Daftar   |      Log Masuk   |   Terlupa password
Home Novel Komedi/Romantik Komedi Doktor Pilihan Hati
Doktor Pilihan Hati
Syaifah Zakira
20/4/2018 10:31:44
2,422
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 1

Professor Letchumy mengakhiri kata-kata terakhirnya sebelum menghabiskan kuliahnya. “Okay, that’s all for today. Thank you.” Ifrah hanya memandangnya ketika dia mengambil barangnya dan berlalu pergi. Ifrah menguap kecil. Dia kepenatan setelah duduk selama lebih dua jam dalam keadaan seperti itu. Mujur tiada kelas selepas ini. Dia hanya perlu ke library untuk menelaah sekejap. Sudah menjadi rutin buatnya untuk menyemak semula apa yang dia pelajari hari itu sebelum pulang ke rumah sewa. Sekiranya ada yang tidak faham dia hanya perlu berjalan sedikit untuk bertemu dengan pensyarahnya. Mudah bukan?

 

  Selalunya masa seperti ini ramai pelajar yang akan ke library. Bukan sahaja untuk menelaah, yang bercinta pun tak pelik. Ifrah juga sudah biasa keadaan sebegitu, lagipun dia seorang diri, sebab itu matanya kadang-kadang memerhati ke sini-sana. Bukan kerana sengaja, lebih kepada menghilangkan rasa bosan. Bohong jika dia mengatakan dia sangat khusyuk belajar tanpa ada rasa bosan, dia juga manusia biasa, bukannya robot.

  

  Sedang dia ralit menelaah sehelai demi sehelai muka surat, kerusi dihadapannya ditarik. Ifrah terkejut. Tak pernah ada sesiapa yang pernah duduk kerusi berdekatannya. Ifrah bukannya melarang atau apa, cuma dia merasakan semua orang telah mengenali dirinya sebagai pelajar anti-sosial. Tak bercinta, tak berkawan dan tak peramah. Tiga tak itu sentiasa diingati pelajar yang mengenalinya, bagaikan ada cop didahinya yang menjelaskan tiga tak itu pada semua orang. Dari awal dia masuk ke Manipal Collage itu hinggalah kini dia di sem keempat, Ifrah jarang sekali kelihatan berbual dengan sesiapa kecuali dengan rakan sekumpulan yang dia harus bekerjasama demi menyiapkan assigment dan kerja di lab. Selebihnya, lebih kepada tiada sesiapa yang mahu berbual dengannya akibat kedinginan Ifrah yang lebih selesa bersendiri.

 

 Ifrah mengangkat muka. Matanya bertemu dengan lelaki dihadapannya. Dia hanya tersenyum kecil dan menyuakan satu nota kecil kepada Ifrah. Ifrah mendengus kecil, tetapi dia tetap membacanya.

 

Kenal anak Datuk Khalid?

 

Ifrah memandang lelaki itu. Tajam. Ifrah terus mengemas buku-bukunya. Niatnya untuk menelaah sudah mati. Kerana nota itu, tulisan didalamnya dan juga senyuman acah-acah sweet dari lelaki itu. Ifrah terus keluar tanpa sepatah kata. Dia tahu lelaki itu mengekorinya. Ya, dia tahu, dan memang itu yang dia mahu.

 

 Ifrah menunggu lelaki itu diluar perpustakaan. Lelaki berkemeja biru laut itu tersenyum memandangnya. Lagi.

“ murah sungguh harga senyuman kau tu ya? Tapi aku tak mahu beli dan tak mahu tengok pun. Aku nak tahu mana kau tahu pasal Datuk Khalid?” Ifrah menyoal lelaki itu tanpa sebarang ekspersi. Dia pun tak terasa mahu melihat lelaki itu dengan lebih lama tetapi dia rasa bengang apabila nama Datuk Khalid muncul tiba-tiba dihadapannya.

 

Lelaki itu mencebik, “Azim, nama saya Azim. Saja je saya provok awak tadi tu, saya tahu awak mesti nak tanya pasal tu. And I’m right. You look not pleased at all when I show you the note. Kenapa eh? Awak tak suka ke? Kesian papa saya tu, dia nak sangat awak jadi menantu dia.” Ifrah tersentak dngan kata-kata selamba si Azim itu.

 

 ‘Takkanlah aku nak kena kahwin dengan mamat yang macam playboy ni? Sebaya aku ke? Muka muda macam budak sekolah menengah je aku tengok.’ ifrah menjeling lelaki itu tajam dan terus berlalu.

 

 “Ehh, Ifrah, tunggu sekejap.” azim berlari mengejar Ifrah yang telah membuka langkah laju. Tak semena-mena Azim tergelak dan tangannya didepakan bagi menahan ifrah dari terus melangkah.

 

  “Ifrah… tunggulah sekejap, saya minta maaf eh. Tak ada niat pun nak sakitkan hati awak.” mata-mata disekeliling sudahpun memandang ke arah mereka berdua. Mana taknya, ratu anti-sosial mereka kelihatan seperti sedang lari dari kekasih hati selepas diusik. Lelaki itu seperti tak malu menahannya dikhalayak ramai. Ifrah menunduk sedikit dan terus berlalu pergi.

 

 “Ifrah…” suara Azim yang kelihatannya masih tak berputus asa itu kedengaran lagi. Ifrah teruskan melangkah tanpa menoleh sedikitpun.

“Buat apa melayan lelaki yang seperti itu. Lelaki macam tu yang abah kata dah pilih untuk aku? Oh tolonglah, sangatlah menyakitkan mata. Tak tahu adab ke apa? Nak tahan-tahan orang macam tu. Tolonglah! Kalau macam nilah gaya nak jadi suami aku, baik tak payah.” Ifrah bersuara kecil. Geram dengan tindakan lelaki itu.

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.