SEBENARNYA
Terbitnya matahari permulaan hari.
Langkah ini memulakan hidup.
Seperti semalam, juga seperti sebelumnya.
Tiada yang berubah.
Setelah detik itu.
Detik kau tinggalkanku.
Kicauan merdu kedengaran suram.
Pelangi terlihat hitam putih.
Hujan menangis seperti mata ini.
Sebenarnya, aku masih tak dapat melepaskanmu.
Benar, aku masih mencintaimu.
Bukan mudah untuk melupakan.
Tempat di hati ini masih ada namamu.
Sulit untuk dipadamkan.
Aku butuhkan masa.
Semuanya masih jelas di fikiran.
Seakan semalam kisah cinta kita bermula.
Matahari berganti bulan dan bintang.
Kepenatan akhirnya menguasai.
Seperti semalam dan mungkin esok.
Tiada semangat, tiada tawa.
Yang dapat mengubat penat.
Setelah kau pergi.
Bintang seolah tidak bersinar.
Bulan jadi sedih.
Awan berarak mendung.
Sebenarnya, aku masih tak dapat melepaskanmu.
Benar, aku masih mencintaimu.
Cinta ini masih utuh.
Hanya kau yang meruntuhkan.
Sebenarnya, aku masih berharap cinta ini berputik semula.
Benar, aku benar-benar berharap.