Home Novel Cinta Takdir Cinta Kita
Bab 36

"Alhamdulillah," ujar Datin Naziah mengucapkan rasa syukur mendengar berita kehamilan Melysa. "Tak sabarnya mummy nak timang cucu."

Melysa tersenyum mendengarnya. "InsyaAllah tujuh bulan lagi dapatlah mummy timang cucu."

"So Mel tak perlulah sibuk nak kerja lagi buat sementara waktu ni."

"Buat masa ni Mel larat lagi untuk bekerja," balas Melysa lalu menenguk air oren.

"Betullah apa yang mummy cakap tu, sayang," ujar Rafiq lalu memandang wajah Melysa disebelahnya. "Abang pun rasa sayang patut stop dululah dengan kerja modeling tu."

Melysa melemparkan senyuman kepada Rafiq. "Ya, sayang pun fikir begitu jugak. Nanti Mel bincang dengan pengurus dulu okey?"

"Daddy boleh aje tanggung kos Mel nak bersalin nanti. Tak usahlah kerja semasa tengah pregnant ni. Bimbang menjejaskan kesihatan Mel dan baby nanti," ujar Dato' Yusri pula. Dia turut menyokong kata-kata isterinya.

"Mel hargai semua tu daddy. Tapi tempoh tujuh bulan tu lama tau. Mel bimbang bosan pulak bila asyik duduk rumah aje."

"So Mel nak kerja sampai bila?"

"Usia kandungan Mel baru dua bulan. Model ni nak yang body slim aje. So Mungkin dua bulan aje lagi Mel kerja."

"Kalau itulah keputusan sayang. Abang ikutkan aje. Tapi janji dua bulan aje," ujar Rafiq dengan tegas.

Melysa menganggukkan kepalanya. "Sayang janji. InsyaAllah kerja sayang dipermudahkan."

"Nak kerja mummy tak kisah. Tapi Mel kenalah sentiasa berhati-hati. Kandungan Mel tu baru lagi," pesan Datin Naziah.

"Okey mummy. Tahulah Mel jaga diri nanti," balas Melysa.


ARRA memandang wajah Aril yang sudah lena dibuai mimpi. Satu keluhan kecil dilepaskan. Matanya berasa amat mengantuk tetapi perut yang berbunyi membuatkannya sukar untuk melelapkan mata. Dia memusingkan badannya ke kiri. Kemudian beralih semula ke kanan. Namun tetap tidak mampu melelapkan matanya. Dia bangun daripada pembaringan lalu mengusap perutnya.

"Baby lapar ke? Dah lewat malam ni sayang. Kita makan esok ajelah ya," ujar Arra perlahan.

Tetiba satu tendangan yang kuat dirasai. "Argh!" Berkerut wajah Arra menahan rasa senak. 

Aril terjaga dari lenanya. Dia menoleh ke arah Arra. "Kenapa sayang?" soalnya apabila melihat Arra memegang perutnya. "Baby menendang ke?" ujarnya lagi lalu menggosok perut Arra.

"Maaflah sayang terkejutkan abang ke?"

"Baby janganlah kasar-kasar dengan mama. Kesian kat mama nak tidur tak boleh," ujar Aril.

Perut Arra mula bergerak. Arra ketawa. Bayinya semakin aktif pula bergerak apabila mendengar suara Aril. "Dia dengarlah abang cakap."

"Baby papa ni aktifnya dalam perut mama," ujar Aril lalu mencapai telefon bimbitnya. Dia melihat jam sudah menunjukkan pukul dua pagi. Dia kembali mengusap perut Arra. "Baby tidurlah, dah pagi ni."

Tetiba perut Arra berbunyi pula. Arra tersengih memandang wajah Aril. Sebolehnya dia mahu menahan rasa lapar sehingga pagi esok. Namun tidak menyangka Aril terjaga daripada tidurnya. 

Aril memandang wajah Arra. "Sayang lapar ke?'

Arra menganggukkan kepalanya. "Ya," jawabnya sepatah.

"Sebab itulah tak boleh tidur dari tadi?"

"Abang sedar ke?"

Aril bangkit dari pembaringan. "Abang tidur bukan lena pun. Perasan sayang asyik pusing badan kiri kanan," ujarnya lalu melangkah masuk ke dalam bilik air.

Arra menyandarkan badannya pada katil. "Abang nak ke mana?" soalnya apabila melihat Aril keluar dari bilik air.

"Turun bawahlah ambilkan makanan untuk sayang."

"Abang nak ambil apa? Makanan tadi kan dah habis?"

Aril berfikir sejenak. "Ermm... nanti abang tengoklah apa yang ada kat dapur."

"Susahkan abang aje."

"Tak pun. Demi sayang dan baby abang sanggup  lakukan apa saja," ujar Aril lalu melangkah menuruni anak tangga dan terus ke dapur.

Peti Ais dibuka. Aril menutup mulutnya apabila menguap beberapa kali. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan. Makanan apa yang ingin dihidangkan buat isteri tersayang. Dia bukanlah pandai sangat memasak tapi untuk menu yang mudah bolehlah dimasaknya seperti mi segera. Namun, memandangkan Arra sedang berbadan dua, mi segera tidak elok untuk kesihatan ibu hamil.

Setelah meneliti barang-barang di dalam peti. Tanpa membuang masa dia mengambil dua biji telur, salad, tomato dan sos cili serta mayonis. Dia menggoreng telur. Sementara menunggu telur masak, dia menyapu sos cili pada roti. Salad dan tomato dicuci lalu dipotong. Dia tersenyum. Sejak tinggal berdua dengan Arra kini dia sudah belajar cara memasak makanan yang ringkas dan mudah.

Usai menggoreng telur lalu diletak atas roti. Salad dan tomato turut disertakan. Dia membawa makanan itu ke tingkat atas bersama segelas air susu. Dari jauh Arra tersenyum memandangnya. Dia meletakkan dulang di atas meja kecil disebelah Arra.

"Hurmm... sedapnya bau. Abang masak apa ni?" soalnya sambil melihat makanan yang dibawa oleh Aril.

"Abang buat sandwich aje. Abang harap sayang suka?"

"Kenapa ada dua?"

"Satu untuk mama dan satu lagi untuk baby."

"Banyaknya," ujar Arra sambil ketawa kecil. "Abang makanlah satu. Sayang makan satu keping pun dah cukup ni."

"Okey, mari kita makan sama-sama," ujar Aril lalu menyuapkan roti kepada Arra.

Arra sendawa dengan kuat setelah menghabiskan segelas susu dan sekeping sandwich. "Terima kasih abang."

"Sama-sama sayang," balas Aril lalu mencuit hidung Arra.

Arra bangkit dari tempat duduknya. 

"Sayang nak ke mana?"

"Sayang nak bawa pinggan ke dapur."

"Tak perlu. Biar abang kemas. Sayang tidurlah."

"Betul ni?" soal Arra menginginkan kepastian.

Aril menganggukkan kepalanya. "Ya, sayang."

"Abang tolong cuci pinggan sekali tau."

"Okey sayang," ujar Aril lalu ke dapur.

Aril menutup mulutnya apabila menguap beberapa kali. Segelas air diteguk. Talam diletakkan diatas meja makan. Sos cili dan lebihan sayur disimpan kembali ke dalam peti. Peralatan lain yang digunakan diletakkan ke dalan singki. Matanya mula berasa mengantuk.

"Esok ajelah basuh," katanya lalu melangkah ke tingkat atas. 

Arra kelihatan sudah lena dibuai mimpi. Dia mengelus lembut pipi Arra. Dia tersenyum. Dia merebahkan badannya diatas tilam sambil merangkul tubuh isterinya. 


"HAI mama comel," ujar Ain sambil melambaikan tangan kepada Arra. Dia melabuhkan punggung diatas kerusi. Telefon bimbit diletakkan diatas meja solek.

"Hai aunty Ain," balas Arra dihujung talian. "Ada apa call awal pagi ni?" soal Arra sambil memakai tudung.

"Saja. Kata rindu," balas Ain sambil memakai bedak pada wajahnya.

Arra tersenyum mendengarnya. "Kau rindu aku ke?"

"Tak pun. Rindu baby dalam perut mama aje," usik Ain lalu mengenakan gincu pada bibirnya.

Arra tergelak mendengarnya. "Rupa baby pun belum tengok dah nak rindu."

Ain turut ketawa. "Aku gurau ajelah. Mestilah aku rindu dekat sahabat baik aku a.k.a sepupu kesayanganku," ujar Ain sekadar mengusik Arra.

"Tak pergi kerja ke?" soal Arra.

"Tengah bersiaplah ni," ujar Ain sambil memakai anting-anting pada cuping telinganya.

"Pukul berapa masuk kerja?"

"Pukul 9.00 pagi."

"Samalah," ujar Arra lalu menyelit pin pada bahunya. "Okeylah aku nak gerak dulu."

Ain melihat jam pada tangannya. "Baru pukul lapan. Awalnya nak pergi kerja dah."

"Tahu. Ingat nak pergi sarapan dulu. Hari ni tak sempat masak."

Ain tersenyum mendengarnya. Dia memegang telefon bimbit. Wajah Arra jelas kelihatan di dalam telefon. "Cik abang buli lagi ke semalam?" 

"Aku yang buli dia adalah," ujar Arra sambil tersenyum.

"Hahaha... ganaslah kau ni. Tengah sarat pun boleh lagi buli abang Aril," ujar Ain lalu mencapai beg tangannya.

"Fikiran kau mesti fikir pasal ehem ehem aje kan?"

Ain mengerutkan keningnya. "Dah nama pun husband and wife kan. Apa lagi yang boleh aku fikirkan."

"Kepala kau tu selalu masuk air. Sebut pasal buli benda tu ajelah yang terlintas dekat fikiran kau."

"Habis tu kau buli dia apa?"

Arra tersenyum. "Dah nama pun ibu hamil. Mestilah selalu lapar kan?"

"Hurmm... faham. Abang Aril tu bukannya pandai masak pun. Dia sediakan apa untuk kau tengah-tengah malam?" soal Ain lalu melangkah menuruni anak tangga.

"Sepupu kau tu dah pandai masak sekarang. Maklumlah dah beristeri."

"Satu perkembangan yang baguslah tu. Turn aku nanti tak tahu lagi macam mana?" ujar Ain dengan rasa gelisah.

"Sempat lagi kalau kau nak belajar memasak tu. Pandai-pandailah kau curi masa. Takkanlah kau nak biarkan Hanif makan masakan pembantu rumah kau aje."

"Ya, puan Arra. Jangan pandang saya sebelah mata tau."

Arra tergelak mendengarnya. "Okey, Puan Ain. Nanti masakan saya Laska Penang boleh?" usik Arra.

"Sudahlah. Aku nak makan dulu."

Arra ketawa melihat telatah Ain yang mula mengelabah apabila mendengar permintaannya. "Okeylah. Aku pun nak gerak jugak ni."

"Okey. Bye mama comel," ujar Ain sambil melambaikan tangan kepada Arra.

"Bye aje yang kau tahu sebut. Kita ni sebagai orang islam bagi lah salam."

"Okey, Puan Arra. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Ain mematikan talian telefon. Dia tersenyum sendirian. Langkah kakinya diatur ke meja makan. Tanpa membuang masa dia duduk diatas kerusi. Me goreng dicedok sedikit ke dalam pinggan. Saat menikmati sarapan pagi fikirannya mula memikirkan Hanif. Majlis perkahwinannya bakal dilangsungkan tidak lama lagi. Hatinya semakin berdebar-debar apabila memikirkan hari itu tiba nanti.


BEG Tangan dicapai. Arra melangkah keluar dari dalam biliknya. Langkah diatur dengan berhati-hati meniti anak tangga menuju ke tingkat bawah. Setiba dihadapan bilik dia membuka pintu. Senyuman mula terukir pada wajahnya melihat perhiasan di dalam bilik itu. Sebuah katil bayi baru dibeli beberapa bulan yang lalu bagi persediaan kelahiran anaknya.

"Abang," panggil Arra perlahan apabila Aril belum turun ke bawah.

"Sekejap sayang," balas Aril dari tingkat atas.

Jam pada pergelangan tangannya dilihat. Tekaknya mula berasa haus. Tanpa berlengah dia mengatur langkah ke dapur. Sebaik sahaja tiba di dapur dia terkejut melihat keadaan dapur ketika itu. Dia menggelengkan kepala melihat keadaan dapur yang agak bersepah ketika ini.

"Abang!!!" jerit Arra dengan nada geram.

"Kenapa sayang?" soal Aril cemas apabila mendengar suara Arra menjerit. Dia segera mendapatkan Arra. "Kenapa? Sayang dah nak bersalin ke?" soalnya sambil mengusap perut Arra.

Arra menepis tangan Aril dari menyentuh perutnya. "Baby okeylah."

"Habis tu kenapa?"

Arra mengeluh. "Sayang pesan apa semalam. Kenapa bersepah ni?" ujar Arra sambil menunjukkan kawasan sinki yang berselerakan dengan pinggan kotor. 

Aril tersengih. "Abang mengantuklah."

"Habis tu siapa nak kemas ni? Sayang dah lewat nak pergi kerja?"

"Ermm mari abang hantar sayang kerja dulu. Nanti abang kemas."

Arra mencerlung marah. "Boleh percaya ke?" ujarnya sambil berpeluk tubuh.

Aril memegang bahu Arra. "Sayang duduk dulu. Abang kemaskan sekejap," ujar Aril lalu memimpin tangan Arra ke sofa.

"Cepat sikit!" Gesa Arra. 

"Baik mama!" balas Aril. Nasib badanlah puan permaisuri dah mengamuk, desis hati kecilnya.

Apron disarungkan. Lengan baju dilipat. Pinggan  dan kuali mula dicuci. Jam pada tangan sudah menunjukkan pukul 8.30 pagi. Satu keluhan kecil dilepaskan. Dia mencuci tangannya lalu mencapai bungkusan roti keping. Jem roti diambil dari dalam peti lalu disapu pada roti.

"Sayang makan roti dulu," ujar Aril lalu meletakkan beberapa keping roti yang telah disapu jem bersama segelas air susu perisa coklat.

Arra tersenyum. "Terima kasih abang. Dah siap kemas ke?"

"Sikit lagi. Nanti kita singgah Mcd beli makanan," jelas Aril lalu kembali ke dapur.

Tanpa membuang masa dia segera membersihkan ruangan dapur. Sampah diambil lalu diletakkan di luar pintu dapur. Kebiasaannya pada waktu petang dia akan membuang sampah itu ke tempat pembuangan sampah yang telah disediakan oleh Mbkt.

"Jom sayang," ujar Aril lalu mencapai kunci kereta dan briefcase miliknya.

Arra bangkit dari tempat duduknya lalu memakai kasut. "Abang hantar sayang terus ke butiklah," ujarnya lalu memakai tali pinggan keselamatan.

"Kenapa?"

"Nak beli makanan dekat Mcd lambatlah. Nanti sayang beli makanan dekat kedai berhampiran dengan butik aje."

Aril memandu kereta menuju ke taman semarak.  "Abang singgah ajelah mana-mana kedai dalam perjalanan nanti."

"Ikut suka hati abanglah."

Setelah beberapa minit memandu kereta. Mereka tiba dihadapan Semarak Butik. Kini Arra bekerja sebagai pelajar praktikal di butik ini. Aril memberhentikan kereta lalu menanggalkan tali pinggang keselamatan. Tanpa berlengah dia segera melangkah keluar dari perut kereta lalu membukakan pintu kereta untuk Arra. Itulah rutin hariannya sebelum ke tempat kerja sejak Arra praktikal.

"Sayang buka pintu sendiri pun boleh lah," ujar Arra lalu melangkah keluar dari dalam perut kereta. 

"Sayangkan tengah sarat. Abang hanya nak pastikan sayang selamat aje sampai ke tempat kerja," ujar Aril sambil memimpin tangan Arra sehingga dihadapan pintu masuk butik.

"Abang layan macamlah sayang ni budak kecik."

Aril hanya tersenyum mendengarnya. "Ini makanan sayang. Lunch nanti kalau free sayang bawa sayang makan."

"Okey abang," balas Arra lalu menyalami tangan Aril.

"Abang gerak dulu. Ada apa-apa nanti call aje."

Arra menganggukkan kepalanya. "Hati-hati memandu," pesan Arra sambil melambaikan tangan kepada Aril.

Setelah bayangan Aril sudah tidak kelihatan pada pandangan matanya. Arra melangkah masuk ke dalam butik. Tanpa membuang masa dia menyambung tugasnya menyiapkan sepasang baju seperti yang telah diarahkan oleh Puan Rosnani kepadanya. Alhamduliah sudah hampir dua minggu dia bergelar pelajar praktikal di butik ini. Banyak perkara yang dipelajari. Pekerja yang lain juga ramah dan tidaklah sombong mengajarnya. 


RYAN memandu kereta dengan laju membelah jalan raya. Tempat persembunyiannya kini telah diketahui oleh pihak polis. Perniagaannya juga tidak dapat dijalankan dengan lancar. Ada saja halangan sejak akhir-akhir ini. Dani yang banyak membantunya juga telah ditangkap oleh pihak polis. Begitu juga dengan pengintip upahannya yang berada di Terengganu.

"Arggghhh!!!" Ryan menjerit sekuat hatinya. Stereng kereta dihentak dengan kuat. 

Dia memberhentikan kereta di sebuah stesen minyak. Dia melihat sebuah kereta ditinggalkan dengan kunci yang masih berada di dalam kereta. Setelah memastikan tiada sesiapa di dalam kereta itu. Dia melangkah keluar dari dalam perut keretanya. Dia mencapai beg sandangnya dan beberapa nombor plat kereta plasu lalu diletakkan ke dalam kereta Honda Aircond. 

Tanpa berlengah dia segera memandu kereta itu meninggalkan kawasan stesen minyak. Dia mengukirkan senyuman kerana pihak polis pasti sukar menjejakinya dengan menaiki kereta lain. Setiba dipersimpangan jalan raya yang sunyi dia memberhentikan kereta lalu menukar nombor pendaftaran kereta yang dicurinya.

Kini tujuannya hanya satu iaitu kembali ke Terengganu. Melysa masih berhutang dengannya. Kehidupannya di Terengganu akan jadi lebih mudah dengan bantuan Melysa. Dia yakin gadis itu tidak dapat melarikan diri daripadanya.

"Wait for me Melysa," ujarnya sambil tersenyum penuh makna. Dia meneruskan pemanduannya pulang ke Terengganu dengan berhati-hati.


"ASSALAMUALAIKUM," ujar Ain lalu meletakkan barang-barang yang baru dibelinya diatas meja. Dia melihat jam pada pergelangan tangannya sudah menunjukkan pukul 11.30 pagi. Bayangan pembantu rumahnya masih belum kelihatan di dapur. Kebiasaannya pada waktu begini Munirah sedang sibuk menyediakan menu tengah hari.

"Cik Mun!"

"Ya, Ain."

"Tak masak ke?" soal Ain sambil mengeluarkan barang-barang yang dibeli dari dalam plastik.

"Mummy pesan tak payah masak hari ni?"

Ain tersenyum mendengarnya. "Cik Mun sibuk tak?"

"Tak pun. Kenapa? Hari ni Ain tak kerja ke?"

"Ain cuti hari ni. Boleh tak Cik Mun ajarkan Ain masak hari ni?" soalnya sambil tersenyum sumbing. Perasaan malu mula menyalar dalam hatinya mengenangkan diri yang tidak tahu memasak.

Munirah ketawa kecil. "Ain nak masak apa?"

Wajah Ain mula kemerahan apabila mendengar Munirah ketawa. "Janganlah gelakkan Ain," ujarnya dengan nada sedih. "Ain tahu. Ain ni tak pandai masak."

"Maafkan Cik Mun," ujar Munirah lalu duduk diatas kerusi. "Cik Mun boleh aje nak ajarkan Ain masak. Satu perkembangan yang baguslah ni. Tak lama lagi nak kahwin mestilah kena rajin belajar memasak."

"Cik Mun perli Ain ea?"

Munirah menggelengkan kepalanya. "Ain nak masak apa ni?"

"Ain dah beli bahan-bahan ni. So apa yang perlu buat dulu?"

"Ain cakaplah dulu nak masak apa? Barulah Cik Mun boleh tolong? Takkan main masak aje tapi tak tahu menu apa yang nak dimasak?"

Ain tersengih. "Ain lupalah. Excited sangat nak masak sampai lupa nak bagi tau menu apa?"

"Ain nak masak laska penang ke?" soalnya apabila melihat bahan masakan yang telah dibeli oleh Ain.

Ain menganggukkan kepalanya. "Aaa... Cik Mun tahu kan macam mana nak masak laksa penang?"

"Senang aje. Laksa Ain ada beli ke?"

"Dah," ujar Ain lalu mengeluarkan dua bungkus laska segera dari dalam plastik.

"Owh laksa segera."

"Laksa ni nak masak macam mana?" soal Ain buntu. Inilah kali pertama dia menjejakkan kaki di dapur untuk memasak. Selalunya dia hanya mengacau air sahaja.

"Laksa ni kita rebus dulu. Nak masak kuah Ain boleh kupas bawang dulu. Ikan biar Cik Mun uruskan."

"Okey," balas Ain lalu mengambil bawang lalu dikupasnya.

Ain mengacau semua bahan di dalam periuk. Dia tersenyum apabila aroma masakkannya menusuk lubang hidungnya. Perutnya berasa lapar pula. Laksa telah ditoskan. Hanya tunggu beberapa minit saja lagi menu masakkannya hari  ini telah selesai. Alhamduliah Munirah mengajarnya dengan perlahan. InsyaAllah dapat dicuba semula lain kali.

"Dah masak ke ni?" 

Munirah melihat kuah laksa di dalam peruik telah mendidih. "Tutup api nanti Ain kacau dulu perlahan. Boleh rasa dulu."

"Okey," balas Ain lalu mengacau kuah laksa di dalam periuk dengan perlahan.

Ting tong! Ting Tong!

"Siapa pulak yang datang?"omel Ain perlahan.

Laksa penang telah siap terhidang diatas meja. "Cik Mun tolong tengokkkan siapa yang datang?"

"Okey," balas Munirah lalu melangkah ke pintu utama. Dia membuka pintu pagar yang berkunci. Dari jauh susuk tubuh seorang wanita hamil melangkah masuk ke dalam kawasan rumah.

"Puan cari siapa?" soal Munirah sambil tersenyum.

"Ain ada?" soal Arra perlahan.

"Ain ada di dalam. Sila lah masuk," ujar Munirah mempelawa Arra masuk ke dalam rumah agam milik majikannya.

Arra terpegun melihat suasana di dalam rumah Ain. Dia merasakan Ibu Bapa Mertuanya memiliki rumah mewah yang sudah besar. Dia tidak menyangka rumah milik ibu bapa Ain jauh lebih besar. Inilah kali pertama dia menjejakkan kaki ke rumah Ain.

"Duduklah dulu. Saya panggilkan Ain," ujar Munirah lalu melangkah ke dapur tanpa menunggu jawapan daripada Arra.

"Ada orang nak jumpa Ain."

"Siapa?"

"Cik Mun tak tanya namalah pulak tadi?"

"Dia kat mana?"

"Ada kat depan."

"Cik Mun bagi masuk tapi tak tanya nama. Entah-entah orang jahat kan. Baru padan muka," ujar Ain sekadar bergurau.

Munirah tersenyum sumbing. "Tapi perempuan mengandung. Nampak macam dah sarat. Takkanlah orang jahat," balas Munirah.

"Mengandung," ujar Ain dengan nada agak terkejut. 

Munirah menganggukkan kepalanya. 

Ain meletakkan mangkuk diatas meja. Niat ingin merasai masakannya terbantut. Tanpa membuang masa dia segera melangkah ke ruang tamu. Dari jauh dia tersenyum apabila tetamu yang mengunjungi itu adalah Arra.

"Assalamualaikum," sapa Ain dari belakang.

"Waalaikumussalam," jawab Arra lalu meletakkan kembali bingkai foto yang dipegangnya. Tubuh Ain dipeluk.

"Kenapa datang tak bagi tau?" soal Ain lalu meleraikan pelukan.

Arra melemparkan senyuman. "Saja nak surprisekan kau."

"Datang dengan siapa?"

"Kau rasa?" ujar Arra lalu melabuhkan punggung diatas sofa.

"Buat apa datang KL ni?"

"Kenapa? Tak suka aku datang rumah kau," ujar Arra dengan nada sedih.

Ain mengusap tangan Arra. "Eh mestilah suka. Aku tanya aje."

Arra menepuk lengan Ain. "Aku gurau ajelah," balas Arra sambil ketawa kecil. "Kebetulan Aril ada kursus dekat sini. Dia ajak aku jalan-jalan. Mula-mula rasa tak larat. Tapi bukan selalu kan ada peluang bercuti. Nanti tak lama lagi nak sambut ahli baru dah."

"Betullah tu. Mama papa nak honeymoonlah tu sebelum baby lahir," usik Ain sambil mengusap perut Arra yang semakin membesar.

"Mana ada. Aku plan nak bermalam dekat rumah kau. If aku nak berkepit aje celah ketiak suami aku. Bermakna aku takkan ada depan kau sekarang ni," ujar Arra llau mencubit pipi Ain.

"Auch!" Ain mengusap pipinya yang terasa sakit. "Baby tengok mama ni suka cubit pipi aunty."

"Alolo manjanya aunty Ain ni," usik Munirah pula. Dia menghidangkan minuman buat Arra.

"Cik Mun nanti kemaskan bilik tetamu. Arra nak bermalam kat sini."

"Okey."

"Berapa hari kau kat sini?"

"Tak lama pun. Dua hari aje. Lusa, aku dah kena masuk kerja."

"Owh."

"Kau tak kisahkan?"

"Aku lagi happy. Banyak benda aku nak share dengan kau. Tapi sibuk sangat dengan kerja sampai tak ada masa nak call kau tau."

"Samalah aku pun."

"Alang-alang kau ada kat sini. Apa kat kita makan Laksa Penang."

"Patutlah aku bau dari tadi. Cik Mun masak ke?

Ain menjeling marah. "Chef kat depan mata kau ni?" ujar Ain lalu menarik tangan Arra ke meja makan.

"Kau masak ke?" soal Arra lalu melabuhkan punggung diatas kerusi. "Macam tak percaya aje?"

"Aku masak tapi dengan bantuan Cik Mun," ujar Ain dengan jujur.

"It's okaylah, Ain. Pada awalnya memang kita perlukan guru untuk mengajar. Samalah macam aku. Tak semestinya aku pandai memasak dengan sendiri jika bukan ibu yang ajarkan."

Ain senang hati mendengarnya. Dia menyediakan Laksa Penang khas buat Arra menjamu selera. "Rasalah. Aku nak ambil yang aku punya kat dapur. Tadi selepas masak baru nak rasa jadi tak sempat lagi nak mencicip masakan sendiri," ujar Ain sambil ketawa kecil lalu ke dapur.

Arra memandang wajah Ain. Senyuman mula terukir pada wajahnya. "Ermm... Sumpah sedap wehh," ujar Arra lalu menikmati hidangan Laksa Penang buatan Ain.

"Aku tahulah kau saja nak ambil hati aku kan. Cakap ajelah dengan jujur dari hati lau masakan aku ni tak sedap," ujar Ain dengan nada sedih. Dia tidak mahu Arra membohongi dirinya.

Arra menggelengkan kepalanya. Tangan Ain dicapai lalu meminta dia untuk menikmati makanan yang dimasaknya itu. "Kau cubalah sendiri."

Ain teragak-agak. Namun, dia tetap menyuap me ke dalam mulutnya. Wajah Arra dipandang. "Ermm... Betullah rasa macam sama dengan yang selalu aku beli?'

"Aku cakap tak percaya. Kau memang pandai."

"Tapi masakan ni tetap bukan aku yang buat sepenuhnya."

Arra mengusap belakang Ain. "Jangan mudah mengalah. Aku yakin nanti kau pun akan pandai memasak."

"Thanks Arra selalu bagi kata-kata semangat pada aku."

"Welcome. Kau kan sahabat aku dunia akhirat," ujar Arra sambil mengusap bahu Ain perlahan. "Makanlah. Rugi pulak. Dah masak banyak-banyak tapi tak makan."

"Okey, jom makan. Nanti kita keluar shopping."

Arra mengerutkan keningnya. "Nak shopping apa?"

Ain mengusap lembut perut Arra. "Aunty Ain nak belanja babylah."

"Tak payah susah-susahlah."

"Dah makan cepat. Hari ni aje aku cuti. Esok dah kerja. Nak atau tak, kau kena ikut aku," ujar Ain dengan tegas.

"Baiklah Cik Ain sayang," ujar Arra lalu menghabiskan makanannya.

Previous: Bab 35
Next: Bab 37

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu