Home Novelet Cinta Travel Log Love Story : Kundasang
Travel Log Love Story : Kundasang
JejakaTerpujiSyurga
14/3/2020 22:52:55
12,005
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1

Kundasang merupakan pekan yang berada di dalam daerah Ranau, Sabah. Ia juga terletak di dalam kawasan lembah Kundasang. Lokasinya 12 kilometer daripada bandar Ranau dan terkenal dengan keindahan permandangannya. Ia juga terkenal dengan pasar sayur yang dibuka setiap hari. Ia merupakan bandar yang paling hampir dengan Gunung Kinabalu. Di sini terdapat beberapa lokasi perlancongan yang mampu menyaksikan pelbagai panorama permandangan Gunung Kinabalu. Populasi disini adalah daripada kalangan Dusun Asli dan segelintir kecil masyarakat Cina. Ia juga merupakan penempatan yang paing tinggi di Malaysia dengan berada 1900 meter dari paras laut.

Begitulah fakta yang diteliti oleh Suhail berdasarkan kepada artikel yang dibacanya di internet. Ini adalah kali pertama beliau hadir ke negeri di bawah bayu ini maka segala maklumat yang berkaitan perlu diteliti bagi memastikan tiada sebarang masalah ketika beliau berada di sana. Kini permandangan di luar tingkap pesawat menjadi tumpuannya sambil mengimbas semula perkara yang berlaku sebentar tadi.

Tidak disangkanya wanita yang dilihatnya tadi menaiki pesawat yang sama dengan dirinya. Cuma tidak diketahui adakah destinasi yang ingin ditujuinya itu sama dengan dirinya. Ini kerana untuk membolehkan diri ke Kundasang, beliau terpaksa menaiki pesawat menuju ke Kota Kinabalu terlebih dahulu. Kemudian, perlu menyewa kenderaan dan perlu memandu sejauh 92.1 kilometer sebelum tiba ke pekan Kundasang. Ini belum lagi ke tempat penginapan yang telah ditempahnya. Entah kenapa, wanita tersebut menghantui fikiran Suhail pada ketika ini. Apa yang menarik pada wanita tersebut sehingga sehingga kini Suhail masih terfikirkannya. Kalau nak dikatakan wanita tersebut sangat rupawan, paras rupanya cuma biasa-biasa sahaja. Manis itu tetap ada padanya tetapi tidaklah sehingga terlampau terpukau mana-mana lelaki yang melihatnya.

“Adakah ini petanda untuk aku lupakan dia?” monolog Suhail di dalam dirinya.

Suhail tahu hatinya masih belum pulih dari luka tersebut. Perkara tersebut masih menghantui dirinya. Sehingga beliau tidak mampu memberikan tumpuan di dalam kerjanya. Kerana itulah dia membuat keputusan untuk pergi bercuti pada ketika ini. Dia perlukan rehat dan jauh daripada orang yang dikenalinya ketika ini. Dia tidak mahu menjawab soalan-soalan yang bertubi datang terhadapnya berkaitan dengan peristiwa tersebut.

Jika lelaki lain yang berada di tempatnya, pasti akan merasai apa yang dirasakannya. Tidak mudah untuk dia memaafkan kekhilafan si dia dengan begitu sahaja. Jalan penyelesaiannya yang paling mudah adalah dengan mengambil keputusan membawa haluan diri masing-masing. Suhail memandang cincin di tangannya itu dan membuka cincin tersebut untuk disimpan. 

“Assalammualaikum dan selamat petang kepada semua penumpang.Sebentar sahaja lagi kita akan mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada pukul 3.30 petang iaitu 10 minit lebih awal daripada yang dijangkakan. Sila duduk di tempat anda masing-masing dan ikuti arahan yang diberikan” terdengar pengumuman daripada kapten kapal yang mana membuatkan Suhail tersedar daripada lamunannya. 

“Tiba masanya untuk aku move on Suhail. This is the time.” Kata Suhail kepada dirinya.

Sebaik sahaja pesawat mendarat, Suhail terus menguruskan proses yang diperlukan untuk memasuki ke Sabah. Disebabkan dirinya warga semenanjung, dia tetap perlu melaporkan diri di imigresen untuk memperolehi pas lawatan. Begitulah ketetapan yang perlu diikuti oleh warga semenanjung yang ingin memasuki negeri Sabah. Walaupun Sabah tetap merupakan negeri di bawah negara Malaysia. Namun, itu adalah perjanjian yang telah dipersetujui oleh nenek moyang kita ketika Perjanjian Malaysia 1963.

Setelah selesai, Suhail terus menuju ke lokasi bagasi untuk mengambil bagasi pakaiannya. Hampir 15 minit beliau berada disini menunggu bagasinya berada di atas konveyer bagasi. Maklumlah di dalam pesawatnya itu terdapat hampir serratus lebih penumpang. Bagasi pula terpaksa diturunkan terlebih dahulu oleh petugas yang bertanggungjawab barulah bagasi tersebut dapat sampai ke kawasan yang sepatutnya.

Akhirnya, kini Suhail berada di balai ketibaan manunggu ketibaan kereta sewanya. Lantas di capai telefon pintarnya dan mendail nombor yang telah disimpan di dalam senarai kenalannya.

“Assalammualaikum, Encik Zolkefli. Saya dah tiba. Saya di pintu C. Encik Zolkefli sudah ada disini atau belum?” 

“Waalaikumsalam. Saya lagi 10 minit akan sampai. Encik tunggu saya disana ya.”

“Baik. Terima Kasih”

Panggilan telefon tersebut ditamatkan. Suhail kini perlu menunggu kenderaan yang disewanya untuk tiba sebelum boleh bergerak menuju ke destinasi yang ingin ditujuinya. Tiba-tiba, Suhail terlihat kelibat wanita yang menggangu fikirannya sedang mengalami masalah berdasarkan kepada gerak tubuhnya.

Terdetik di hatinya ingin pergi ke arahnya untuk mengetahui apa masalah yang menimpa dirinya. Lalu, Suhail memberanikan diri lalu menuju ke arah wanita tersebut.

“Assalammualaikum saudari. Boleh saya bantu?” tanya Suhail kepada wanita tersebut.

“Waalaikumsalam. Ehh, tak adalah. Saya ok je.”  balas Nazirah yang nyata terkejut dengan sapaan daripada lelaki tersebut.

“Ok apanya. Dari jauh awak nampak gelisah semacam je. Bagitahu jela mana tahu saya boleh tolong. Jangan risau saya bukan nak apa-apakan awak pun.” hujah Suhail cuba menyakinkan Nazirah untuk menerima bantuannya.

“Hmm. Macam nie, saya actually nak ke Kundasang. Tapi saya tak boleh nak drive. Sebab saya tak ada lesen. Kebetulan sini Grab pula susah nak dapat. Saya nak sewa pemandu pelancong macam rugi pulak.” hurai Nazirah pada Suhail tentang situasi yang melanda dirinya ketika ini.

“Owh. Rupanya begitu. Nasib awak baik. Kebetulan saya pun nak ke sana. Apa kata awak tumpang saya?” cadang Suhail pada Nazirah.

“Tak apa ke? Tapi saya tak kenal pun siapa awak. Zaman sekarang ni bahaya ikut orang suka-suka.” soal Nazirah yang meragui keikhlasan Suhail membantu dirinya.

“Ok. Nama saya Suhail Syukur Bin Mohamad Rizki. Asal Perak. Tak cukup menyakinkan nah awak pegang ic saya. Kalau awak buat report apa-apa pasal saya, awak ada ic saya. Boleh?” balas Suhail sambil mengeluarkan ic nya lalu diberikan kepada Nazirah untuk disimpan.

Nazirah melihat Suhail dengan penuh seribu persoalan. Bantuan yang diberikan oleh lelaki di hadapannya kini memang datang tepat pada masanya. Namun, lelaki di hadapannya tidak dikenalinya. Andai lelaki ini berniat jahat, pasti dirinya yang akan merana. Namun anak mata lelaki ini tidak menampakkan ciri-ciri lelaki ini berniat jahat terhadap dirinya. Jika ditolak bantuan ini, pastinya dia terpaksa mengeluarkan wang untuk menyewa pemandu pelancong dan kenderaan sedangkan wang tersebut boleh digunakan untuk digunakan di tempat yang lebih baik.

Nazirah juga ada perasaan ingin tahu. Siapakah sebenarnya lelaki ini? Kerana lelaki ini tidak lepas dari pandangannya. Ingin dia tahu, mengapa wajahnya sayu saat ketika di lapangan terbang pagi tadi. Nalurinya ingin benar mengetahui tentang lelaki ini. Adakah dia lelaki kiriman dari Maha Pencipta? Sejujurnya mana mungkin dia mampu melupakan si dia ketika ini. Namun andai benar lelaki ini adalah ketentuan dari tuhan untuknya, Nazirah redha adanya. Namun buat masa ini, biarlah dia mengenali siapa lelaki di hadapannya ketika ini.

“Baiklah, saya terima pelawaan awak. IC awak saya akan simpan untuk langkah berjaga-jaga.By the way¸nama saya Nur Nazirah Binti Salahudin. Selamat berkenalan” jawab Nazirah setelah berfikir lama. IC lelaki dihadapannya kini disimpan dengan baik.

“Alhamdulillah, banyak tak barang awak? Kalau ya, biar saya tolong angkatkan.” soal Suhail pada Nazirah. 

“Tak apa. Saya boleh angkat lagi. It’s ok.”

“Ok. Jap ye. Telefon saya berbunyi. Mesti kereta sewa dah sampai.”

“Assalammualaikum Encik Zoolkefli. Ye saya nampak encik. Kami pergi ke tempat encik.” Jawab Suhail terhadap panggilan telefonnya yang berdering sebentar tadi sambil memberi isyarat kepada Nazirah untuk mengikutinya ke lokasi kenderaan sewanya.

“Ok Encik Suhail. Ini kuncinya. Dokumen pun saya dah terima dan disahkan. Jika ada apa-apa sebarang masalah encik boleh contact saya. Saya harap Encik Suhail enjoy your vacation.” Jelas Encik Zolkefli pada Suhail 

“Terima kasih banyak-banyak. Kita jumpa lagi nanti.” Balas Suhail sambil kelibat Encik Zolkefli kini meninggalkan mereka.

“Well, harap awak tak kisah kereta yang saya sewa nie. Saya ingatkan saya seorang je, jadi saya tempah Axia sahaja.”

“Ehh, Encik Suhail sudi tumpangkan saya pun dah cukup untung bagi saya. Lagipun selesa je Axia. Barang Encik Suhail tak banyak. Lepas je kalau dua orang.”

“Ok. Cik Nazirah duduk di belakang. Beg saya letak di tempat duduk depan. Selesa sikit untuk Cik Nazirah kalau nak tidur ketika perjalanan kita nanti. Sebab jauh lagi perjalanan kita untuk ke Kundasang.” Hurai Suhail kepada Nazirah.

“Baiklah.” Balas Nazirah ringkas.

“Ok.Bismillah. Kundasang here we come.” Ucap Suhail sambil mengangkat tangan kanannya ke atas lagak gaya Nora Danish dalam cerita Puteri.

“Kelakarlah Encik Suhail nie.” Tercuit hati Nazirah dengan telatah Suhail sebentar sahaja tadi. 

“Actually ini kali pertama saya sampai ke sini. Sebab itu saya rasa teruja. Bukan selalu boleh sampai ke sini. Apatah lagi dengan komitmen kerja saya.” hurai Suhail kepada Nazirah.

“Kira ini first time lah ke Kundasang? Patut lah suka semacam. Tapi biasanya lelaki jarang pergi melancong seorang. Pasti dia akan bawak pasangan atau kawan-kawan. Soal Nazirah cuba merungkai tentang diri Suhail.

“Ok. Kita gerak dulu.” Tepis Suhail soalan tersebut dengan menghidupkan enjin kereta dan bergerak keluar dari lapangan terbang tersebut untuk memulakan perjalanan mereka ke Kundasang.

Setelah mereka mula bergerak masuk ke jalan, barulah Suhail membalas soalan yang dilemparkan Nazirah sebentar tadi.

“Sebenarnya saya bercuti nie untuk melupakan sesuatu yang berlaku di dalam hidup saya baru-baru ini. Cik Nazirah nak dengar pasal kisah saya nie? Kalau Cik Nazirah tak sudi, tak apalah. Saya tak paksa.”

“Saya ok je. Saya takut awak je yang tak sampai hati nak cerita.”

“Saya tak kisah. Memang tujuan saya untuk melupakan apa yang berlaku. Mungkin dengan bercerita kepada orang yang tidak mengenali pasal saya boleh buatkan saya lupakan semua ini.”

Suhail juga tidak tahu mengapa dia ingin menceritakan apa yang telah di alaminya baru-baru ini kepada wanita yang baru dikenalinya. Mungkin ini cara baginya untuk meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Dia perlukan seseorang untuk mendengar apa yang dirasakannya. Seseorang yang tidak mengenalinya supaya tidak memberikan pandangan secara serba salah terhadap dirinya.

“Mungkin kisah saya ini boleh hilangkan kebosanan kita sepanjang pemanduan untuk ke Kundasang” kata Suhail sambil tersenyum memandang Nazirah yang duduk di tempat duduk belakang.


Previous: Prolog2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.