Isnin menjelma, dia terpaksa menapak ke
kuliah. Cuaca mujur tidak terlalu panas, tiba-tiba terasa begitu malas sekali
untuk ke kuliah. Tambahan kerana terpaksa meninggalkan kampung... tak bermakna
rasanya pulang selama sehari. Tiada kenikmatannya. Dia mengeluh, lenguh kakinya
mendaki tangga. Nafas ditarik dalam-dalam. Langkahnya terhenti sebaik sahaja
namanya dilaung, entah siapa agaknya melaungkan namanya. Dia menoleh,
terkejutnya melihat sekujur tubuh menghampiri. Terkebil matanya memandang
keceriaan wajah orang itu. Dia telan air liur.
“Hai,
seronok balik kampung? Kenduri bertunang ke? Siapa?”
“Saya?”
Dia dapat lihat wajah gadis itu berubah
dan kerutan di dahi merisaukannya.
“Awak..?”
lemah saja suaranya.
Dia ketawa kecil dan menggelengkan
kepalanya, wajahnya serasa merona.
“Bukanlah
kenduri doa selamat saja. Panik?” tanyanya.
“Awak
jahat tau. Buat terkejut saya! Eh! Ada kuliah ke?” suara Karina manja.
“Iya.
2 jam. Malas betul kelas waktu pagi. Awak nak ke mana?”
“Lab.
Nak proses gambar... hmm...okaylah saya jalan dulu. Kalau kita lunch sama, okay
tak?” tanya gadis itu.
“Lunch.
Kita ke?”
Karina mengangguk dan menunjuk dia dan
dirinya. Dia mengeluh dan berfikir kemudian dia mengangguk.
Dia dapat lihat tubuh Karina di hadapan dewan kuliah.
Segera dia menghampiri, beberapa orang teman senyum-senyum memandangnya dan ada
yang menepuk bahunya. Ada yang mengusiknya. Dia segera menarik tangan Karina
menuju ke cafe. Dia malu dilihat teman-teman sekelas, sungguh menghairankan
selalunya lelaki ingin menunjuk-nunjuk teman wanitanya terutama yang cantik
jelita macam Karina tetapi dia lain kalau boleh dia nak sorok. Entah terasa
rendah diri pula, semua kena Karina gadis kaya yang popular. Langkahnya
berderap laju dan tangannya masih dipergelangan tangan gadis itu. Dia
menghentikan langkah dan nafas ditarik sebelum dihela pantas. Baru dia
tersedar...
“Eh! Maaf terpegang...”
Karina tersipu malu dan
menggeleng cuma. Dia menundukkan kepala.
“Irul, tanya sikit kenapa mereka tadi...”
“Iyalah, mereka hairan saya kawan dengan
budak part 5, MassCom pulak tu!”
“Salah ke?”
“Tak, saya tak ramai kawan perempuan luar
dari kelas saya.”
Karina tersenyum.
“Ina, kalau saya tanya.... tolong jangan
marah!”
Karina merenung wajahnya,
kemudian mengangguk laju.
“Kenapa semua kata awak sombong. Mereka kata
saya dah ilmukan awak supaya jadi kawan saya,” tanyanya.
Karina memandang wajahnya,
dia kelihatan sedikit terkejut. Dia telan air liur, dia harap Karina tidak
salah sangka akan pertanyaannya tadi. Dia cuma ingin penjelasan. Dilihat Karina
menghela nafas berat.
“Mungkin kerana status saya.”
Status? Agaknya juga,
maklumlah anak Tan Sri la katakan. Dia tengok muka Karina serius sekali, dia
tak berani nak bersuara. Dia faham.
“Saya simpati dengan keadaan awak. Saya pun
nak minta maaf kerana menyusahkan diri
awak, Ina. Saya tak sangka...:”
“Apa yang awak cakapkan ni, Irul. Itu bukan
disebabkan awak berkawan dengan saya atau kerana awak miskin. Parent saya tak
kisah saya kawan dengan siapa. They’re great. Mereka faham... walaupun mereka
kaya bertaraf Tan Sri tetapi...”
Dia mengangguk. Dia memandang
Karina, kata-katanya tidak dihabiskan.
“Sebenarnya ini melibatkan pemikiran orang
itu sendiri. Mungkin bagi mereka orang kaya macam saya ni perlu berlagak
sombong, hidung tinggi mencecah langit. Masalahnya saya orang biasa. Bukannya
dewi!”
“Ina, kita susah nak menukarkan pemikiran
orang. Mereka hanya nampak pada luaran sahaja. Manusia lah katakan.”
Karina tersenyum. Dia
mengeluh. Sekurangnya dia sudah mendengar penjelasan gadis itu dan apa yang
difikirkan sudah dinyatakan. Tak sangka gadis seperti Karina ini begitu
terbuka. Sikap gadis itu memang sesuai sekali dengan wajahnya yang ayu, untung
sekali siapa yang memilihnya.
“Awak renung saya macam tu sekali. Apa yang
menariknya?” suara gadis itu. Dia terkejut, renungannya disedari oleh Karina.
“Ma...maaf. Saya tak sengaja, cuma sedang
berfikir. Tak ada niat lain.”
Karina tersenyum dia tunduk.
Malu barangkali. Dia menghela nafasnya, dia perlu menjaga matanya itu. Bahaya
sekali tindakannya merenung wajah manis itu. Tapi memang rugi kalau tak
mengambil kesempatan itu, gadis itu memang cantik. Kulitnya...
“Irul?” suara Karina. Dia tersedak, gadis itu
sudah menangkapnya kali kedua.
“Saya... Awak.... Uh!!! Aduh!”
Karina ketawa kecil,
ditundukkan wajahnya lagi dan dihadang dengan tangan kirinnya.
“Uhm! Saya balik dulu. Kejap lagi ada
kelas... Maaf!”
Karina mendongak, ada calit
kerisauan di wajahnya.
“Jangan marah iya!”
“Susah nak marah dengan orang cantik. Ops!
Mmm... tak apalah. Saya minta diri dulu. Maaf!”
Karina senyum dan mengangguk.
Dia menghela nafas dan berlalu. Dia memarahi dirinya, kenapalah tak boleh
berlagak macho depan gadis itu. Selalu sangat tergeliat lidah ni. Dia mengutuk
dirinya.
�����P�6 “Awak? Maksud saya, kita...?”
Mata Karina terkebil-kebil.
Dia merengus, dah mula penyakit dia datang. Aduh cantiknya mata dia ni, macam
anak patung. Dia mengeluh dan telan air liur.
“Saya... memang susah. Awak cantik?”
“Saya? Cantik? Taklah?” balas Karina.
Wajahnya merona lagi, dia tersipu-sipu.
“Kalau berdepan dengan orang cantik. Lidah ni
kelu sikit. Tapi...saya nak terima kasih.”
“Sepatutnya saya yang berterima kasih pada
awak, Zahirul Hafiz.”
“Karina, panggil saya Irul. Boleh?”
Karina merenung wajahnya, dia
tunduk dan tersenyum.
“Boleh kalau awak panggil saya Ina?”
“Ina?”
Karina mengangguk.
“Irul!”
Mereka berdua ketawa kecil
dan mengangguk. Dia begitu selesa pabila memandang wajah gadis itu, kenapa
agaknya? Telefon bimbit berdering. Serasanya bukan miliknya kerana deringan
telefon itu lebih kepada bunyi polyphonic sedangkan dia hanyalah deringan
monophonic. Karina mencapai telefon bimbit jenama Samsung dari dalam tas
tangannya. Dia tersenyum bila melihat nama di skrin telefonnya.
“Hay? Hmm...keluar makan! Jangan jealous,
okay?” suara gadis itu begitu manja. Ada renggekan manja kedengaran. Pasti dia
berbual dengan teman lelakinya. Tetapi mengapa tadi dia berbohong. Ah! Dia tak
berhak tanya dan dia berhak berkata demikian. Dia mengeluh lagi dan memandang
ke arah lain. Dia tersentak bila dia memanggil namanya.
“Awak mengelamun. Jauh sekali? Apa yang
dimenungkan?”
“Ah! tak ada apa-apa yang menarik. Cuma
melihat gelagat orang di sekeliling,” suaranya. Dia tersenyum, baru dia sedar
Karina memiliki lesung pipit di pipi kanannya. Dia berdehem, mungkin Karina
sedar dia sedang merenung wajahnya.
“Maaf. Saya ganggu hari awak ke?”
“Awak merepek lagi! Tak ada apa-apa yang awak
perlu risaukan. Abang saya memang macam ni, suka nak siasat saya ke mana?”
“Abang???”
Karina mengangguk. Dia
memejam matanya dan mengeluh.
“Apa...hah! Awak ingat siapa yang call saya?
Hah!!! Awak....”
Dia tunduk dan berdecit.
Mereka ketawa kemudian.
“Betul saya tak ada boyfriend so jangan risau
takkan ada lelaki yang akan serang awak fasal keluar dengan saya,” ujar Karina.
Dia mengeluh dan mengangguk. Karina ketawa kecil mungkin lucu dengan gelagatnya
tadi.