Daftar   |      Log Masuk   |   Lupa Kata Laluan
Home Novel Cinta pilihan terakhir
pilihan terakhir
sipencintapena
11/11/2018 09:54:31
5,603
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 8

Dahin memeluk bahu gadis itu.

Aliya hanya tersenyum hambar.

"Liya dah okay?" soal Dahin agak risau melihat keadaan gadis itu.

"Okay? Nampak Liya okay ke?" soal Aliya pula dengan nada sinis.

Dahin sekadar tersengih.

"Sorry. Nak dating dengan Dahin tak hari ini? Kita boleh pergi tempat biasa," ajaknya.

"Takde tempat lain ke?" berkerut dahi Aliya memandang lelaki itu.

Dahin tergelak kecil.

"Okay fine. Liya nak pergi mana? Dahin akan bawa Liya ke mana pun yang Liya nak pergi."

Aliya tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu.

"Dahin tengah buat drama ek?"

"Dahin serius lah," balas Dahin sambil menarik hidung mancung gadis itu.

"Sakit lah!" Aliya menepis lembut.

"Liya sebenarnya takde mood nak keluar hari ini. Tapi nak balik rumah lagi lah Liya tak suka. Perempuan gila itu selalunya balik awal," beritahunya sambil mendengus perlahan.

Dahin terdiam mendengar kata-kata gadis itu.

"Ikut kan hati nak saja Liya halau perempuan itu. Tapi bila ingatkan papa, Liya tak sampai hati pula. Perempuan itu dah keterlaluan. Ada ke patut dia buat papa nangis? Tak derhaka namanya macam itu," sambung Aliya tidak berpuas hati.

"Cuba Liya dan Fiyah bincang baik-baik perkara ini," Dahin mencadangkan.

"No. Tak nak. Liya benci dengan perempuan itu. Jangan harap Liya akan berbaik dengan perempuan itu sebelum perempuan itu minta maaf dengan Liya. Dah lah. Tak nak lah cakap pasal perempuan gila itu lagi. Jom. Masa rehat dah nak habis ini," balas Aliya sambil berdiri dan terus berlalu.

Dahin mengikut saja langkah gadis itu.Dalam diam dia mengeluh perlahan.

*****

Suha hanya mengikut langkah pantas Afiyah.

"Suha tunggu kat sini.Biar saya jumpa mamat itu dulu," arah Afiyah sambil menghulurkan begnya kepada Suha.

"Okay bos. Good luck," balas Suha sambil menyambut beg tersebut.

Bulat mata Afiyah membalas pandangan gadis itu. Dia berlalu menghampiri Eijaz yang berada di tengah gelanggang. Suha hanya tersenyum memandang kedua-duanya dari jauh. Apabila Afiyah memberitahunya yang dia ingin bertemu dengan Eijaz si romeo. Dia agak terkejut. Ingin bertanya lebih lanjut dia tidak pula berani apabila melihat wajah sahabatnya yang berang apabila menyebut nama lelaki itu.

Afiyah berdiri di depan lelaki itu tanpa senyuman. Dia terpaksa mendongak disebabkan tubuh tinggi lampai lelaki itu.

Eijaz tersenyum memandang gadis itu.

"Hai," ucap Eijaz dengan perasaan berdebar.

"Dah takde kerja lain?" soal Afiyah sinis.

"Susahnya nak jumpa awak," balas Eijaz tanpa menghiraukan soalan gadis itu.

Afiyah menarik nafas perlahan.

"Awak nak apa sebenarnya?" soalnya geram.

Eijaz tersenyum tenang.

"Awak nak tak jadi girlfriend saya?" soalnya pula sambil memandang tepat pada wajah gadis itu.

Afiyah agak terkedu dengan soalan lelaki itu.

"Saya nak awak jadi girlfriend saya," sambung Eijaz dengan senyuman.

"Dah gila?" soal Afiyah agak keras. Teringat semula cerita Suha.

"Awak ini dah terdesak ke?" soalnya lagi dengan perasaan geram.

Eijaz hanya membisu.Cuma bibirnya yang masih tersenyum dan pandangannya yang langsung tidak beralih daripada memandang wajah gadis itu.

Afiyah mendengus.

"Okay. Awak beri saya seribu sebab kenapa saya perlu jadi girlfriend awak. Kalau awak berjaya, saya akan pertimbangkan tawaran awak itu. One more thing, selagi tak cari sebab itu jangan cuba nak call saya pula. Saya rimas. Awak faham tak?" putusnya dengan suara keras sebelum berlalu meninggalkan lelaki itu.

Eijaz hanya memandang langkah gadis itu. Dia tergelak kecil.

Awak tetap comel Fiyah walaupun tengah marah. Sama seperti dulu.


***

"Fiyah cakap macam itu?" soal Suha terkejut mendengar cerita sahabatnya itu.

"Saya sebenarnya dah ada rancangan," balas Afiyah dengan senyuman jahat.

"Rancangan apa?" soal Suha agak teruja.

Afiyah tergelak kecil.

"Ingat tak hari itu? Suha ada beritahu yang Liya suka mamat itu kan?" soal Afiyah sambil memandang tepat wajah sahabatnya itu.

"Ha'ah betul lah. Oh my!" Suha menutup mulutnya.Bulat matanya memandang gadis itu.

"Fiyah nak kena kan Liya ke?" soalnya kurang percaya.

Afiyah tergelak lagi.

"Kejap. Fiyah ke perempuan itu? Perempuan yang bertuah," soal Suha semakin teruja.

Afiyah terdiam sejenak.

"No.Bukan Fiyah," jawabnya tenang.

Dahi Suha berkerut serius.

Habis itu kalau bukan Fiyah kenapa Eij terkejar-kejarkan sahabatnya itu??

Suha menarik nafas perlahan. Dia pula yang terlebih.Wajah tenang Afiyah dipandang. Dia risau. Risau dengan rancangan gadis itu.

"Fiyah," panggilnya lembut.

Afiyah membalas pandangan gadis itu.

Suha menarik nafas perlahan.

"lambat pula bas hari ini," katanya sambil memandang ke arah jalan raya.

Afiyah sekadar tersenyum tanpa membalas. Dia faham gadis itu risaukan dirinya.Namun dia tetap dengan rancangannya.

*****

Afiyah bersandar tenang pada kepala katilnya. Permintaan Eijaz sebenarnya masih mengganggu fikirannya. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Walaupun dia kuat menafikan namun kehadiran lelaki itu sebenarnya langsung tidak mengganggunya. Malahan dia merasa sangat selesa dan selamat apabila bersama dengan lelaki itu.

Why?

Dia bukannya pernah berjumpa dengan lelaki itu sebelum ini.
Atau...

dia sendiri yang tak ingat?

Afiyah mendengus perlahan. Dia tidak jadi menarik selimut apabila pintu biliknya diketuk perlahan.

Lah...aku baru aje nak tidur.

Afiyah turun dari katil menuju ke arah pintu.

Oppss

Afiyah tersengih memandang wajah Mak Isma.

"Mak Isma rupanya. Masuk lah. Lah, saya dah makan kat kolej tadi Mak Isma. Kenapa nak susah-susah. Kalau ya pun Fiyah lapar. Fiyah boleh turun kat bawah," berkerut dahi Afiyah memandang Mak Isma yang sedang meletakkan makanan di atas meja.

"Nak tunggu kamu turun sampai hujung tahun ini pun tak mungkin akan turun-turun. Lagipun papa kamu yang suruh Mak Isma hantar makanan ini. Papa risaukan kamu Fiyah," beritahu Mak Isma dengan senyuman. Dia menepuk bahu Afiyah perlahan sebelum berlalu.

Afiyah memandang makanan yang terhidang di atas meja.

Papa?? risau??

Afiyah tersenyum sinis sebelum berlalu ke katil semula. Dia menarik selimut sehingga hampir menutup seluruh tubuhnya.

So what???

***

Puan Sri Erma memandang wajah anak lelakinya itu dengan perasaan kurang percaya.

"Eij, umi rasa itu tak lucu," katanya dengan nada serius.

Eijaz tergelak kecil.

"Kalau Eij kata yang Eij serius,umi percaya tak?" soalnya.

Berkerut dahi Puan Sri Erma membalas pandangan Eijaz.

"Umi tak nak Eij mainkan anak dara orang macam ini. Apatah lagi Fiyah atau Liya," nasihatnya tegas.

Eijaz mengeluh perlahan.

"Tak tahu lah umi. Eij tak faham kenapa Eij dah mula rindukan Fiyah," balasnya dengan wajah keliru.

"Habis itu Liya macam mana? Eij balik Malaysia semula hanya sebab Liya tau. Peluang kat sana Eij lepaskan macam itu aje tanpa fikirkan masa depan Eij sendiri. Umi dan abah diam aje selama ini sebab tahu Eij memang dah lama sayangkan Liya. Tapi umi tak boleh terima bila Eij buat perangai macam ini. Eij tak kasihankan umi ke?" balas Puan Sri Erma geram dengan anak lelakinya itu.

Eijaz terdiam seketika. Jemari wanita itu dicapai lembut.

"I'm sorry mi," ucapnya dengan perasaan bersalah.

Puan Sri Erma mengeluh perlahan.

"Umi dan abah dah beri Eij peluang untuk tentukan hidup sendiri. Jangan sia-siakan peluang ini Eij. Bijak lah dalam membuat keputusan. Jangan terlalu ikutkan kata hati," nasihatnya lembut.

Eijaz tersenyum hambar sambil mengangguk perlahan.

Thanks umi.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh sipencintapena