Home Novel Cinta Takdir Cinta Kita
Bab 26

Ryan membaling telefon bimbitnya diatas tilam setelah Melysa gagal dihubungi. Dirinya kini menjadi buruan pihak polis. Sudah seminggu dia bersembunyi. Dia tidak dapat melakukan kerja jahatnya lagi. Penjualan dadah juga terpaksa ditangguhkan sehingga keadaan reda sedikit.

Ryan mengusap wajahnya. Fikirannya kusut ketika ini. Wang yang ada semakin berkurangan. Akaun bank miliknya hampir ke semuanya telah dibekukan. Perkara ini amat merunsingkan dirinya. Hanya Melysa yang difikirkannya. Semua perkara ini berlaku disebabkan gadis itu.

Ryan mengempal penumpuk. Hatinya terasa panas apabila mengingati Melysa. "Tak guna Mel? Setelah apa yang kau rancangkan aku lakukan. Tapi akhirnya ini balasan kau?"

Dia menganggukkan kepalanya. "Aku takkan lepaskan kau! Sampai lubang cacing pun aku akan pastikan kau merana!" kata Ryan dengan penuh dendam didada.

Tanpa berlengah dia mengemas semua pakaiannya. Setelah seminggu tinggal di Cameron Highlands, kini dia harus berpindah ke tempat lain agar pihak polis tidak dapat menangkapnya. 

Usai mengemas pakaian dia melabuhkan punggung diatas tilam. Telefon bimbitnya dicapai. Nombor telefon Melysa didail lagi sekali, namun masih tidak dapat dihubungi. Ryan merebahkan badannya. Satu keluhan kecil dilepaskan. Akhirnya dia terlena.


"TIADA barang yang tertinggal?" soal Aril sebelum menutup pintu kereta dibahagian tempat duduk belakang.

Arra berfikir sejenak lalu menggelengkan kepalanya. "Rasanya tiada barang tertinggal kecuali tapak kaki," ujar Arra sambil tersengih.

Aril mendekati Arra lalu mencuit pinggang ramping isterinya itu. Arra tergelak kegelian. Pintu kereta dibuka. "Silakan masuk permaisuri hatiku," usik Aril.

Arra tersenyum mendengarnya. Tanpa membuang masa, dia melangkah masuk ke dalam perut kereta. "Terima kasih."

Aril menutup pintu kereta. Dia bergegas kembali ke tempat duduk pemandu. Tangan Arra diraih lalu diciumnya. "Mel, ada teks abang."

Arra memandang wajah Aril. "Dia cakap apa?"

"Dia ucapkan terima kasih kerana tidak mendakwa dia bersubahat dengan Ryan. Mel sudah buat laporan polis tentang Ryan," jelas Aril.

"Baguslah begitu."

"Abang harap Ryan mendapat hukuman yang setimpal dengan perbuatannya," ujar Aril lalu mengusap kepala Arra perlahan. "Sayang okey?" soalnya apabila Arra mula menyepikan diri.

Arra angguk. Dia redha dengan apa yang berlaku. Walaupun terlalu perit untuk menerima perkahwinan ini secara tiba-tiba. Namun, kini dia merasa amat bahagia disamping Aril. Hatinya pula semakin tenang setelah memaafkab Melysa. Dia tidak mahu menyimpan dendam didalam hatinya. Walaupun peristiwa yang berlaku ke atas dirinya masih segar dalam ingatab. Dia ikhlas memaafkan kesalahan Melysa. 

"Sayang? Sayang... Arra?" panggil Aril lalu melambaikan tangannya dihadapan Arra.

"Ya abang," balas Arra setelah tersedar dari lamunanya. 

"Sayang fikirkan apa?"

Arra menoleh ke arah Aril. Tangan suaminya dipegang dengan erat. "Walau apa pun yang terjadi pada Arra masa tu, adakah abang masih menerima sayang seadanya?"

"Janganlah fikir perkara yang bukan-bukan. Abang sayangkan isteri abang ni," balas Aril lalu mencubit pipi Arra perlahan.

"Andai kata satu hari nanti perkara yang sama berulang dan arra di...,"

"Ssyhhhhh!!!" Aril meletakan jari telunjuknya pada bibir Arra. Tangan Arra digenggam dengan kuat. "Sayang jangan cakap macam tu lagi!" ujar Aril perlahan tapi tegas. "Mulai hari ni abang harap sayang lupakan semua perkara itu. Abang tak nak dengar lagi sagang cakap macam ni. Faham?"

Arra angguk.

"Abang akan jaga Arra. Walau dalam keaadab apa sekalipun, abang akan tetap lindungi dan jaga sayang sebaiknya," ujar Aril dengan ikhlas dari lubuk hatinya. Dia menyapu mutiara jernih yang mula menitis pada pipi Arra. "Sudahlah jangan sedih lagi. Abang nak tengok isteri abang ini sentiasa ceria."

Arra tersenyum mendengarnya. "Terima kasih abang kerana hadir dalam hidup sayang."

"Sama-sama sayang," balas Aril lalu mencium pipi Arra.

"Abang!" ujar Arra terkejut dengan tindakan spontan Aril.

Aril hanya tersenyum. Dia memandu kereta meninggalkan kawasan resort. Perjalanan mereka masih jauh. Sebelum pulang ke Terengganu mereka akan singgah dibeberapa buah tempat yang menarik.


"ASSALAMUALAIKUM," ujar Encik Sufian lalu duduk dihadapan pintu dapur.

"Waalaikumussalam," jawab Puan Anisah lalu menghampiri suaminya dengan membawa secawan air. Dia meletatkkan air di atas lantai sementara Encik Sufian menanggalkan kasut bot. Maklumlah baru pulang dari kebun getah.

Air diteguk. "Katanya awak bergaduh dengan Dibah semalam?"

Puan Anisah yang sedang sibuk memasak hanya diam mendengarnya. 

"Abang nak dengar sendiri dari mulut awak, Nisa. Kecoh satu kampung ni saya dengar awak serang Dibah."

"Abang tahu dari mana?"

"Pak Leman yang bagi tahu masa terserempak kat kebun tadi."

Puan Anisah mengeluh perlahan. "Saya takkan serang orang tanpa sebab abang."

"Saya kenal perangai awak, Nisa. Itu yang saya tanya ni. Sebab saya nak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Saya tak suka orang kampung sibuk mengata isteri saya."

"Sampai bila saya nak diam aje abang. Saya ni ada hati dan perasaan. Takkan saya nak biarkan aje orang mengutuk anak kita," luah Puan Anisah dengan nada sedih.

"Mengata siapa?"

"Soal Arra kahwinlah. Ada saja tak kena di mata orang. Terutama Dibah tu. Anak kita dah kahwin pun sibuk lagi nak bercakap tentang lamaran anak dia yang kita tolak tu."

"Lamaran siapa pulak?"

"Siapa lagi, abang? Dibah aje yang pernah datang meminang Arra untuk Nazril. Ada orang lain lagi ke yang pernah datang meminang anak kita tu," ujar Puan Anisah sambil mengacau gulai  diatas dapur.

"Allah. Bukan perkara tu dah lama ke?"

"Itulah abang. Hal yang lama pun boleh diungkit sampai sekarang," ujar Puan Anisah sambil menahan marah. "Nazril tu bukannya baik sangat. Andai kata Arra sudah bekerja sekalipun masa dia datang meminang, belum tentu saya terima lamaran si Dibah tu."

Encik Sufian menggelengkan kepalanya. Dia tidak menyangka ramai wartawan tidak bergaji di kampungnya menyampaikan berita yang tidak sahih. Mujurlah dia jenis tidak akan percaya sesuatu perkara jika tidak diselidiki terlebih dahulu.

Encik Sufian bangkit dari tempat duduknya. "Tak apalah begitu. Saya hanya nak pastikan aje apa yang betul atau tidak."

"Mulut Dibah tu laju macam wartawan pencen. Bercakap mengeluarkan air bisa seperti ular. Itulah sebab makan penampar saya semalam," sambung Puan Anisah lagi.

Encik Sufian menghampiri isterinya. "Sudahlah Nisa. Sabar ajelah," ujar Encik Sufian sambil mengusap belakang isterinya. "Sedapnya bau. Awak masak apa banyak-banyak ni?"

"Anak menantu abang kan nak balik hari ini. Saya saja masak lebih."

"Ikan patin?"

"Ya, saya:ingatkan Arra nak balik petang semalam. Eh, saya terlupa dia orang cakap hari sabtu baru balik. Itu yang saya baru masak hari ni. Abang pun suka kan ikan patin tempoyak."

"Bau pun dah sedap. Tetiba rasa lapar pulak?" ujar Encik Sufian sambil menggosok perutnya yang buncit sedikit.

"Nak makan? Nisa hidangkan?"

"Dah masak ke?"

"Sikit lagi. Lepas tu nak goreng sayur sikit."

"Abang nak mandi dulu. Dah siap masak semua nanti panggilkan abang."

"Okey abang," balas Puan Anisah sambil tersenyum.

Encik Sufian berlalu ke kamar mandi. Puan Anisah menyambung kerjanya.


"ABANG, cuba tengok foto Ain ni?" ujar Arra lalu menghulurkan telefon bimbitnya pada Aril

Aril mengambil telefon bimbit Arra lalu melihat foto di dalam telefon sekilas pandang. Dia masih fokus dengan pemanduannya. Telefon bimbit diserahkan kembali kepada Arra. Dia tersenyum kecil melihat foto yang ditunjukkan oleh Arra.

"Sejak bila Hanif rapat dengan Ain, abang?" soal Arra hairan setelah mengambil semula telefon bimbitnya. 

Aril mengangkat bahu. "Entahlah? Abang tak tahu pun."

Arra melihat foto Ain di dalam facebook. Banyak foto mereka berdua. Arra tersenyum. Dia tumpang bahagia melihat sahabat baiknya bahagia. "Sayang ingat abang dah tahu."

"Tak. Hanif tak ada cerita apa-apa pun dekat abang."

Arra menganggukkan kepalanya. "Okey. Tak apalah begitu. Kita doakan yang baik-baik aje untuk mereka."

"Hah... betul tu. Manalah tahu dah jodoh Ain dengan Hanif."

"Alhamdulillah," ujar Arra sambil ketawa.

"Dah kenapa pulak sayang ketawa?"

"Sayang teringat masa Hanif usik Ain. Kata malu-malu. Alih-alih, dalam diam bercinta belakang kita." 

"InsyaAllah, adalah tu jodoh mereka."

"Amin," balas Arra sambil tersenyum.

"On the way nak balik ni, sayang ada nak singgah mana-mana ke?"

Arra tengah ralit bermain telefon. "Ermm... sayang nak pergi Cameron Lavender Garden boleh?"

"Okey," jawab Aril sepatah lalu memarkirkan kereta di tepi jalan.

Arra memandang Aril dengan Hairan. "Kenapa berhenti?"

"Kita dah sampailah sayang."

"Kat mana ni?"

Aril menggelengkan kepalanya. "Itulah sibuk lagi dengan phone," kata Aril lalu mencubit pipi Arra.

"Aaa... sakitlah abang," balas Arra lalu menggosok pipinya. 

"Kata nak makan nasi lemak abang strawbery. Jomlah sayang," ujar Aril lalu membuka pintu kereta.

Arra mendengus marah. Dia membetulkan tudungnya. Pintu kereta dibuka lalu melangkah keluar dari dalam perut kereta. Dia melangkah menghanpiri Aril sambil mencari sesuatu di dalam tas tangannya.

Aril meraih tangan Arra. "Cari apa lagi sayang?"

"Phone?"

Aril mengeluh kecil. "Sayang letak mana?"

"Rasanya dah letak dalam beg tadi?" ujar Arra sambil mencari telefon bimbitnya di dalam beg.

"Ada dalam keretalah tu. Jomlah makan dulu. Phone tu tak hilang ke mana pun," ujar Aril lalu menarik tangan Arra untuk melintas jalan bersamanya.

"Ermm.... sayang nak tengok senarai barang yang Ain kirim tadi."

Tangan Arra dilepaskan. Aril menghulurkan kunci kereta. "Ini kunci kereta. Abang masuk dulu, nanti sayang datang."

"Okey, abang," balas Arra lalu mengambil kunci kereta dari tangan Aril.

"Hati-hati melintas tau," pesan Aril sebelum meninggalkan Arra.

Arra hanya menganggukkan kepalanya. Tanpa melengahkan masa kunci kereta dibuka. Arra membuka pintu kereta. Dia tersenyum melihat telefon bimbitnya berada diatas kerusi. Telefonnya terjatuh sewaktu Aril mencubit pipinya tadi. Telefon bimbit diambil lalu dimasukkan ke dalam beg tangannya. Pintu kereta ditutup lalu bergegas mahu melintas jalan.

"Aduh!" ujar Arra apabila terasa sesuatu menarik tudungnya. 

Tudung yang dipakai tersepit pada celah pintu. Arra mengeluh perlahab kerana kecuaiannya. Dia kembali mengunci kereta setelah menarik tudungnya. Arra meniup tudungnya yang mulai senget kerana tersepit pintu kereta. Dia memastikan tiada kenderaan yang lalu sebelum melintas. Tudung yang senget cuba dibetulkan. Tiba-tiba pin tudungnya terjatuh terjatuh di atas jalan.

"Allah, jatuh pulak pin aku," omel Arra sambil matanya meliar mencari di mana jatuhnya pin tudung miliknya.

Tanpa disedarinya sebuah kereta meluncur laju ke arahnya.

Arra menunduk ingin mengambil pin tudungnya. 

Aril melihat Arra dalam bahaya ingin segera mendapatkannya. "Arra!!!"

"Bahaya!"

Kedebuk!!!

Aduh! Sakitnya, bisik hati kecil Arra. Dia terjatuh ditepi jalan setelah diselamatkan oleh seseorang.

"Cik tak apa-apa?"soal Amir.

Aril tergesa-gesa mendapatkan Arra. "Sayang okey?" soal Aril cemas sambil memegang pipi Arra.

Arra menghulurkan tangannya yang berasa sakit. "Sikit aje," kata Arra lalu menyapu pasir yang melekat pada tangannya.

Aril membantu Arra berdiri. Dia memandang wajah lelaki yang telah menyelamatkan Arra. "Terima kasih bantu isteri saya tadi," ujar Aril sambil tersenyum.

"Sama-sama. Kebetulan aje tadi. Orang tu macam sengaja pandu dengan laju," jelas Amir. Dia melihat wajah gadis bertudung yang baru ditolongnya. "Arra ke?" tegur Amir.

Arra yang masih ralit meneliti tangannya yang melecet memandang wajah ke arah lelaki yang menegurnya. "Eh, Amir?" ujar Arra sambil tersenyum.

Aril mula cuak apabila melihat Arra tersenyum kepada lelaki lain.

"Aku sampai tak kenal tadi. Sejak bila bertudung ni. Ermm... nampak lebih ayu dan sopan," puji Amir.

Aril berpura-pura batuk apabila mendengar Amir memuji kecantikan isterinya. "Siapa ni, sayang?" soal Aril sengaja menekan panggilan sayang dihadapan Amir.

Sayang? Siapa pulak mamat ni tetiba panggil Arra sayang, desis hati kecil Amir dengan hairan.

"Abang kenalkan ini Amir. Kawan sekampus Arra," ujar Arra memperkenalkan Amir kepada Aril.

Aril menganggukkan kepalanya. Rasa cemburu mulai terbit dari hatinya apabila ada lelaki lain yang seakan rapat dengan Arra. "Aril," ujarnya lalu menghulurkan tangan ke arah Amir. Mereka berjabat tangan. 

"Kenalkan ini suami Arra," jelas Arra sambil membetulkan tudungnya.

Amir mengangkat keningnya. Tanda terkejut. "Suami?" soal Amir hairan.

"Jom makan. Nanti kita bolah sembang-sembang kata dalam," kata Aril mempelawa Amir makan bersama mereka.

Amir tidak pula membantah. Dia hanya menurut sahaja. Banyak persoalan yang bermain di fikirannya saat ini.

Previous: Bab 25
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Andayu