Home Novelet Komedi/Romantik Komedi Jodohku Mr.Anoyying
Jodohku Mr.Anoyying
Myea Miko
23/3/2020 11:24:58
31,241
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 7

Aisy memandang handphonenya lama tertera no Luthfi di situ, sudah dua hari Luthfi tidak menghubunginya. Kali terakhir mereka berhubung bila Luthfi sudah sampai ke destinasi yang dituju.


"Nak call ke tak nak?" Aisy mengomel sendiri sambil sebelah tanganya mengentel bajunya.


"Tak payah lah call, masa ni lah aku nak uji hati aku, tapi sis tak kuat. Dah dua hari tak dengar suara dia tak senang duduk sis dibuatnya." Omel Aisy, terus merebahkan badanya ke atas katil.


Mata masih lagi tidak berganjak dari memandang nombor suaminya di skrin telefonya. Dia yakin sekarang Luthfi pun tengah merinduinya.


Dia mula merindui Luthfi, dia terasa sunyi bila luthfi tiada di sisinya. Luthfi yang selalu mengusiknya dan selalu membuat dia sakit hati tapi orang itulah yang Aisy rindu.


Luthfi termenung di koridor luar hotel, nak hubungi Aisy tak boleh sebab dia tengah uji perasaan Aisy terhadapnya termasuk perasaan dia terhadap Aisy.


Rindu tak perlu nak cakaplah hanya tuhan je yang tahu betapa rindunya Luthfi terhadap isterinya itu.


"Apa yang kau menungkan tu." Tegur Rafi yang dari tadi melihat Luthfi termenung jauh, menghampirinya dan menepuk bahu sahabatnya itu perlahan.


Rafi merupakan sahabat baik Luthfi, apa pun masalah yang dihadapi Luthfi mesti dia ceritakan pada Rafi, kiranya Rafi ni selalu ada bila dia susah atau senang, susah nak jumpa sahabat yang baik macam ni satu dalam sejuta.


"Aku rindu isteri aku lah." Luthfi memandang Rafi dengan wajah kesian, menahan rindulah katakan.


"Kau tak payah nak buat mukalah, kalau rindu call lah dia apa masalahnya."


"Tak boleh, sebab sekarang ni aku dengan dia tengah uji perasaan rindu, bila masing-masing tiada di sisi." 


"Macam-macamlah korang ni, habis kau nak biar je lah rindu kau tu tak berpenghujung." 


"Biar je lah nak buat macamana lagi." 


Rafi ketawa kecil melihat sahabatnya.


"Untunglah kau dah ada isteri, aku ni jelah membujang sampai ke tua." 


"Kenapa kau cakap macam tu, aku akan selalu doakan sahabat aku ni cepat dapat jodoh." Kata Luthfi sambil menepuk bahu sahabat baiknya itu.


"Entah aku sempat ke tak nak kahwin".


"Kau suka cakap bukan-bukan kan?"


Rafi tersenyum dan terus bangun dari duduknya dia menghampiri Ariff dan menepuk bahu sahabatnya perlahan.


"Call isteri kau, kalau dah memang rindu jangan tunggu lagi." Katanya, terus dia melangkah dari situ.


Luthfi hanya tersenyum, fikiranya mula berfikiran yang tak sepatutnya, kerana dia merasa ada sesuatu yang tak kena pada sahabat baiknya, Rafi.


Aisy tidak senang duduk, sekejap dia ke bilik, sekejap lagi dia ke bawah, dia pun tak tahu lagi apa yang patut dibuat ,nak kata kemas rumah rasanya dah berkilat dah dia bersihkan.


Mak dan ayah mertuanya tiada di rumah, kerana bapa mertuanya outstation di kedah ibu mertuanya ikut sekali, katanya nak bercuti sambil berbulan madu berdua so sweettt.


Dia yang baru berkahwin pun belum pergi berbulan madu lagi.


Nak harapkan luthfi call dia pun sampai sekarang tak call kononya nak uji perasaan masing-masing. Masalahnya sekarang ni Aisy yang terlebih rindu kat Luthfi mungkin dah angau dah Aisy ni.


Angau kat suami sendiri takpe,jangan angau kat orang lain sudahlah Aisy oii. Kalau dia hubungi Luthfi dulu dia dianggap kalah pulak. Ini tak boleh jadi.


Akhirnya Aisy pergi ke ruang depan, dia duduk di sofa dan membuka tv mungkin ada cerita yang boleh menghilangkan rasa bosannya.


Setelah dia buka terus dapat tahu berita yang tidak ingin dia dengar, bahawa kapal terbang yang luthfi bawa terbabas dan mengorbankan seorang anggota pilot manakala penumpang hanya cedera ringan. 


Seluruh badan Aisy bergetar apabila mendengar berita tersebut, dia terus menutup tv tanpa mendengar lebih tepat tentang kemalangan itu, dia terus bergegas ke lapangan terbang.


Aisy menggagahkan diri untuk membawa kereta, sukar untuk dia percaya berita yang dia terima,'Tak mungkin itu Luthfi.' Omelnya sendiri,airmatanya mengalir laju tanpa ditahan. Dia terus memecut laju keretanya.


Sampai di lapangan terbang aisy terus keluar dari kereta dan mencari kelibat Luthfi tetapi tiada, dia langsung tak percaya dengan apa yang dia dengar sebentar tadi. Aisy pergi ke kaunter pertanyaan dan bertanya samada betul atau tidak apa yang dia terima.


Aisy terduduk lemah apabila mengetahui tentang berita yang dia terima adalah betul.Airmatanya deras mengalir di pipi. Tapi dia tetap tidak berputus asa,dia tetap akan menunggu luthfi kerana dia yakin luthfi akan selamat.


Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.