Home Novel Seram/Misteri ROH DI KEDAI MAKAN
ROH DI KEDAI MAKAN
Fahmi Razi
24/4/2018 15:00:35
32,897
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 13

                                                                  

                                                                          PENYELAMAT

 


Kami memulakan perjalanan yang mungkin panjang dan memenatkan. Kami mula bertolak selepas selesai sahaja solat subuh dari Kampung Kuala Tahan ke Terengganu. Aku dan za’immula longlai.  Kami sering bangun di waktu  sang mentari menyinar di pagi hari. Rutin yang wajib. Memerit mataku melihat keadaan Abang Am yang sedang merapu-rapu dalam setiap bait-bait perkataannya. Abang Am kami bawa bersama , mungkin atau mesti dia boleh menolong kita.



 Aku pasrah dengan dugaan yang mendatang. Aku mula merapati Abang Am supaya tenang dan berehat terlebih dahulu. Sinaran bulan bagai menangis , langit pula sedang membentuk satu warna kemerahan emas dihujung timur tetapi di daerah selatan timur aku melihat tompok-tompokkan awam gelap ,  mugkin itu alamat kepada kami bahawa hujan bakal kunjung tiba. Aku mengharapkan setelah selesai hujan muncul lah satu jujukkan pelangi yang indah.



“Im , Im kau nampak tak  awam dekat sebelah tu?” tanya aku dalam meminta perhatian. “ Ahah nampak , macam nak hujan. Alah apa ada hal kita dalam kereta ,pulak tu bukan kita yang bawa , abi aku yang bawakan! ” balas si Za’im dengan sempoi. “ kau ini , aku tanya satu patah kau jawap berpuluh-puluh patah ,nasib lah aku ada kawan macam kau ini.” Kata aku. “haha relax lah brother ,kita bagi cheer cheer pagi-pagi buta ini. Sempoi” balas si Za’im. Jahanam sudah budak ini. Kalau lah dia belajar agama dengan Cik Dol taklah teruk macam ini.  Aku mengakui bahawa Za'im seorang sahabat dan anak yang baik dan penyayang. Ayat majmuk dan klise.



Kelibat Cik Dol kelihatan dari arah cermin gelap yang sememangnya tidak mematuhi piawaian MS2669 Malaysia  malah mungkin peratus visblelight transmission (VLT) juga tidak dipatuhi oleh si Dol berubat itu. Aduh! terasa kekesalan  malah ditambah dengan secubit kekecewaan kerana demerit bakal ditolak atas kesalah tersebut.  Aku tersedar , kembali ke alam nyata setelah pintu kereta dibuka. “ maaf lah Cik Dol lambat sikit , ni ha Mak Cik Na bagi bekalan sikit ,  waktu perjalanan nanti kalau-kalau lapar boleh disantap” kata Cik Dol. “Wow taksia-sia tunggu lama dalam kereta ini dapat juga aku merasa makanan air tangan ibu. Pasti lazat ini.” Balas si Za’im. Daripada bait-bait yang yang dilontarkan memang ingin menyangkat si abinya.



“kenapa nak ibu baharu ke ? Aku boleh sahaja bagi. Nak bila sekarang ? Esok ? minggu depan? cakap sahaja.” Balas si Dol. “ oohh , aku kasi ya , nak cakap dengan orang perempuan suruh kita yang cakap , tambahan dengan Kak Siti jual nasi lemak depan sekolah tu”  balas si Za’im dengan nada yang sinis. “ kau nampak tangan aku ini , kan lebam pipi kau nanti. Jangan main-main dengan aku. Kau budak apa tahu.” Balas Cik Dol lagi. Za’im diam. Aku ketawa kecil melihat dua beranak yang sudah mulai erat tanpa disedari. Aku percaya ini akan membawa sinar baharu kepada mereka setelah selesai sahaja misi ini. Yakin itu pasti.



Perjalanan kini diteruskan. Aku dan Za’im mula merebahkan tirai mata yang mula menunjukkan perubahan ketara. Saraf tunjang mula merasakan kepenatan. Lenguh bagai dipikulnya satu bebanan yang berat. Aku lelapkan mata sebentar ingin juga memulihkan tenaga yang kian kehabisan. Tiba-tiba aku melihat bayangan seakan-akan  susuk tubuh kedua ibu bapaku. Mungkin aku terlalu merindukan mereka atau mungkin juga mereka sedang risau menunggu kepulanganku. Aku merintih kesayuan. Harapan yang sukar ditunaikan malah sukar dipermudahkan. Aku reda atas ketentuan Yang Maha Esa.



Pasrah dalam kebingunggan dengan takdir yang bakal ditebuk , meruap dan bakal tertusuk. Aku membiarkan diriku dilamun mimpi. Kenikmatan sementara. Kini aku melihat rakan-rakanku diseksa. Tiba-tiba muncul  seorang wanita yang memakai baju kebaya kuning sedang memerhatikan aku di tempat pembuangan sampah yang sememangnya boleh dilihat dari arah dapur kedai. Mungkinkah ia satu mainan iblis atau satu ungkapan misteri. Aku cuba mengejar  wanita itu tetapi apakan daya kakiku tidak boleh melangkah. Dengan tidak sewenang-wenangnya   aku tertangkap satu cahaya berkembar dua sedang datang tepat kearah aku. Aku mungkin dilanggar. Tolong , tolong dan tolong. Riakkan aku bergema.



“tolong, tolong , tolong jangan” kata aku yang sekarang sedang memenuhi kehendak mainan mimpi. Menguasai atau dikuasai? . “ Fahmi , kau kenapa ini Mi. Mi bagun.Bangun, bangun , bangun “ kata si Im sambil mukanya dalam keresahan. “Eh kau ini akubagi kan. Kejut betul- betul” balas Dol. Aku tersedar. “ aku dekat mana ini?tanya aku. “tengok aku , tengok sekeliling kau. Itu Abang Am. Kita dalam perjalan ke Terengganu lah, ingat tak ?” balas si Za’im. “ oh aku mimpi ke ? syukurlah , ya ampun semangat-semangat” kata aku dengan lemah. “ jom kita makan Nasi Lemak Mak Cik Na , nak tahu sedap ke tak sedap ini” balas si Za’im. Abang Am masih tidur dengan nyenyak.



Lejuh baju Cik Dol tanda kepenatan walaupun pendingin hawa terpasang. Kini tepat jam2:00 petang waktu tanah air. Kami sampai ke destinasi iaitu di rumah Cik Dol.Kami berjaya menawan segala beban disana. Aku bawa pulang sang penyelamat yang sudah insaf akan perbuatannya. Setiba kami dirumah Cik Dol terus memagar rumah dengan ramuan garam dan lada hitam yang telah dibacanya ayat-ayat perlindungan.Ini bertujuaan untuk menghalang roh jahat memasuki rumah dan mempengaruhi jiwa Abang Am.



Kami bersihkan dan rehatkan badan terlebih dahulu sebelum upacara kemuncak malam ini. Sama ada menang atau pun kalah itu adalah ketentuan. Tetapi aku amat yakin kepada Yang Maha  Berkuasa tambah dengan kalam-Nya yang bakal melemaskan para iblis. Kami mengecas tenaga dengan sepenuh. Oh lupa ,  dua beradik perempuan iaitu Si Batrisya dan si Aisyah telah dijaga oleh ibuku , Zaiffah semasa ketiadaan Cik Dol dirumah. Hancur berkecai.

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fahmi Razi