaan
sayang terhadap abang sebab sayang tak boleh terima perubahan abang. Kalau
abang nak tahu selama ni pun Lyesa sayang dan cintakan abang sejak dari kita
kecik lagi tapi Lyesa takut cinta Lyesa hanya bertepuk sebelah tangan jadi
Lyesa hanya mampu pendamkan je. Maafkan Lyesa ye abang, Lyesa tahu Lyesa isteri
derhaka sebab dah buat air mata abang mengalir jadi Lyesa minta ampun dengan
abang. Abang jom kita balik Malaysia Lyesa rindu sangat dekat abang.” Ujarku
dengan nada tersedu-sedan kerana terlalu sebak.
Abang
merungkaikan pelukan kami. Dia menghapuskan air mata aku mengunakan kedua-dua
ibu jarinya. “Sayang tak buat salah pun. Sebenarnya abang yang salah sepatutnya
abang luahkan apa yang abang rasa tapi ni tak abang pendam je. Bila dua-dua
pendam tiada siapa pun yang tahu perasaan kita. Tapi abang bersyukur sangat
bila sayang jadi isteri abang akhirnya.” Ujarnya dengan senyuman.
“Tapi kalau
sayang nak balik Malaysia sayang balik la sorang abang tak nak.” Ujarnya sambil
berpeluk tubuh dengan muka yang tanpa secalit senyuman. “Tapi kenapa? Tadi
Abang kata sayang Lyesa tapi kenapa tak nak balik Malaysia?” Soalku dengan
suara yang lirih.
“Macam
mana abang nak balik kalau kita belum berbulan madu lagi rugilah abang merajuk
sampai kesini kalau tak dapat anak comel dari Paris ni.” Ujarnya dengan
senyuman paling manis seraya menarik aku kedalam pelukannya di hadapan Ieffel
Tower.
“I Love you, Hayrul Hazyem.” Ucapku seraya mengucup
pipinya.
“I Love You too, Asyabella Lyesa.”Ucapnya kembali
seraya mengucup bibirku.