Home Novel Keluarga Secebis Kasih
Secebis Kasih
Alia Alizs
26/1/2019 11:22:33
126,818
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 8
Alhamdulilah.. Selesai majlis tahlil. Mereka bersalam-salaman dengan jemaah lain. Nadhif duduk berbual bersama bilal dan tok ketua kampung. Lama tak duduk berbual, rancak perbualan mereka. Nadhila, Nabiha dan Makcik Alimah dan beberapa orang kampung lain sedang mengemas di bahagian dapur surau. Sambil berkemas sambil berbual juga. Inilah masanya nak bertanya khabar. Glamour pula anak-anak Makcik Alimah malam itu. Macam-macam makcik-makcik itu bertanya. Ditemu ramahnya.

Nadhila mengelap pinggan mangkuk yang basah dan Nabiha menyusunkannya. Makcik Alimah berbual seronok dengan Mak Bedah dan Kak June. Nadhila dan Nabiha mendengar saja. Sesekali Nadhila berpandangan dengan Nabiha dan geleng kepala. Mak Bedah dan Kak June ni orang paling kecoh dekat kampung mereka. Apa saja cerita dan berita pasal orang kampung yang baik atau buruk sepantas kilat mereka dulu yang tahu. Boleh dikatakan mereka ni pembawa maklumat. Kecoh dengan gosip-gosipnya. Tapi kalau ada kenduri kendara, apa-apa saja majlis yang orang kampung buat. Mereka jugalah yang paling rajin datang. Biasalah, membawang.

Nadhila memang tak selesa dan tak suka dengan mereka berdua. Mana tidaknya, penyampai berita yang tak sahih. Banyak kali Nadhila kena sewaktu belajar di Melaka dulu.  Segala apa yang Nadhila lakukan di kolej pasti dia akan sampaikan pada Makcik Alimah dan pernah juga mereka terus cerita pada Nadhif. Tak pasal-pasal Nadhila kena marah dengan Nadhif. Benda yang dia tak buat kut. Dari mana mereka tahu, semuanya dari anak Mak Bedah sebaya Nadhila satu kolej dengan Nadhila.

Anaknya pun sama dua kali lima maknya juga. Memang dari sekolah lagi suka cari pasal dengan Nadhila. Namanya Aina. Memang musuh ketat sejak sekolah lagi. Yang selalu gaduh pun dengan Aina juga. Anak yang dibangga-banggakan Mak Bedah. Memang saingan Nadhila. Mak Bedah pun bukan suka sangat dengan Nadhila. Ada saja kedengkiannya dan sampai sekarang Nadhila sendiri pun tak tahu apa masalah Mak Bedah dan Aina. Masalahnya hanya dengan Nadhila saja tu mereka cari pasal. Dengan Nadhif dan Nabiha mereka okey saja.

"Bila kau nak kahwin Dhila?" Telan liur Nadhila dengar. Mula dah Mak Bedah ni.

" Awal lagilah Mak Bedah. Tak fikir pun lagi.." jawab Nadhila, malas nak jawab.

" Jangan lama-lama Dhila. Perempuan kalau dah masuk umur 22 tahun ke atas, elok sangat kahwin. Biar dapat anak masa muda, jangan dah tua baru nak beranak.." Nadhila buat muka bosan. Senyum tawar.

" Iyelah Mak Bedah!" Malas betul Nadhila mahu layan.

" Aina dah bertunang dah dengan anak kontraktor hujung kampung tu. Insha Allah tahun depan kahwinlah. Kau kenal tak kontraktor tu?!" Itu sebenarnya point Mak Bedah, nak bagitahu pasal Aina.

" Oh iyeke?! Maaflah Mak Bedah saya tak kenal lah kontraktor tu. Saya ni bukan jenis yang suka sangat nak ambil tahu hal orang.." selamba saja Nadhila jawab.

"Alaaa.. Kontraktor yang duduk rumah besar tulah. Kau pun kenal anaknya, si Kamal tu. Yang kau syok dekat dia dulu tu.." Bangga Mak Bedah bercakap.

"Oooo Kamal yang hitam legam tu ke?! Saya yang syok dekat dia ke atau si Aina tu yang gila-gilakan si legam tu. Anak orang kayalah katakannn...!!" Nadhila memerli dengan sinis sekali. Berubah terus muka Mak Bedah.

"Dhilaaa...!! Apa cakap macam tu.." Makcik Alimah menegur. Nadhila senyum.

" Untung si Aina tu. Apa dia nak semua Kamal bagi. Cuci kaki je Aina tu nanti. Bertuah Mak Bedah ni tau Dhila, dapat menantu orang kaya. Senang hidup." tambah Kak June pula. Nadhila senyum saja.

" Dah jodoh.. Tak kan nak menolak pula kan!" Pandai Mak Bedah cover, Nadhila gelak kecil. Nabiha hanya mendengar. Dia memang tak layan makcik-makcik tu.

" Aha.. Memang jodoh pun. Jodoh paksa ye Mak Bedah ye.. Tapi okeylah tu. Kamal dan Aina tu memang sepadan, Kamal gelap Aina putih. Cun sangatlah tu. Hitam putih. Black and white..!!" Selamba je Nadhila kutuk anak Mak Bedah depan-depan.

" Amboi mulut kau. Sedapnya kutuk anak menantu aku ye. Hitam si Kamal tu pun berharta. Nak pula anak aku, taklah anak aku jadi anak dara tua nanti. Kau tu dah ada calon ke?!" 


Menyirap juga hati Mak Bedah. Makcik Alimah senyum je. Sesekali memang patut pun Mak Bedah tu kena dengan Nadhila.

" Siapalah yang nak saya ni Mak Bedah. Saya ni tak hebat macam Aina. Tak secantik Aina. Kalau saya nak cari laki pun. Saya taknak yang kaya-kaya ni. Takut saya. Yang biasa-biasa je. Janji dia ada kerja yang berkat, bertanggungjawab dan yang penting yang jaga solat. Bila dia boleh jaga solatnya bermakna dia boleh jaga saya. Doakan untuk saya ye Mak Bedah, Kak June ye.." jawab Nadhila. Senyum lagi. Pinggan telah siap disusun.

" Tapi sekarang ni, kalau laki tak ada duit. Susah hidup tau Dhila. Macam si Wahida tu, ada orang kaya nak dia, dia tak nak. Dia pergi pilih tu Daud tu. Kerja bawa lori je. Tak kemana pun hidupnya. Takat itu je. Tu pun duduk rumah pusaka mak Wahida. Kalau tak, merempat..!" Geram je Nadhila dengan Mak Bedah. Ada saja nak kaitkan dengan orang.

" Bagi sayalah.. Biar hidup sederhana tapi kerja halal. Hasil titik peluh sendiri. Walaupun cuma bawa lori tapi hidup bahagia. Rezeki sentiasa cukup. Itu berkat namanya. Apa yang penting, bersyukur dengan rezeki Allah.." Jawab Nadhila jujur.

" Betul tu Dhila. Tapi Kamal ni pun okey Mak Bedah tengok. Rajin solat, hormat orang tua, dialah yang uruskan pekerja-pekerja bapanya.." Mak Bedah tetap bangga bercerita.

"Oh yeke Kak Bedah. Tapi saya tak nampak pun Kamal datang surau. Adalah sekali dua, itu pun waktu bapanya ada bagi sumbangan dekat surau ni. Ni kenduri tahlil pun tak pula nampak batang hidungnya.." Terkantoi sudah. Selamba Kak June cakap.

"Eh.. Kau ni  June. Kamal kan pergi kursus. Mana dia ada dekat sini. Sebab tu dia tak datang.."

" Tapi petang tadi saya terserempak dengan dia dekat warung tepi jalan tu. Dia beli nasi.." Nadhila nak gelak sebenarnya tapi ditahan. Kalau Nadhila gelak memang akan malulah Mak Bedah. Nadhila pandang Nabiha dan gelak kecil sesama.

" Salah orang kau ni. Dahlah.. Aku nak balik. Dah lewat dah ni. Dah siap semua kan. Kalau layan korang ni, sampai ke Subuh tak sudah..!" Dengan wajah yang agak merah malu, Mak Bedah terus bangun dan bersalaman dengan mereka. Dan terus berlalu pergi. Dah malu sendirilah tu.

"Kak Mah.. Saya pun minta diri dululah ye.." Kak June pula mahu pulang.

" Terima kasih banyak-banyak ye June. Hati-hati bawa motor tu.." pesan Makcik Alimah.

" Insha Allah..!" Kak June bersalaman dengan Nadhila dan Nabiha juga dan terus meninggalkan mereka. Sebaik saja Kak June melangkah keluar dari pintu dapur surau. Nadhila pandang Nabiha dan mereka gelak kuat bersama. Lawak memang lawak.

" Dhila.. Biha.. !! Ni kan surau. Hormat sikit. Bawa bekas-bekas ni masuk dalam kereta. Abang Dip dah tunggu dah tu.." Makcik Alimah menegur mereka. Mereka masih gelak kecil. Masing-masing mengangkat bekas kosong berisi lauk tadi dan bawa ke kereta. Menunggu Nadhif di tepi kereta sambil berbual. Makcik Alimah dan Nadhif berbual sebentar bersama tok ketua kampung.

" Okeylah tok. Saya minta diri dulu. Terima kasih ya tok.."kata Nadhif.

" Sama-sama. Bila kau balik KL?" Tanya tok ketua kampung.

"Kalau ikutkan hari Rabu tapi tak tahulah kalau dapat panggilan. Kena balik awal lah. Kerja saya ni tak tentu.." jawab Nadhif.

"Iyalah. Apa-apapun, hati-hatilah. Mana Dhila, tak nampak pun.." Tok ketua bertanya.

" Tu ada dekat kereta. Dhila.. Meh kejab..!" Panggil Makcik Alimah. Nadhila datang menghampiri mereka. Senyum saja tok ketua pandang Nadhila.

"Iya ibu..!"

"Ni tok ketua tanya kau.."

"Iya tok. Tok Sihat?!" Nadhila senyum manis.

" Alhamdulilah sihat walafiat. Lama tok tak jumpa kau. Imran dah balik ke Penang semalam. Kalau dia tahu kau ada dekat sini. Mesti dia jumpa kau.." kata Tok Ketua.

"Oyeke?! Tak ada rezeki nak jumpa dia. Nanti tok sampaikan salam dekat dia ye..!"

"Insha Allah.. Tok pun minta diri dululah ye.." Nadhif bersalaman dengan Tok ketua dan terus berlalu. Mereka anak beranak menuju ke kereta.

Letih badan masing-masing. Dari pagi sampai ke malam tak rehat langsung. Letih pun seronok dan puashati. Jarang berjumpa dan jarang berkumpul dengan orang kampung. 


Bila dah jumpa, memang macam-macam ceritanya. Memang seronok. Lepas ni tak tahu lagilah bila dapat berkumpul lagi. Peluang yang ada mereka sangat hargai. Lagi-lagi si Nadhif. Memang payahlah nak dapat cuti lepas ni. Sibuk dengan kerja.

"Apa yang korang borakkan tadi tu. Sampai keluar dengar gelak korang.." tanya Nadhif memulakan perbualan.

"Hmm.. Apalagi, kalau Mak Bedah dah jumpa Kak Dhila. Faham-faham sudah lah.."jawab Nabiha.

" Dhila cakap apa dengan Mak Bedah? Ada buat dia marah ke? Dhila jangan macam-macam. Abang tak nak dengar kang dia bawa mulut cerita pasal kau lagi.." Berkerut Nadhif. Dia lagilah tak suka dengan Mak Bedah.

" Dia tu yang mulakan cari pasal. Dhila cakap benda betul kut tapi lepas tu dia juga yang malu sendiri. Tu kami gelak tu."jawab Nadhila pula.

" Biarlah orang buat kita, jangan kita buat orang.."

"Iya Abang Dip. Dhila pun tahu macam mana Mak Bedah tu. Tapi tak kan nak berdiam je, Dhila pun kena pertahankan diri Dhila juga. Asyik kena je dengan dia. Lepas tu suka menyampai, bila berita tak betul dia sampaikan dekat abang. Abang terus marah Dhila tanpa bukti. Mana boleh tahan macam tu.." sambung Nadhila lagi. Nadhif membisu.

" Betul cakap Dhila tu Dip. Kadang-kadang walaupun dah tua. Kena juga kita tegur. Kalau dia nak terima teguran dan ambil positif baguslah tapi kalau dia tetap macam tu. Tak bole buat apalah.." Mak Alimah setuju dengan Nadhila.

" Kak.. Biha tengok. Tok ketua berkenan kat akak lah. Bukan ke Abang Imran tu memang syok kat akak. Doktor tu kak..." Nabiha bersuara.

" Ish!! Kau ni. Merepek jelah. Kalau kau nak, kau jelah pinang dia.." Berkerut Nadhila.

" Kalaulah Abang Imran tu nak dekat Biha. Biha nak je kak. Abang Imran tu pun hensem, bekerjaya pula tu. Rasanya padan kut dengan Biha, Biha kan bakal nurse.. Doktor dan nurse.. Okey kan..." jawab Nabiha.

" Ha dengar tu Abang Dip. Biha tu dah gatal dah nak kahwin. Abang Dip pergilah pinangkan Abang Im tu untuk Biha. Kan kawan Abang Dip tu.." Nadhila sinis. Makcik Alimah geleng kepala.

" Belajar tak habis lagi, gatal nak kahwin. Biha ingat, mentang-mentang Biha bakal nurse, confirm ke jodoh tu dengan doktor. Habis kan belajar tu dulu, dah habis belajar cari pengalaman kerja pula. Jangan sibuk fikir jodoh. Abang tengok pretasi belajar kau pun dah menurun dah. Sibuk sangat nak cari jodoh.." Nadhila tahan gelak. Bukan senang Nadhif nak bebelkan adik kesayangannya itu. Sesekali Nadhila jadi batu api. Padan muka Biha!! Katanya dalam hati.

" Turun sikit je pun. Biha dah buat yang terbaik tapi dapat itu juga. Biasalah tu. Nama pun study. Mesti ada turun naiknya..!" Jawab Nabiha selamba. Tak rasa bersalah pun.

" Kalau buat yang terbaik pasti hasilnya pun terbaik. Ni Biha sibuk melayan handphone, ingat Abang Dip tak tahu ke. Beli handphone mahal, cuba berjimat sikit. Nanti mengadu tak makanlah, sakit perutlah tapi ada duit beli handphone. Biha sekarang ni pun dah lain kan..!" Nadhif marah. Nabiha mula jadi bengang. Tak senang duduk dia.

Yes.. Yess!! Padan muka kena marah dengan Abang Dip. Rasakan kau. Kata hati Nadhila. Senyum manjang.

" Entah tu. Setiap kali balik, handphone mesti bertukar. Tengok aku, handphone lama je. Nokia Butterfly. Setia pada yang satu. Aku kerja pun tak mampu nak beli handphone harga beribu macam tu.." Nadhila sengaja. Makin menyirap hati Nabiha.

"Kak.. Biha beli handphone ni sebab study lah. Penting tau handphone canggih macam ni. Sekarang ni semua guna internet, senang cari bahan presentation. Ada group whatsapp. Handphone kau mana ada. Buang longkang jelah.." Berlagak sungguh Nabiha.

"Alasan.. Kau hidup memang nak mewah je. Mana boleh kalah dengan orang. Susah sikit je mengeluh, naik lemak.!"

"Memanglah hidup kena mewah. Tengok zamanlah. Zaman Kak Dhila mana ada benda canggih macam ni. Tak payahlah nak jelous..!" Dah mula bertekak dua beradik ni.

"Tak hairan pun. Kalau setakat hidup mewah tapi sumber dari orang lain. Hmm.. menunjuk je lebih. Lainlah kalau dari hasil sendiri. Usaha sendiri. Ini tak, minta je semua dapat depan mata. Hidup nak senang je, susah sikit mengelupur.


Berlagak kaya. Tak sedar diri..!" Berlawan-lawan pula mereka.

"Eh.. Yang Kak Dhila nak lebih-lebih ni kenapa. Tahulah Abang Dip selalu lebihkan Biha dari Kak Dhila tu. Sebab tulah jelous tak tentu pasal.."

"Apasal korang ni? Nak bergaduh nanti tunggu sampai rumah. Gaduhlah dekat halaman rumah sampai esok. Yang sorang macam tu yang sorang macam ni.." Nadhif bersuara keras. Dari tadi mendengar je pertengkaran mulut kedua adiknya. Makcik Alimah diam saja. Malas nak campur.

" Ni semua Abang Dip punya pasal lah. Manjakan sangat Biha ni sampai naik lemak.." Nadhila menjeling Nadhif.

" Aik.. Abang pula kau libatkan.." Nadhif menoleh pada Nadhila dan berkerut.

" Iyalah memang punca semua dari abang.." Nadhif memberhentikan keretanya dihadapan rumah. Nadhif mematikan enjin kereta. Menggeleng kepala. Nadhila terus keluar dan menuju ke bonet kereta mahu ambil bekas-bekas tadi. Diikuti oleh Nabiha.

" Nak gaduh sangat kan?! Ha tu pergi sana tu. Tempat lapang tu, nak bertumbuk ke nak sepak terajang tu sana. Pergilah. Taknak pula..!" Perli Nadhif pada Nabiha.

" Sanalah.. !" Nabiha menolak Nadhif yang menghalang laluannya. Dan terus jalan terus masuk dalam rumah. Mencuka muka.

" Ha Dhila.. Taknak dah bergaduh. Pergilah tu pergi. Nanti abang pasangkan lampu.."

"Ini semua salah Abang. Pilih kasih. Benci Abang Dip. Tepilah...! Orang nak lalulah.." Nadhila pula tolak Nadhif dengan kasar. Menjeling tajam setajam mata pedang.

" Kasarnya...!! Oittt..!! Cepatlah gaduh sana, abang tunggu. Nanti abang jadi pengadil.." Jerit Nadhif. Saja menyakat. Gelak kecil.

Kemudian, dia bersandar di belakang kereta menghadap ke halaman rumah. Tenang dan damai sekali. Memeluk tubuh. Berfikir sesuatu.

" Pilih kasih? Betul ke aku pilih kasih? Semalam ibu pun cakap perkara yang sama. Betul Dhila cakap, semua salah aku. Aku lebihkan Biha dari Dhila. Apa Biha nak aku bagi je, tapi bila Dhila nak sesuatu, aku marahkan dan bebelkan. Tapi Dhila pun bukan meminta pun. Kalau dia nak sesuatu, dia kumpul duit sendiri. Kasihan Dhila. Dulu arwah ayah selalu sisihkan dia, aku dan Biha ayah lebihkan. Sekarang, aku pula buat Dhila macam tu juga. Memang patut pun dia jelous.. Ya Allah..!! Banyak betul salah silap aku pada adik aku. Maafkan Abang Dhila..!" Nadhif cakap sendiri. Menyesali perbuatannya sendiri. Menyapu muka dengan tapak tangan. Menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan.

Kadang.. Kita cepat sangat nampak salah orang tapi kita tak sedar pun semuanya adalah berpunca dari diri kita sendiri. Jangan sampai dah terjadi sesuatu baru nak menyesal. Muhasabah diri itu lebih baik. Betulkan diri untuk jadi yang terbaik. 

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs