46,093
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
018

Apakah khabar kau di sana?
Kelmarin, aku teringatkan kisah silam kita.
Membuatkan aku tiba-tiba rindu pada dirimu.
Sudah lama kita tak bersua muka.
Memandang wajah yang selalu kulihat suatu ketika dahulu.
Kini, hanya dari jauh aku dapat menatap wajahmu.

Andai dapatku putarkan masa,
aku mahu kekalkan usia muda kita.
Masih kekanak-kanakan, tidak dewasa.
Agar hidup hanya penuh gelak tawa.
Tanpa kedewasaan menjadi penghalang.

Datanglah kepadaku, memelukku.
Lepaskan rindu kita yang terpendam.
Luahkan semua rasa yang terbuku.
Temani aku hanya untuk sehari.
Seperti kita yang dahulu, sentiasa bersama.
Aku ingin rasainya sekali lagi.

Apakah khabar kau di sana?
Bahagiakan hidupmu?
Tercapaikah impian?
Masih lagi aku ingat impianmu.
Impian kita yang sama, tapi perjalanannya kini telah berbeza.

Andai dapatku putarkan masa, aku mahu pegang tangannu seeratnya.
Agar tidak terlepas dariku.
Dan kita bersama-sama berjalan di jalan yang sama.
Tidak lagi terpisah.

Datanglah kepadaku, memelukku.
Lepaskan rindu kita yang terpendam.
Luahkan semua rasa yang terbuku.
Temani aku hanya untuk sehari.
Seperti kita yang dahulu, sentiasa bersama.
Aku ingin rasainya sekali lagi.

Hanya sekali lagi.

Previous: 017
Next: 019

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.