Home Cerpen Seram/Misteri KAMI ADA
KAMI ADA
Zie Saila
11/4/2019 12:17:56
2,599
Kategori: Cerpen
Genre: Seram/Misteri

“Amir, sebelumbalik ni jumpa cikgu di bilik guru,” arah Cikgu Syahir.  Amir yang padaketika itu sedang mengemas-ngemas begnya hanya mengangguk.  Dia fahambenar untuk apa dia dipanggil mengadap.

 

Amir melangkah lesuke bilik guru yang telah mulai lengang. Mungkin ramai cikgu yang telahpun pulang memandangkan hari ini harijumaat.  Jam di dinding bilik itumenunjukkan pukul enam empat puluh petang. 

 

“Assalamulaikumcikgu,” tegur Amir sebaik sahaja berdiri di tepi meja Cikgu Shahir.  Cikgu Shahir yang pada ketika itu sedangmenulis sesuatu terus mengangkat mukanya.

 

“Waalaikumussalam,”jawab Cikgu Shahir bersahaja.

           

“Kamu ada masalahke, Amir?”  Tanya Cikgu Shahir tanpamenunggu lebih lanjut.  Amir hanyamembisu. 

 

“Kamu selaluponteng sekolah.  Surat amaran dah pun diberi.  Cikgu tengok rekod kedatangan kamu, awalnyaada nampak sedikit peningkatan.  Tapi sekarangni dalam seminggu mesti kamu ada ponteng sekurang-kurangnya sehari,” sambung CikguShahir lagi.

 

“Kalau kamu adamasalah, cuba beritahu cikgu,” ujar Cikgu Shahir lagi setelah dilihatnya Amirterus membisu.

           

“Amir,” panggil CikguShahir setelah dilihatnya masih tiada respon dari Amir.

 

“Baiklah.  Cikgu bagi kamu peluang untuk perbetulkansemua kesalahan kamu.  Cikgu nak, lepasni kamu tak ponteng lagi,” tutur Cikgu Shahir.

 

            “Kalaukamu ponteng lagi selepas ni, cikgu tak teragak-agak untuk mengambil tindakanke atas kamu.  Cikgu akan berjumpa denganorang tua kamu,”  tegas Cikgu Shahir.  Wajah Amir sedikit berubah mendengar ayat CikguShahir, namun mulutnya masih terkunci.

 

“Okeylah, kamuboleh balik.”  Akhirnya Cikgu Shahirmengalah.  Jika mahu menunggu Amirbersuara, entah pukul berapa pula dia boleh pulang. 

 

Amir terus berlarimeninggalkan bilik guru.  Cikgu Shahirhanya menggeleng.  Suatu hari nantiShahir akan cuba untuk ke rumah Amir dan memeriksa sendiri apa masalah Amiryang sebenarnya.

 

***************

 

Ketukan di pintuyang bertalu-talu mengejutkan Cikgu Shahir yang sedang leka menontontelevisyen.  Suara televisyendiperlahankan segera.  Cepat-cepat Cikgu Shahirmembuka pintu.

 

Kelihatan seoranglelaki yang agak berumur sedikit daripadanya dan disisinya berdiri seorangwanita yang lebih kurang seusia.  Mungkinsuami isteri, teka Shahir dalam hati.

 

“Cikgu Shahir ke?”Tegur lelaki berkenaan.  Cikgu Shahirmengangguk. 

 

“Maaf ganggu cikgumalam-malam ni,”  ujar lelaki itu sopan.

 

“Err… Tak apa.  Tapi encik dan puan ni siapa ye?” Tanya CikguShahir teragak-agak.

 

Lelaki berkenaanmemandang wanita di sebelahnya sambil tersenyum.  “Kami ibu dan bapa Amir.”

 

Cikgu Shahir agakterkejut.  Mengapa pula ibu dan bapa Amirdatang berjumpanya malam-malam begini. Walau bagaimanapun Cikgu Shahir terus menjemput mereka masuk.

 

“Ada apa ye, encikdan puan datang berjumpa saya ni? Mengenai Amir ke?”  Tanya Cikgu Shahirkurang sabar.

 

“Cikgu bolehpanggil saya Abang Umar saja,” pinta ayah Amir. Cikgu Shahir hanya tersenyum.

 

“Bukan apacikgu.  Amir ada beritahu kami, cikguberjumpa dengan dia petang tadi sebab dia selalu ponteng sekolah,” sambung ayahAmir.

 

“Oh!  Iya. Memang saya ada jumpa dia petang tadi. Saya cuma nak tahu masalah dia sebab selalu ponteng sekolah,” terang CikguShahir.

 

“Tapi ada orangberitahu saya, Amir tinggal dengan neneknya kan?  Abang Umar dan kakak tak tinggal sekalidengan dia?” Tanya Cikgu Shahir kehairanan.

 

Encik Umarmemandang isterinya di sebelah.  Cikgu Shahirperasan, dari tadi ibu Amir hanya membisu. 

 

“Kami tinggal jauh,cikgu.  Kerja pun jauh.  Sesekali kami datang melawat Amir danneneknya.  Tapi walaupun kami jauh, kami ada,cikgu,” jelas ayah Amir.  Wajahnyakelihatan sedih.

 

“Kami berharapsangat, cikgu janganlah marah atau hukum Amir. Dia budak baik.  Dia banyakmembantu neneknya yang dah semakin uzur tu,” sambung ayah Amir lagi.  Cikgu Shahir mengangguk.

 

“Baiklah AbangUmar, kakak.  Saya akan cuba merapatkandiri saya dengan Amir.  Tapi sayaberharap sangat, abang dan kakak nasihatkan Amir supaya jangan pontenglagi,”  putus Cikgu Shahir.

 

Setelah pasangantersebut meninggalkan rumahnya, Cikgu Shahir menyambung kembali menontontelevisyen.  Namun fikirannya terusteringatkan Amir. 

 

***************

 

Suasana sejukkampung tidak menghalangnya langsung untuk bangun awal dan bersolat. Lagipundia memang telah terbiasa bangun  di awalpagi walaupun pada hujung minggu seperti itu. Selepas solat subuh tadi, Cikgu Shahir menikmati sarapan pagi bujangnya,dua keping roti dan secawan milo. Cukuplah dulu untuk mengalas perut.

 

Matahari kianmemancar.  Namun suasana dingin kampungmasih terasa.  Cikgu Shahir bercadanguntuk berjalan-jalan di kampung itu. Setelah lebih kurang seminggu dia ditugaskan di kampung itu, Cikgu Shahirmasih belum berpeluang untuk berjalan-jalan dalam kampung tersebut.  Kebetulan pula, kata-kata ayah Amir malamtadi masih terngiang-ngiang di telinga, membuatkan Cikgu Shahir ingin melihatsendiri kehidupan Amir bersama neneknya.

 

Setelah pasti rumahyang dituju, Cikgu Shahir memberi salam. Seketika kemudian, pintu rumah kayu itu terbuka dari dalam.  Amir terlopong melihat Cikgu Shahir yangsedang berdiri di hadapannya.

 

“Siapa tuAmir?”  Kedengaran suara bertanya dari dalam.

 

“Cikgu Shahir nek,cikgu Amir,” jawab Amir.  Matanya masihtertumpu ke arah Cikgu Shahir.

 

“Jemputlah cikgu tumasuk,” suara nenek Amir. 

 

Cikgu Shahir menitianak-anak tangga kayu rumah tersebut.  Walaupuntelah kelihatan usang, namun keadaannya masih kukuh.  Sebaik sahaja memasuk rumah Amir, Cikgu Shahirterpandangkan seorang tua yang agak uzur, sedang duduk berlunjur di atas sebuahkerusi malas di tepi tingkap.

 

Setelah bersalamdengan nenek Amir, Cikgu Shahir duduk bersila di hadapan orang tua tersebut.  Kasihan pula dia melihat keadaan nenek Amir.

 

“Ada apa ye, cikgudatang ni?” Tanya nenek amir perlahan.

 

“Saja-saja datang melawat,nek. Sambil-sambil nak tengok keadaan Amir dan nenek,” jelas Cikgu Shahir.

 

“Sambil tu, bolehjugak saya berkenalan lebih rapat dengan Amir. Maklumlah, saya baru seminggu bertugas di sini, nek,” sambung Cikgu Shahirlagi.

 

“Hmm.  Macam ni lah cikgu. Nenek ni dah uzur.  Amir yang banyak buat kerja-kerja rumah,”ujar nenek Amir sambil termenung mengadap tingkap.

 

“Sejak ketiadaanibu-bapa Amir, macam ni lah keadaan kami. Hidup pun dengan bantuan kerajaan dan serba sedikit bantuan orang-orangkampung,” nenek Amir menambah.

 

“Ibu dan bapa Amirtak balik ke sini?” Tanya Cikgu Shahir inginkan kepastian.

 

“Ibu dan bapa Amir dahtiga tahun meninggal dunia.  Kemalangandekat simpang depan tu.  Masa tu diaorang baru balik kerja.  Motorsikalmereka dilanggar dari belakang.  Ibu danayah amir terjatuh.  Kebetulan sebuah vanlalu dan menggelek mereka.  Kedua-duanyameninggal di tempat kejadian,” jelas nenek Amir panjang lebar.

 

Cikgu Shahirterdiam.  Air liur yang ditelan terasakesat.  Tidak semena-mena bulu romanyamula meremang.  Jantungnya berdegupkencang.  Cikgu Shahir terus bangun dan memohonuntuk pulang.  Hairan juga nenek Amirapabila Cikgu Shahir tergesa-gesa hendak pulang.

 

Sebaik sahaja diamemulakan langkah, dia terdengar sesuatu. Cikgu Shahir cuba mengamati betul-betul apa yang didengarinya.

 

“Kami ada.. Kamiada…”

 

Wajah Cikgu Shahirterus pucat.  Langkahnyadipercepatkan.  Dia ingin segera pergidari situ.

 

 

- TAMAT  -

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Zie Saila