Home Novel Keluarga Secebis Kasih
Secebis Kasih
Alia Alizs
26/1/2019 11:22:33
126,745
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 50
" Dhila...!! Dhila... !! Dah siap belum. Sha dah sampai dah. Jom..!!" Jerit Nadhif panggil  Nadhila yang masih belum keluar dari bilik lagi. Pintu diketuk beberapa kali.

"Iya abang..! Kejab ye.." Suara perlahan Nadhila dari dalam bilik. Nadhif dengar Nadhila batuk sejak subuh tadi. Tak sihat mungkin. Tekanya.

"Cepat ye..! Abang tunggu dekat luar.."kata Nadhif.

"Okey..!!" Nadhif terus melangkah perlahan ke ruang tamu. Mematikan aircond dan tv. Lalu terus keluar rumah. Shakil sedang menunggunya di tepi pagar.

"Sorry Sha..! Dhila belum siap lagi.." Shakil angguk. Nadhif bersandar di kereta Shakil menghadap ke rumah.

"Saya risaulah tengok Dhila. Lain macam pula tengok dia. Saya rasa dia tak sihatlah.." teka Nadhif. Meluahkan rasa kerisauannya.

"Kenapa dengan dia? Demam ke?!" Sengaja Shakil bertanya.

"Tak tahulah. Tengok badannya kan susut, pucat. Ni pula dari subuh tadi asyik batuk je tak berhanti. Dia ada cakap apa-apa kat awak tak?!" Nadhif memandang Shakil.

"Tak ada pula. Mungkin dia penat kut. Tak cukup rehat.." Shakil menyedapkan hati Nadhif.

" Mungkin juga.." Nadhila muncul dengan lenggang- lenggoknya. Senyum dipagi hari.

" Sorry.. Sorry..!! Lambat sikit.." Katanya. Mereka terus masuk ke dalam kereta. Nabiha awal pagi lagi sudah pergi kerja menaiki teksi. Lega Nadhila, tenang sikit tanpa Nabiha dengan mereka. Kereta meluncur laju ke destinasi.

Nadhila dibelakang, menyandarkan kepala di seat kereta. Rasa tak sihat pula badannya. Lemah. Mungkin sebab belum bersarapan. Shakil melirik pada Nadhila melalui cermin pandang belakang. Dan kembali berbual bersama Nadhif.

"Dhila.. Kita sarapan dulu ye..!" Nadhif menoleh ke belakang memandang Nadhila. Nadhila hanya mengangguk perlahan. Senyum tawar.

" Dhila kenapa? Tak sihat ke?!" Tanya Nadhif lagi. Risau.

" Mengantuk..!"jawabnya ringkas. Senyum. Nadhila terus pejamkan mata. Malas nak bercakap, untuk tidak ditanya itu ini oleh Nadhif lebih baik buat-buat tidur. Selamat!

Sampai tempat yang dituju. Shakil memberhentikan kereta dihadapan sebuah restoran. Mereka masuk ke dalam restoran dan duduk di bahagian tepi. Selepas memesan makanan, sambung lagi berbual. Nadhila yang duduk di hadapan Shakil hanya mendengar perbualan mereka. Sesekali menyampuk.

Beberapa minit kemudian, makanan pun sampai. Nasi lemak sotong pilihan Shakil, Nadhif pula makan mee goreng campur mihun goreng. Nadhila hanya makan sebiji kuih donat dan sebiji karipap. Sungguh! Memang Nadhila tak ada selera nak makan. Lagi pula, tengah batuk. Tekak gatal, makan apa je mesti batuk. Tu yang malas nak melayan batuk.

" Makan ni je ke?" Tanya Shakil pada Nadhila.
Nadhila angguk.

"Makanlah nasi lemak, awak kan suka sambal sotong. Sedap ni tau!! Rugi tak makan. Ambil ni.." Sambung Shakil lagi. Memberikan piring berisi sambal sotong pada Nadhila. Nadhila menolak lembut.

"Tak apa. Awak makanlah. Saya tak nak. Kalau saya nak nanti saya ambil kat sana.." Jawab Nadhila. Senyum. Alamak..!! Shakil terlupa pula ada Nadhif. Nadhif memandang mereka berdua semacam je. Mungkin syak sesuatu kut. Nadhila senyum juga. Nak gelak tapi ditahan.

" Oh ya..!! Lepas ni tuan nak terus ambil kereta ke?!" Shakil bertanya.

" Yup..! Dhila macam mana, nak ikut abang ambil kereta atau nak terus naik bas?" Nadhif menoleh pada Nadhila.

" Mana-manalah, tak kisah. Yang memudahkan Sha.." Shakil senyum. Habis nasi lemak dimakannya. Memang betul-betul sedaplah tu.

"Kalau ikut saya, yang paling mudah. Saya boleh je hantar awak balik kampung, lagipun hari ni tak ada program. Bosan pula. Boleh ke tuan kalau saya hantar Dhila..!" Shakil sengeh. Eh.. Eh.. Boleh pula dia relahati nak hantar. Tersedak Nadhif. Terus minum air suamnya. Nadhila membeliakan mata pada Shakil. Aduhai... Berani pula Sha ni, dup dap dup dap dah hati Nadhila.

" Awak nak hantar Dhila balik kampung??" Berkerut Nadhif dengar. Pandang pada Nadhila dan kemudian beralih pandang Shakil pula.

" Iya. Bukan jauh pun. Baliknya saya nak singgah rumah kakak saya. Boleh ke tuan?" Shakil serius. Nadhila berdebar. Risau, takut kalau Nadhif fikir sesuatu. Telan liur Nadhila. Aduhai Shakil, kenapa buat hal ni. Cetus hati Nadhila. Nadhif tak menjawab. Kebetulan, handphone nya berbunyi. Terus dia jawab panggilan. Nadhif bangun dan jalan menuju keluar kedai.

"Shaaaa..!! Awak sengaja kan?!" Berkerut Nadhila marah.

"Saja apa pula. Saya seriuslah. Kenapa?!" Jawab Shakil tenang. Senyum.

"Janganlah macam-macam Sha. Abang dah pandang saya lain macam tau. Saya takut nanti abang syak kita.." Mendatar suara Nadhila. Muka sedih.

"Sayang..! Buat apa nak takut. Kita patut terus-terang dengan abang awak mengenai hubungan kita ni. Sampai bila kita nak rahsiakan.." Kata Shakil.

"Iya saya tahu. Tapi belum tiba masanya lagi. Sabar dulu ye.." Nadhila buat muka kasihan. Shakil merenung ke dalam anak mata Nadhila.

" Baiklah sayangku intan payung. Saya menurut perintah.." Shakil menyusik. Senyum manis.

" Sorry Sha..!" Shakil angguk kepala dan hanya tersenyum.

"Hmm.. Saya pun tak tahulah sejauh mana hubungan kita ni. Sama ada berpisah hidup atau berpisah mati.." Nadhila memandang cawan. Redup wajahnya.

"Hey..!! Kenapa cakap macam ni. Awak tak yakin dengan saya ke Dhila?" Terkejut Shakil dengar.

" Bukan.. Bukan macam tu Sha. Saya yakin sangat dengan awak, saya tahu awak sayang saya dan saya pun sayang awak tapi ajal maut ditangan tuhan kan. Kita tak tahu apa yang akan terjadi.."Mereka bertentangan mata. Nadhila senyum tawar.

" Kenapa ni Dhila? Awak ada sembunyikan sesuatu dari saya ke?" Lembut suara Shakil bertanya. Nadhila senyum dan geleng kepala.
Tak jawab apa-apa pun. Shakil masih merenung wajah Nadhila. Menanti jawapan.

Nadhif memerhatikan Nadhila dan Shakil. Berbual mesra. Berkerut dahi Nadhif.

" Diaorang ni mesra semacam je aku tengok. Boleh pula Shakil nak hantar Dhila balik. Macam ada apa-apa je. Hmm.. Ish!! Tak mungkinlah. Jangan fikir macam-macam Dip. Nanti Dhila pula jadi mangsa marah kau. Istighfar Dip. Istighfar banyak-banyak" Nadhif berkata sendiri. Dan terus menuju ke arah mereka semula.

Nampak je Nadhif jalan ke arah mereka, Shakil terus menukar tajuk cerita dan berbual kosong dengan Nadhila.

"Sha.. Saya tunggu kawan kejab ni. Boleh ke?! Awak nak cepat ke atau...!!"

" Boleh.. Boleh.. No problem..!" Belum sempat Nadhif habiskan percakapannya, terus Shakil potong. Senyum.

"Terima kasih Sha..!" Nadhila senyap je. Melayan perasaan sendiri.

" Assalammualaikum..!" Tercegat Imran.

" Waalaikumsalam.." Mereka jawab serentak. Terkejut Nadhila.

 Alamak!! Imran bersalaman dengan Nadhif dan Shakil. Kemudian duduk di sebelah Shakil. Mereka berbual kenal-mengenali. Nadhila terdiam seribu bahasa.

"Hai Dhila.. Susah betul nak dengar suara Dhila kan? Abang whatsapp dan call susah betul nak jawab.." Aduh..!! Dia cakap pula depan Shakil. Terkedu Nadhila. Shakil terus memandang Nadhila. Pandangan bermakna tu.

"Ha? Hmm.. Sorry..! Dhila tak perasan kut. Lagipun, kalau dekat rumah jarang nak tengok handphone.." Jawab Nadhila teragak-agak. Buat muka selamba. Nadhif senyum dan Nadhila senyum pada Shakil.

" Oh iyeke?! Ingat Dhila malas nak melayan abang. Sorrylah Dip. Aku minta nombor Dhila ni dekat Biha. Minta sendiri dekat tuan badan, berzaman tak dibagi. Nak minta dekat kau, aku segan. Tak ada pilihan. Jadinya,aku mintalah dekat Biha.." Terus-terang Imran. Tak ada cerita lain ke Abang Im ni. Sengaja je bagi Sha dengar. Puncalah Abang Im ni. Kata hati Nadhila.

" Tahu dah. Kalau kau minta nombor Dhila ni dekat aku pun. Memang tak adanya aku nak bagi. Mintalah kau sendiri.." Nadhif memang tak layannya. Imran gelak kecil.

" Kau jangan marah dia pula.."  sambung Imran.

" Tak marahlah. Tapi tak tahulah kalau ada orang lain yag marah.." Sengaja Nadhif. Melirik mata pada Shakil dan kemudian pada Nadhila pula. Nak tengok reaksi Shakil dan Nadhila macam mana. Tapi dua-dua buat muka relax je.

" Ha Dip..! Projek kita tak lama lagi bermula. Ayah relahati nak tolong uruskan. Senang sikitlah kerja kita.." Imran mulakan cerita bersama Nadhif. Shakil dan Nadhila berpandangan dan senyum. Tak campur urusan mereka.

Shakil mengeluarkan handphone. Nadhila pula menyandarkan badan di kerusi. Handphone Nadhila bergetar didalam beg. Cepat dia keluarkan handphone. Memandang Shakil. Sedang asyik Nadhif dan Imran berbual, Shakil dan Nadhila juga berbual melalui handphone. Whatsapp!

" Dhila.. Siapa Imran ni?" Tanya Shakil.

" Kawan sekolah Abang Dip, satu kampung kami. Anak ketua kampung.." jelas Nadhila.

" Tengok cara macam dia berkenan dekat awak je? Selalu dia contact awak ke?" Nadhila senyum pandang handphone. Terasa lawak pula dia. Cemburu juga rupanya Shakil ni ye.

" Memang dia ada hati dekat saya pun dari zaman sekolah lagi. Tapi saya tak layan pun.." Nadhila senyum lebar. Imran memerhati gelagat Nadhila tapi tetap berbual dengan Nadhif.

"Iye ke tak layan..?!" Nadhila pandang wajah Shakil. Senyum tapi dalam hatinya. Hehe...! Cemburu.

" Iyalah. Tak dengar ke tadi dia cakap. Minta nombor dari tuan badan berzaman tak bagi. Maknanya saya memang tak pernah pun bagi nombor saya dekat dia. Biha tu yang jahat, curi nombor saya dari handphone abang dan bagi Abang Im.."terang dan jelas dengan jujur Nadhila.

" Awak tak bagitahu saya pun?" Nadhila gelak kecil.

"Tu dah kenapa gelak sorang-sorang?" Sibuk pula si Imran ni. Memuncungkan mulut ke arah Nadhila. Nadhif menoleh pada Nadhila disebelahnya.

" Sibuk jelah Abang Im ni. Borak jelah dengan Abang Dip.." Nadhila jeling pada Imran. Imran pula yang gelak kecil.

" Kalau dah ngadap handphone tak gelak sorang-sorang memang tak sah.." perli Nadhif.

" Dhila bukan selalu pun ngadap handphone. Tunggu abang lah ni. Bosan kut. Jadi, ngadap handphone lah.." Alasan Nadhila beri. Shakil gelak kecil. Imran dan Nadhif sambung berbual.

" Sorrylah. Kejadian malam tadi pun saya tak cerita dekat awak lagi. Belum sempat nak cerita dah pula muncul Imran ni. Nanti saya cerita semuanya ya. Dari A sampai Z. Tunggggguuu!!" Nadhila menghabiskan ayatnya untuk Shakil.

" Baiklah sayang..!! Saya tunggu cerita dari awak.." balas Shakil.

"Okey!! Cemburu juga awak ni kan Sha. Hahaha.!" Nadhila senyum lagi.

"Mestilah cemburu. Siapalah yang tak sayang bakal bini.." Nadhila pandang Shakil, Shakil pandangan Nadhila. Dua-dua bertentangan mata dan gelak kecil.

Nadhif sedang berbual rancak dengan Imran, tapi mata memerhati gelagat Nadhila dan Shakil. Dua-dua menghadap handphone, dua-dua senyum-senyum dan dua-dua gelak kecil. Hmm... Menjadi tanda tanya. Si Imran pula, matanya pun tak reti diam. Asyik melirik je ke arah Nadhila. Nadhila perasaan tapi diabaikan je. Dari ambil kisah pada lirikan mata Imran lebih baik bertentangan mata dengan si buah hati depan mata.

"Abang Dip..!! Dah lama ni kut. Rasanya tuan kedai tu pun dah masak lauk tengahari. Jam berapa nak gerak ni? Tadi kata kejab je.." Nadhila bersuara. Nadhif kalau dah jumpa dengan Imran dan cerita pasal projek di kampungnya memang tak ingat dunia. Semangat berkobar-kobar.

" Oo okey..!"

"Nak ke mana Dip?!" Tanya Imran.

" Dhila nak balik kampung. Nak hantar dia ke stesen bas.."

" Jomlah dengan abang sekali. Abang pun nak balik kampung juga ni.." Pula dah Imran pelawa. Alamak!! Nadhila pandang Shakil. Shakil senyum je.

" Ha.. Elok juga tu. Tak payah naik bas ye. Tapi kau jangan bawa adik aku ke tempat lain pula dahlah ye Im.." Baru Nadhila mahu buka mulut untuk menolak pelawaan Imran. Nadhif terus setuju.

Tercengang Nadhila. Shakil menyandarkan badan di kerusi. Serba- salah Nadhila dibuatnya.

"Tapiii...!!" Nadhif terus bangun ke kaunter bayaran. Tak dilayan Nadhila. Aduhai... Nadhila memang tak nak pun balik dengan Imran.

" Tak apalah Abang Im. Dhila dah janji dengannn.." Nadhila tetap nak menolak.

"Kenapa? Dhila takut nanti orang kampung bercakap ek?! Tak apa, jangan takut. Diaorang tak beraninya cakap, lagipun Abang Dip dah izinkan kan.. Jangan risau ya..!" Jelas Imran meyakinkan Nadhila.

" Bukan tu. Bukan masalah orang kampung tapi dah janji dengan...."

"Okey jom!!" Nadhif muncul dan Imran terus bangun. Tak dapat lagi Nadhila nak terangkan. Shakil dan Nadhila berpandangan. Nadhila berkerut dengan rasa bersalah.

" Sha.. Saya minta maaf.." Nadhila buat muka sedih.

"Tak apalah. Saya percaya dekat awak. Jaga diri baik-baik ye.." pesan Shakil. Nadhila angguk perlahan. Mereka berdua jalan keluar bersama.

Nadhif dan Imran sambung berbual di depan kereta pula. Nadhila jadi hilang mood terus. Kalau naik bas okeylah juga tapi ni kena tumpang Imran balik sekali. Masalah ni. Seboleh-bolehnya Nadhila nak mengelak dari jumpa Imran. Boleh pula Nadhif izinkan Nadhila balik dengan Imran.

"Apa kena dengan Abang Dip ni. Kalau tak, dia yang paling marah kalau aku kawan dengan lelaki. Tapi kali ini, dia boleh setuju pula. Apa agaknya jampi yang Abang Im pakai ni sampai Abang Dip boleh lembut hati. Geram betul lah. Kenapalah Abang Im muncul depan Sha. Kasihan Sha, harap dia tak adalah fikir lain nanti.." Merungut Nadhila berkata dalam hati sendiri.

Nadhila berdiri di sebelah Nadhif. Tidak lama kemudian, handphone Nadhila berbunyi. Cepat-cepat dia keluarkan handphone. Tertera nama Helmi di skrin handphone. Nadhila jalan jauh sikit dari mereka.

"Dhila.. Kau kat mana? Aku ada dekat KL Sentral ni, ambil anak buah aku dan nak terus balik kampung. Nak join tak?!" Terus Helmi cakap. Senyum lebar Nadhila.

" Sekarang ke?!"

"Ha lah. Tak kan tahun depan pula kut. Tapi  aku tengah tunggu anak buah aku ni ." jawab Helmi.

"Alhamdulilah.. Nak.. Nak..!! Okey.. Aku gerak ke sana. Tunggu tau..!!" Talian terus dimatikan.

" Selamat aku..!! Dua-dua tak payah hantar dan harap dua-dua tak kecil hati. Lega!! Terima kasih Mie jadi penyelamat aku. Hahaha.." Nadhila gelak dan jalan ke arah mereka. Senyum dan senyum.

" Abang Dip..!! Abang Dip..!! Dhila tak balik dengan Abang Im tau. Dhila dengan Helmi. Tapi dia tunggu Dhila dekat KL Sentral.." jelas Nadhila. Shakil senyum. Sukalah tu.

"Pula?! Tumpang jelah Abang Im.."

"Tak apalah. Sebab nak singgah rumah Dhila kejab. Dhila nak ambil barang sikit. Tak nak menyusahkan Abang Im pula.." Nadhila bagi alasan. Padahal tak ada nak menyinggah pun.

"Hmm.. Okeylah. Sorrylah Im, Dhila nak balik dengan Helmi lah." Nadhif beritahu pada Imran.

"Helmi mana?" Alahai Imran ni sibuk pula dia nak tahu. Nadhila pandang Shakil dan kenyitkan mata. Shakil senyum manis. Faham maksud Nadhila. Lega Shakil..!

" Helmi lah. Budak yang naik motor besar dulu tu. Kampung sebelah.." Terang Nadhif.

"Ooo... Adik Rizal tu ke?!" Baru Imran teringat. Nadhif angguk.

"Yupp..!! Adik Rizal. So, okeylah Im. Aku gerak dulu. Nak hantar Dhila ke KL Sentral lepas tu nak ambil kereta. So, apa-apa hal kau call aku jelah. Nak jumpa lepas ni payah, jadi kau uruskanlah dulu ek. Kirim salam dekat Tok Ketua dan ucap terima kasih sebab tolong projek kita ni.." kata Nadhif.

" Insha Allah. Tapi kau jangan lupa pula. Kita kena jumpa dengan pegawai tu untuk tandatangan perjanjian dan urusan berkaitan.  Tengah tunggu panggilan dari dia.." balas Imran. Nadhila dan Shakil berbual kosong. Entah apalah projek Nadhif dan Imran ni.

"Okey..!! Boleh.. Aku gerak dulu bro. Jangan lupa bagi surat tu dekat pegawai tu nanti.."  Mereka bersalaman.

"Dhila..! Nanti petang kita jumpa dekat kampung ye..!" Sempat pula Imran berpesan dan bersalaman dengan Shakil pula.

"Sorry Abang Im. Petang ni Dhila ada plan dengan ibu. Bye..!" Nadhila terus masuk dalam kereta Shakil.

Mereka mula bergerak. Senyum je Shakil. Nadhila pun. Mujurlah ada Helmi disangat genting. Macam tahu-tahu pula di Helmi ni. Dapatlah Nadhila bernafas dengan lega.

Ini baru permulaan, masih panjang lagi perjalanan. Akan ada lagi dugaan dan ujian yang akan mereka hadapi. Terpaksa dan dipaksa merahsiakan sebuah ikatan percintaan yang tulus suci.

Mampukah Nadhila dan Shakil hadapinya selepas ini? Adakah kemunculan Imran akan menggugat hubungan Nadhila dan Shakil?
Macam mana agaknya dengan Nabiha yang akan lakukan apa saja untuk dapatkan Shakil? Apa agaknya yang akan Nadhif lakukan jika tahu Nadhila dan Shakil bercinta? Fuhhh!!  Gerunnn!!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs