Home Cerpen Seram/Misteri DATANG
DATANG
Zie Saila
11/4/2019 12:39:25
1,011
Kategori: Cerpen
Genre: Seram/Misteri

Selesai mengerjakan solat Maghrib, Suha bergegas bersiap-siap. Segalaperalatan yang diperlukan dicapai. Ibunya hanya memerhati dari ruang tamu.

 

“Ye.  Aku tengah siap ni.  Dalam pukul lapan lebih aku sampai.”  Terdengar suara Suha menjawab panggilantelefon.

 

Seketika kemudian kelihatan Suha keluar dari bilik sambil mengepithelmet kesayangannya. 

 

“Dah nak pergi Suha?” Tegur ibunya. Suha hanya mengangguk.

 

“Pukul berapa pulak habis latihan malam ni?” Tanya ibunya lagi.

 

“Lebih kurang sepuluh setengah mak,” jawab Suha.

 

“Bawa motor tu elok-elok Suha. Hujan ni, jalan licin.”

 

“Okey mak.  Suha pergi dulu.”  Tangan ibunya disalam.  Helmet disarungkan ke kepala lalu enjinmotorsikal dihidupkan.    

 

Seperti biasa, ibunya memerhatinya dari pintu rumah.  Sejak beberapa minggu ini, begitulah rutinSuha.  Setiap malam selepas pulang darikerja, pasti dia ke gelanggang bola tampar bersama kawan-kawannya.  Katanya pertandingan bola tampar telahsemakin hampir.  Jadi pasukan merekaperlu menjalani latihan lebih kerap.

 

Pintu rumah ditutup sebaik sahaja motorsikal Suha bergerak meninggalkanrumah.

 

**********

 

“Lambatnya kau sampai Suha.  Kau katalapan lebih.  Ni, dah pukul sembilan sukudah,”  tegur Emi, ketua pasukannya.

 

Sorry.  Tadi kan hujan.  Aku terpaksa bawak motor perlahan,.  Tapi yang pasti, aku datang, kan?  Jawab Suha serba salah.

 

“Okeylah.  Pergi ‘warm-up’ cepat,”arah Emi.  Suha akur.

 

Latihan bola tampar pada malam itu berjalan seperti biasa.  Walau bagaimanapun, Emi perasan, Suha sepertikelihatan sedikit pucat.  Selesailatihan, Suha duduk di bangku berdekatan, untuk melepaskan lelah.  Emi dan Imah, rakan sepasukan Suha turutmenyertainya.  Manakala rakan-rakannyayang lain terus pulang.

 

“Kau kenapa Suha?  Tak sihat ke?”Tanya Emi, prihatin.

 

“Tak lah.  Aku okey je,” jawabSuha.

 

“Iyalah Suha.  Pucat je aku tengokkau ni,”  tegur Imah, rakan sepasukanSuha.  Belakang tangannya ditekapkan kedahi Suha.  Sejuk.

 

“Tak panas pun.  Tapi kaubetul-betul pucat ni,” tutur Imah lagi, kerisauan.

 

“Mungkin sebab aku tak sempat makan sebelum datang tadi,” jawabSuha.  Serba salah pula apabilarakan-rakannya berasa risau begitu.  Tapibenar.  Dia tak apa-apa.  Mungkin hanya sedikit lapar. 

           

“Kalau macam tu, jom kita singgah kedai makan kat depan tu sebelumbalik,” cadang Emi.

 

“Aku kena balik cepat.  Mak akudah masak tadi.  Kesian pulak dia,” tolakSuha.

 

“Betul kau tak nak?  Aku risau kaupengsan je nanti ni,”  gesa Imah pula.

 

Suha hanya mengangguk sambil tersenyum. Tidak lama kemudian, kesemua mereka beredar dari situ, menuju haluanmasing-masing.

 

***************

 

“Emi!  Kau dah tengok surat khabarpagi ni?”  Tanya Imah, cemas.

 

“Kau ni dah kenapa?  Bagi la salamdulu.  Tiba-tiba aje tanya surat khabar,”jerkah Emi.

 

“Kau tengok surat khabat sekarang,” arah Imah lalu talian diputuskan.

 

Kening Emi berkerut.  “Apa labudak ni.  Call pagi-pagi, tak bagisalam, terus suruh tengok surat khabar. Lepas tu letak macam tu aje,” sungut Emi.

 

Surat khabar yang terletak di meja penyambut tetamu dicapai.  Tiba-tiba matanya tertancap ke arah satuberita di dada surat khabar tersebut.

 

“KUALA LUMPUR, 2 April:  Seorangwanita maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan yangdipercayai langgar lari di Kilometer 15.3, Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP)dekat sini lewat petang semalam.

 

Dalam kejadian pada pukul 7:50 malam itu, Nasuha binti Ibrahim, 22, mautdi lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

 

Menurut sumber, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y15 dipercayaidilanggar oleh kenderaan yang masih belum dikenal pasti,”

 

Emi tidak dapat meneruskan bacaannyaapabila ternampak gambar wajah Nasuha disudut kanan berita tersebut.  Matanya berkaca.  Hatinya benar-benar sedih.  Namun, tiba-tiba dia terfikir, “Tapi siapayang datang ke gelanggang bola tampar malam tadi?”  Tangannya tiba-tiba menggigil.

- TAMAT -

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Zie Saila