Home Novel Seram/Misteri ROH DI KEDAI MAKAN
ROH DI KEDAI MAKAN
Fahmi Razi
24/4/2018 15:00:35
32,859
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 9

 RANCANGAN

 


Aku naik dengan gagah diiringi dengan kicauan burung dan kipas semulajadi yang ditiup lembut ke arah badanku. Aku tenang. Aku kunci segala perkataan. Saraf tunjangaku mula bergetar bagai tali gitar dipetik dengan laju. Menahan nafsu . Aku terus masuk ke lohong hitam kebenaran.



Terlihat susuk tubuh si Dol berubat. Aku kalah. Mukaku tidak tenang mugkin perasaan aku agak celaru.“Fahmi kemari , duduk sini” kata Cik Dol. “ Amboi dah macam anak-beranak dah nampak , siapalah kita ini kan” kata si Za’im bernada sindir. “ apa masalah dengan kau ini , kau mari sini duduk sekali dengar apa yang aku nak bagitahu ,boleh aku siku-siku kau sikit” kata Cik Dol kepada anaknya.



Dua beranak ini memang macam anjing dengan kucing jumpa sahaja mesti berdebat punya. Biasanya si Za’im  mulakan dulu.Aku ketawa kecil , yelah tengok muka si Za’im selamber sahaja kena marah. Cik Dol bingkas bangun pergi ke dapur sekejap mungkin mengambil sesuatu atau membancuh air. Telepati  aku mugkin sudah rosak. Perlu diperbaiki.



“Mi ,aku buat semua ini sebab kau je tau , kalau sebab Abi aku tu malas aku nak layan. Chill lah kitakan sahabat. Nanti , kau suruh je aku buat apa-apa , nescaya aku lakukan ” kata si sahabat sejati sambil tangannya diletakkan ke atas bahuku tanda keakraban hubungan kami. Ceh wah!



“ Im , kau memang tak nak belajar semua ini dari Abi kau ke?”  aku kemukakan pertanyaan. “ Mi kalau aku nak belajar dari dulu lagi sudah aku tadah kitab , ini umur aku dah 18 tahun. Dia tak sepatutnya kongkong aku macam ini. Macam kau punya Ayah , macam gini hahh Terbaik. Cita-cita kau semua    dia sokong , macam tu baru dikata Papa Mithali” balas si Za’im dengan sempoi. Aku rasa dia ini memang tidak bersyukur dapat ayah seperti Cik Dol itu tetapi aku bangga akan pujian yang diberikan. otot skeletal aku tiba-tiba menjadi sedikit regang. Hipotesis diterima



“Kalau tak suka aku cakap awal-awal kan senang , boleh aku selam kau dalam air sewaktukecil dulu. Kau cakap tu macam tidak kenal langit dan bumi. Eh kau ingat sikit ,  aku yang bagi makan pakai kau tau. Dewasa konon ,bagi lipas pun takut ” Kata Cik Dol sambil menonyoh-nonyoh kepala anaknya.



Senyap seketika. Aku macam orang ketiga. Memusnah , meroboh dan menjahanamkan segalanya. Aku gugup. kelenjar adrenal aku terus merangsang perembesan hormone adrenaline.

 


Sudahlah tu kita kan nak pergi berperang bukannya untuk bergaduh macam. Cik Dol apa rangcangan seterusnya? “ Baiklah macam ini Cik Dol bagi penerangan. Pada senja nanti kita akan pergi ke kedai makan tu. Dekat sana nanti pada zahirnya bangunan itu memang telah kosong dan terbengkalai. Tetapi Cik Dol akan buka hijjab Fahmi.” Kata Cik Dol akan rancangan yang bakal ditempuhi sebentar nanti



"Kemudian, Fahmi akan nampak seperti biasa sewaktu Fahmi kerja. Jalankan perkerjaan Fahmi seperti biasa. Namun begitu, Fahmi harus menjerat salah seorang dari kalangan mereka untuk disoal siasat. Tetapi mesti ingat hati itu jangan takut , kena berani , kalau tidak roh itu akan menguasai Fahmi dan mungkin Fahmi akan hilang buat selamanya-lamanya.



“Hilang ? Mana boleh macam itu , Za’im tiada kawan  lah nanti , Abi. Mi kau tak payah pergi lah bahaya kot , lebih baik kita enjoy, meh aku belanja kau , macam pendapat aku ?” kata si Za’im.



Kau diam boleh tak ?  Kan tangan aku hinggap dekat muka kau nanti” balas si Dol berubat. Aku ketawa kecil disamping sel-sel aku bergerak perlahan. Slow motion 300 fps 2k resolution.“kemudian Cik Dol” pinta aku untuk lebih diperjelaskan. Tekanan darah si Dol berubat sudah meningkat.



"Kemudian , Fahmi baca ayat yang Cik Dol suruh Fahmi hafal semalam, dah hafal ke belum? Tanya Cik Dol. “ Itu sudah menjadi kewajipan” balas aku. “Bagus ini baru dinama Pewira. Kemudian, Mi pegang dia  dan tanya dia bagaimana cara untuk bebaskan roh kawan-kawan yang lain. Namun begitu , jangan sesekali leka , selepas sahaja dia memberitahu cara tersebut terus Fahmi lari keluar dari kedai itu dan terus menuju ke kereta , FAHAM!” kata si idol berubat dengan panjang lebar.



Aku terus gugup. We’re glorious. Tertirap seperti biasa.  Sukar untuk aku terima setiap bait-bait lontaran gemaan si Dol berubat. Tetapi aku gagahkan diri. Luaskan kuasamu.Bayangan kian suram. Matahari sedang kesejukkan. Kami mula bersiap sedia. Gerak gempur sedang giat diperjalankan. Kebukit sama didaki ke lurah sama di turuni. Muafakat seketika.



“Jom! Fahmi , jam dah tepat  pukul 7 dah tu” kata si Za’im.“Jom , Im aku rasa lain macam lah hari ini” kata aku.“ Wei Fahmi dengar sini , kau ada aku , aku ada kau. Seru sahaja nama aku pasti aku akan datang punya. Kau janganlah risau sangat Insa-Allah pekara ini akan jadi lancar je nanti.” Kata sayu si sahabat setia. Aku pasti dalam hatinya mengalir perasaan sebak.

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fahmi Razi