Daftar   |      Log Masuk   |   Terlupa password
Home Novel Seram/Misteri ROH DI KEDAI MAKAN
ROH DI KEDAI MAKAN
Fahmi Razi
24/4/2018 15:00:35
7,230
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 16

                                                                         KESAL

 


Aku merasakan detik jam yang berputar ,perlahan mendekati jiwa yang sedikit gusar terus ke hadapan mencari  jiwa yang lapang . Aku terasa lemahnya pergerakkanku. Aku pasrah . Kian terpusar dan diputar . Terdengar beberapa bisikan yang kesat , kasar dan perit tetapi bersilang dengan satu alunan suara merdu yang mendayu-dayu. i'm totally not sure. Aku meraba-raba mencari suatu realiti. Mungkin ke lembah kebinasaan atau ketenangan. 

 


Satu pancakan molekul-molekul udara masuk dibirai mataku. Aku turut disajikan dengan rambatkan cahaya yang tersimpul deras bak air yang mengalir terus ke tittik buta. Kabur pandangan aku tetapi susuk tubuhnya sememangnya aku kenali; dia lah si Dol berubat sedang terkumit-kumit membaca sesuatu. Pandanganku kian jelas. Medan perlihatanku terbatas. Telingaku mula mencetuskan impuls. Rongga nasal mula beroperasi seperti sediakala.  Neuron afferent  dan efferent sudah mula pulih , memberi laluan untuk memulakan pergerakkan.

 


Telingaku mula mendengar alunan ayat-ayat sucial-Quran yang dibaca oleh Cik Dol. Aku sempat memandang sahabatku , mukanya gusar dan keletihan, mungkin sebab penat memikirkan aku. “Im, Im” panggil akuyang sedang ketandusan keliru. “Fahmi , kau dah sedar ke ? Abi , Fahmi dah sedar , Alhammdulillah lah kau dah sedar ” balas si Za’im dengan mimik muka yang sememangnya gembira.” Im, sekarang dah pukul berapa ?” tanya aku yang inginkan kepastian. “Kau nampak mata panda aku ini , jaga kau lah ini ? pukul 2 pagi dah” balas si Im. “Biadap. Siapa yang ajar kau cakap macam tu ? Kau inimemang nak kena makan penampar aku ini” balas si Dol berubat dalam nada yang marah. “Apa abi ini , orang gurau sikit je , itu pun tak boleh ke ?” balas siZa’im dengan nada yang perlahan. “Hah menjawab lagi budak ini. pergi masuktidur , pergi sekarang” kata Cik Dol dengan arahan yang keras.



Za’im bingkas mengangkat punggungnya berlaludari situ dengan muka yang agak kesal dan marah. “Cik Dol saya tak terasa hati pun dengan apa yang Im cakapkan tadi , biasa dah tu “kata aku dalam meredakan ledakan amarah. “Fahmi , itu nama kurang di ajar. Cik Dol juga yang dipersalahkan kemudian harinya. Fahmi nak apa-apa tak Cik Dol ambikkan ?” balasCik Dol berselang dengan ayat pertanyaan kepada diriku. “Takperlah Fahmi okay.Cik Dol mana Abg Am ?” tanya aku. “Abg Am berada di hospital tetapi janganlah risau keadaannya pun sudah stabil” balas si Dol berubat

 


“Maafkan Fahmi , kalau Fahmi tak cuai semua ini tak akan berlaku macam ini , sepatutnya malam ini sudah selesai segalanya.Cik Dol kenapa semua ini berlaku ?” kekesalan aku terucap dan pertanyaan aku semakin banyak. “Fahmi ini takdir yang perlu kita tempuhi , dahlah tu Fahmi rehatlah dulu tenangkan fikiran yang gusar , insa-Allah esok pelangi muncul”balas si Dol yang kelihatan sudah lemah dan tidak bermaya.

 


Cik Dol melarikan punggungnya  ke arah yang lain , pergerakkannya lambat seperti keletihan. Mulutku ingin mengeluarkan kata-kata tetapi masih tidak terucap. Aku mencuba. “C, Ci , Cik , Cik Dol kenapa Cik Dol tak pernah cerita pasal Kak Aishah dan Kak Mariam dan kedai makan itu ? Kenapa Cik Dol sembunyikan daripada pengetahuan semua , Malah Adi tu kawan Cik Dol kan ? tapi kenapa Cik Dol ? kenapa Cik Dol buat semua ini ?” tanya aku dengan menghempas soalan yang bertubi-tubi.

 


Wajah Cik Dol bertukar menjadi amarah. Aku tidak pasti. Mencari kebenaran. “owh jadi Fahmi dah tahu lah semua ini.sekarang Fahmi tanya Cik Dol kenapa ? Cik Dol dah tiada kena-mengena tau dengan semua ini tetapi bila Fahmi datang merayu-rayu minta Cik Dol tolong , Cik Dol tolong tetapi hari ini Fahmi tanya kenapa ?” balas si Dol berubat dengan nada yang sinis. “Tetapi memang Fahmi tak tahu semua ini dan sepatutnya Cik Dol yang ceritakan semua ini bukan orang lain” balas aku. “Diam Fahmi , eh kau kalau tak tahu apa-apa baik kau diam , kau jangan sibuk fikir masalah aku dan kau…………”balas si Dol dengan marah sambil mengapai bajuku tanda ugutan. “Abi , kenapa ini ? kalau abi nak marah , marah dekat Im dan kalau nak pukul , pukul Im. Ya memang Ibu mati sebab abi yang bunuh ibu , Im nampak apa yang abi dengan tok wan buat abi sebenarnya memang pembunuh , pembunuh.” Balas si Im dengan kesat.

 


Pammmmm!!!!!!!! , pammmmmmmmmm!!!!!!! TanganCik Dol melekat di kedua-dua pipi si Im. Terpelanting ke hujung pintu. Aku bingkas mendapatkan Im. Cik Dol bukan lagi seorang manusia yang aku kenali tetapi dia sedang menggunakan sifat syaitan dalam setiap tindakkannya. Aku tidak memahami kenapa tetapi hati berdetak kekesalan. “ Cik Dol sekarang Fahmi dah tak tahu kenapa tetapi Cik Dol tak layak langsung jadi seorang ayah bahkan seorang manusia , tak sangka orang yang seperti Cik Dol bertindak atas nafsu semata-mata bukanya akal. Im , jom ke rumah aku , kita dah tak layak duduk dekat sini” kata aku kepada Cik Dol dan pintaku kepada Im untuk tinggalkanrumah ini.


 

Za’im kesal atas setiap perbuatan abinya malah aku juga; manakan tidak Cik Dol terkenal dengan penerokaannya dalam ilmu agama tetapi boleh berubah sedahysat orang yang tiada ilmu. Perjalanan kami ke rumah aku mengambil masa 10 minit. Setibanya kami di rumah , kami terus ke pintu bilik sebelah belakang yang sememangnya sengaja aku tidak menguncinya dari dalam untuk aku pulang jika keadaan terdesak. Aku berjaya.

 


Za’im masih menangis tanda kekesalannya kepada atas kelakuan abinya. Puas aku memujuknya tetapi masih tidak menunjukkan berubahan . Malah aku pasti mana mungkin untuk sekelip mata melupakan peristiwa yang dahsyat ini. Kami baring bersama , menceritakan kisah-kisah riang bermain bersama suatu ketika dahulu , mungkin perkara ini dapat meredakan sedikit suasana yang muram. Aku terlelap. Harapan untuk esok hari muncul lah sang pelangi mengiasi alam bima sakti ini. Aku masih berharap.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.