Home Buku Umum PUISIKU
PUISIKU
Pena Putera
12/2/2018 11:24:56
8,057
Kategori: Buku
Genre: Umum
Senarai Bab
020

Malam ini, fikiranku melayang.
Ada yang dikenang.
Kenangan aku dan kau.
Pada suatu ketika dahulu.
Kata-katamu masih terngiang di telinga.
Ketegasanmu menjadikan aku seorang manusia.

Cuma, siapa yang tahu apa ada di sebalik hatimu?
Pengorbananmu diselindungi.
Tidak mahu aku tahu.
Tidak mahu aku jatuh simpati.

Wahai ayah,
kau adalah insan istimewa.
Kehadiranmu dalam hidup,
mengajarku erti payahnya hidup.
Kau tidak pernah menangis.
Selalu tabah di hadapanku.
Tapi, aku tahu.
Hati kau menangis.

Masih lagi segar dalam ingatan.
Kau pergi pagi hari mencari rezeki.
Kepulanganmu tidak dijangka.
Petang atau malam, aku menunggu.
Jelas wajahmu kelelahan di kala pulang.
Walau begitu, kau sembunyikannya.
Kerana bagimu, itu adalah tanggungjawab.

Sungguh, aku buta.
Pengorbananmu sebesar permukaan dunia,
aku pandang sekecil zarah.
Air mata mula jatuh mengenangkan kekhilafan dulu.

Wahai ayah,
kau adalah insan tersayang.
Kehadiranmu dalam hidup,
memberikan aku kebahagiaan.
Kau sentiasa memberi yang terbaik.
Tidak pernah mengalah berusaha.
Tapi aku tahu,
kau sudah penat.

Wahai ayah, ketahuilah sesuatu.
Aku sayang ayah.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Pena Putera