Home Cerpen Cinta Cerita Aku dan Dia
Cerita Aku dan Dia
Annull Misnan
28/11/2014 01:09:37
3,897
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

“Saya cinta awak Emir” luahku kepada Emir dengan nada yang tergagap. Setelah lama aku menyimpan perasaanku terhadap Emir akhirnya aku luahkan juga. “Agak rumah kau tak ada cermin eh? Cuba kau cermin sikit diri kau tu sebelum nak cakap kau cintakan aku, dah lah gemuk!”jerkah Emir. Dengan perasaan yang hancur bercampur malu kerana cintaku telah ditolak oleh Emir aku pun berlari-lari turun dari bumbung sekolah .

Ke esokkan harinya disekolah telah heboh tentang cintaku di tolak oleh Emir. “Weh, bila kau pergi jumpa si Emir tu?”Tanya Mya kepadaku. Mya ialah sahabat baik aku dan hanya Mya sorang saja yang sudi berkawan dengan ku yang gemuk ini. “Erm,aku pergi jumpa dia semalam dekat bumbung sekolah.” terangku dengan nada yang sedikit berbisik. “Kan aku dah kata lupakan je perasaan kau tu, kau tengok sekarang kau yang malu bila semua orang dah tahukan.” Balas Mya dengan nada yang serius.

Walaupun seminggu telah berlalu tetapi kisah tentang cintaku ditolak oleh Emir masih heboh diceritakan. “Baik lah anak-anak hari ni cikgu nak perkenalkan rakan baru kamu, nama die Rayyan.” Terang guru kelasku kepada kami semua lalu menujukkan ke arah seorang budak lelaki. “Rayyan sila perkenalkan dirimu”pinta guru kelasku kepada Rayyan. “Hai,semua nama saya Rayyan saya baru berpindah kesini. Saya berpindah kesini kerana mengikut keluarga saya. Selamat berkenalan.” Terang Rayyan kepada kami semua sambal tersenyum. “Weh, hansomelah budak baru tu.” Kata Mya yang duduk disebelahku,dan aku hanya mendiamkan diri saja. “Baiklah Rayyan awak pergi duduk di sebelah Zamin.” Arah guru kelasku kepada Rayyan sambil menunjukkan arah. “Hai, nama aku Zamin, budak belakang aku ni nama dia Mya dan budak yang belakang kau tu nama dia Lissa. Terang Zamin kepada Rayyan. “Oh, hai.” Ujar Rayyan sambil mengangkat tangan.

Di kantin sekolah ramai budak-budak yang ingin berkenalan dengan Rayyan. “Jom duduk situ.” ajakku kepada Mya sambil menunjukan tempat yang aku maksudkan setelah kami membeli makanan. “Weh kau tengok tu ramai budak-budak perempuan yang tergedik-gedik nak berkenalan dengan Rayyan tu.” Terang Mya sambil menunjukkan kearah Rayyan yang sedang dikerumi oleh budak-budak perempuan. “Erm,biarlah dia, tak penting kot.” Balasku dengan nada acuh tak acuh. Tak lama kemudian loceng menandakan tamat waktu rehat berbunyi dan semua pelajar masuk ke kelas masing-masing seperti biasa.

Di dalam kelas. “Lissa awak ok?” Tanya Rayyan kepadaku dengan takut-takut kerana melihat mukaku cemberut. “Aku ok ke tak ape kena menggena dengan kau pulak!” Balasku dengan nada yang agak tinggi. “Zamin, kenapa muka Lissa cemberut dan bila saya tanya dia marah saya balik, kenapa?” Soal Rayyan kepada Zamin bila dia tidak mengetahui kenapa aku cemberut. “Oh, Lissa tu Kau jangan tanya dia,dia tengah frust cause cinta dia kena tolak dengan Emir. Siapa suruh suka budak paling top.” Terang Zamin sambil ketawa.

Ke esokkan hari setibanya disekolah aku dan Mya bersama-sama pergi ke loker untuk mengambil buku yang kami tinggalkan disitu. Apabila aku membuka loker aku dapati didalam lokerku ada sebungkus coklat Cadbury yang sederhana besar. “Wah, Lissa mana kau dapat coklat Cadbury ni?” Soal Mya kepadaku apabila terlihat sebungkus coklat Cadbury didalam locerku. “Erm,entahlah aku pon tak tahu mungkin aku punya secret admaire bagi kot.”ujarku sambil ketawa.Tak lama selepas itu lonceng menandakan waktu persekolahan pun bermula dan aku pun masuk ke dalam kelas dengan membawa coklat itu.

“Wah, Lissa kau bawak coklat eh.” Ujar Zamin sabil tersenyum-senyum menampakkan baris giginya. “Kenapa tanya kau nak eh. Kalau kau nak ambillah tapi kena kongsi dengan Mya.”ujarku. “Coklat punya pasal kongsi pun kongsilah kan Mya. Anyway thank Lissa sebab bagi kita orang coklat nie.” Ujar Zamin dan Mya kepadaku sambil ketawa.

Petang itu aku ke tasik dimana tempat aku dan Mya selalu lepak. Aku duduk diatas bangku yang betul-betul menghadap tasik, tengah asyik aku memandang keindahan tasik itu tiba-tiba aku terdengar suara orang sedang menyanyikan lagu cukup indah nyayian Alif satar. “Merdunya suara siapa nyanyi ye.”kataku sambil mengaru kepala yang sebenarnya memang tak gatal. Aku cuba mencari siapa yang menyanyikan lagu itu,tiba-tiba aku terkejut apabila melihat garangan siapakah yang menyanyikan lagu itu. “Eh,itu bukan Rayyan ke budak baru kelas aku.” Kataku didalam hati dan tiba-tiba handphone aku berbunyi dengan nyaringnya menggeluarkan lagu Maafkan aku nyayian kumpulan Last Minute. setelah melihat nama yang tertera di talifon bimbitku, tanpa melengahkan masa terusku angkat. “Erm, hello Mya ada ape kau call aku ni?” soalku. “Sebenarnya aku nak bagitau yang aku tak dapat lepak dengan kau petang ni cause aku ada hal-lah.” Terang Mya dengan panjang lebar kerana dia tidak dapat lepak bersamaku petang itu.

Sesudah aku habis berbicara dengan Mya aku terus cuba mencari kelibat Rayyan tadi. Tapi apabila aku mencari kelibatnya sudah tidak kelihatan. “Mana pulak pergi budak Rayyan ni tadi.” Ujarku dengan perasaan bingung dan apabilaku pusingkan badan untuk bangun aku diterpa perasaan terkejut yang teramat sangat kerana melihat sekujur tubuh betul-betul sedang berdiri di hadapanku. “Hai, Lissa apa awak buat disini, awak menggendap saya ke?” Soal Rayyan sambil tersenyum. “Ish, awak ni buat terkejut saya saja. Eh,perasannya awak ni mana ada saya menggendap awak saya cuma tengok -tengok saja.” balasku sambil mukaku dialihkan ketempat lain kerana aku berasa malu untuk memandang mukanya dan Rayyan hanya ketawa sedari tadi.

Seminggu setelah kejadian itu berlaku aku,Mya,Zamin dan Rayyan sudah mula rapat. Kami berempat selalu keluar bersama dan banyak menghabiskan masa bersama-sama. “Rayyan awak tak malu ke kawan dengan saya?” Soalku setelah kami semua pergi ke taman dan hanya tinggal aku dan Rayyan berdua sahaja kerana Mya dan Zamin pergi ke kedai berhampiran taman untuk membeli minuman untuk kami semua. “Kenapa pula saya mesti malu kawan dengan awak?” Rayyan menyoalku kembali dan membiarkan soalanku tidak berjawab. “Ialah manalah tau kalau-kalau awak malu kawan dengan saya sebab sayakan ge...” Sebelumku sempat habis menyatakan jawapanku Rayyan sudah meletakan jari telunjuknya di bibirku dan mukaku juga kemerahan menahan malu kerana diperlakukan seperti itu. “Saya nak awak tahu saya tak kisahlah awak gemuk ke, kurus ke yang penting saya ikhlas dengan awak dan saya sebenarnya dah lama suka kat awak sejak kali pertama saya tengok awak didalam kelas hari tu.” Rayyan menyatakan perasaannya terhadapku dan aku hanya mendiamkan diri tidak berkutik.

Lima minit kemudian Mya dan Zamin pulang dari membeli minuman dan bingung melihat kami berdua hanya diam sahaja. “Korang berdua ni kenapa diam je?” Soal Mya sambil mengaru kepalanya yang sebenarnya memang tak gatal. Tanpa menjawab soalan Mya aku terus menarik tangan Mya dan mengajaknya pulang. Mya yang tak tahu apa-apa hanya mengikut sahaja langkahku.

Sebulan selepas kejadian itu aku tidak pernah bersua muka dengan Rayyan kerana sekolahku telah mula cuti penggal akhir tahun. Sedang aku mengelamun menggingat kembali kata-kata Rayyan sewaktu kami di taman tiba-tiba aku terdengar handphoneku berbunyi nyaring. Setelahku lihat nama pemanggil yang tertera di handphone terusku angkat. “Hello, hai Mya ada apa tiba-tiba saja kau call aku selepas sebulan aku tak jumpa kau ni?” Soalku kerana dalam masa sebulan telah berlalu dia tidak pernah menalifonku. “Aku call kau sebab aku nak bagitau yang Rayyan masuk hospital kerana kemalangan cepat datang sekarang!!” Terang Mya dalam keadaan risau dan sebak. Tiba-tiba hatiku berasa sebak,risau dan takut tanpa melengahkan masa aku terus berkejar ke hospital yang menempatkan Rayyan.

Apabila aku tiba disana aku melihat seorang doktor dan beberapa orang jururawat sedang menolak sebuah katil dan di atasnya ada sekujur jasad yang tebaring kaku dan diselimut dengan kain putih. Masa itu tanpa aku memikirkan apa-apa aku terus menerpa kearah katil itu. “Rayyan bangun saya mintak maaf sebab saya tak balas apa yang awak luahkan pada saya, pada masa itu saya sangat terkejut. Rayyan bangunlah, saya dah lama jatuh cinta pada awak sejak kali pertama saya ternampak awak sedang menyanyi di tasik. Rayyan saya CINTA AWAK!” Teriak aku dalam keadaan sedu-sedan kerana aku berasa sangat sedih ketika itu.

Sedang aku menangis tiba-tiba aku terasa bahuku disentuh seseorang dan apabilaku pusingkan badan alangkah terkejutnya aku melihat Rayyan sedang berdiri dibelakangku dengankepala yangberbalut lalu aku terus memeluknya. “Rayyan awak masih hidup? Habis siapa atas katil ini?” soalku dengan nada tergagap-gagap. “Ia,saya masih hidup Cuma luka sedikit je.” Terang Rayyan sambil tersenyum-senyum. Yang berada di atas katil itu hanyalah patung untuk ujian amali pelajar praktikal di hospital itu. “Lissa saya cintakan awak.”kata Rayyan sambil tersenyum- senyum dan selepas itu aku juga meluahkan perasaan aku kepadanya dan kami saling berpelukkan ditengah hospital itu dan diperhatikan orang sekeliling sambil mereka bertepuk tangan. Kami hanya tersenyum gembira.

Tamat...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.