Home Novel Komedi/Romantik Komedi CIK PILOT, AKU CINTA KAMU!
CIK PILOT, AKU CINTA KAMU!
Anak Fatimah
7/10/2016 19:19:16
33,176
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
BAB 18


Fatiha duduk menghadap lelaki Inggeris kacak dan tinggi lampai di hadapannya. Aura lelaki itu begitu kuat sehingga menyebabkan dirinya terasa kecil di hadapan lelaki itu. Sesekali beberapa mata yang lalu lalang melihat ke arah mereka.


Fatiha masih pelik. Apa sebenarnya tujuan lelaki ini ingin berjumpa dengannya. Kelihatannya agak serious.


"Fatiha, " perkataan pertama yang keluar dari mulut Joshua sebaik Fatiha duduk.


"Yes Josh,"

"I ada sesuatu nak beritahu you. This is serious, namun I nak you rahsiakan semuanya. Belum masanya semua ini didedahkan. I harap i boleh percayakan you." Kata Joshua tanpa menunggu.


"Aik, pelikje ni. Boleh I tahu apa dia?" Dahi Fatiha berkerut.


Wajah lelaki di depannya kelihatan resah.

"Hmmmm...let's me straight to the point." Balas Joshua. Tangannya masih dikepal.


"Since when you kenal Ana?" Soalan pertama diajukan Joshua kepada Fatiha.


"Laaa...itu rupanya. I ingatkan apalah yang you nak tanya sangat." Balas Fatiha. Lega, ingatkan apalah tadi.


"I am serious with my question Fatiha. Boleh you cerita sikit tentang sejarah hubungan you dengan Ana. Sebab pada I you both bukan baru kenal..." Joshua meneruskan soalannya apabila melihat Fatiha yang seolah-olah cuba berdalih.'Hmmmm, berderet pulak soalan mamat omputehni, macam mana aku nak cakap ni...akuni baruje kanal dia kut.' Fatiha gelisah. Wajah Joshua kelihatan begitu berharap.


"Kenapa you nak tahu sangat tentang Ana? You ada hati dekat Ana ye...hehehe." Fatiha sengaja mengenakan Joshua. Air muka Joshua berubah. Dia mencebik. Geram juga dengan gadis bertudung bawal di hadapannya itu.


"Please Tiha...I am serious. " sekali lagi Joshua memujuk. Biarlah apapun, maklumat tentang Ana perlu diperolehi segera.


"Hmmm...you beritahu dulu kenapa you beria sangat nak tahu tentang persahabatan kami?" Fatiha cuba bermain tarik tali...Apa kes pula aku nak cerita perihal aku dengan Ana. Kenal dia pun tak? Jujur sangat ke mamat depan akuni?


" Actually...hmmmm"


"Eh itu Ana....panjang umur..." Fatiha hampir terkejut melihat Ana yang tergesa-gesa berjalan melewati restoran yang mereka singgahi. Dia bangun untuk memanggil sahabatnya itu dan melangkah keluar dari restoran itu tanpa menghiraukan Joshua yang terkejut dengan riaksi tiba-tiba gadis di hadapannya. Fatiha sempat berpesan.


"Sorry Josh...you tunggu sekejapye. I nak panggil Ana...alang-alang kita borak pasal dia. Why not panggil empunya diri terus. Kebetulan dia ada dekat sini." Tanpa menunggu jawapan dari Joshua, Fatiha terus bangun dan meluru ke arah Ana.


Ana yang sedang laju mengayun langkah secara tiba-tiba terhenti apabila terasa bahunya ditepuk seseorang.


"Ana, dengar dulu." Ana terkejut...'kenapa pula mamat ni ada kat sini? Tadikan dia dengan girlfriend dia. Kat mana pulak disumbatnya minah poyo tu' gumamnya.


"Tak de apa yang perlu dijelaskan Kapten. And it is non of my business anywaykan." Ana terus melangkah tanpa menghiraukan Irham yang masih mengekorinya. Penat Irham mencari Ana. Nasib baik jumpa kalau tidak, makan hati dia setelah secara tidak sengaja terkantoi dengan gadis pujaan hati. Keluar dengan si gadis senget yang baru saja memalukannya di boutique beg berjenama sebentar tadi.


"Please Ana, listen to Ir dulu..." Irham cuba merayu. Serious sungguh riak wajahnya, dengan gayanya seperti terdesak sangat. Dia memang sudah kemaruk dengan gadis berwajah Inggeris itu.Fatiha terus melangkah apabila sedar Ana sedang kelihatan berbual secara serious dengan seorang lelaki.


"Please Ana...give me a chance to explain." Rayu Irham lagi.


"Excuse me? Kita ni ada hubungan istimewake untuk bergiving-giving a chance ni kapten?" Ana masih menunjukkan protes. 'Psiko sungguhlah mamatni, aku tak faham lelaki ini. Dah ada girlfriend secocokpun masih nak kejar aku...secucuk sangat...dari rupa dan akal...memang terbukti terlebih cerdik dari ladang.' Gumam Ana sendiri, Astaghfirullah, apa aku ni?


"Ana, kau ni kenapa? Siapa yang kau tengah borak ni.? Fatiha terbungkam apabila menyedari lelaki itu ialah Irham.


"What?"


Irham hanya tersengih seperti kerang busuk.


"Tiha, tolong bawak aku pergi dari sini....aku penat nak layan langau ni." Sinis Ana mengejek sambil menjuih bibir apabila ke perkataan Langau.


"Okay, okay...jom ikut aku...Joshuapun ada...kita minum dulu..sejukkan diri..." lantas Fatiha menarik tangan Ana untuk mengikutnya.


"Saya ikut. " Irham membontoti langkah kedua-dua gadis itu. Mana mungkin dia biarkan Ana bersama Joshua. Walau ada Fatiha bersama sekalipun. Dia tidak sanggup mengambil risiko. Lelaki itu terlalu sempurna dan amat sesuai untuk Ana. 'Oh tidak...Ana hak aku.'.


Tanpa menghiraukan jelingan Ana, Irham tetap selamba berjalan mengikuti langkah kedua-dua gadis itu.


---


Fatiha membawa Ana ke meja di mana Joshua berada. Lelaki itu menyambut mereka dengan senyum simpul.


'Kenapa adik akuni? masam saja?' Josh pelik melihat Ana, muram dan ketat wajahnya. Mahu saja dipeluknya Ana ketika itu juga. Namun risau akan semua bakal memandangnya pelik. Dan risau juga takut kena smackdown dek Ana yang begitu menjaga batas kelakuannya.


Ana hanya tersenyum lalu duduk. Tiba-tiba seorang lelaki mengikut masuk dari belakang dan tanpa segan silu turut duduk bersama mereka.


"Hi Josh."


"Oh hi Ir, aik...you pun ada sekali ke?" 'Ooo Rupa-rupanya mamat nilah punca Adik aku monyok saja. Tapi apa hubungan mereka berdua?'


"Kebetulan kami lalu sini." Selamba Irham membahasakan diri sebagai kami. Ana menjeling tajam. 'Apa ke mabuk mamat ni kata aku dan dia dekat sini bersama. Nak mati berdiri ni.'


"Oh, tak sangka pulak you all berdua keluar bersama ye." Sinis Fatiha menyampuk. Haish...apa kebendalah En cik Kapten nak buat ni. Takkan cemburu sampai sanggup menipu kut.


"Ana, kenapa ni? Are you okay dear..." Joshua cuba bertanya perihal adiknya.


'Haish, beranginnya aku mamat omputeh ni. Depan aku pulak dia nak tunjuk concern.'


"Cik Ana Adawiyah sayang...awakkan dah okay tadi. Please sayang jangan macamni." Tanpa usul periksa Irham menyebut nama penuh Ana. Fatiha dan Ana berkelip-kelip memandang antara satu sama lain. 'Ana mula seram, dah kenapa dengan kapten Irham di sebelahnya itu?' Sedetik mereka memandang kepada Joshua di sebelah mereka. 'OMG, agaknya apa reaksi lelaki Inggeris ini nanti.'


-----------


'Cepatlah...aku dah tak tahan dah nak hadap mamat senget sebelahni.'


Ana resah. Seriously dia memang sakit hati. Kenapa si Kapten sengetnya senang-senang memanggil dia sayang.


'Memang nak kena bunuh agaknya. Aku ada apa-apa ke dengan dia? Nak kata pernah mengaku kekasih memang taklah. Nak kata pernah berborak, memang too good to be truelah. Nak kata pernah berkawanpun memang pasti terbalik KLCC kalau betul. Yang aku tahu setakat fly ke London tu jelah aku baru jumpa dia. Itupun dia layan aku macam anak tiri je. Choy!' Getus Ana. Hatinya masih bengang dengan Irham.


'Huwaaaa,nak balik.' Ana merayu dalam hati. Dia memang terperangkap di kalangan ketiga-tiga manusia di meja itu. Nak pergi macamtu saja takut dikata biadap. Risau juga kalau Joshua yang tak tahu apa-apa itu terasa hati. Kalau mamat Kapten di sebelahnya itu dia tidak kisahpun. Lantak dialah.


"Ana Adawiyah?" Joshua bertanya sambil dahi berkerut.


"Ya...ni Ana Adawiyah. Takkan you tak kenal kut?" Irham bertanya dalam kehairanan.


"Cantik nama itu, secantik orangnya." Joshua memandang dua gadis di sebelah menyebelah dengannya itu.


Ana menyepak kaki Fatiha yang mendepaninya. Fatiha menahan perit.


"You ni pulak kenapa Fatiha?" Irham pelik bila riak wajah Fatiha berubah seolah-olah menahan sakit.


"Tak de apa-apa Kapten. Terlanggar kaki meja ni ha..." dia menjenggil matanya ke arah Ana.


"Josh, I nak ke washroom kejap..." Ana bangun. Tanpa menunggu balasan dari Joshua dia terus melangkah pantas menuju ke belakang restoran itu.


---


Pintu tandas ditutup. Ana berdiri menghadap cermin. Dia membasuh mukanya. Masih terkejut dengan apa yang berlaku sebentar tadi.


'Adoi, macam manani. Habislah aku. Mamat sengettu dah pandang semacam dah.'


Setelah meneliti kekemasan diri. Ana melangkah keluar. Sebaik dia melepasi pintu yang memisahkan ruang makan dengan tandas. Tangannya ditarik kuat menyebabkan dia terundur ke belakang. Lengannya digenggam erat oleh seseorang. Ana kaget. Dia berpaling.


"Kapten? Apa ni?" Dia bertambah gabra. 'Apa kena dengan mamat senget ni? Main pegang-pegang pulak.'


"Lepaslah."


"Nope, ooo...sombong betul awak ye bila saya minta maaf?" Sinis suara Irham.


"Suka hati saya lah...kapten ada buat salahke? Lepaslah. Orang tengok tu." Ana cuba menarik lengannya dari genggaman tangan Irham. Namun lelaki itu semakin kuat menggenggam.


"Sakitlah...apa ni. lepaslah, Saya jerit karang!"


"Jeritlah, yang malunya awak." Irham hanya tersengih. Terserlah gigi putihnya yang elok terletak.


"Tolonglah kapten, lepaskan saya, nanti Joshua dan Fatiha tertanya-tanya kenapa lama sangat ke tandas. Apa saya nak jawab." Rayu Ana.


"Siapa Joshua? Siapa kapten? Awak lupake saya cakap panggil saya Ir bila luar tugas. Dan jangan berani-berani nak sebut nama lelaki lain ketika bersama saya." Irham menjeling ke arah Ana. Dia terus menarik lengan Ana agar lebih rapat di sisinya. Seram Ana apabila melihat jelingan garang Irham. Dia mengalihkan pandangannya ke arah lain.


"Apa ni? Gilalah dia ni...haram tau tak?" Wajah Ana semakin memerah. Rasa marah sudah mencapai kemuncak. Belum pernah mana-mana lelaki yang menyentuhnya begitu.


"Ooo pandai haram, bab menggedik dengan lelaki lain tu tak haram pulak. Sunat ke?" Makin galak Irham mengusik. Rontaan Ana semakin melentur. Tiada guna hendak melawan kudrat lelaki sewel di depannya itu. Tenaganya tidak mampu menewaskan kekuatan lelaki yang kini menggenggam tangannya kuat.


"Tolonglah kapten..."


"Ah ah no no. Siapa kapten?" Pantas Irham membetulkan panggilan Ana kepadanya.


"Okay okay, Ir, please laa lepaskan saya." Wajah Ana semakin mengendur.


"Kalau saya lepaskan, awak nak buat apa untuk saya." main syarat-syarat pulak.


"Apa maksud Kap. Ops Ir?" Ana curiga. 'Apa lagini yang dia tidak berpuas hati?'


"Yelah...apabila saya lepaskan awak..pasti saya nak sesuatu juga sebagai balasannya. So awak ada dua perkara kena buat sebagai balasan untuk saya. Kira hutangtu." Makin galak Irham cuba mengenakan Ana.


Alang-alang dah dapat peluang. Bila lagikan?


"Gila!" luah Ana separuh menjerit.


Nasib baik tiada orang keluar masuk tandas ketika itu.


"Gila tak gila. Awak tetap kena bayar hutang tu jugak kalau tidak, saya peluk awak dekat sini juga." Ana cuha bergelut namun semakin pantas Irham yang lebih tinggi 10 cm darinya itu bertindak. Tangan Ana makin dirapatkan ke badannya menjadikan mereka hampir berpelukan.


"Please laa Ir. Jangan buat saya macam ni."


"Okay, janji awak setuju dengan syarat-syarat saya. Kalau tidak siap."


Ana sudah tiada jalan lain selain rela saja dengan apa yang diminta oleh Irham. Jangan diminta bukan-bukan sudah. Kalau tidak, jadi arwah anak teruna terencat akal Tan Sri Ariffatri yang kononnya bapak dia bijaksana sangat ni.


'Aaahhhhhh...aku benci kau' Ana hanya mampu menjerit di dalam hati.


"Awak akan benci saya sekarang. tapi.suatu hari nanti awak pasti akan berterima kasih kepada saya tau." Irham cuba berlagak manja dengan mendengungkan perkataan 'tau'.


Ana mencebik geram. gila gila gila. 'macam mana mamat ni boleh tahu apa yang aku fikirkan? bela jin ke?'


"Cebiklah...comel pulak sayang sayani. Cium karang, sayang nak?" Terus tajam jelingan Ana.


"Lepaslah dulu. Hadoi...bengonglaa." Ana mendengus lagi.


"Okay, saya lepaskan. Jangan cuba nak lari." Irham mengingatkan.


"Yala...yelah..." seketika tangan Ana yang sejak tadi kejap digenggam Irham mula dilepaskan. Ana lega. Terasa pedih kulit lengannya. 'Pasti merah berbirat ni' getusnya. Malas nak dibuka. Ada lelaki ajnabi di depannya. Aurat kut.


"Menyesal aku, kalau aku pakai purdah tadi. Pasti tak de adegan gila macamni." Ana membebel sendiri. Antara dengar dan tidak saja. Irham masih merenungnya.


"Okay...perkara pertama yang awak perlu buat. awak kena keluar dengan saya sebanyak 30 kali. Perkara ke dua. setiap kali kita keluar tu awak kena senyum dan tak boleh marah-marah dengan saya. kena ikut semua kata-kata saya. " Selamba Irham menyenaraikan syaratnya.


Ana ternganga. Memang mengarut syarat yang diberikan oleh Irham.


"Awak ni mabukke? Mana boleh saya nak kena keluar dengan awak? 30 kali pulak tu. Keluar berdua dengan lelaki pun tak pernah. Ini pula nak keluar dengan mamat sewel macam awak. Alamatnya tak lah." Ana cuba melangkah meninggalkam tempat itu dengan segera. Namun Irham lebih pantas memaut pinggangnya dan memeluk Ana dari belakang.


"Awak nak lari ke mana? Ooo panggil saya mamat sewel ye. Okay saya tambah lagi satu syarat..."


"Hei..apa ni...main peluk-peluk pulak." Ana cuba menarik pelukan tangan Irham yang kemas dipinggangnya namun gagal.


"Kalau nak saya lepaskan. Janji awak akan ikut syarat saya tadi." Pantas Iskandar menuntut persetujuan Ana. Ana makin galak melawan, cuba melepaskan diri. Irham makin menguatkan pelukan.


"Okay okay okay...saya setuju. Tolonglah Ir. Lepaskan saya." Perlahan Ana merayu. Dia sudah tidak berdaya menolak. Lelaki di belakangnya lebih kuat darinya.


"Bagus." Irham melepaskan pelukan. Ana cepat-cepat melangkah. Namun dia tersedar sesuatu. Gelang tangan pemberian ibu Fatimah tiada ditangannya.


Dia menoleh ke belakang. Kelihatan Irham menggoyang-goyangkan sesuatu dengan senyuman sinis.


"Hoi, apani. Pulangkan balik." Ana kembali ke arah Irham.


"Gelang tangan ini pasti berharga kepada awakkan? " Irham tersenyum bangga.


"Bagilah balik." Ana cuba mencapai gelang itu. Namun dek kerana ketinggian Irham, dia gagal menggapai gelang tangan apabila lelaki itu mengangkat tinggi tangannya. Akhirnya Ana berputus asa.


"Gelang ini saya jadikan cagaran. Kalau awak nak balik. Awak kena ikut semua syarat saya. Kalau tidak..say bye bye kepada gelang yang cantik berkelip-kelipni." sejurus selepas itu, Irham terus melangkah meninggalkan Ana yang masih terkebil-kebil tidak percaya. Dia cuma mampu melihat gelang tangannya selamba dimasukkan ke dalam poket seluar lelaki senget yang baru memulakan sesi memporak perandakan hidupnya sebentar tadi.


“Aaahhhhhh!”.....Ana menjerit perlahan. Perasaan geram, benci, menyampah dan sakit hati bergabung menjadi satu. Namun apa yang mampu dia buat selain bersabar dan mengikut sahaja arah permainan yang telah ditetapkan oleh lelaki yang baru memeluknya tanpa izin tadi.


"Tercemar aku kena peluk. Benciiiiii!"

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.