Home Novel Cinta pilihan terakhir
pilihan terakhir
sipencintapena
11/11/2018 09:54:31
20,891
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 16

Langkah Aliya terhenti apabila terpandang pasangan yang sedang makan bersama sambil tergelak. Keningnya berkerut melihat Eijaz mencubit manja pipi gebu Afiyah.

"Liya, jom duduk kat sana," ajak Rina sambil menarik lengan Aliya. Dia nampak apa yang dilihat oleh gadis itu. Oleh itu dia cuba untuk mengawal keadaan. Aliya menurut dengan perasaan berbaur.

"Liya nak makan apa? Rina tolong belikan," tanya Rina sambil memandang sekeliling yang kelihatan agak lengang. Memang nasib mereka agak baik hari ini. Situasi seperti itu hanya akan berlaku sekali dalam sebulan. Dan hari ini merupakan hari mereka. Rina tersenyum gembira. Dia memandang Aliya semula. Gadis itu kelihatan muram. Rina mengeluh perlahan. Dia menjeling pasangan yang duduk tidak jauh dari mereka.

"Rina, Liya," tegur Suha sambil tersenyum melambai ke arah mereka. Rina tersenyum membalas lambaian gadis itu. Aliya hanya memandang sekilas ke arah Suha yang sedang menarik kerusi di hadapannya.

"Hari ini Suha nak lunch dengan korang. Suha tak nak ganggu orang tengah bahagia itu," katanya sambil tergelak kecil. Wajah muram Aliya mencuri perhatiannya.

"Nak makan apa?" soal Rina sambil berdiri.

"Macam biasa," jawab Suha tersengih menayangkan giginya yang tersusun cantik.

"Yalah makcik," balas Rina sebelum beredar. Suha sekadar tersenyum memandang langkah rakannya. Dia memandang Aliya semula.

"Liya okay? Macam tak sihat aje," tanyanya agak risau melihat wajah Aliya yang mula kelihatan pucat.

Kenapa? Liya ini biar betul.

Suha menjeling Afiyah dan Eijaz yang duduk tidak jauh dari mereka.

"Boleh Suha tanya sesuatu?" soal Suha separuh meminta apabila melihat gadis itu hanya membisu tanpa menjawab soalannya sebentar tadi. Gadis itu dilihatnya seperti tenggelam dengan dunianya sendiri. Aliya yang sedari tadi hanya tunduk memandang jari jemarinya di atas meja mula mengangkat sedikit wajahnya membalas pandangan Suha.

"Liya anggap Eij itu apa?" soal Suha agak berdebar. Aliya terkedu.

"Liya jangan salah faham. Suha cuma nak tahu perasaan sebenar Liya pada Eij," sambung Suha mula rasa serba salah. Aliya menarik nafas dalam. Sejak Eijaz masuk ke kolej mereka, memang dia tunjukkan minatnya pada lelaki itu di hadapan Suha dan Rina sehingga kedua-dua rakannya itu percaya yang dia benar-benar sudah jatuh hati dengan Eijaz.

"Jangan risau. Liya tahu Fiyah itu kawan baik Suha. Liya memang minat Eij. Tapi tak lah sampai cintakan dia," jawab Aliya dengan nada tegas tanpa memandang wajah Suha.

"Jangan lah cakap macam itu. Fiyah dan Liya adalah kawan baik Suha. Liya buat Suha rasa bersalah pula," kata Suha yang kurang senang dengan kata-kata sahabatnya itu.

"Sorry," ucap Aliya mula tersenyum. Namun senyumannya itu sangat hambar pada pandangan Suha.

"Musuh Liya cuma perempuan itu. Bukan Suha atau Rina. Tapi Liya tak sedar yang Liya dah libatkan korang pula. Sorry," sambungnya sambil mengeluh perlahan.

"Makanan dah sampai," celah Rina sambil meletakkan makanan di atas meja.

"Thank you," ucap Aliya sambil mula mencapai sudu. Dia berkelakuan seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Suha mengeluh dalam diam.

"Apa kata hujung minggu ini kita keluar? Dah lama kita tak keluar bersama," cadang Aliya sambil menyumbat nasi ke dalam mulutnya.

"Setuju," jawab Rina dengan riang.

"Suha?" tanya Aliya sambil memandang wajah rakannya itu. Rina turut memandang Suha yang hanya mendiamkan diri selepas kedatangannya.

Tadi bukan main ceria lagi Minah ini. Dah kenapa?

"Okay," jawab Suha sambil menganggukkan kepalanya.

"Yoss," balas Rina separuh menjerit. Aliya dan Suha hanya tersenyum melihat telatah gadis itu.

                                                                                 *****

"Lepas kelas Fiyah terus balik?" tanya Eijaz sambil memandang gadis di sebelahnya itu.

"Nak pergi mana lagi kalau tak balik rumah," jawab Afiyah tanpa memandang lelaki itu. Fikirannya menerawang jauh mengingatkan peristiwa sebentar tadi. Dia masih ingat dengan jelas perubahan wajah Aliya apabila melihat dia makan bersama dengan lelaki pujaanya itu.

Haha! Padan muka. Ini baru permulaan Aliya. Aku akan pastikan kau terkejut sampaiterjojol biji mata itu!

"Sayang?" langkah Afiyah terhenti. Berkerut keningnya memandang Eijaz.

Ini lagi seorang ini. Tak habis-habis bersayang dengan aku!

"Hei, mengelamun ek," usik Eijaz sambil mencubit lembut pipi gadis itu.

"Mana ada!" jawab Afiyah agak keras. Dia menyambung langkahnya semula.

Aku siku juga Mamat ini!

"Eij pasti yang sayang mengelamun tadi," balas Eijaz sambil mula memeluk bahu gadis itu. Dia tahu yang gadis itu tidak selesa dengan sikapnya namun dia sendiri tidak dapat menahan diri daripada terus memperlakukan Afiyah seperti teman wanitanya yang sebenar. Langkah Afiyah tiba-tiba terhenti.

"What's wrong?" soal Eijaz turut berhenti melangkah. Dia memandang ke hadapan apabila melihat riak wajah Afiyah yang berubah. Kelihatan seorang pemuda sedang berdiri tidak jauh dari mereka. Dia dapat melihat dengan jelas pemuda itu hanya memandang Afiyah seorang dan bukan dirinya. Eijaz menoleh semula memandang Afiyah. Wajah Afiyah jelas menunjukkan yang dirinya terkejut dengan kehadiran lelaki itu. Eijaz melepaskan pelukannya dan menggenggam pula jemari milik Afiyah. Daffa mengalihkan pandangannya ke arah Eijaz. Kini kedua-duanya saling bertentang mata tanpa mengukir senyuman. Afiyah menarik tangannya dari genggaman Eijaz dan terus beredar. Dadanya berdebar hebat saat melepasi tempat di mana Daffa sedang berdiri.

Daffa hanya memandang gadis itu melepasinya tanpa berhasrat untuk menahan. Eijaz mengikut langkah Afiyah. Dia sempat menjeling Daffa sebelum berjalan melepasinya. Daffa melepaskan keluhan berat sebelum menoleh perlahan memandang ke belakang. Dia hanya memandang kedua-duanya berlalu dengan perasaan kecewa.

                                                                                          *****

Daffa melangkah masuk ke dalam kelas dengan langkah perlahan. Dia menoleh ke arah Afiyah. Kelihatan gadis itu sedang termenung. Daffa mengeluh sebelum berlalu ke tempatnya.

Siapa lelaki yang dilihatnya bersama Fiyah? Apa hubungannya dengan Fiyah?

Daffa meraup wajahnya perlahan. Dengan siapa dia harus bertanyakan soalan itu?

Afiyah?

Dia tahu itu sangat mustahil kerana saat ini gadis itu langsung tidak sudi bercakap pun dengannya.

"Daim Daffa," tegur satu suara. Dahin menarik kerusi dan duduk di hadapan lelaki itu. Daffa membalas pandangan Dahin. Dia tahu lelaki itu rakan sekelasnya tapi dia tidak pula pernah menegurnya.

"Saya Dahin," beritahu Dahin sambil menghulurkan tangan. Daffa menyambut sambil tersenyum kecil tanda perkenalan.

"Daffa," balasnya. Dahin mengangguk.

"Ainun Afiyah," kata Dahin sambil memandang Afiyah dari jauh. Berkerut kening Daffa memandang telatah lelaki itu.

"She's pretty. Right?" sambung Dahin kini mengalihkan pandangannya ke arah Daffa. Daffa turut memandang Afiyah.

"Yes. But don't dream about it. She's mine," balas Daffa jelas memberi amaran. Dahin tersenyum sinis.

"Are you sure?" soalnya separuh menyindir.

"Awak ada masalah ke?" soal Daffa tanpa menjawab. Dia memandang tajam wajah lelaki itu. Dahin mengangkat bahu. Dia bangun dari kerusinya.

"Yes. Awak adalah masalah saya. Kolej ini kecil aje. Saya tahu awak siapa. Tujuan awak datang sini sebab Fiyah kan? Saya cuma nak awak ingat. Kalau awak dah ludah, takkan awak nak jilat balik? Awak dah pernah lukakan dia. Kali ini saya tak benarkan awak lagi," balas Dahin dengan nada agak keras.

Good job Dahin! Tak sangka pandai juga aku mengarang. Hehe...,

Dahin berdehem perlahan mula beredar.

"Wait." Daffa menahan. Dahin berpaling semula memandang lelaki itu.

"Saya memang pernah lukakan dia. Tapi saya ada sebab. Awak tak tahu apa-apa dan awak tak ada hak pun nak masuk campur dengan urusan saya," kata Daffa dengan nada tegas. Terangkat kening Dahin.

"Kalau awak tak tahu malu, saya nak tengok macam mana awak boleh pujuk dia. Saya harap dia tetap Ainun Afiyah yang awak kenal dulu," balasnya dengan sinis sebelum melangkah semula. Daffa terkedu. Lidahnya kelu untuk membalas.

                                                                                         *****

"Eij, I miss you," ucap Aliya dengan perasaan sebak. Eijaz mengeluh perlahan.

"Eij masih marahkan Liya?" soal Aliya apabila lelaki itu hanya membisu.

"Eij dah lama tak call Liya. Kat kolej pula Eij langsung tak tegur Liya," sambung Aliya lagi separuh merungut.

"Why? Liya dah bersedia nak umumkan satu kolej tentang hubungan kita?" soal Eijaz dengan sinis. Aliya terdiam.

"Liya, Eij bukan saja marahkan Liya sebab rahsiakan hubungan kita tapi sikap Liya terhadap Fiyah juga memang tak patut. She's you sister. Apa yang Liya buat pada Fiyah dah buat Eij tak kenal Liya lagi. Liya tahu yang Eij memang sayangkan Liya. Tapi Liya tak pernah cuba nak faham kasih sayang yang Eij cuba sampaikan pada Liya. Kalau Liya faham, Liya tak akan ugut Eij hanya sebab Eij sayangkan Liya," sambung Eijaz dengan perasaan sebak. Aliya menggigit bibir.

"Eij silap. Eij yang masih tak faham Liya. Cuba Eij ingat, sebelum ini Liya tak pernah buat perangai macam ini kan? Kalau bukan sebab perempuan tak guna itu yang mulakan dulu, Liya pun penat lah nak buat semua ini. Kalau Liya nak mengalah sekarang perempuan itu tak akan berhenti sakitkan hati papa. Sejahat-jahat papa, dia tetap papa perempuan itu juga. Tapi apa perempuan tak guna itu buat kat papa? Dia hina papa. Dia hina mama Liya. Dia pijak maruah keluarga Liya. Now tell me Eij, salahkah Liya nak bagi sedikit pengajaran buat perempuan itu?" soalnya dengan perasaan hiba.

"I know. Memang salah bila Liya minta tolong Eij buat kerja bodoh ini. Tapi Liya tak ada pilihan lain. Eij seorang aje yang Liya percaya boleh bantu Liya dalam hal ini. Eij dah banyak berkoran demi Liya. Sebab itu Liya sangat percayakan Eij. Bukan Liya tak sedar Eij. Liya sedar Liya selalu sakitkan hati Eij sejak dari dulu lagi. Liya minta maaf. Memang salah Liya. Liya tak pernah belajar dari kesilapan. Mungkin sebab Liya tahu Eij terlalu sayangkan Liya sampai Liya tak tahu nak jaga hati Eij," sambung Aliya mula sebak. Matanya terasa pedih.

"Liya tahu tak, walaupun berjuta kali Eij ucap sayang dengan Liya, Eij tetap takut dengar jawapan dari Liya. Dah hampir 5 tahun bercinta tapi Eij masih tak yakin yang Liya juga cintakan Eij. Kalau tekaan Eij betul, Eij tak salahkan Liya. Eij tahu risiko cinta jarak jauh. Selama 5 tahun Eij kat luar negara banyak perkara yang berlaku kat sini yang Eij tak tahu," balas Eijaz dengan perasaan kecewa.

"Eiz tuduh Liya..."

"Sebab Liya tak pernah bersungguh dengan hubungan kita.Lima tahun dah berlalu Liya. Tapi sampai saat ini Eij tak pernah rasa yang hubungan kita ni sebenarnya lebih dari seorang kawan," pintas Eijaz dengan nada agak keras.

Dia pantas menekan punat merah. Matanya yang terasa pedih ditutup dengan kedua belah tangannya.

Why Liya? Kenapa buat Eij macam ini?

Air mata Aliya menitis perlahan.

Sampai hati Eij.

                                                                                                  *****

Datuk Hashim menarik nafas perlahan mendengar cerita pemuda yang duduk tenang di hadapannya itu.

"Daffa ikhlas nak berkawan dengan Fiyah, uncle. Sebab itu Daffa sanggup datang sini nak pujuk Fiyah semula. Daffa dah cuba setakat ini tapi Fiyah masih tak bersedia nak bincang dengan Daf," beritahu Daffa dengan perasaan kecewa.

"Kamu mesti sangat istimewa di hati anak uncle. Kalau tak, dia tak ceritakan semua perkara termasuk apa yang berlaku dalam keluarga uncle. Fiyah mesti percayakan Daf lebih dari uncle sendiri. Uncle memang malu nak akui tapi memang hubungan uncle dengan Fiyah masih tak baik lagi. Malah uncle dapat rasakan hubungan kami semakin lama semakin sukar untuk diselamatkan. Semuanya salah uncle. Memang patut pun Fiyah bencikan uncle." balas Datuk Hashim sambil mengeluh perlahan. Daffa terdiam memandang wajah sayu Datuk Hashim. Dulu dia juga pernah menyimpan rasa marah kepada orang tua itu. Namun apabila dia sendiri dengan tidak sengaja melukai gadis kesayangannya, dia mula sedar setiap kesilapan yang berlaku itu terdapat pelbagai sebab yang tidak pernah dijangka.

"Uncle nak ucapkan terima kasih sebab selalu berada di samping Fiyah dan arwah mamanya. Daf dah gantikan tempat yang sepatutnya menjadi tanggungjawab uncle. Uncle sangat-sangat berterima kasih dengan Daf," ucap Datuk Hashim ikhlas.

"Daf tak pernah gantikan tempat uncle. Daf cuma orang luar yang menumpang kasih dengan keluarga uncle. Pertemuan Daf dengan Fiyah dan arwah mama merupakan hadiah istimewa dalam hidup Daf. Daf bersyukur sangat bertemu dengan Fiyah dan arwah mama," balas Daffa dengan perasaan sebak apabila mengingat semula wajah lembut arwah Ain.

"Terima kasih Daf. Alangkah bagusnya kalau uncle dapat pujuk Fiyah," kata Datuk Hashim agak simpati dengan lelaki itu.

"Tak apa uncle. Daf datang melawat hari ini sebab nak kenal dengan uncle aje. Dah terlanjur datang Johor ini, tak salah rasanya Daf datang melawat uncle," balas Daffa dengan senyuman. Datuk Hashim tergelak kecil.

"Uncle terima kedatangan Daf dengan tangan yang terbuka. Datang lah bila-bila masa. Pintu rumah uncle sentiasa terbuka untuk Daf."

Daffa tersenyum mengangguk. Lega hatinya dengan penerimaan Datuk Hashim.

"Daf!"

Datuk Hashim dan Daffa serentak menoleh mendengar suara keras yang menegur. Afiyah mendengus geram sebelum berlalu pantas masuk ke dalam rumah. Datuk Hashim dan Daffa saling berpandangan tanpa berkata apa-apa. Kedua-duanya hilang kata-kata kerana terkejut dengan kehadiran Afiyah.


Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh sipencintapena