Home Cerpen Cinta Kisah Kita..
Kisah Kita..
Syaifah Zakira
7/2/2015 12:45:03
2,979
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta
   Hari yang di tunggu tiba juga.Aku gentar melebihi raja sehari yang sepatutnya lebih gementar pada.Aku mengenakan baju yang direka khas untuk majlis persandingan abang kesayanganku.Memandangkan akulah yang dilantik untuk menjadi jurufoto pada hari bersejarah pada seluruh keluargaku dan keluarga kakak iparku yang mesra dipanggil Kak Amani itu. Mulanya aku segan untuk menerima pelawaan abang memandangkan aku baru tiga kali menghadiri kursus jurufoto yang diadakan ditempat kerjaku namun akhirnya aku setuju setelah dipujuk dan dirayu.

  Baju berwarna biru laut memang sengaja aku pakai walaupun warna tema perkahwinan ini ialah hijau pucuk pisang. Walaupun ditegur mak andam yang terlebih sudu dari kuah itu namun aku tetap dengan pendirianku yang sememangnya meminati warna biru laut. “Kak Eza..Kak Eza..Ibu panggil akak di dapur.Cepat!”Suara adikku yang kecil itu menarik perhatian semua yang berada disitu.Aku pula yang naik malu dengan adikku yang satu ini. “Iya..Janganlah sampai terjerit-jerit macam orang tak siuman.”Aku menggelang-geleng saja apabila adik bongsuku itu tersenyum menampakkan giginya yang terkurang satu.

   Sesampai didapur yang seperti pasar minggu itu aku mencari-cari muka ibuku yang tercinta,Puan Lila atau sinonim dengan panggilan Mak Lela.Aku menarik lengan ibu kekiri sedikit agar perbualan kami tidak mengganggu dan diganggu orang. “Kenapa ibu panggil akak.?”Aku bertanya. “Ni..Mak cik kamu dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Senai.Ibu nak minta kamu jemputlah ni.Boleh ke tidak? Lagipun kamu punya kerjakan pukul dua nanti.Sekarang baru pukul sebelas.”Aku membuat muka bosan. ‘Kenapalah tugas seperti ini yang diberikan kepada seorang jurufoto?Apa muka aku ini tercap wajah ala-ala pemandu pelancong ke?’ Ibu mulai faham. “Tak apa kalau kamu tak mahu.Ibu minta mak cik kamu naik bas saja tapi kamu bayarlah duit kamu banyak lagikan nak tanggung harga tambang dua perhentian tu,kan?”Aku mengeluh. “Iyalah. Akak ambil.Tapi mak cik yang mana satu?”Aku mencari kepastian dari wajah ibu yang mulai ceria akibat persetujuanku yang tadi. “Alah..yang dulu jadi cikgu jahit kakak. Tak ingat?” aku mengerutkan dahi dan.. “owhh yang itu. Ingat,ingat.Nanti ibu mesej akak nombor Mak Cik Siti tu ya.”Aku melangkah masuk kerumah semula namun ditarik oleh ibu. “Bukan Mak Cik Siti. Nama dia Mak Cik Sarah.”Aku tersengih sendirian dan mengangguk-angguk bagai budak tadika yang berumur enam tahun.

   Aku memarkir kereta Produa Alza milikku di hadapan balai ketibaan.Telefon di dalam beg aku keluarkan dan mencari-cari nombor yang telah dikirimkan ibu sebentar tadi.Belum sempat aku mendail nombor yang sedia tertera di muka skrin telefon ada nombor yang menelefonku terlebih dahulu. “Hello,Assalamualaikum.”Aku terdengar suara yang tiba-tiba menyentak anggota pernafasanku sekali gus dalam masa sesaat sebelum aku menjawab salam dari si pemanggil. “Waalaikumusalam.Abang Nazrin ke ni?”Aku jawab perlahan takut tersilap orang. “Ya,ni Eza kan?” giliran dia pula bertanya padaku.Aku mengangguk-angguk sahaja. “Hello..ada orang tak ni?” Baru aku tersedar yang aku sedang bercakap dengan telefon. “ya..ya..ada ni.Abang kat mana ni?Eza baru sampai depan balai ketibaan.Abang Nampak Eza tak?”Aku turun dari kereta dengan bajuku yang terlampau ‘bling-bling’ pastinya menggamit pandangan semua yang berada di situ. “Eza pakai baju kurung warna biru laut depan kereta Alza putih.” Aku memberitahu keadaanku agar lebih senang untuk dicari. “Okey,abang nampak.Kejap,ya.” Hatiku mulai berdebar apabila dia makin mendekati aku.Susuk tubuhnya tetap sama seperti yang aku lihat lima tahun lalu namun wajahnya ada sedikit berubah dari segi ketampanan dan warna kulit yang semakin putih seperti yang aku sedang amati sekarang ini.Sebuah senyuman manis dilemparkan padaku sebaik tiba dihadapan aku. “Eza kan?” aku hanya mengangguk menutupi rasa gemuruh di hati. “Janganlah pandang abang macam tu.Abang belum kahwinlah.” Aku tersentak dengan fakta yang diberikan padau.Aku mendiamkan diri sambil mencerna maklumat yang baru aku dapat sebentar tadi. “Mana Mak Cik Sarah,Abang Faizul dan Umairah?”aku menukar topik perbualan kami agar tidak tersasar jauh dan yang lebih menakutkan jika fikiranku yang semakin tersasar lebih jauh dari yang dihadkan.Aku lihat Mak Cik Sarah sedang berjalan kearah kami bersama dengan dua orang lagi anaknya.Tanpa tunggu sepatah kata dari Abang Nazrin aku terus meluru kearah Mak Cik Sarah. “Assalamualaikum,mak cik.”Aku menegur sopan. “Waalaikumusalam. Dah besar anak saudara mak cik ni.Dah boleh jadi isteri orang dah ni.”Aku tersenyum sopan sambil menyambut salam darinya.Tangannya ku cium dan kemudian menyambut pula salam dari adik saudaraku,Umairah. “Isy..apalah mak cik ni.Ke situ pula perginya. Eza kalau dah ada calon hari ini juga Eza nikah.Tapi belum sampai masa lagi kut” Aku memandang Umairah yang sudah tersenyum jahat. “ eleh belum ada calon konon.Abis yang itu siapa?”Aku menutup mulutnya lagi sebelum dia membuka mulut lebih lagi.Mak cik Sarah meninggalkan aku dan Umairah serta abang Faizul. “Ummi dah tahulah,Eza.”Abang Faizul tersenyum sebelum turut mengikut Mak cik Sarah ke keretaku. “Umai.!”aku mencubit lengannya. “Manalah Umai tahu yang ummi nak tengok perbualan Facebook kita.” Aku sudah tak keruan apabila Abang Nazrin melangkah kearah kami.Umai tinggalkan aku sendirian dengan senyuman. “Eza nak segan kat rumah nanti boleh tak.Jangan di sini.Malu orang tengok nanti.”Aku melangkah kearah kereta dengan lambat-selambat yang mungkin. “Abang bawa kereta ya.Eza duduk sebelah.”Aku lihat Abang Nazrin tersenyum lagi. Aku yang naik pelik melihat gelagat semua saudaraku ini. “Suka hati abanglah.Eza ikut saja.” Tanpa berlengah aku terus ke tempat duduk sebelah pemandu.

   Berpandukan arah dariku,akhirnya kami selamat tiba dirumah.Sengaja aku menyuruh abang berhenti di luar pagar kerana takut menganggu kerja-kerja menghias meja makan pengantin.Lelaki yang duduk disebelahku ini hanya diam sahaja.Abang Faizul dan Umairah sudahpun turun menbawa bagasi masing-masing.Kini tinggal aku dan Abang Nazrin sahaja yang berada didalam kereta yang berhawa dingin ini. Baru sahaja aku mahu membuka pintu kereta,lenganku dicapai lembut. “Eza tunggu abang sekejap boleh?” aku mulai tak keruan.Dadaku berombak-ombak laju bagai baru sahaja menamatkan larian seratus meter. “Abang rindukan Eza tau tak?” Aku dengar lagi suara itu. “Kenapa Eza tak mesej abang lagi ya sejak Eza..”ayat itu dibiar tergantung namun aku tahu apa yang ingin disampaikan olehnya. “Rasanya tak perlu kut nak berbalas mesej lagi.Eza pun dah tak harap apa-apa lagi pada abang.” Aku cuba berlagak tenang setenang nada yang terkeluar dari bibirku sebentar tadi.Aku menoleh kearahnya,rupa-rupanya dia sedang asyik memandang padaku. Aku diam tak berkutik. “Abang tahu apa yang Eza rasa pada abang.Abang betul-betul minta maaf sebab tolak Eza waktu tu.Abang Cuma tak mahu pelajaran Eza terganggu dan abang pun tengah belajar masa tu.Kita masih sangat muda waktu tu.” Aku tersenyum sinis. “Eza bersyukur sangat yang abang tolak Eza masa tu.Terima kasih sangat-sangat sekurang-kurangnya Eza boleh tahan diri Eza.Tak apa,Eza tak kisah tentang tu.” Jauh di sudut hatiku perkataan tak kisah itu bagai menusuk jarum kedalam hati,terasa pedihnya. “Abang harap Eza maafkan abang sepenuhnya. Jangan sindir abang sampai macam tu.”Aku membisu dan Abang Nazrin turut membisu.Tak lama kemudian,dia keluar dari tempat pemandu namun aku sempat menangkap kata-katanya yang terakhir tadi. “Malam ni abang mesej Eza.Tunggu ya?”Aku diam sebentar sebelum aku juga turun selepas mematikan enjin kereta.

   Dengan debaran yang menggunung aku melangkah seiring dengan langkah si pengantin baru itu agar setiap langkahnya boleh dijadikan kenangan.Sungguh aku gembira melihat abangku kini sudah beristeri namun jauh disudut hati terbit rasa cemburuku pada Kak Amani. Selepas ini dialah yang bakal menggantikan semua tugasku.Aku yang kesunyian sendiri.

   “Eza..tolong gosokkan baju abang boleh?”Abang Afrin menghulurkan sehelai kemeja kepadaku. “Abang ni,bilalah abang nak kahwin ni,hah? Asyik-asyik suruh orang.Baju dia orang kena basuh, kena sidai,kena gosokkan. Tak malu,eh?”Aku mengenakannya sambil tersenyum di hujung kataku. “Aish,Eza ni.Tak apalah kalau tak mahu tak apa. Biar abang gosok sendiri.” Abang berlalu pergi tanpa sempat berkata apa-apa. Aku pula yang harus kepenatan mengejarnya yang sudah pun menutup pintu biliknya.Aku memulas tombol pintu.Kelihatan dia mengeluarkan set keperluan untuk menggosok baju di biliknya.Aku tergelak sendiri melihatnya. “Alahai,marilah Eza gosokkan.Tak apa. Simpanlah balik alat menggosok abang ni. Mesti dah lama tak gosok baju sendiri ni. Sampai dah berhabuk semuanya ni.” Abang menjongketkan bahunya sedikit. “tahu tak apa. Selama abang kerja ni kan abang tak pernah gosok sendiri kecuali pergi mesyuarat kat luar negeri. Abangkan..” aku menyambung ayatnya. “Sibuk.” Aku lega melihat dia tersenyum padaku lagi.

   Namun kini dia sedang berdiri megah bersama pilihan hatinya diatas pentas pelamin. Aku jadi haru apabila air mataku mengalir dipipi. “Kenapa?”Aku terperanjat mendengar suara yang benar-benar dekat di telingaku.Aku menoleh alangkah terkejutnya aku melihat Abang Nazrin di sampingku dengan muka yang amat rapat dengan wajahku.Aku mengundur beberapa langkah. Abang Nazrin tersenyum nakal. Aku melangkah mendekati pelamin abang,kononnya mahu visual yang lebih jelas namun sebenarnya hatiku bagai terbakar dengan tindakannya mendekati aku tadi. Sungguh aku tidak suka lelaki selain abang berada dekat denganku seperti kedudukan kami tadi. Aku memanggil adikku, Fathia untuk menggantikan posisiku sebagai jurugambar seketika. “Aduh,manalah Fathia pandai guna kamera basar macam akak punya ni.”Aku menggaru kepalaku yang diselaputi tudung itu. “Tia ambil gambar macam biasa. Tekan sini.” Aku mengajarnya cara mengambil gambar tahap budak darjah satu saja dan kemudian aku keluar dari dewan persandingan yang sesak dengan manusia itu.

   Aku mengunci diriku didalam kereta Alzaku. Tanpa menunggu sesaat aku melepaskan tangisku yang tergendala tadi akibat Abang Nazrin yang datang menggangguku. Entah kenapa aku teringatkan abang saudaraku itu. Air mataku berhenti mengalir. Fikiranku menerawang ke sepuluh tahun yang lalu.

   “Ibu,kita kat mana ni?” aku berkata sambil menguap. Aku menyedari bahawa kereta kami tiba dihadapan sebuah rumah banglo setingkat. Seingatku kami tidak pernah kerumah ini. “Jom masuk.”Pertanyaanku langsung tak terjawab. Aku menurut saja arahan ibu dan turun bersama lima orang adik beradikku. Kami masuk dengan lemahnya kerana baru sahaja bangun dari tidur yang panjang tadi.

   Kami disambut oleh seorang wanita yang langsung ku tak kenali. “Ini mak cik kamu. Mak Cik Sarah.” Mak cik itu mengusap kepalaku. Aku tersengih saja membiarkan dan membetulkan tudungku yang sudah sedia senget akibat tertidur didalam kereta tadi. Aku duduk sopan diatas kerusi sebelum adikku,Fathia meleset ditepiku. “Akak,cuba tengok abang tu. Muka dia comelkan?”Aku menoleh kearah yang ditunjukkan oleh adikku itu tadi. Aku tersenyum apabila mendapati dia sedang memandang kearahku. Benar kata Fathia rupa dia agak comel namun lebih kepada kacak. Wajahnya memang putih melebihi aku. “Siapa dia,kak?”Fathia bertanya lagi. “Manalah akak tahu. “Aku menoleh kearah lain sebelum dituduh menyukai lelaki yang tak kukenali itu. “Assalamualaikum.”Aku terkejut dan kaget mendengar suara yang betul-betul dekat dengan telingaku itu. Kakiku terasa sengal apabila aku dapati aku telahpun melanggar bucu meja kaca dihadapan sofa dan akhirnya aku tersungkur. Aku mencebik kearah Fathia yang sedang galak menggelakkan aku. Tak kurang juga Aisya dan Nurin,dua orang lagi adikku yang kecil turut mengelakkan aku. Aku menutup mata menahan geram dan akhirnya aku tersenyum dengan kekalutanku yang tak kusangka bakal berakhir dengan senyuman lelaki yang memandangku tadi dia kini sedang menghulurkan tangannya kepadaku,mungkin ingin membantuku bangun barangkali. Namun aku tetap bangun sendiri tanpa mencapai tangannya yang terangan bukan muhrimku. Fathia berkata padanya. “Kak Eza tak pernah pegang tangan lelaki selain Abang Afrin dengan ayah. Pak sedara kami pun tak pernah dia salam apatah lagi awak ni.” Lelaki itu menarik semula tangannya dan mengangguk mengerti dengan kata-kata Fathia tadi. “Nazrin, ajak adik-adik tu makan.” Aku yang sedang sibuk mengurut kakiku yang mungkin kelebaman akibat terlanggar meja tadi terdengar Aisya memberitahu berita aku tersungkur dan disambung oleh Abang Afrin sendiri. ‘Tak guna punya abang.’Aku merungut didalam hati sendirian. Tiba-tiba aku terdengar suara lelaki yang dipanggil Nazrin tadi. “Okey tak kaki tu?” Aku menoleh kearahnya dan tersenyum dan mengangguk. Mungkin tak puas hati lagi bertanya dia mendekatiku dan duduk dihadapanku. “Abang minta maaf tau. Abang tak sengaja terkejutkan adik tadi.”Aku tergelak kecil mendengar dia memanggilku ‘adik’. “Panggil saya,Eza saja. Adik tu kelakar sangatlah. Lagipun saya ni akak bukannya adik.” Aku lihat dia tersenyum. “Okey,jom makan. Eza..”Aku lihat di menyebut-nyebut namaku beberapakali sebelum dia duduk di meja makan besar itu. “Ibu masak apa hari ni?” Mak cik Sarah hanya menggeleng. Aku menggigit bibir ketika melihat Sambal uadang yang aku masak pagi tadi terhidang di meja makan. “Sambal ni mak cik kecil tu yang buat.” Aku tunduk saja dan duduk disebelah Abang Afrin. “Eza..kau kenapa?” Abangku menegur kasar. “Aku seganlah. Dah lah. Makanlah kau.” Aku mengambil sambal udang dan terus meletakkan ke dalam pingganku. Aku dengar ada suara yang memuji masakanku. Ayah pula yang menyibuk mengatakan yang aku bersungguh masak pagi tadi. Cewah,bukan main ayah puji dengan mimik muka sekali main peranan.Aku kembang di dalam hati.

   Menjelang petang,Ibu menyuruh aku dan abang mengambil beg di dalam kereta.Namun, tidak aku sangka ada yang turut membantu;Abang Nazrin. Saudaraku itu tanpa disuruh mengangkat beg bajuku. Aku memandang Abang Afrin,namun dia juga terpinga-pinga lalu dia mengangkat bahu tanda dia juga tidak tahu. "Dahlah,jom masuk. Kau bawa beg ni ya,Eza"aku mengangguk dan mencapai beg baju milik adik-adikku. Sebelum masuk aku menutup bonet kereta.

   Sampai di ruang tamu,abang saudaraku itu datang semula.Dia meminta beg yang aku jinjit. "Tak apalah biar Eza yang angkat." Dia diam dan tersenyum. "Awak tu perempuan,biarlah saya yang angkat."katanya. Aku mengalah juga.Beg itu bertukar tangan dan dia terus berlalu. Aku mengikut saja dia dibelakang. Sampai di sebuah bilik kami berhenti dan aku melihat dia meletakkan beg tadi di atas lantai. Dia senyum manis padaku dan terus berlalu.Aku jadi hilang kawalan melihat senyumannya itu. Namun cepat-cepat aku mengingatkan diriku bahawa dia itu abang saudaraku.

   Bila waktu malam menjelma,Ibu mengajak kami adik beradik duduk di ruang tamu bersama keluarga Mak Cika Sarah.Sekali lagi aku tersentak dengan tindakkan Abang Nazrin yang duduk di sebelahku tanpa rasa malu,namun faktanya,aku yang malu. Dia tidak kekok untuk memperkenalkan dirinya dan keluarganya. Menurut kata-katanya,Dia sekarang berumur lapan belas tahun dan mempunyai tiga orang adik-beradik dan menurut kata hatiku pula dia mempunyai senyuman yang manis dan berkulit putih bak kata orang sempurna dari segi penampilannya. Aku hanya mendengar kata-katanya namun mataku menghadap ke televisyen yang terpasang dihadapan mata. Sewaktu aku menoleh kelihatan dia berbual dengan Fathia adikku. Malas aku nak melayan lagi.Aku terus ke bilik yang disediakan untuk aku dan adik-adikku. Tiba-tiba,telefonku berdering menandakan mesej masuk.

-Kenapa masuk bilik. Dah tak mahu berbual dengan abang ke? 

   Aku diam sebelum membalas mesej.

+siapa ni?

-Ni abanglah. muhammad nazrin.

+owhh..salah ke eza masuk bilik.boring tahu tak..

-oklah kalau macam tu..selamat berehat..

+ok..bye.
Aku terus menutup skrin telefon. Tidak mahu diganggu. Namun cerita itu tidak berhenti sampai disitu sahaja.Selepas seminggu aku pulang ke selatan tanah air. Aku pula yang sering mengirim pesanan ringkas padanya. Senang kata kami semakin rapat hinggalah suatu hari,aku mendapat kekuatan untuk memberi tahu kepadanya yang aku ikhlas menyukainya. Aku mulai sedar yang hubungan kami tidak serapat dahulu. semua cerita itu aku luahkan kepada Umairah,adik kepada Nazrin.

    Semakin hari aku semakin rapat dengan Umairah namun perbualan kami tetap bersangkut paut dengan abangnya itu. Hubungan di dalam talian Facebook itu sedikit sebanyak mengubat rinduku pada Nazrin.

   Aku tersedar dari lamunanku apabila mendengar tingkap keretaku diketuk bertalu-talu. Aku mengesat sisa air mata dipipiku sebelum aku turun dari kereta "Kenapa?" soalku kepada Abang Nazrin. "Abang yang patut tanya soalan tu pada Eza." Aku mengeluh kecil sebelum memandang ke arahnya. "Kenapa abang layan Eza macam ni sebenarnya. Terus terang Eza cakap,Eza tak suka dilayan macam ni sedangkan kita tak ada ikatan apa-apa. Tolong faham Eza." Dia memandangku redup.Namun cepat-cepat aku mengalihkan pandangan mataku. "Eza.."panggilnya lembut. "kalau boleh abang nak sangat cakap yang abang sukakan Eza sejak Eza terus terang pada abang lagi,waktu dulu. Tapi abang tak boleh.Sebab kita masih muda lagi waktu tu. Tak sesuai untuk abang terus terang waktu tu. Tapi sekarang abang rasa waktunya dah tiba untuk abang bagi tahu apa yang sepatutnya abang bagi tahu lima tahun lepas." Aku diam tak berkutik. Debaran didadaku semakin memuncak. "Abang sayangkan Eza sejak dulu lagi,sayang abang pada Eza lebih dari seorang abang pada adiknya. Kalau Eza izinkan,abang nak kita halalkan hubungan kita ni. Macam apa yang Eza kata tadi, Eza tak mahu Eza dilayan macam ni sebab kita tiada hubungan yang sah. Jadi,abang harap Eza setuju." mendengar setiap bait katanya aku semakin yakin yang memang dialah destinasi aku. Aku mengangguk perlahan,tanda aku bersetuju. Abang Nazrin tersenyum senang dan mengucapkan terima kasih padaku.

Setahun kemudian..

   Satu lagi majlis yang tidak kurang hebatnya dengan majlis Abang Afrin tahun lalu berlangsung.Kini genaplah seminggu aku secara sahnya menjadi milik Muhammad Nazrin bin Syah Hanif. Aku tak pernah menyangka jejaka yang aku puji melambung dahulu kini sedang duduk di sebelahku di atas singgahsana yang terhias indah buat kami berdua. Kini baru aku tahu sebab dia terlalu baik padaku sewaktu aku menjejakkan kaki ke rumahnya dahulu. Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu. Mulai hari ni akan terlakarlah kisah baru didalam catatan hidupku bersama si dia,kekasih hatiku..

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Syaifah Zakira