Home Puisi Cinta Jangan Tangisi Kepergian Dudamu
Jangan Tangisi Kepergian Dudamu
JejakaTerpujiSyurga
8/3/2018 07:53:17
3,134
Kategori: Puisi
Genre: Cinta


Sayu dan Pilu

Melihat dirimu begitu

Air mata jatuh ke muka bumi

Namun kau tabahkan diri

Demi anak kecil di sisi


Mulanya kau terima insan ketiga

Walau hati pedih ditusuk sembilu

Kau perlahan terima keadaan

Namun dia buta

Dek kerna cinta barunya


Kau dijadikan korban

Demi penuhi permintaan cinta

Heroin baru yang muncul dalam rumahtangga

Ternyata hatimu luluh hancur

Diperlakukan sebegini


Seluruh alam bersimpati

Tatkala apa yang kau lalui

Walaupun tujahan cemuhan diberi padanya

Dia dan cintanya takkan peduli

Kerna kau tidak bermakna untuknya lagi


Puisi ini ku cipta untuk insan sepertimu

Agar duka di diri terhenti

Jangan tangisi kepergiaan dudamu

Terus lihat masa sendiri

Demi anak kecil yang tak mengerti


Hidup ini ada cabaran

Kelat madu dirasa diterima

Usah kau putus harapan

Allah tetap bersama hambaNya

Cuma jangan lupa padaNya


Pasti kelak satu hari

Dudamu meratapi keputusan ini

Kemaafan pun tidak mampu diberi

Tatkala dirimu sudah berbahagia

Dengan permata hati dan kehidupan


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.