Home Cerpen Seram/Misteri BALIK KAMPUNG
BALIK KAMPUNG
Zie Saila
11/4/2019 12:52:37
859
Kategori: Cerpen
Genre: Seram/Misteri

 

Zaki meletakkan beg pakaiannya ke dalam kereta.  Dia mesti pulangke kampung pada malam itu juga.  Semalam ibunya membebel kerana telahbeberapa bulan dia tidak pulang ke kampung.  Kekangan kerjanya sejakbeberapa bulan ini membuatkan dia tidak dapat pulang dengan lebih kerap.

 

Terngiang-ngiang suara ibunya siang tadi. “Balik lah Ki.  Dah lamaZaki tak balik.  Mak rindu.  Bercakap di telefon tiap-tiap hari, taksama dengan tengok muka Zaki depan-depan.”

 

Hiba pula hatinya mengingatkan kata-kata ibunya.  Kerana itu, diabertekad untuk pulang pada malam itu juga.  Jam telah menunjukkan pukulsembilan malam.  Dengan bacaan doa, Zaki memulakan perjalanannya.

 

Setelah lebih kurang dua jam lebih perjalanan di lebuh raya, Zaki membelokkeluar dari plaza tol menuju ke jalan kampungnya yang gelap dan lengang. Hanya sesekali sahaja kelihatan kereta berselisih dengannya dari arahbertentangan.

 

Perutnya tiba-tiba terasa lapar.  Barulah Zaki perasan yang diabelum menjamah apa-apa makanan pun sejak dari petang tadi.  Dia terusteringatkan kedai makan Pak Usop di simpang masuk ke kampungnya.  Kedaitersebut memang biasa disinggahinya apabila pulang ke kampung. Orang-orang kampungnya pun ramai yang suka makan di kedai tersebut. 

 

Jam di pergelangan tangan dikerling lagi.  Harap-harap kedai PakUsop masih dibuka. Selalunya pada waktu-waktu begini Pak Usop sudah mahupulang. Terbayang pula maggi goreng panas-panas kegemarannya.  Air liurnyaditelan.  Lapar di perut kian terasa.

 

Seketika kemudianZaki tiba di simpang masuk ke kampungnya. Nasibnya baik kerana kedai Pak Usopmasih terang benderang.  Kereta segera diparkir.  Perutnya yang kianberkeroncong harus segera diisi.

 

“Pak Usop,” panggil Zaki sambil terus duduk di sebuah meja di tengah-tengahkedai.  Pak Usop tersenyum.

 

“Lama tak balik, Ki,” tegur Pak Usop sebaik ternampak Zaki.

 

“Kerja banyak la Pak Usop,” jawab Zaki jujur.

 

“Ooo... Ha… Kamu nak makan apa ni?” Tanya Pak Usop tanpa berlengah.

 

“Maggi goreng ada?”  Tanya Zaki.  Pak Usop mengangguk.

 

“Dengan nescafe panas ye, Pak Usop,” sambung Zaki lagi.

 

Seketika kemudian makanan dan minuman yang dipesan pun sampai. Tanpa bertangguh, Zaki makan dengan berselera. 

 

“Tak ada pelanggan malam ni, Pak Usop?” Tanya Zaki sambil menyudu maggigoreng ke mulut. 

 

“Ada tahlil di masjid tadi.  Mungkin semua dah kenyang agaknya,”jawab Pak Usop sambil duduk di meja sebelah.

 

Zaki hanya mengangguk.  Nescafe panas dihirup perlahan. Nikmat sugguh rasanya.  Maggi goreng disudu lagi ke mulut.

 

“Makan perlahan-lahan Ki,” tegur Pak Usop apabila melihat Zaki makandengan gelojoh.

 

“Lapar ni, Pak Usop. Lagipun maggi Pak Usop malam ni sedapnye lain macamlah,” gurau Zaki.

 

Pak Usop tergelak kecil sambil menggeleng perlahan.  Tangannyaterus mengelap meja.

 

Sebaik sahaja makanan dan minumannya dihabiskan, Zaki menghulurkan wangkepada Pak Usop.

 

“Balik dulu Pak Usop,” ucap Zaki sambil terus berjalan kekeretanya.  Pak Usop hanya mengangkat tangan.

 

**********

 

“Mak mana, Tirah?”  Tegur Zaki kepada adiknya yang sedang membancuhair di meja makan. Dilihatnya, sarapan telah sedia terhidang di atas meja.

           

“Ada kat luar tu. Ambil serai,” jawab Atirah sambil menuang air teh kedalam cawan.

 

“Ha, minumlah Zaki,” pelawa ibunya yang muncul dari pintu dapur sambilmenggenggam beberapa batang serai. 

 

“Mak tak minum sama?”  Tanya Zaki.

 

“Mak dah minum lepas subuh tadi.  Kamu minumlah denganAtirah.  Adik kamu pun belum sarapan lagi tu” ujar ibunya.

 

Bau nasi lemak yang semerbak terus membuatkan Zaki terasa lapar. Dia memang rindukan masakan ibunya.  Nasi lemak segera disenduk ke dalampinggan. 

 

“Pukul berapa sampai malam tadi?”  Tanya ibunya sambil menarikkerusi di sebelah Zaki.

 

“Lewat jugak mak.  Lebih kurang pukul dua belas rasanya,” jawabZaki.

 

“Nasib baik Tirah belum tidur lagi mak.  Kalau tak, tidur dekatluar la abang,” sahut Atirah pula.  Zaki hanya mencebik.

 

“Oh ya!  Tahlil siapa di masjid malam tadi mak?” Tanya Zaki sambilterus menyuap nasi lemak ke mulut.

 

“Tahlil untuk arwah Pak Usop. Dah seratus hari dia meninggal,” jawab ibuZaki bersahaja.

 

“Pak Usop?  Pak Usop mana?”  Kening Zaki berkerut.

 

“Pak Usop yang ada kedai makan kat simpang depan tu,” terang ibu Zaki.

 

Mata Zaki terbeliak.  Nasi lemak yang disuapnya tadi rasa tidaktertelan. 

 

“Eh! Kan mak dah bagitau dulu? Hmm... lupalah tu,” sambung ibunya lagi.

 

Iya. Baru Zaki teringat. Ibunya memang pernah memberitahunya mengenaiperkara itu, lebih kurang tiga bulan lepas.

 

Tekaknya mula terasa loya. Entah apa agaknya yang dimakan di gerai PakUsop malam tadi.    Sepantas kilat Zaki berlari ke bilik air. Sebaik sahaja pintu bilik air dibuka, Zaki melambakkan segala isiperutnya.  Peluh dingin mula mengalir di dahi.  Matanya seperti mahuterkeluar apabila terlihat cacing dan ulat-ulat yang merenyut di lantai bilikair.  Dia terus pengsan di situ.

 

- TAMAT -

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Zie Saila