Home Novel Cinta Takdir Cinta Kita
Takdir Cinta Kita
Andayu
5/12/2021 16:48:33
27,328
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 32

Satu beg kecil diletakkan diatas meja. Anak buah Roni segera membuka beg itu. Setelah memastikan isi kandungan beg itu tepat dia menutupnya kembali. Tanpa membuang masa dia mengambil beg berisi wang daripada tangan Roni lalu diletakkan dihadapan Ryan.

Ryan tersenyum melihatnya. Dia membuka zip beg tersebut memastikan jumlah wang yang diberikan adalah tepat. Ryan bangkit dari tempat duduknya lalu menghulurkan tangan kepada Roni. "Thank you."

Roni menyambut huluran salam Ryan. "You are welcome," balas Roni sambil tersenyum.

"Jangan bergerak, kami polis," kata salah seorang lelaki yang turut berada di dalam kelab itu. 

Ryan menggelengkan kepalanya. Tangan Roni dilepaskan lalu mencapai pistol. Dia menembak ke arah polis yang mengacukan pistol ke arahnya.

"Lari!"

Suasana tetiba menjadi kecoh dengan bunyi tembakan daripada pihak polis dan anak buah Roni. Tanpa berlengah Ryan mencapai beg berisi wang lalu melarikan diri ke arah pintu belakang. Di dalam hatinya dia menyumpah-nyumpah kerana sedikit pun tidak menyedari kehadiran pihak polis di dalam kelab itu.

"Jangan lari Ryan!" panggil Inspektor Zarul.

Ryan dengam pantas melepaskan satu tembakan ke arah polis itu. Sasarannya tidak mengenai. Tetiba satu tembakan dilepaskan kearahnya dan mengenai tangan kirinya.

"Arrgghh!!!" Ryan mengadu kesakitan. Beg berisi wang telah terlepas dari pegangannya. Langkah kakinya segera berlari ke lorong bahagian belakang bagunan mencari tempat untuk bersembunyi.

Sebuah kereta tiba-tiba meluncur ke arahnya. "Ryan cepat masuk!" arah Dani.

Ryan menarik nafas lega apabila melihat Dani tiba pada waktu yang tepat. Dia berlari sekuat hati sambil menahan kesakitan pada tangannya. Pintu kereta ditutup sebelum melepaskan satu tembakan ke arah pengawai polis yang berusaha mengejarnya.

"Tak guna!!!" marah Ryan sambil menumbuk kerusi. 

"Sabar bro!"

"Aku dah rugi kau tau tak?!!!"

"Habis tu kau nak aku buat apa?"

"Kau tak tau ke polis ada kat situ?"

"Sumpah aku memang tak tahu langsung!"

Ryan mendengus marah. Dia melihat luka pada tangannya. "Cepat pandu kereta ke rumah?"

"Baik Ryan!"

Dani dengan berhati-hati memandu kereta pulang ke tempat persembunyian mereka. Hidup ditengah-tengah bandar Kuala Lumpur sangatlah mencabar demi mengelakkan diri dari bertembung dengan pihak polis. Bagi menjalankan kegiatan haram mereka perlu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling.


KERTAS pola ukuran baju dilipat dengan berhati-hati. Arra menarik nafas lega setelah berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Kini dia hanya perlu menjahit pakaian mengikut pola yang baru saja siap.

Telefon bimbit dicapai. Satu keluhan kecil dilepaskan. Dia duduk bersandar pada kerusi. Aril hanya membalas beberapa keping pesanan ringkas sahaja. Hatinya mula digigit kerinduan apabila sudah dua hari tidak mendengar suara Aril. Dia mengerti Aril pasti tengah sibuk bekerja.

Perutnya disentuh lalu diusap perlahan. Foto di dalam telefon dilihatnya. Senyuman mula terukir pada wajahnya apabila melihat beberapa keping gambar yang diambil semasa bercuti di Genting Highlands. Kata-kata Aril mula diingati.

"Malam ini kan, malam jumaat. Abang nak sayang pakai baju ni," pinta Aril sambil mengusap perut Arra. "Manalah tahu next year pakaian baby dalam kotak tu bertuan," bisik Aril lalu mencium pipi Arra. 

Wajah Arra mula kemerahan mendengarnya. Dia tidak menyangkan Aril telah mencuci baju tidur yang telah dihadiahkan oleh kawan-kawannya. 

"Abang. Allah dah makbulkan doa abang. InsyaAllah tahun depan kita akan menimang cahaya mata," ujar Arra perlahan sambil mengusap perutnya yang masih belum kelihatan.

"Hai, rindukan suami tersayang ke?" sapa Ain.

Arra menoleh ke arah Ain. "Isteri mana yang tak rindukan suami," balas Arra perlahan.

"Kalau hati dah rindu. Telefonlah."

"Aku tunggu Aril call. Tak naklah kacau dia tengah kerja."

"Dah pukul 5.00 petang takkanlah Aril tu masih kerja lagi," ujar Ain setelah melihat jam pada pergelangan tangannya.

"Mungkin. Kau dari mana ni?" soal Arra apabila melihat Ain membawa masuk beberapa beg plastik.

"Dari bawah. Hanif hantar barang tadi."

"Amboi baik betul Hanif tu dengan kau kan? So bila lagi nak buat kenduri," ujar Arra sambil ketawa kecil.

"Aku tak minta pun. Dia yang nak bagi. Ini untuk kau pun ada," ujar Ain lalu meletakkan dua beg plastik kecil diatas meja.

"Hanif bagi?"

Ain angguk. "Satu lagi tu Amir bagi."

Arra melihat barang apa yang diberikan oleh Hanif dan Amir kepadanya. Dia melihat sehelai tudung bawal Fareha yang diberikan oleh Hanif kepadanya. Amir pula memberikan tiga paket buah strawberi. Dia tersenyum melihat barang-barang itu.

"Nanti kau cakap terima kasih dekat Hanif tau. Cantik tudung ni," ujar Arra lalu meletakkan tudung yang diberikan oleh Hanif ke dalam bakul baju kotor. Tudung yang baru perlu dicuci dahulu sebelum dipakai.

"InsyaAllah. Nah coklat," ujar Ain lalu memberikan coklat kepada Arra.

Arra mengambil coklat yang diberikan oleh Ain. Rasanya enak sekali. Entah mengapa sejak akhir-akhir ini dia amat menggemari makanan manis. Kek adalah makanan manis kesukaannya pasti akan dibeli setiap hari. Kini coklat juga mula disukainya. Buah strawberi dikeluarkan daripada plastik. Tanpa membuang masa di segera membasuh buah itu untuk dinikmati.

"Kau nak?" 

Ain menjuihkan bibirnya. "Tak naklah. Mesti masam kan?"

"Eh manislah."

"Betul ke manis?" ujar Ain lalu mencuba satu biji buah strawberi. Berkerut wajahnya menahan rasa masam. Dia bukanlah penggemar makanan yang masam. "Masam, kau cakap manis tadi?"

Arra tersenyum. "Sedaplah. Masam-masam manis."

"Hurm... yelah tu. Aku nak mandi dululah. Awal lagi ni boleh basuh baju sekali," ujar Ain lalu melangkah keluar dari bilik dengan membawa sebakul baju kotor untuk dicuci.

Arra tersengih. Dia menikmati buah strawberi dengan berselera sekali. Hilang segala rasa loya pada tekaknya. Telefon bimbit dicapai. Dia membuka fail musik. Tetiba telefonnya berbunyi. Senyuman mula terukir pada wajahnya apabila melihat nama yang tertera pada skrin telefon. Butang jawab ditekan.

"Assalamualaikum sayang."

"Waalaikumussalam. Abang buat apa tu?"

"Baru sudah solat Asar. Abang baru lepas balik dari tapak projek tadi."

"Hurm..."

"Kenapa sayang macam tak suka aje abang call?"

"Suka. Abang tak rindukan sayang ke?" soal Arra dengan nada sedih. Dia cuba menahan rasa sebak didada. Kerinduan dihati mula terubat mendengar suara Aril dihujung talian.

"Mestilah abang rindukan sayang. Kenapa sayang macam sedih aje. Sayang nangis ke?" soal Aril dapat menduga Arra menangis.

Arra menyapu air mata yang mula menitis. "Taklah," bohong Arra. "Sayang okey aje."

"Abang minta maaf. Mesti sayang sedih sebab abang busy kan. Sampaikan tiada masa nak call sayang kan," ujar Aril mengerti apa yang dirasai oleh Arra.

"Tak apa. Sayang faham dengan kerja abang."

"Sayang tengah buat apa tu?"

"Makan," jawab Arra sepatah.

"Makan apa?"

"Buah strawberi. Sedap sangat."

"Sayang dapat dari mana? Beli ke?"

"Amir bagi."

"Bagi free aje?"

"Ya, kenapa abang? Salah ke dia nak bagi dekat sayang?"

"Ermm... abang tak kisah pun. Tapi kenapa dia nak bagi dekat sayang? Ada apa-apa ke?" soal Aril berbau cemburu.

"Dia balik kampung semalam. Sayang saja bergurau dengan dia nak buah strawberi. Itu yang dia bagi. Abang janganlah cemburu," ujar Arra memahami perasaan Aril. "Tadi Hanif ada bagi coklat dekat Ain. Sayang rasa sedap sangat."

"Sejak bila isteri abang suka makan coklat?" soal Aril hairan. Dia hanya tahu Arra menyukai kek dan bukannya coklat. "Tak elok makan makanan manis banyak sangat. Nanti rosak gigi."

Arra ketawa mendengarnya. "Arra ni bukan budak keciklah abang. Lagipun bukan selalu makan coklat."

"Abang balik nanti kita pergi beli coklat. Nak perisa apa cakap aje. Buah pun sama, sayang cakap aje nak makan buah apa? Nanti abang belikan untuk isteri kesayangan abang."

"Bila abang balik. Rasa macam dah lama aje kat Melaka tu. Abang kat sana kerja kan? Bukan..."

"Jangan nak mengarutlah sayang. Abang kat sini kerja. Tiada masalah nak menggatal dengan perempuan lain," ujar Aril memahami apa yang ingin dibicarakan oleh Arra.

"Hurm... sayang kat Terengganu. Manalah tahu apa yang abang buat kat sana?"

"Abang ni setia dengan sayang sorang aje. InsyaAllah tak lama lagi abang balik."

"We miss you," ujar Arra sambil tersenyum. Dia tidak tahu adakah Aril mengerti atau tidak apa yang ingin disampaikan olehnya.

"I miss you so much, sayang."

Arra tersenyum mendengarnya. Walaupun sekadar mendengar suara dihujung talian sudah cukup menghilangkan rasa rindu yang bersarang dihatinya. "Sayang nak mandi dulu. Bila abang free call lah sayang."

"Okey sayang. Abang pun nak rehat dulu. Malam ni nak keluar jalan-jalan kat bandar sekejap."

"Dengar macam best aje. Sayang rasa macam bosan pulak asyik menghadap buku aje."

"Hujung minggu nanti abang bawa sayang jalan-jalan."

"Janji."

"Abang janji. Pergilah mandi. Bau ketiak sayang masam sampai ke sini rasanya," ujar Aril sambil diiringin tawa kecil. Dia sengaja mengusik Arra.

Arra mengerutkan keningnya. "Sampai hati cakap sayang busuk. Macamlah dia wangi sangat."

"Abang memang wangi pun. Sayang kan suka tidur dekat celah ketiak abang."

"Hurm... yelah tu. Okeylah sayang nak mandi dulu. Assalamualaikum," ujar Arra lalu mematikan talian telefon tanpa menunggu Aril menjawab salam. Telefon bimbit dicampak ke atas tilam. Dia bengang apabila Aril berkata begitu. Tanpa membuang masa dia mencapai tuala dan pakaiannya lalu menuju ke bilik air. Telefon yang berbunyi dibiarkan tanpa menjawabnya.


"WAALAIKUMMUSSALAM," jawab Aril perlahan setelah talian dimatikan oleh Arra. Satu keluhan kecil dilepaskan. Nombor telefon Arra didail sekali lagi. Kali ini panggilannya tidak dijawab. Dia mula berasa hairan dengan sikap Arra. Hati isterinya yang sukar merajuk kini mudah tersentuh hanya kerana gurauannya.

"Merajuk ke?" Aril menghantar pesanan ringkas kepada Arra. 

Aril meletakkan telefon bimbitnya diatas meja. Dia melangkah masuk ke dalam bilik air. Dia mengambil wuduk bagi menunaikan solat fardhu maghrib. Usai mengambil wuduk dia membentangkan sejadah menghadap kiblat. 

"Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku. Dosa-dosaku dan isteriku. Lindungilah dia diman jua dia berada. Berkatilah rumah tangga kami, Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepada-Mu aku memohon pertolongan dan meminta keampunan. Amin."

Kring! Kring! Kring!

Telefon bimbit dicapai. Aril menjawab panggilan daripada mamanya. "Assalamualaikum mama," ujar Aril lalu merebahkan badannya diatas katil.

"Waalaikumussalam. Aril bila balik?"

"InsyaAllah lusa. Kenapa mama?"

"Mama rindulah dekat Arra. Nanti bawa Arra balik rumah mama tau."

"Minggu ni Aril nak balik rumah ibu dulu. Mama boleh aje datang rumah ibu kalau nak jumpa Arra."

"Mama baru aje nak ajak Arra pergi shopping."

Aril menggaru kepalanya. "Ermm... Mama jemputlah datang rumah ibu. Hujung minggu ni ibu ada buat makan-makan sikit untuk family," ujar Aril sekadar berbohong agar tidak melukai hati ibunya.

"Betul ke?" soal Datin Sri Aida. "Ibu Arra tak ada call mama pun beritahu tentang hal ni."

Aril mengigit jari. "Ibu lupa lah tu. Lagipun Aril ada hal nak bincang dengan mama pasal majlis resepsi. Nanti bolehlah bincang dengan ibu dan abah sekali pasal hal ni."

"Aril nak percepatkan majlis ke? Bukan plan nak tunggu Arra cuti semester ke?"

"Aril rasa itu lebih baik. Lagipun nak tunggu sampai bila mama. Dah enam bulan Aril dan Arra kahwin."

"Okey, nanti mama ajak papa ke sana."

"Okey mama. Assalamualaikum," ujar Aril lalu mematikan talian. Dia mengetap bibirnya. Satu keluhan kecil dilepaskan. "Apa aku nak beritahu kat ibu nanti?" omel Aril sambil memicit kepalanya yang berasa pening memikirkan alasan apa yang perlu diberikan kepada ibu mertuannya tentang jamuan makan yang direka olehnya sebentar tadi.

Aril bangkit daripada pembaringan. Dia segera bersiap untuk keluar bersiar-siar di dalam bandar Melaka. Dia mahu mencari sesuatu untuk dibawa pulang ke Terengganu buat insan yang tersayang. 

Telefon bimbitnya dicapai. Satu pesanan ringkas oleh Ain baru sahaja diterimanya. Senyuman mula terukir pada wajahnya membaca pesanan yang dihantar oleh Ain. Tanpa membuang masa di cuba menghubungi Arra sekali lagi. Dia berharap Arra menjawab panggilannya.

"Ada apa call?"

Aril lega mendengar suara Arra dihujung talian. "Assalamualaikum permaisuri hatiku."

"Hurmm... waalaikumusaalam."

"Sayang marahkan abang ke?"

"Taklah. Sayang mandi tadi. Tak perasan abang call."

"Abang tahu. Ingat sayang merajuk tadi," ujar Aril cuba mengusik Arra.

"Kalau sekadar call nak tanya sayang merajuk atau tak? Sayang rasa tak perlu call kot."

"Okey, abang minta maaf. Ermm... Sayang call ibu boleh?"

"Nak buat apa? Kenapa abang tak call ibu sendiri?"

"Ermm... mama nak datang rumah hujung minggu ni. Sayang beritahu lah ibu. Kita buat jamuan sikit."

"Jamuan untuk apa?"

"Suka-suka. Bukan selalu pun."

"Okey, nanti sayang bagi tau dekat ibu."

Aril tersenyum mendengarnya. Dia menarik nafas lega kerana tidak perlu mencari alasan untuk memberitahu ibu mertuanya tentang kedatangan mamanya nanti. "Abang nak keluar ni. Nanti free abang call lagi."

"Okey," jawab Arra sepatah lalu mematikan talian telefon.

"Sayang?" panggil Aril. Dia melihat telefonnya. "Aik belum habis cakap dah letak phone?" omel Aril lagi. Kini dia yakin isterinya merajuk dengannya. Satu keluhan berat dilepaskan. Kunci kereta dicapai lalu melangkah keluar daripada Swiss Garden Hotel Melaka.


"BANYAK beli barang? Nak buat kenduri ke?" soal Pak Mad sambil menyusun barang yang baru sampai diatas rak.

"Bukan kenduri. Arra beritahu ibu mertuanya ingin datang ke rumah esok."

"Owh begitu. Mad lama tak jumpa Arra. Dia apa khabar?"

"Alhamdulillah sihat. Dia sibuk belajar. Setiap hujung minggu dia balik kampung itu pun secara bergilir. Kadang dia balik rumah mertuanya dibandar."

"Biasalah hidup sebagai anak dan menantu. Barang apa lagi yang kau mahu?" soal Pak Mad apabila melihat Puan Anisah mencari sesuatu.

"Rempah kari dengan tempoyak tak ada ke Mad?"

"Selalunya ada dekat atas rak tu. Nanti sekejap Mad tengok kat belakang."

"Okey," balas Puan Anisah lalu melangkah ke arah kaunter untuk membuat pembayaran.

"Hai Kak Nisa," sapa Mak Cik Sufi.

"Apa khabar Sufi."

"Baik. Eh, Kak Nisa ada dengar cerita pasal Dibah tak?"

"Pasal apa Sufi? Kak Nisa ni tak pernah ambil tahu lagi tentang Dibah sejak bergaduh tempoh hari."

"Ini barang yang kamu nak tadi."

"Kiralah Mad."

"Mad pun ada dengar orang kampung bercerita pasal Nazril."

"Kenapa dengan Nazril?" soal Puan Anisah ingin tahu.

"Sufi dengar Dibah tu malu muka nak berhadapan dengan orang kampung."

"Dah kenapa pulak? Bukan Dibah tu wartawan tak bergaji ke?" ujar Puan Anisah diselangi tawa kecil mengenangkan sikap Dibah yang berlagak seperti wartawan kampung. Semua perkara yang berlaku di dalam kampung ini dialah orang pertama yang akan tahu.

"Itulah padahnya Kak Nisa. Suka sangat jadi wartawan kampung ni. Semua perkara tentang anak orang dia ambil tahu. Tapi sayang perangai anak sendiri tak pernah tahu," kata Mak cik Sufi dengan bersunguh-sungguh. 

"Hah... sekarang bila dah kena batang hidung sendiri baru padan muka," celah Pak Mad.

"Kak Nisa ni malas masuk campur hal dia. Cukuplah dia mengata Arra. Biarlah apa yang dah berlaku pada dia, Kak Nisa tak kisah. Apa yang penting dia tak ganggu Arra lagi."

"Kak Nisa ni baik sangat. Nanti dia pijak kepala Kak Nisa baru tahu."

"Aaalah Kak Nisa ni baik sangat. Setahu Umi, Dibah tu banyak mengata keluarga Kak Nisa," ujar Mak Cik Umi pula.

Puan Anisah sekadar tersenyum. "Perkara dah lama berlaku buat apa nak difikirkan lagi. Kak Nisa dah lupakan semua tu. Lagipun tak baik berdendam."

"Kalau tak salah dengar, Nazril kena tangkap khalwat. Anak dara siapalahh yang dibawa balik rumah."

Puan Anisah hanya diam mendengarnya. Fikirannya teringat akan anaknya Arra. Andai orang kampung tahu bahawa Arra juga pernah ditangkap khalwat bersama Aril. Mereka juga pasti akan mengata anaknya lagi.

"Kak Nisa macam tak kisah aje bila Umi cakap."

Puan Anisah tersenyum pahit. Dia memandang Pak Mad. "Sudah siap kira Mad?"

"Sudah. Semua lima puluh ringgit sahaja."

Puan Anisah menghulurkan not RM50 kepada Pak Mad. "Nisa balik dululah. Pasal Dibah tu Kak Nisa tak nak ambil tahu. Janganlah kita pula mengganti tempat dia menjadi wartawan tak bergaji pula."

"Sufi bukan sengaja sibuk jaga tepi kain dia Kak Nisa. Tapi hati ni geram sangat bila hal ank kita sibuk nak diambil tahu."

"Iya Kak Nisa. Betul apa yang Sufi cakap tu," celah Senah. "Dulu memang lah Senah ni berkawan dengan dia. Tapi kalau dah setiap hari kerjanya asyik nak mengumpat aje. Itu pasal Senah tak suka berkawan dengan dia lagi."

"Itulah padahnya. Dia selalu sibuk mengambil tahu tentang hal orang lain. Sekarang padanlah dengan muka dia," kata Umi lalu meninggalkan kedai Pak Mad setelah selesai membeli barang keperluannya.

"Apa jadi dengan Nazril?"

"Dengar kata dia dikahwinkan dengan budak perempuan tu. Tapi mak bapak budak tu tak mengaku anak. Rasanya ada dirumah Dibah sebab dah kena halau oleh orang tuanya kerana tidak sanggup menanggung malu anak dara kesayangan ditangkap khalwat."

"Astagfirullahalazim," Puan Anisah mengucap panjang mendengarnya. 

"Eh Dibahlah," kata Pak Mad sambil menunjuk ke  arah Dibah yang baru sahaja sampai dihadapan kedai Pak Mad.

"Jumpa lagilah Senah, Sufi. Kak Nisa nak balik masak pulak," ujar Puan Anisah lalu melangkah keluar dari dalam kedai Pak Mad.

Senah menghampiri Dibah. "Eh Dibah. Lama tak nampak. Tahniah atas perkahwinan Nazril. Jemputlah ke rumah kenalkan menantu," perli Senah.

Wajah Dibah menjadi keruh mendengar sindiran Senah. Dia memandang Puan Anisah yang berlalu dihadapannya. "Kak Nisa mesti gembira dengar berita ini kan?"

Langkah kaki Puan Anisah terhenti apabila mendengar teguran daripada Dibah. "Mestilah Kak Nisa tumpang gembira atas perkahwinan Nazril," kata Puan Anisah dengan lembut. Dia tidak mahu bermasam muka lagi dengan Dibah. Baginya apa yang berlaku dulu biarlah berlalu. Dia tidak mahu mengungkit lagi perkara lama.

Dibah tersenyum sinis mendengarnya. "Jangan nak berlakonlah Kak Nisa oi. Dalam hati tu mesti tengah bersorak kegembiraan kerana ank aku kahwin free aje. Kan?"

Puan Anisah menggelengkan kepalanya. "Maaflah Dibah. Kak Nisa sedikit pun tak pernah kisah apa yang berlaku pada Nazril," ujar Puan Anisah cuba berbicara dengan baik dengan Dibah. Dia tidak mahu pertengkaran berlaku lagi. "Tapi sebagai ibu berilah didikkan yang terbaik buat anak. Janganlah asyik memandang salah anak orang tetapi anak sendiri buat salah tak ditegur," ujarnya lagi lalu melangkah meninggalkan kedai Pak Mad.

"Aaa... betul apa yang Kak Nisa tu cakap kan Senah," ujar Sufi mencelah.

Senah memandang wajah Sufi yang baru sahaja keluar dari dalam kedai Pak Mad. "Betul sangat Sufi. Bila hati tu hitam, penuh dengan hasad dengki. Kesalahan anak orang yang jauh dimata jugak dipandang. Anak sendiri buat salah tak pernah nampak," sindir Senah.

Wajah Dibah merah padam mendengarnya. Dia mengatur langkah kembali pulang ke rumahnya. Niatnya ke kedai Pak Mad ingin membeli barang keperluan untuk memasak setelah hampir seminggu tidak keluar dari rumah selepas anaknya, Nazril ditangkap khalwat.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu