Home Novel Keluarga Secebis Kasih
Secebis Kasih
Alia Alizs
26/1/2019 11:22:33
126,678
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Bab 15
Sampai saja dirumah, Nadhila terus masuk bilik.  Membersihkan badan dan solat. Kemudian, dia ambil handphone barunya. Seronok dia dapat beli handphone baru hasil titik peluhnya sendiri. Sekali beli yang canggih terus. Puashati! Bukan duit dia semua tapi ada tambah sikit elaun yang Nadhif bagi tiap bulan. Yang dia simpan dan tak guna. Kalau Nabiha boleh beli handphone mahal dengan minta duit Nadhif, Nadhila pun boleh beli juga, lagi puashati dengan duit sendiri.

Selepas ini, dia kena kerja kuat untuk kumpul duit semula. Duit dah habis beli handphone. Dan dia tak tahu, sama ada abangnya akan bagi duit elaun tiap bulan lagi atau pun tidak. Ah!! Nadhila tak kisah pun dan Nadhila tak harapkan pun duit dari Nadhif. Dia kerja dia boleh cari duit sendiri. Sekarang ni, Nadhila nekad. Nak kumpul duit untuk buat lesen kereta dan nak beli kereta sendiri. Nak buktikan pada Nadhif dan Nabiha. Nekad!!

Nadhila membelek-belek handphone nya. Beli nombor baru, dia tak nak sesiapa tahu nombor barunya itu. Dan dia tak nak Nadhif dan Nabiha tahu juga. Dia mahu menghilangkan diri dari dua adik-beradiknya itu. Nombor pertama yang dia simpan dalam handphone nya adalah nombor Shakil. Nombor Shakil yang dia tulis dalam bukunya. Petang tadi, Lani ajar Nadhila menggunakan aplikasi whatsapp. Mudahlah dia berhubung dengan Shakil. Nadhila duduk di katil. Tersengeh-sengeh memandang handphone. Cuba menghubungi Shakil.

"Assalammualaikum...!" Lembut suara Shakil di talian.

 "Waalaikumsalam.. Ni Encik Shakil ke?!" Nadhila bertanya. Menukar sikit nada suaranya. Menyamar.  Saja nak mengenakan Shakil.

" Iya saya Shakil. Siapa ni ya?!" Nadhila tahan gelak.

" Saya Ika. Kawan lama awak. Lupa yee..!"

"Ika? Ika mana ek?!. Sorrylah, awak salah nombor ni. Saya tak ada kawan nama ika. Sorry ye..! Bye..!" Jawab Shakil.

"Eh.. Sekejab. Mana boleh salah nombor, awak yang bagi nombor ni dekat saya. Sampai hati awak, lupa saya.." Nadhila sambung lagi. Bab mengenakan orang memang Nadhila suka.

" Cik Ika.. Saya tak ada kawan nama Ika. Maaf ya.. Saya busy, Assalammualaikum..!!" Shakil terus mematikan talian. Nadhila tercengang sendiri dan gelak kuat. Lawak!! Nadhila call lagi Shakil.

"Iya Cik Ika. Nak apa lagi?!" Jawab Shakil suara lembut. 

"Hahahahahaaa... Dah lupa saya ke?!" Nadhila gelak kuat. Sampai sakit perutnya.

" Nadhila??!!" Bila dengar Nadhila gelak baru Shakil kenal.

" Pandai nak kenakan saya ye..!!" Nadhila gelak lagi dan lagi.

" Sorry..!! Jangan marah tau. Nanti cepat tua. Hahahaa..." sambung gelak lagi. Amboii.. gembiranya Nadhila.

" Tak marah pun. Ceria je suara hari ni. Apa yang buat awak happy ni. Share sikit..!" Nadhila baring di katil.

" Happy ek? Biasalah saya kan memang seorang yang happy.. Hehe..!!"

" Iyelah tu. Dah beli handphone dah ye. Senang saya nak call awak.." kata Shakil.

" Iya.. Tapi tolong jangan bagitahu Abang Dip nombor baru saya ni ye. Nombor ni hanya awak je yang tahu. Tolong ye Sha. Saya taknak abang tahu.." Mendatar suara Nadhila. Mengharap Shakil memahaminya.

" Tapi sampai bila awak tak nak bagitahu dia. Dia kena tahu Dhila, kalau apa-apa terjadi pada awak macam mana?!" Nadhila berubah muka.

" Saya belum sedia. Tunggulah nanti, saya akan bagitahu juga. Cuma buat masa ni saya tak nak Abang Dip tahu. Tolong ya Sha.. Atau.. saya tukar nombor lain dan saya tak nak bagi awak. Biar semua orang tak dapat contact saya. Senang cerita.." Nadhila mengugut pula. Ada je idea dia.

" Macam tu pula. Hmm.. Baiklah Cik Nadhila. Saya tak bagitahu tuan.. " Terpaksa juga Shakil bersubahat dengan Nadhila. Ikutkan jelah janji dia dapat menghubungi Nadhila.

" Thank you..! Okeylah, saya ada kerja sikit ni. Good night! Bye.." Nadhila matikan talian. Merenung kipas yang sedang berpusing di syiling bumbung.

Dan, duduk bersila. Memusing-musingkan handphone. Teringat pula pada mimpinya tempoh hari. Kalaulah mimpi itu menjadi kenyataan, Nadhila rela mati dari dipukul abangnya. Kena tampar hari tu pun rasa nyawa-nyawa ikan je. Lagi kena pukul. Fuhh!! Tak dapat nak dibayangkan. Gerun!! 


Tok.. Tok...!! Pintu bilik diketuk. Terhenti lamunannya. Nadhila bangun dan buka pintu. Tercegat Hidayu di depan pintu. Diajaknya Hidayu masuk. Duduk bersama di atas tilam.

" Kenapa kau tak keluar? Diaorang ada tu.." tanya Hidayu.

" Malaslah.."

" Kau bengang ek dengan Azs?!" Teka Hidayu.

" Entahlah Ayu. Pening aku layan diaorang tu.."  Nadhila ambil bantal dan peluk bantal.

" Untung kau Dhila. Ramai betul peminat kau. Tu belum lagi customer..!!" Nadhila berkerut pelik. Hidayu gelak kecil.

" Untung?? Gila kau? Sakit jiwa tau tak.." Nadhila membeliakkan mata. Hidayu gelak kecil.

" Lani ada cerita. Katanya Helmi dan Azs ada juga bercerita pasal kau. Dan pernah juga sampai nak bertekak.."

" Pula. Ni yang aku tak suka dengar ni. Elok-elok kawan nanti jadi musuh pula sebab aku. Aku memang tak selesalah Ayu. Aku cuma anggap diaorang tu kawan je tau. Tak fahamlah diaorang tu. Entah apa entah yang hebat sangat dekat aku ni. Nak kata cun, cun mende macam ni. Mulut puaka juga tapi peliklah diaorang.. tak fahamlah.." jelas Nadhila.

" Adalah tu yang diaorang tertarik dekat kau. Kau mana nak sedar. Orang kata, kalau dah suka, dari mata turun ke hati. Kalau dah ke hati tu, hmm.. faham-faham jelah. Tapi kan..  Aku kelirulah beb.. Sebenarnya kau dengan siapa ni. Dengan Helmi ke atau Azs? Macam mana dua-dua boleh ada hati dekat kau ni? Cuba cerita sikit.." Hidayu mengalihkan kedudukannya menghadap Nadhila. Berpandangan. Nadhila mencebikkan muka. Hidayu tak sabar mahu tahu cerita sebenar.

" Hmm.. Aku tak dengan sesiapa punlah Ayu. Diaorang tu je perasan lebih.." Nadhila buat muka bengang. Memang bengang pun.

" Perasan lebih? Perasan apa pula ni.. Cepat cerita, aku nak tahu sangat ni..!" Hidayu masih setia menunggu. Nadhila tarik nafas dalam dan hembuskan perlahan.

" Panjang sangat ceritanya. Kalau aku cerita sampai tahun depan pun tak habis.." Ada-ada saja Nadhila ni nak mengelak.

" Ishh!! Kau ni kan. Cerita jelah. Sampai tahun 2020 pun aku sanggup dengar. Cepat..!" Nadhila gelak kecil.

" Hey beb..!! Yang kau iya-iya sangat nak tahu cerita aku ni dah kenapa ha? "Nadhila pula bertanya.

"Taklah. Macam menarik pula kisah korang ni tau. Iyalah.. dua lelaki serentak suka dekat kau. Dua-dua kawan kau pula tu. Tu yang aku nak pastikan siapa sebenarnya yang kau suka ni.." kata Hidayu.

" Aku tak suka dua-dualah. Dua-dua tu kawan aku kut. Okey.. aku cerita. Tapi sekali je. Lepas ni kau jangan tanya apa-apa lagi tau. Boleh?" Nadhila serius. Hidayu senyum dan angguk. Semangat pula dia nak tahu.

" Sebenarnya.. Helmi tu kawan sekolah menengah aku. Satu kelas dari form 3 sampai form 5. Kampung dia sebelah kampung aku. Kitaorang kawan gelak-gelak je dulu. Taklah rapat pun. Kau tahu kan, aku kerja sini dari dia. Start aku kerja sinilah aku rapat dengan dia. Dan aku pun tak tahu yang dia boleh pula syok dekat aku. Kalau kau tak bagitahu, aku memang tak tahu tau.. " Hidayu mengangguk tanda faham.

" Oh okey!! Azs pula apa cerita?!"

"Itu lagi satu hal. Dia tu kawan sekolej aku. Dari semester satu lagi memang dia dah syok dekat aku. Tapi aku tak layan pun. Aku bukannya suka melayan. Sampai sekarang dia masih mengharap agar aku terima dia. Tapi aku tak boleh terima dia sebab aku tak syok kat dia. Mana boleh paksa..!" Jujur Nadhila bercerita. Lega dia dapat luah semua.

" Uitt beb.. Lama tu Azs tunggu kau. Dari semester satu sampai sekarang? Setia betul dia, memang cinta pandang pertamalah. Tapi kenapa kau tak boleh terima dia? Dia pun boleh tahan ada rupa, baik, senyum je. Apasal kau tak nak dia?" Hidayu masih bertanya dan bertanya.

" Ish!! Kau ni kan. Aku dah cakap kut. Aku tak boleh terima dia sebab aku memang tak syok dekat dia. Hati mana boleh paksa. Kalau kau nak dia, kaulah ambil dia...!" Nadhila mula bengang. Hidayu gelak.

" Alaaa kau ni. Relax lah. Janganlah marah. Tapi kan.. Kalau Azs tu nak aku, aku on je beb.. Hahaha.." Hidayu gelak.

" Eee kau ni kan. Boleh tahan gedik juga ek!! Tapi bagus jugalah. Kalau kau boleh tackle dia dan bila dia dah syok dekat kau. Maknanya Azs tak kan ganggu aku lagi. Aman hidup aku. Betul tak?!" Nadhila senyum. Hidayu pula berkerut. 


" Hello.. Jangan nak merepeklah ek. Habis sayang aku tu nak letak mana?" Hidayu menjeling pada Nadhila. Nadhila gelak.

" Letaklah dalam mangkuk kedap udara. Tutup rapat-rapat dan kemudian, simpan dalam almari Selamat...!! Hahahaha..!" Nadhila bergurau dan gelak besar.

" Oii.. Kau ingat sayang aku tu keropok ikan ke?!" Balas Hidayu.

" Ha.. Betul lah tu Ayu. Sayang kau tu orang Terengganu kan. Jadi, keropok ikan Terengganu lah.. Hahaha..!!"

"Hahahaha.. Kau kan Dhila, kalau kenakan aku memang nombor satu kan..!!" Dua-dua gelak. Meriah bilik dengan gelakkan mereka.

" Korang gelak-gelak ni, dah banyak order ke?! Keluar sekarang, ada benda nak bincang. Diaorang semua tunggu tu. Cepat..!!" Tiba-tiba pintu dikuak. Muncul nenek lampir dengan muka menakutkan. Kak Siti sudah angin satu badan. Nadhila dan Hidayu terdiam terus. Terbantut gelaknya. Hilang saja Kak Siti. Mereka berbisik-bisik.

" Dhila.. Kak Siti jelous tengok kita gelak. Hehe..!!" Kata Hidayu. Berbisik pada Nadhila.

" Tu kan kakak kesayangan kau. Kenapa kau tak ajak dia gelak sekali.." balas Nadhila. Turun dari katil.

" Tak nak aku...Hahaha. Dah jom!! Kang dia menjerit, habis runtuh rumah ni.." Mereka berdua bergegas keluar. Masih senyum-senyum. Sebelum keluar, Nadhila menyarungkan tudung dan sempat mencapai handphone nya. Nadhila berjalan dibelakang Hidayu. Semua mata tertumpu pada mereka berdua.

Helmi meminta Nadhila duduk disebelahnya. Tapi Nadhila tak layan. Dia duduk di sebelah Hidayu bersebelahan Lani. Wajah Azar muram je.

" Bagi list berapa presentation korang buat hari ni. Dan berapa order.." Kak Siti meminta. Muka serius. Mereka menyerahkan sekeping kertas bersaiz A4 pada Kak Siti. Semua senyap.

" Dari presentatation ni pun boleh nampak korang kerja main-main. Dah banyak sangat ke order? Macam mana nak jadi top five kalau macam ni? Personal order pun tak dapat." Kan dah kena bebel dengan nenek lampir. Kalau Kak Siti dah start membebel, bermakna tak ada siapa boleh buka mulut. Kalau buka mulut nanti seminggu tak bertegur. Entah apa punya leader lah macam tu. Hmm..

"Kau Dhila.. Jangan ingat kau top personal order, kau boleh relax boleh main handphone je kat exibition. Maintain kan pencapaian tu.." Tercengang Nadhila.

"Bila masa pula saya main handphone kat exibition? Saya beli je tadi terus saya simpan. Dalam kereta je balik tadi baru saya pegang minta Lani ajar.." Nadhila terus cakap. Geram pula dia, benda dia tak buat kut.

" Mulai esok. Sesiapa pun tidak dibenarkan pegang handphone di exibition. Faham?!" Kata Kak Siti. Tegas.

"Aikk.!! Kalau customer call dan nak order macam mana? Esok saya ada appointment dengan customer tau. Atau.. Saya bagi semua nombor akak pada customer saya. Akak handle dan jangan marah pula kalau customer call atau whatsapp. Macam mana? Boleh tak Kak?!" Hanya Nadhila je yang berani bersuara pada Kak Siti. Yang lain senyum sesama mereka.

" Pandai-pandailah korang handle. Customer korang kan..!" Sinis betul suara Kak Siti. Nadhila memang tak setuju.

" Macam mana nak handle kalau Kak tak bagi pegang handphone. Customer akan direct call pada language caunselor mereka untuk bertanya itu ini. Kita ni sebagai consultant, kena bagi service yang terbaik pada customer. Tak semestinya customer dengar presentation kita terus sign agreement. Majority customer datang semula dan sign agreement bila betul-betul confident dengan produk kita. Dan, akak jangan ingat kami main handphone sebab personal je. Sebab customer juga kak, macam akak juga.. " Terdiam Kak Siti. Mereka lain angguk-angguk tanda setuju dengan apa yang Nadhila cakapkan.

 Bagi Nadhila, dia pun ada hak untuk menentang mana yang tak betul. Jangan ingat semua leader tu betul, kadang-kadang idea mereka pun tak boleh pakai. Bagi cadangan ikut kata hati dan ikut sedap mulut je. Kalau Kak Siti ni, bercakap ikut angin dia je. Nak orang ikut je angin dia. Mana boleh.

"Okey!! Make sure kena ada order setiap hari dan setiap sorang. Maintain order. Kalau tak ada, siap korang!! Dah pergi tidur. Esok jangan lambat..!" Muka Kak Siti bengang. Terus tutup buku report dan berlalu pergi tanpa menoleh pada mereka. Apabila dengar saja Kak Siti tutup pintu bilik, mereka gelak kecil. Puashati mereka dengan bantahan Nadhila tadi.

" Jangan lambat tapi dia yang paling lambat. Tu mesti benganglah tu. Baguslah kau Dhila. Berani kau melawan. Kalau kami ni, malas dah nak lawan. Buat sakit hati je." Kata Helmi.

"Tulah pasal.. Dia ingat dia je betul.." sampuk Lani.

"Bukan masalah bagus ke tak Mi. Tapi fikir logiklah. Bidang kerja kita ni kena bertindak dengan profesional bukan dengan emosional semata-mata. Kalau ikut emosi. Itulah jadinya.." jelas Nadhila.

"Betul.. Betull... Aku setuju..!! Patutnya kau yang pegang jawatan dia tu. Dengan kelebihan yang kau ada.." Hidayu pula bersuara.

" Pegang jawatan dia? Hohohoo.. Tak rela aku. Dapat pula anak buah macam korang-korang ni. Mahu terjun laut Singapore tu  aku nanti.. Oh tidak.. tidak....!!" Mereka gelak besar. Tapi Azar, langsung tidak bersuara sejak siang tadi. Membisu je. Muram je muka. Nadhila perasaan perubahan Azar. Tapi buat selamba je.

Kadang Nadhila terfikir, tak patut dia bersikap begitu pada Azar dan Helmi. Tapi apa daya dia. Sesiapa pun kalau berada ditempat Nadhila mungkin akan bertindak sama juga. Elok-elok kawan, gurau senda, gelak tawa, tiba-tiba punya rasa cinta pula. Ishh!! Serta-merta perasaan tu akan jadi lain punyalah. Memang.. memang tak selesa.

Dari Nadhila pilih antara dua orang lelaki itu, yang akan jadi gaduh sebab berebut cintanya. Lebih baik Nadhila buat hal sendiri. Tak pening kepala, tak sakit jiwa, tak sakit hati dan tak sakit otak. Lagi baik. Hidup tanpa ikatan, tanpa kongkongan lagi enjoy.

Bipp!! Notification whatsapp masuk. Terus muka Nadhila senyum lebar. Berseri-seri. Terus tengok handphone. Dan masuk ke dalam bilik. Helmi memandangnya tajam. Memikirkan sesuatu. Dalam masa yang sama, Azar pun memandang Nadhila. Pula dah..!!

Nadhila tutup pintu bilik dan kunci. Meletakan buku diatas meja dan terus labuhkan badan di tilam. Handphone ditengoknya lagi. Baca semula whatsapp dari Shakil.

" Sebelum tidur.. Maafkan semua orang yang telah menyakitimu, ikhlaskanlah setiap perbuatan mereka padamu. Semoga hatimu akan lebih tenang dan di dalam lindungan Allah.. Selamat Malam Nadhila..! Assalammualikum.."

Nadhila memandang ke bumbung. Menghayati kata-kata itu. Nadhila tahu, kata-kata yang Shakil berikan itu supaya Nadhila lembut hati dan memaafkan Nadhif. Nadhila tahu niat baik Shakil. Tapi.. Hmm.. Nantilah..



Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Alia Alizs