Home Alternatif Alternatif Goji Bundy
Goji Bundy
Riduan A.dullah
26/6/2015 16:20:18
8,377
Kategori: Alternatif
Genre: Alternatif
Soho, Damansara.


Aku sendiri tak tahu macam mana aku boleh sampai ke sini. Aku ke sarang Projek Rabak. Kolektif seni yang bermula di Ipoh dan sekarang HQ-nya di KL. Dan seperti biasa, aku disambut Jayzuan. Brada yang dah macam abang pada aku. Orang yang bertanggungjawab bawa aku ke dalam dunia penulisan dan seni. Kepala Projek Rabak. Perbualan di warung dengan isi besarnya, perihal aku yang baru putus tunang. Dan aku sempat nyatakan hasrat aku untuk merantau jauh untuk beberapa bulan. Dua tiga pesan aku terima. Dan dua tiga kenyataan yang aku iyakan. Aku boleh diklasifikasikan sebagai manusia penuh pasrah waktu ini. Secara jujur dan hakikatnya, dalam hidup, kau perlu beberapa individu yang kau sedia terima teguran, makian atau apa-apa pesanan bila kau dalam keadaan buntu. Individu yang cukup faham dengan kau. Dan dalam kes aku, geng Projek Rabak adalah salah satu daripadanya. Tak semestinya insan-insan yang kau kerap berhubung, tapi insan yang kau tahu bila kau push that “help” button, mereka akan ada. Antara jasadnya atau sekadar suara. Atau kedua-duanya.

***

Keputusan Muktamad.

Aku ambil keputusan untuk ke Australia. Sebagai titik permulaan. Antara sebabnya, aku ada kenalan di Melbourne, Shafi. Aku cuma tahu dia belajar di sana. Itu sahaja sebabnya kenapa aku pilih Australia. Selebihnya, aku tak tahu dan aku cuma nak sampai ke sana. Pendek kata, kalau aku ada kawan di Papua New Guinea, mungkin ke sanalah aku akan pergi. Secara lahiriahnya, bila kau dan aku dipenuhi emosi, tiada keputusan yang dapat dibuat berdasarkan logik akal dengan mempertimbangkan segala faktor. Tiada. Sebab itu aku kerap berpesan pada diri sendiri, jangan buat apa-apa keputusan atau ketetapan bila diri berselubung emosi. Dan samalah seperti aku sekarang ini, sewaktu membuat keputusan untuk ke Australia. Tiada sebab atau logik akal yang kukuh. Pesanan kepada diri sendiri yang aku nafikan. Yang aku tahu, aku mahu keluar daripada Malaysia. Beberapa siri perbualan aku dengan Shafi melalui Facebook. Begitu dan begini. Ringkasnya, jawapan yang aku terima daripada Shafi, “Datanglah.”

"Kau sendiri tahu. Bila kau dah bulatkan tekad, tak perlu ragu untuk bikin atau buat. Dapat atau tak, itu urusan Dia. Tak perlu kau jadi Tuhan." Suara yang berulangkali bermain di kepala.

Satu hal, tentang destinasi, selesai. Next.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Riduan A.dullah