Home Novel Komedi/Romantik Komedi Doktor Pilihan Hati
Doktor Pilihan Hati
Syaifah Zakira
20/4/2018 10:31:44
12,616
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
prolog

Matanya melilau memandang sekeliling. Cafe itu kelihatan suram seperti biasa, tak ramai pelanggan yang akan datang pada masa-masa seperti sekarang. Hanya dirinya sahaja seperti kebiasaannya. Ifrah sengaja memilih masa seperti itu, dia tak mahu diganggu sebarang bunyi. Tenang. Itu yang dia mahukan. Tak seperti kebiasaanya, seorang gadis bernama Ifrah Khalisa bukan seorang yang pendiam pun, cuma adakalanya dia memerlukan masa untuk bersendirian.

  

   Selalunya dia hanya duduk tanpa memikirkan apa-apa. Hari ini, Ifrah terpaksa memikirkan tentang perkara yang dia benci itu. Nak atau tak, dia perlu untuk bertindak serius untuk perkara ini. Masa depannya perlukan jaminan!

 

   Beberapa hari yang lalu, bapanya, Haji Berahim telah menyatakan sesuatu yang dia paling anti. Anti tahap petalalah kiranya itupun kalau wujudlah perkataan tu. Dia diwajibkan untuk menerima pinangan Datuk Khalid. Kawan bisnes abahnya. Serabut sungguh kepalanya tika itu. Tapi, bukannya kahwin dengan Datuk Khalid tu, kena kahwin dengan anak dia. Itulah masalah utamanya kini. Kahwin. Dia tak pernah meletakkan perkataan itu dalam perancangan hidupnya.

 

   “Abah! Apa ni? If masih muda tau! Belajar lagi. Kenapa If mesti fikir pasal kahwin pulak ni? If nak study, bah.” berang sungguh Ifrah petang itu. Kalau burung nak berkicau pun time tu mesti tersedak dengar suara Ifrah memetir.

 

   Haji Berahim hanya tergelak kecil. “Abah tak suruh pun Ifrah kahwin sekarang ni. Abah cuma nak Ifrah bertunang je. Tak perlu kahwin sekarang. Take your time. Abah tahu anak abah ni kaki study. Sebab tu abah risau, If terlalu obses untuk jadi doktor sampai lupa nak cari kebahagiaan.”

 

   “Kebahagiaan? I don’t think that’s what we call ‘kebahagiaan’. If takkan boleh fokus kerja kalau nanti ada family dan anak untuk diurus.” Ifrah duduk di sofa.

 

   “Ifrah! Kalau sebab kerja Ifrah tak nak kahwin, then stop your study. Kerja dengan abah. I don’t need a doctor in my family. I need a daughter that can give me happiness. Abah akan tarik semua yang abah bagi pada If kalau If tak mahu terima lamaran tu.”

 

  ‘ah sudah! Kalau dah abah dah ugut macam tu apalagi yang aku boleh buat? Merayu? I’m not that type of person. Never!’ Ifrah menggetap bibir. Geram dengan ugutan itu sebenarnya.

 

  “Kenapa diam? Takut? Abah bukan nak halang If. If you want to be a doctor, okay. I accept. But you have to accept my condition too. Abah buat semua ni untuk If, abah bukan saja-saja suruh If kahwin dengan lelaki tu. Abah kenal budak tu macam mana. And I’m very sure you will like him too, walaupun ambil masa sikit. Yelah, anak abah ni kan anti-sosial.” Haji berahim tergelak kecil sambil mengangkat punggungnya dan berlalu pergi meninggalkan anak perempuannya yang diyakini sedang berapi.

 

 Ifrah mendengus kecil. Teringatkan ugutan abahnya itupun sudah buat dia geram yang amat. Dia menyisip kopi latte kegemarannya itu sedikit. Ahh, tenang sikit rasanya dapat minum latte. Dia sengaja ke cafe itu. Tak jauh pun dari kolejnya. Asalkan dapat latte kegemarannya sudah cukup buat dia tenang walaupun ketenangan sementara, cukuplah buat dia alpa sebentar tentang masalah dunia.

 

Dia memandang keluar cafe, ada anak kecil yang sedang memegang belon dengan ibunya yang ralit menangkap gambar anaknya itu. Comel gelagat dua beranak itu. Ifrah mula menganalisis hidupnya. Apakah mungkin dia akan sebahagia itu setelah kahwin? Walaupun perkahwinan secara paksa begini? Ifrah mengeluh, mana mungkin ada keluarga yang bahagia tanpa masalah, tantu ada yang hendak dibalahkan sentiasa. Disitu perlu banya toleransi antara dua manusia.

 

‘Ah, benci sungguh! Mengapa perlu ada orang lain yang menentukan hidup aku? Cukuplah aku harus dengar kata abah, takkan aku perlu membazirkan hidup aku mendengar arahan dari seorang lelaki bergelar suami pula? Umur aku bukannya tua sangat pun hingga abah perlu mencari calon untuk dibuat suami.’ Ifrah bermonolog sendiri.

 

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Syaifah Zakira