Home Novelet Fantasi Hikayat Autharsia
Hikayat Autharsia
Pero D. Zoref
23/9/2017 12:37:02
12,683
Kategori: Novelet
Genre: Fantasi
Senarai Bab
Bab 1-4

"Woi! Bangunlah Zaref,"

Zaref merasakan ada seseorang menampar kedua pipinya. Kepalanya terasa berat  dan berpinar. Dia cuba membuka kelopak matanya namun gagal. Suara Razhar  memanggilnya kedengaran sayup-sayup sahaja.

Sejurus kemudian, Zaref terasa kedinginan menyentuh kulit wajahnya. Kekuatan jiwanya segah semula membuatkan dia mampu membuka mata kembali.

"kenapa kau boleh tertidur pula, aku pergi bukan lama sangat pun." tanya Razhar, dia bercekak pinggang memandang Zaref yang terbaring di kaki lima motel.

Terpisat-pisat Zaref bangun dari baringan. Mukanya yang basah dijirus dengan air, segera dikesat dengan baju.

"Ek! Aku tidur ke? Macam mana boleh aku tidur?" Soal Zaref kehairanan sedang matanya berkelip-kelip, ingatannya pudar.

"Kau tanya aku pula? Kau yang lena, aku mana tahu, atau kau kena pukau?" Razhar menghulur tangannya kepada Zaref.

Zaref memaut tangan Razhar sebelum dia ditarik oleh Razhar untuk bangun berdiri.

"Pukau?  Untuk apa?" Zaref mengurut dahinya.

"Memang kau ni macam katak bawah tempurunglah, orang pukau untuk merompaklah, cuba kau periksa barangan kau, semuanya masih ada?"

Mendengarkan kata Razhar itu, Zaref mula diacah gusar. Segera dia meraba-raba ke seluruh tubuhnya untuk memastikan tiada apa yang hilang.

"Uncang duit ada, isinya masih selamat, tonik ubat juga masih ada." Zaref memeriksa barangan yang diikatnya pada pelilit pinggang.

"Kalau macam tu kau memang tidurlah." Razhar segera menggulung perbicaraan mereka dengan rumusan yang dibuatnya.

"Tak aku tak tadur tadi aku pergi toko jamu usang... " Bicara Zaref terhenti apabila dia memandang ke arah toko jamu dihadapan motel itu.

"Toko jamu usang mana kau masuk?" Razhar menepuk bahu Zaref, menuntutnya meneruskan bicara yang terhenti.

"T... Tadi yang kulihat di hadapan ini toko jamu yang usang, bukan sebegini rupanya." Zaref tergagap, matanya terbeliak apabila melihat toko jamu di hadapan motel itu berlainan keadaannya.

"Sah! Kau mengigau, sudahlah... Kalau dilayan igauan kau itu, sampai bila pun kita akan terus di sini, kita perlu mulakan perjalanan bukan?" Razhar tidak mahu lagi membuang masa dengan pekara remeh, segera dia membuat keputusan. Dia kemudiannya menghulur sebilah pedang pendek kepada Zaref.

"Pedang?" Zaref menyambut huluran Razhar itu. Dia menarik keluar bilah pedang dua mata itu. Bilahnya penuh dengan kesan calar berbentuk rekahan. Namun begitu, kedua belah mata pedang itu masih elok tanpa tersumbing sedikit pun.

"Kau dapat mana pedang seburuk ini?" tanya Zaref sambil dia mencuba-cuba pedang yang baru diterimanya, ternyata pedang itu sangat selesa di dalam gengamannya.

"Dapat? Aku belilah dari kedai senjata terpakai sana, ini saja yang boleh dapat," beritahu Razhar. 

"Mulia hati kau, belanja aku pedang,aku akan hargainya walau ia tidak secantik mana" Ujar Zareg seraya menyorong kembali bilah pedang itu ke dalam sarungnya.

"Hah! Bab ini, kau jangan marah ya? Aku bukan beli guna duit aku, tapi aku tukarkan dengan barang kau yang aku rasa tidaklah terlalu penting untuk kau bawa, tengok bag kau pun sudah aku ringankan," Razhar tersengeh sambil menghulur bag galas kepada tuan empunyanya.

Terketar-ketar tangan Zaref mengambil kembali bag galasnya, dia menahan amarah yang dirasakan mula meletus di dalam jiwanya. Dia membuka kembali bagnya untuk memeriksa, barang apa yang Razhar tukarkan dengan pedang itu.

"Kau gila Razhar! Kau jual buku aku? Kau tahu tak? semua buku itu memang edisi khas, cuma satu dalam dunia." Zaref menjegil matanya, bola matanya seakan mahu terkeluar dari soketnya.

"Nyawa kau pun edisi khas, cuma ada satu, kalau kau mati, kau dah tak ada nyawa lainnya." balas Razhar dengan tenang sebelum dia berlalu meninggalkan Zaref. "Cepatlah! Kita perlu bertolak sekarang, lagi pun bukan aku jual semua buku kau, aku tinggalkan satu tu, aku tahu yang itu kegemaran kau."

Zaref mengeluarkan buku yang masih tersisa di dalam bagnya.

'KITAB SYAIR JENAKA'

Cuma yang satu itu terselamat, dan sememangnya buku itu menjadi kegemaran Zaref. Tatkala gundah, buku itu menjadi pengubatnya. Tatkala resah, syair-syair di dalam buku itu menghiburkan hatinya. Buku itu pemberian ibunya, ia menjadi penanda memoria terhadap ibunya yang sudah tiada di dunia ini lagi.

"Kalau kau jual buku ini, aku sumpah! Aku bunuh kau, Razhar," Zaref merenung tajam ke arah Razhar yang sudahpun berlalu pergi meninggalkannya.

"Sudahlah! Nanti kau akan berterima kasih pada aku, cepatlah! sampai bila kau mahu tercegat di situ" pekik Razhar di kejauhan.

Zaref mendecet, hatinya masih melahar dengan amarah akan perbuatan Razhar terhadapnya. Pedang pemberian Razhar tadi, disisipnya ke pinggang. Beg digalasnya kebelakang. Kakinya segera dihayun menitip arah langkahan Razhar yang sudah berada di hadapan.


Previous: Bab 1-3
Next: Bab 2-1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.