4,028
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
BLURB

KHAIRUL ASYRAF HAN - Angkara Mixzof, Kai kehilangan seluruh ahli keluarganya. Kerana kekejaman si durjana itu jugalah, gadis kesayangannya diculik. Demi menyelamatkan Fraynne, dia menyertai Zentrical Z5.

"Abang akan selamatkan kau!" - Kai.

PUTERI RIENNA RAISYAH - Secara paksa rela, Puteri Diraja Kerajaan Zonna ini akhirnya menyertai Zentrical Z5. Dek gelaran 'Ratu Agung' yang bakal diwarisi, dia akhirnya menjunjung titah si ayahandanya.

"Kenapa semua orang tak benarkan beta bawa sekali Encik Nyet dan Baba Bun?" - Rienna.

WIRSYAK AL-HAKEEM - Gelarannya, Vishvak. Di Jabatan Zentrix, siapa saja yang tidak mengenalinya? Ketua unit Zentrical Z5 ini sangat garang orangnya. Dek kehadiran Kai dan Rienna sebagai junior, hidupnya  tunggang-terbalik.

"Kalau macam inilah gayanya, memang cepat aku kembali ke alam baqa." - Vishvak.

FARIEZ ZAYYAN - Frezay, selebriti yang sentiasa mencuri tumpuan para gadis. Namun, naib ketua unit Zentrical Z5 ini hanya memandang mereka sebelah mata. Padanya, Kai dan Rienna lebih menjadi menarik perhatian.

"Keserasian duo ini sangat tinggi walaupun siang malam asyik bergaduh." - Frezay.

Dalam satu ujian khas, keperibadian Kai, Rienna, Vishvak dan Frezay berjaya membuka mata Profesor Helt. Tanpa ragu, potensi diri mereka berempat diakui oleh pihak Jabatan Zentrix. Di sini, segalanya bermula.

Mereka dihantar ke Tamadun Mesopotamia bagi mendapatkan relik tamadun tersebut. Namun, misi mereka berdepan dengan kesulitan dek kehadiran Srion bersama angkatan bala tenteranya.

"Relik ni, Mixzof punya!" - Srion.

Bagi Mixzof, relik tersebut mengandungi manual rahsia untuk menawan ekonomi dunia. Bagi Jabatan Zentrix pula, ia mampu menggagalkan rancangan jahat lelaki itu.

Cabaran, halangan dan rintangan sentiasa mengintai langkah Zentrical Z5. Mampukah mereka berempat menyelamatkan relik tersebut daripada terjatuh ke tangan Mixzof?


Tarikh mula: 18 Februari 2021

Tarikh akhir: -

Cover: Angel_k20

Ps: Novel ini juga boleh dibaca di Wattpad.

Next: BAB 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.