Home Novel Cinta pilihan terakhir
Bab 17

Bab 17

“Papa,” Aliya menegur Datuk Hashim yang sedang leka menonton televisyen. Dia mengambil tempat di sebelah papanya itu. Datuk Hashim menutup televisyen dan menoleh memandang Aliya.

“Liya minta maaf pasal hari itu. Liya tahu Liya dah sakitkan hati papa,” ucap Aliya dengan perasaan bersalah. Sudah hampir seminggu dia tidak menegur Datuk Hashim kerana masih merajuk dengannya. Namun dia tidak boleh lama bersikap sedemikian kerana dia tahu yang dia bukan seperti Afiyah yang masih berdendam dengan Datuk Hashim sehingga kini.

“Papa tak salahkan Liya pun. Papa juga minta maaf kalau selama ini papa tanpa sedar dah sakitkan hati Liya. Dalam dunia ini hanya Liya dan Fiyah harta bernilai yang papa ada. Hidup papa dah lengkap dengan adanya Liya dan Fiyah,” balas Datuk Hashim dengan senyuman. Aliya mengeluh dalam diam mendengar kata-kata papanya itu.

“Liya pun maafkan papa. Tapi papa jangan pula minta Liya maafkan perempuan itu. Liya tak mampu papa. Liya masih tak boleh terima apa yang perempuan itu dah buat pada papa,” katanya dengan nada tegas. Datuk Hashim mengeluh perlahan. Dia menoleh memandang Afiyah yang sedang turun dari tingkat atas.

"Fiyah, papa nak cakap sikit pasal hal semalam," tegurnya apabila melihat Afiyah sudah sampai di hujung anak tangga. Afiyah berhenti melangkah.

"Apa yang berlaku semalam tak seperti yang Fiyah fikirkan. Daf datang bukan..."

"Bukan sebab Fiyah? Itu yang papa nak cakap kan? Fiyah tak kisah. Lantak dia lah nak cakap apa. Dia dah tak ada kaitan pun dengan Fiyah dah. Cuma satu aje kalau dia datang jumpa papa lagi, beritahu dia yang Fiyah dah ada orang lain," pintas Afiyah dengan nada keras sebelum berlalu ke dapur.

"Tengoklah anak papa yang biadab itu," celah Aliya dengan sinis.

"Papa okay ke?" soalnya pula agak risau. Datuk Hashim hanya tergelak kecil cuba menyelindungkan perasaannya yang sebenar. Dia menyentuh ubun kepala gadis itu.

"Tak baik cakap macam itu. Fiyah ada sebab yang kukuh untuk sakitkan hati papa. Pasal papa, Liya tak payah risau sangat. I'm okay," balasnya dengan senyuman. Aliya menggeleng tidak percaya dengan reaksi papanya itu.

"Pa, Liya yang nampak ini pun sakit hati tau tengok perangai minah itu. Apatah lagi papa. Macam mana Liya tak risau, papa ini kan papa Liya juga. Liya tak sanggup tengok papa macam ini. Sampai bila pa? Nak tunggu sampai bila baru minah tak guna itu nak berhenti sakitkan hati papa?" soalnya tidak berpuas hati.

"Aliya enough. Papa tak suka Liya gaduh dengan Fiyah. Cukup lah papa aje yang terlibat. Papa tak nak hubungan Liya dan Fiyah juga rosak sebab papa," balas Datuk Hashim dengan perasaan agak sebak. Aliya mendengus geram.

"Sorry pa tapi Liya tak suka perempuan itu. Liya bukan tak cuba. Liya dah cuba sebab papa. Tapi perempuan tak guna itu langsung tak beri Liya peluang. Perempuan itu jijik tengok muka Liya pa. Dia hina Liya! Hina arwah mama! Liya tak akan maafkan perempuan sial itu!"

Pangg!!

Aliya menyentuh pipi kanannya yang terasa perit. Datuk Hashim terkedu dengan tindakannya sendiri. Aliya pantas bangun dan terus berlalu keluar dari rumah. Air matanya mula menitis. Hanya disebabkan perempuan itu, papanya yang tidak pernah walau menjentiknya selama ini, kini telah berani menamparnya.

Sampai hati papa. Liya baru aje minta maaf dengan papa. Tapi papa dah mula tampar Liya pula.

Datuk Hashim terduduk di atas sofa sambil meraup wajahnya.

Ya Allah, apa aku dah buat ini.

*****

Dahin menepuk perlahan bahu gadis yang sedang termenung itu. Aliya hanya memandang sekilas wajah lelaki itu.

"Kenapa ini? Dahin terserempak dengan Rina tadi dan dia beritahu yang Liya nampak tak sihat," tanya Dahin sambil menyentuh dahi gadis itu.

Okay aje.

"Please Dahin not now. Leave me alone," pinta Aliya perlahan. Dahin merenung wajah pucat gadis itu.

"Gaduh dengan Fiyah lagi?" soalnya tanpa mempedulikan permintaan gadis itu. Aliya diam tidak menjawab.

"Liya tak patut..."

"What? Dahin pun tak nak Liya benci perempuan tak guna itu ke?!" potong Aliya dengan nada keras sambil memandang tajam wajah lelaki itu. Dahin terkedu.

"Why? Why? Kenapa semua orang lihat Liya aje jahat kat sini? Hari itu Dahin dengar sendiri kan perempuan sial itu hina arwah mama. Salahkah Liya nak benci perempuan itu? Salah ke?!" soal Aliya bertalu dengan suara keras. Dahin menarik gadis yang mula hilang kawalan itu dalam pelukannya.

"Let me go!" marah Aliya sambil meronta.

"Calm down Liya," pujuk Dahin lembut sambil mengusap kepala gadis itu. Air mata Aliya menitik satu persatu. Akhirnya dia teresak di bahu lelaki itu. Dahin mengeluh perlahan.

*****

Eijaz menghampiri Aliya yang bersiap hendak pulang. Dia berani menghampiri gadis itu kerana kelas mula lengang dengan pelajar.

"Rina tunggu kat luar," bisik Rina apabila menyedari kehadiran Eijaz. Aliya hanya memandang Rina yang berlalu. Dahinya berkerut membalas pandangan lelaki itu.

"Sihat?" tanya Eijaz memandang tepat wajah gadis itu. Tangan Aliya bergerak semula memasukkan buku-bukunya ke dalam beg. Dia tidak menjawab pertanyaan lelaki itu. Eijaz menarik nafas perlahan cuba menenangkan dirinya.

"Saya nampak apa yang berlaku pagi tadi," katanya perlahan dengan perasaan kecewa. Tangan Aliya terhenti bergerak. Dia memandang semula lelaki itu.

"Saya ini siapa dalam hidup awak Liya? Selama ini saya tak penting dalam hidup awak?" soal Eijaz agak sebak.

"Eij..."

"No Liya. Saya nak jawapan bukan alasan. Saya ada banyak soalan dan hari ini awak kena jawab dengan jujur. Awak buat saya sakit Liya. Bila Rina beritahu awak tak sihat saya bergegas cari awak. Tapi apa yang saya lihat hari ini sukar untuk saya terima. Awak tak tahu Liya. Selama ini saya rasa sangat bimbang bila awak selalu ceritakan pasal kawan lelaki awak itu masa saya masih kat London. Saya takut awak akan tinggalkan saya sebab lelaki itu. Dan jangan beritahu saya sebab utama awak tak nak orang tahu mengenai hubungan kita juga sebab lelaki itu," balas Eijaz dengan perasaan hiba bercampur marah. Aliya menggeleng. Matanya mula berkaca.

"Eij dah salah faham. Dahin cuma kawan baik Liya. Bukan seperti apa yang Eij fikirkan," nafinya.

"Awak pasti ke?" soal Eijaz sinis.

"Eij, kenapa buat Liya macam ini? Please Eij. Liya...," Aliya tunduk tidak dapat meneruskan kata-katanya. Air matanya menitis. Eijaz mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dia tidak sanggup melihat air mata gadis itu.

"Itu awak kena tanya diri awak sendiri. Selama ini saya silap. Rupanya saya masih tak kenal siapa awak sebenarnya Liya," balasnya dengan perasaan sayu. Aliya mengesat air matanya. Dia memandang lelaki itu semula.

"Eij, kalau Liya salah Liya minta maaf. Tapi percaya lah Dahin itu cuma kawan baik Liya. Kalau Eij tak suka Liya kawan dengan Dahin, Liya akan jauhkan diri daripadanya," balasnya dengan perasaan bersalah. Hatinya seperti dihiris dengan pisau tajam apabila orang yang disayanginya itu mula hilang kepercayaan terhadap dirinya. Eijaz mendengus perlahan.

"Saya penat Liya. Awak fikir lah cara nak selamatkan hubungan kita ini. Saya dah give up," katanya sebelum beredar meninggalkan Aliya yang nyata terkejut dengan kata-katanya. Aliya terduduk di kerusinya. Dia hanya memandang kelibat Eijaz yang menghilang di sebalik pintu. Dia mengesat air matanya semula.

Give up?

*****

Rina bangun dan memandang Suha yang sedang duduk bersila di atas katil.

"Aku yakin esok Liya tak jadi keluar dengan kita. Elok lah juga dia tak keluar. Aku tengok Liya pun macam tak sihat aje. Apa yang berlaku hari ini memang buat dia tertekan," kata Rina sambil mengeluh perlahan. Dia menarik kerusi berhampiran dengan meja solek lantas duduk berdepan dengan Suha.

"Rina yakin Liya dan Eij itu bercinta?" tanya Suha masih kurang percaya dengan cerita sahabatnya itu. Rina terdiam sejenak.

Ini baru Suha yang tanya. Kalau Liya yang tanya macam mana aku tahu hal ini, aku nak jawab apa? Wait. Tadi Eij ada tanya aku juga soalan ini. Wait, wait ...eieeiii!

Rina mendengus perlahan. Berkerut kening Suha memandang gadis itu.

"Kau okay?” soalnya agak bimbang. Rina menarik nafas dalam cuba untuk menenangkan dirinya.

"Janji dengan aku. Kau tak akan beritahu sesiapa pasal perkara ini. Lagi-lagi dengan Fiyah," katanya sambil memandang tepat wajah sahabatnya itu. Terkebil-kebil Suha membalas pandangan Rina.

Apa yang rahsia sangat ini?

Walaupun masih kebingungan namun dia tetap mengangguk.

"Aku secara tak sengaja terdengar perbualan Eij dan Liya hari itu. Aku tak tahu apa yang berlaku tapi aku sangat pasti mata aku tak rabun lagi dan aku bukannya pekak. Eij luahkan rasa sayangnya pada Liya. Dan seingat aku Liya sambut dengan baik cuma Liya tak nak orang tahu tentang hubungan mereka. Sebab itu lah Eij marah dengan Liya. Kita tak tahu yang selama ini rupanya Liya dah lama bercinta dengan Eij," beritahu Rina ringkas. Semakin berkerut dahi Suha memandang gadis itu.

"Kau pun terkejut kan. Aku pun terkejut beruk masa mula-mula tahu. Aku tak tahu sejak bila Liya dan Eij bercinta tapi naluri aku kuat mengatakan yang mereka memang dah lama bercinta," sambung Rina sambil mengangguk perlahan yakin benar dengan telahannya. Suha menggigit bibir.

Kalau betul lah Eij dan Liya...so Fiyah...?

"Kau jangan sesekali berani buka mulut dengan Fiyah. Nanti tak pasal-pasal berlaku perang dunia ketiga kat kolej kita," kata Rina separuh memberi amaran. Suha mengangguk perlahan membalas pandangan gadis itu. Rina tersenyum hambar. Dia tahu sahabatnya itu masih kurang percaya dengan ceritanya.

"Liya mesti ada sebab tak beritahu kita pasal ini. Kau jangan risau sangat," katanya cuba memujuk hati sendiri. Suha hanya mengangguk. Dia memang setuju dengan kata-kata gadis itu. Tanpa sedar Suha melepaskan keluhan berat.

*****

Datuk Hashim mengetuk pintu bilik Aliya perlahan.

"Liya, jom makan sayang," panggilnya lembut.

"Tak lapar," balas Aliya dari dalam tanpa membuka pintu. Datuk Hashim mengeluh perlahan.

"Liya, papa minta maaf pasal hal pagi tadi. Papa yang salah. Maafkan papa. Marilah turun makan. Tak ada siapa nak teman papa makan. Liya tak kasihan dengan papa?" pujuknya menagih simpati. Aliya bangkit dari katil.

"Papa ajaklah minah poyo itu. Papa sayang sangat dengan perempuan itu," balasnya geram. Datuk Hashim tersenyum.

"Papa dah ajak. Tapi Fiyah pun tak nak. Liya janganlah buat papa macam ini. Papa tak makan lagi sejak balik dari office tau," pujuknya lagi. Aliya menggigit bibir. Dia melangkah menghampiri pintu biliknya. Tombol pintu ditarik perlahan. Wajah Datuk Hashim yang tersenyum menyapa pandangannya.

"Papa memang nak menang selalu. Liya nak merajuk lama pun tak boleh," katanya sambil menarik muncung panjang. Datuk Hashim tergelak besar.

"I'm really sorry. Papa janji tak buat lagi. Promise," katanya sambil mengangkat tangan kanannya. Aliya akhirnya tersenyum. Dia mengangguk perlahan tanda telah memaafkan papanya itu.

"Are you okay?" soal Datuk Hashim mula perasan wajah pucat gadis itu.

"Liya okay. Jomlah. Tadi kata dah lapar sangat. Kalau tak sebab papa yang kelaparan, Liya nak merajuk sampai tahun depan tau," jawab Aliya sambil menarik lengan Datuk Hashim untuk turun ke tingkat bawah. Datuk Hashim hanya tergelak kecil menurut langkah gadis itu.

"Anak manja papa ini mana boleh merajuk lama-lama dengan papa," balasnya sambil mencuit pipi kanan gadis itu.

"Papa," Aliya akhirnya ikut tergelak. Afiyah menolak pintu biliknya dan melangkah keluar. Dia tidak jadi menuruni anak tangga apabila melihat Aliya dan Datuk Hashim yang sedang menuruni anak tangga untuk ke tingkat bawah. Nafasnya ditarik perlahan sebelum melangkah masuk semula ke dalam biliknya. Tekaknya yang terasa kering dibiarkan.


Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.