Home Novel Seram/Misteri ROH DI KEDAI MAKAN
ROH DI KEDAI MAKAN
Fahmi Razi
24/4/2018 15:00:35
32,891
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 10

                                                                    KEMBALI



Tepat jam 7 petang sekitar 59 saat 1 detik (MYT) kami berjaya sampai di perkarangan bangunan yang terbengkalai itu. Sesungguhnya , aku tidak jangka akan melihat bangunan itu buruk dan tidak pernah di gunakan berbanding apa yang dicernakan oleh mata aku untuk tempoh 2 minggu yang lalu. Aku pasrah.



Bayang kian jelas bulan kian terang terlihat wajah Cik Dol yang berat untuk melepaskan aku pergi. Begitu juga dengan si sahabat. “Okay , Fahmi rasa dah tiba masanya untuk Fahmi perjuangkan kehidupan mereka yang pernah dan sedang terseksa”. Kata aku. “Fahmi kau hati-hati tau , ada apa-apa jerit sahaja nama aku”. Kata si Za’im.



Cik Dol menyuruh aku menutup mata. Kedengaran setiap bait-bait ayat-ayat suci al-Quran dibaca olehnya. Getaran kian kuat terasa. Mata aku tiba-tiba merasa kepanasan. Selesai sahaja semua , Cik Dol terus bersuara. “Fahmi ingat apa yang kita dah rancang sebentar tadi , Cik Dol doa Fahmi berjaya melakukannya. Buka mata sayang” kata Cik Dol.



Bangunan yang tadinya buruk dan terbengkalai itu kemudiannya menjadi seperti baharu sahaja siap renovate. Aku melihat ramai manusia lalu lalang di daerah itu bagai suatu keajaiban. Aku berfikir lagi , otak aku memerah dengan laju seperti kilat menyambar. Kepala aku tiba-tiba pening dan mual. Mugkin kelenjar tiroid aku merembeskan hormone tiroksina yang luar biasa dari kebiasaan ataupun mugkin aku mengalami Hipoglisemia. Aku keliru.



Aku cuba gerakan langkahku , otot hamstring aku mula menunjukkan belang. Aura jantan aku bergabung menjadi suatu perkara yang amat luar biasa. Aku mengorak langkah dengan tenang. Aku terus menuju ke kedai makan tersebut. Kaki aku berat untuk melangkah bagaikan dipakaikan but timah. Aduh berat sekali. 



"Fahmi baru datang ke , cepat pergi punch card sudah lambat ini" kata Ji kepada aku dengan tiba-tiba. Aku gugup lagi. Jangan takut terus berjuang. Aku sempat memandang si Abg Am. Dia kelihatan ketakutan. "siapakah yang aku nak jerat ? " monolog si penulis. Tiba-tiba salah seorang pelayan datang mengejutkan. "Fahmi lama saya tidak jumpa dengan awak , ini saya bawakan coklat untuk awak" kata si Siezuka.Aku merasakan dia lah orang yang paling tepat untuk disoal siasat. "Terima kasih Ika , Ika i'm wanna ask you a question ? come" kata aku."sama-sama tapi apa ?" balas  Ika. Dia mengelabah .



Aku terus memegang lengan Siezuka dan membaca ayat yang sudah aku hafal yang diberikan oleh Cik Dol semalam. Ika meminta tolong, Dia bagaikan kesakitan , mengilau dan ketawa. " ahhhhhh hahahahahahaha lepaskan aku....  Ya ahuha nasa.. 'ana iblis sa'ah likukum jami an' fil haza ardhi (manusia durjana , aku iblis akan memusnahkan kau dari muka bumi ini)  , kau semua memang bodoh.. , Tolong Ika Fahmi. tolong....hahahahahaha. Panas..... , panas , panasssss argggggggg. 



Selesai aku membaca ayat tersebut. Aku melihat Ika lesu. "Ika , Fahmi datang ini nak tolong Ika dan rakan-rakan yang lain tetapi Fahmi tak tahu cara bagaimana. Tolong Ika tolong. "Fahmi , Ika tahu Fahmi datang nak menyelamat keseksaraan kita , terima kasih. Ika terseksa , Ika sakit" kata Ika. "ye Fahmi tahu semua tu tetapi bagaimana caranya ?" kata aku. Terngiang-ngiang di onak kepalaku pesanan Cik Dol bahawa jangan terlalu lama menyoal. 



"Fahmi pergilah ke  Sungai Tahan ,Kuantan disana terdapat perkampungan kecil iaitu Kampung Kuala Tahan , rumah kampung berkayu Jati lama. Terantak Abg Am , Che Mat ayahnya, dia sahaja yang tahu caranya....."kata siezuka. tiba-tiba ika berubah. "tolong Ika...tolong aku lembu tua....arrrgggggg hahahahahaha



Aku tersentap. bingkas aku melepaskan Ika , keadaannya melambangkan seorang nenek tua yang mukanya sungguh hodoh dan berteriak mengila. Aku terus mengerakkan seluruh  kudaratku untuk selamatkan diri. Terbebas. Pergerakkan larianku lambat bagai berada didalam permukaan yang melekat seperti jeli. Sedang aku berharap kepada Sang Pencipta , aku juga menyeru aura moyang-moyang aku.



Namun, retinaku tiba-tiba menyerap satu rambatan zarah-zarah cahaya terus ke dalam mataku. Silau. Aku menganalisis. Hipotesis diterima. Lampu daripada cahaya kereta proton wira berwarna hitam yang telah di modified dengan Mitsubishi Lancer Evolution X GSR SST (CZ4A). Terkenal dalam ingatanku.


Previous: Bab 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fahmi Razi