Home Novelet Cinta DARI KACA LENSA
DARI KACA LENSA
Hikari Hana
24/9/2018 14:50:22
34,442
Kategori: Novelet
Genre: Cinta
PROLOG

PROLOG

Di petang Jumaat itu bumiUTM Skudai dibasahi hujan. Pelajar-pelajar mula bertebaran meninggalkanbangunan fakulti setelah tamat kelas. Ada yang berteduh menunggu hujan reda,ada yang berpayung meredah hujan tak kurang juga yang kurang sifat sabar meredahhujan tanpa payung. Di satu sudut bangunan Fakulti Alam Bina seorang pemuda bersandar santai di dindingmenunggu hujan reda sambil membelek kamera DSLR di tangan. Cukup bergaya hinggamencuri hati gadis-gadis yang lalu lalang. Sekali-sekala dihalakan lensa kamerasecara rawak mencari sudut-sudut menarik untuk dirakam.

Bangunan...kaku.

Kereta...bosan.

Langit...kelamdiselubungi awan mendung.

Satu pun gambar yangdiambil tak berkenan di hati. Hujan tidak menunjukkan tanda akan berhenti.Sungguh dia ingin pulang ke bilik secepat mungkin, katil empuk bagaimelambai-lambai menanti si tuan untuk bermalas-malasan setelah menghabiskanmasa hampir lapan jam di studio menyiapkan projek. Begitulah rutin kebanyakanpelajar Fakulti Alam Bina setiap Isnin dan Jumaat. Bagi Fendi pelajar tahunakhir jurusan seni bina, sejak dari malam semalam dia sudah berkampung distudio membetulkan projeknya untuk ditunjukkan kepada pensyarah.  Namun projeknya ditolak dan harus sekali dibaik pulih lagi sehingga menepati piawaian. Sungguh dia letih.

“Yo...bro. Tak baliklagi? Tadi tak sabar sangat nak balik terjun tiruk atas katil,” Rashid rakansekelas merangkap presiden Kelab Fotografi menyapanya.

“Hari ni aku park motoraku kat Arked Meranti. Malas nak aku nak meredah hujan, sejuk,”malas diamenjawab.

“Cheh...badan besar hatikecik, hujan pun takut. Haaa...encik vice president, poster PhotographyShowcase kasi naik paling lewat Rabu depan eh. Dekat bangunan B08 tu ko buatgiant punya sebab dia dekat dengan jalan utama. Lepas tu yang cinonet tu tampalkat tempat yang ko rasa strategik. Ko dah design blom menatang tu?,”perosakbahasa sungguh kawannya yang seorang ni.

“Dah tapi tak siap sepenuhnya lagi. Wording aku dahbereskan,tapi aku tak jumpa lagi gambar menyentuh jiwa nak buat background.Nanti aku e-mail kat ko design yang separuh siap tuh,” entah kenapa antaraberibu-ribu gambar yang diambil satu pun tak menarik di matanya.

“Haru sungguh kau ni. Kau tiap masa tak berpisah dengankamera buah hati pengarang jantung,takkan satu gambar pon tak berkenan? Serabutbetul. Apa pun aku tak kira hari Rabu depan menatang tuh dah naik. Ok lah akublah dulu, awek aku dah tunggu kat Meranti,” penyakit orang bercinta, demi buahhati hujan lebat sanggup dia redah.

Setelah ditinggal bersendirian, segala fokus yang tersisakembali dihalakan pada kamera di tangan. Lensa digerakkan secara rawak tanpaarah tujuan dengan harapan ada yang menarik hati. Tiba-tiba lensa berhenti kearah bus stop bertentangan. Dengan pantas butang di klik. Imej seorang gadis berbajukurung berpayung merah muncul di skrin. Tangan dihulurkan keluar menadah airhujan, bibir terukir senyuman, matanya bersinar bak kanak-kanak yang dilepaskanbermain hujan. Cepat butang kamera ditekan.Yesss...gotcha.

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.