Home Novelet Seram/Misteri ANTOLOGI SERAM: AKU BUDAK ASRAMA
ANTOLOGI SERAM: AKU BUDAK ASRAMA
Hikari Hana
26/2/2019 16:28:50
2,002
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
KISAH 2

KISAH 2: REPETITION

Bagi yang tak pernah hidup di asrama pasti tertanya-tanya apalah seronok sangat hidup di asrama, dah la duduk jauh dari mak bapak, makan catu, disiplin ketat dan belum lagi dengan cerita hantu yang macam-macam. Tapi bagi yang pernah tinggal asrama, rata-rata menyatakan  tinggal di asrama seronok. Kalau di sekolahku, bayangkan seperti tinggal di Hogward dalam filem Harry Potter tetapi disesuaikan dengan budaya Malaysia la. Seperti Hogward yang dibahagikan mengikut rumah, sekolah kami juga dibahagikan mengikut rumah.Rumah Biru, Hijau, Merah dan Kuning tetapi pelajar lelaki tinggal di Aspura dan pelajar perempuan tinggal di Aspuri mengikut rumah masing-masing.

Terdapat proses pemarkahan dalam sistem rumah, rumah boleh memperoleh markah atau ditolak markah sebagai ganjaran atau hukuman bagi seluruh pasukan.Suatu pencapaian atau kegagalan pelajaran mahupun dalam disiplin bakal menyebabkan rumah pasukan memperoleh atau kehilangan markah. Bak kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga, sorang ditangkap satu rumah ditolak markah. Peraturan ini diwujudkan bagi menguatkan lagi semangat sepasukan dan supaya ahli rumah saling menjaga satu sama lain. Untuk memperoleh markah sekolah akan mengadakan bermacam-macam pertandingan tak kira bertemakan akedemik, sukan, kubudayaan dan juga kerohanian.

Salah satu aktiviti yang dinanti ialah English Week. Terdapat banyak aktiviti kuiz, menulis essay dan teka silang kata diadakan sepanjang minggu. Untuk malam kemuncak pula diadakan pertandingan koir dan “corals peaking”. Seperti biasanya junior la yang mengambil bahagian, manakala senior hanya menjadi jurulatih sahaja kerana pelajar tingkatan lima sudah mula sibuk dengan peperiksaan SPM. Oh lupa nak cerita sekolahku hanya mempunyai pelajar tingkatan empat dan lima sahaja.

Untuk English Week aku mewakili rumah Biru untuk pertandingan coral speaking, kalau koir awal-awal lagi aku dah lari sebab suara elok sikit jer dari katak panggil hujan. Disebabkan acara ini menggabungkan pelajar putera dan puteri maka kami tak dapat nak berlatih di asrama, untuk rumah Biru kami berlatih di bangunan Parking Bas. Gigih memilih bangunan terpencil kerana tak mahu pasukan rumah lain curi dengar. Lagi pula bangunanparking bas besar jadi berlatih di situ seperti membuat persembahan dalam dewan.

Untuk English Week aku mewakili rumah Biru untuk pertandingan coral speaking, kalau koir awal-awal lagi aku dah lari sebab suara elok sikit jer dari katak panggil hujan. Disebabkan acara ini menggabungkan pelajar putera dan puteri maka kami tak dapat nak berlatih di asrama, untuk rumah Biru kami berlatih di bangunan garaj Bas. Gigih memilih bangunan terpencil kerana tak mahu pasukan rumah lain curi dengar. Lagi pula bangunan parking bas besar jadi berlatih di situ seperti membuat persembahan dalam dewan.

Assalamualaikum& salam sejahtera you allss

Honourable teachers and fellow friends

Today!We are proud to bring you to the

World of...Hostel Life!

Do you know what is a hostel exactly?

Hostel is a prison...

What?Prison?

No..no..no..no..no..

Hostel is a place for a the chosen’s

The geniuses, the brilliants, the top students

But slightly crazyyyyyyyy

 

Kami memilih topik kehidupan sebagai penghuni asrama, menyentuh keseronokkan dan kesusahan hidup di asrama. Kami selitkan juga nasihat kepada warga asrama.

Dear all Aspura and Aspuri please return to your dorm now..

its time to light off

Ohhhhhh...its end of the day

 

Hostel life has it's up and down....

You may realize the significant of this life

Once you leave it, you will miss it even though cliche it may sound...

 

Till then before you sleep ...

Recite your doa and wash you feet..

So hantu and you never meett..

 

ZZZZZZZ

 

Thank you

 

Latihan kami berjalan lancar. Biasanya kami akan menghabiskan latihan pada pukul 6.30 petang iaitu sebelum makan malam. Sudah menjadi peraturan segala latihan harus berakhir sebelum masuk waktu magrib. Warden selalu berpesan jangan diganggu waktu MEREKA terutama kawasan yang bukan menjadi tempat tinggal manusia. Macam garaj ni kalau malam bas, van dengan MEREKA sahaja tinggal di situ, manusia kena balik asrama la.

“Ok perfect dah tu. Cuma korang kena lagi happening, lagi gedik. Gedik kat dalam coral speaking tak pe, jangan mengedik kat luar. Ada lagi dua hari ni aku nak korang pulun habis. Coral speaking ni legacy rumah Biru, kalau kalah siap korang aku bagi riadah lari keliling padang tiap petang macam minggu orientasi. Junior, paham ke tak?,”Abang Gbam selaku ketua rumah Biru memberi pesan, mentang-mentang la dia presiden Kadet Bersatu kami junior pun dia latih seperti askar.

“Faham..,”kami menjawab serentak ala tentera. Keliru sekejap ni latihan coral speaking kelatihan kawad.

“Lembik...kuat sikit. Faham ke tidak junior?,”Abang Gibam tak puas hati.

“Fahammm Cap,”ketua rumah digelar Cap untuk singkatan kapten.

“OK, macam ni baru ada gaya nak menang. Korang berlatih lagi sekali lepas tu bersurai. Jangan lajak sampai sampai pukul 7.00 nanti ada repetition naya pulak, kang ada demam seminggu,”kami masing-masing buat muka pelik, la ulang latihan pun boleh demam ke.

“Cap, kalau ulang berlatih lepas pukul tujuh boleh demam ke,”si Nerd yang sememangnya lurus seperti nama gelarannya bertanya.

“Eh korang tak pernah dengar cerita ker, duduk duduk meh akak cerita,”Kak Doc selaku setiusaha rumah menyuruh kami duduk. Kak Doc atau nama sebenarnya Kak Dania antara kakak senior yang paling baik dan banyak celoteh. Nak tau gosip cari la dia, gosip pasal cikgu bercinta pun dia tau.

“Korang kan tau warden selalu pesan jangan galak sangat bila waktu malam sebab dari zaman awal sekolah ni dibuka dah ada perjanjian antara kita dan mereka. Siang kita punya dan malam mereka punya. Kalau malam-malam galak sangat mesti ada benda pelik yang jadi. Salah satu benda pelik tu adalah repetition atau ulangan. “Mereka” tu akan ulang balik apa yang kita sebagai tanda mereka tak suka kita ganggu kedaimaian hari diorang. Macam kes tahun lepas, dia ulang balik latihan team kompang. Masa tu team kompang berlatih untuk pertandingan peringkat negeri, nak dijadikan cerita malam last sebelum pertandingan diorang berlatih sampai pukul 1.00 pagi macam tu dekat gelanggang bola kerangjang siap skip mengaji lagi. Dalam pukul 3.00 pagi tiba-tiba ada bunyi kompang,”khusyuk masing-masing mendengar cerita Kak Doc.

“Kenapa diorang sambung berlatih pukul 3.00 pagi, warden tak marah ke?,”entah siapa yang bersuara, ni geng si Nerd la tu.

“Bukan diorang,mende alah tu la yang buat repetition. Masa tu ada dua tiga orang senior tengah stay up  dalam study room Aspura, kan court basketball tu betul-betul depan study room. Diorang pun pelik la kan macam mana boleh lepas berlatih subuh-subuh macam tu so diorang mengintai la.Tapi bila diorang tengok yang berlatih tu sebiji macam ahli team kompang Cuma yang bezanya semua tak da muka.Memang demam semua esoknya,”ya la kalau aku pun demam juga nampak manusia main kompang tengah malam tak ada muka.

“Tu bukan kali pertama tau, masa Batch 21 diorang buat repetation persembahan zapin kot dekat padang A. Masa tu Pak Guard sendiri yang nampak ada orang menari zapin dalam pukul 2 ke 3 pagi macam tu,”Kak Z yang juga salah seorang senior yang menjadi jurulatih kami menyampuk.

“Pang kopang kopang pangg,”terkejut masing-masing disergah Abang Pali, kaki usik nombor satu rumah biru. Masing mengurut dada, masing-masing sedang khusyuk mendengar cerita hantu, disergah begitu siapa yang tak terkejut.

“Hahahahahaha...hoi korang nak berlatih ke nak dengar cerita hantu. Hoi Doc kau tu konon-kononnya obses nak jadi doktor sampai nick name pun Doc tapi percaya bende-bende tahyul,”

“Kau kan Pali...ada makan selipar jamban aku kan,”dua orang senior ni kalau berjumpa tak bergaduh memang tak sah.

Latihan petang itu kami akhiri dengan sekali lagi latihan. Cerita hantu Kak Doc berakhir di situ. Ala macam biasa cerita hantu asrama memang seronok di dengar tapi masing-masing cepat lupa. Hari tu masing-masing jaga la perangai masa latihan supaya tak ada siaran ulangan tapi lepas dua tiga hari semua lupa. Hari pertandingan kami dikejutkan dengan berita topik kami rupanya sama dengan topik rumah kuning jadi nak nak tak nak kami perlu menambah sedikit catch phrase yang lebih menarik. Dek kerana masa yang suntuk, pada malam pertandingan kami ponteng solat isyak berjemaah. Di sekolah kami pelajar diwajibkan untuk solat berjemaah pada waktu maghrib dan isyak pada setiap hari, pelajar perempuan di musolah di blok masing-masing manakala pelajar putera pula wajib turun kesurau. Malam itu usai magrib kami berkumpul di garaj bas, sempat la kami berlatih lebih kurang sejam kerana pertandingan bermula jam 9 malam.

Alhamdulillah berkat latihan dan tunjuk ajar senior juara pertandingan choral speaking jatuh kepada rumah biru. Bangga kot sebab memang dah tiga tahun kami jadi juara.Pertandingan koir pula jatuh kepada rumah Merah. OK la kan takkan Biru nak kaut semua. Bukan main lagi masing-masing bersorak, setiap rumah keluar lagu sorak masing-masing. Nasib baik pertandingan diadakan pada hari Sabtu, jadi semua memang enjoy habis-habisan. Kemenangan untuk rumah memang penting untuk sistem rumah di asrama, kemenangan bermakna mata merit untuk rumah yang akan menaikan status rumah. Malam itu selesai pertandingan kami pulang ke asrama dan menjalani rutin seperti biasa solat Isyak dahulu kerana ponteng jemaah tadi,mengaji, light off dan tidur.

Hari Ahad adalah hari bebas, pelajar dibenarkan outing dan ada kalanya ibu bapa datang melawat.Pagi itu giliran aku turun untuk tapau sarapan, biasa Ahad masing-masing malas turun awal sebab tak sekolah jadi junior ambik giliran tapau makanan dan kami akan makan beramai-ramai usai membersihkan dorm. Selesai solat subuh terus aku menapak ke dewan makan, malas nak turun naik ke dorm yang berada di tingkat tiga itu.

“Uiiiiii...mentang-mentang menang semalam, hari bangun awal sarapan,’El rakan sekelasku tetapi berlainan rumah mencuit pinggangku saat aku mengisi ait teh o dalam tarmos.

“Oittttt...geli la. Tak yah meraba aku pepagi buta. Ala kau yang kalah pun bangun awal juga,”Elni antara manusia terpilih jadi kawan baik aku yang sememangnya manusia jenis kurang kemahiran bersosial. kalau time pertandingan antara rumah kami musuh tapi luar pertandingan kami BFF.

“Ughhhh makan dalam weh...ala macam kau la. Giliran tapau minggu ni. Weh aku nak gosip, meh duduk jap. Mesti ahli dorm sambung ngorok lagi tak yah nak cepat-cepat la balik,”El menarik aku duduk di meja dewan makan.

“Kau tahu semalam ada repetition, benda alah tu ulang korang punya choral speaking kot,”bersungguh El bercerita.

“Hahhh...biar betul, kat mana?Pukul berapa?Kenapa aku tak dengar?Kenapa dia ulang kami punya?,”sebelum ni dia dengar dari senior, sekarang El pula.

“Satu-satu boleh tak? Memang la kau tak dengar semalam, sebab dia repeat dekat Sunway Lagoon dalam pukul 3.30 macam tu, sebiji macam performance korang weh. Seram aku dengar. Kenapa korang mungkin sebab korang menang la kot, tak pun sebab korang ada buat salah, bek mengaku?,”Sunway Lagoon yang dimaksudkan El bukanlah taman teman air yang terletak di KL tu, tapi bilik mandi berkolah yang terletak di belakang rumah Kuning dan Merah. Bilik mandi itu hanya kami gunakan jika tiada air, almaklum di situ kalau mandi konsep terbuka ala-ala rumah mandi dekat Korea tu.

“Hehehe...mana ada tak da kita orang buat salah. Eh dulu senior cakap boleh nampak, kau pergi tengok ke? Muka “dia” macam mana sama tak dengan muka kami especially yang depan paling kiri?,”aku ada terfikir entah-entah pasal kami ponteng jemaah Isyak dan berlatih malam dekat garaj tu kot.

“Tak da maknanya aku nak pergi tengok, dengar pon rasa macam nak terkencing jer. Senior cakap tak nampak sebab dengar suara dari dalam Sunway Lagoon. Kenapa tanya pasal yang depan paling kiri?,”El pelik dengan soalan aku.

“Sebab yang depan paling kiri tu tempat aku. Nak tau pendapat kau la sape comel, aku ke“dia”?,”mintak pendapat tak pe, jangan minta jumpa.

“Kau kannnnn...mulut tak ada insurans?,”El cucuk manja perut aku. Hai la dah tahu kawan dia ni jenis penggeli tang tu juga la dia nak cucuk.

“Aaaaaaaa....OK OK touch wood. Adoi tangan tak boleh kawal langsung. Dah ah jom balik, nak sampaikan gosip kat budak dorm,”kami beriringan balik ke dorm namun berpisah ketika sampai di blok rumah Biru.

Sampai sahaja di dorm, semua sudah bangun. Dengan muka bangun tidur masing-masing sibuk bercerita kisah repetition semalam. Rupanya-rupanya Kak Bed iaitu salah seorang kakak senior dormku juga mendengar siaran ulangan semalam kerana dia tidur di dorm rakan sekelasnya di rumah merah. Pagi itu kami bersarapan sambil mendengar cerita Kak Bed.

Bagi aku cerita siaran ulangan atau kami gelar repetition itu hanya sekadar cerita. Masuk telinga kanan keluar tangan kiri, almaklum aku tak pernah melihat atau mendengarnya sendiri. Rutin kami di asrama juga berjalan seperti biasa cumanya selepas kejadian itu, warden ada berpesan supaya jangan terlampau takut atau taksub. Kadang-kadang, “mereka” itu hanya bergurau. Jika kita biarkan diri kita dikuasai ketakutan lagi galak “mereka” menonjolkan diri.

Mungkin rezeki aku untuk merasai sendiri pengalaman mendengar dan melihat siaran ulangan atau repetition yang dialami oleh El. Kejadian ini berlaku semasa kami aku menyertai pertandingan marhaban peringkat daerah mewakili Persatuan Puteri Islam.Walaupun pada luarannya aku bukan material puteri Islam pon tapi hakikatnya aku adalah salah seorang AJK tertinggi persatuan itu. Aku ni memang tak reti nak bersosial dengan pelajar lelaki sangat malah adik beradik ku juga semua perempuan, maka aku lebih selesa menyertai persatuan untuk perempuan. Tak kuasa nak melayan ego pelajar lelaki yang setinggi gunung, suruh bersosial dengan mereka memang la aku tak lalu tapi suruh lawan bercakap bila-bila masa aku sedia.

Kami memilih untuk berlatih di Bilik TV yang terletak di aras bawah rumah Hijau. Kemudahan asrama biasanya terletak di aras paling bawah setiap blok. Ada kemudahan yang kami  perlu kongsi antara semua rumah dan ada yang memang khas disediakan untuk setiap satu rumah. Sebagai contoh rumah Biru dan Hijau diletakkan bersebelahan. Di aras bawah rumah Biru terdapat musolah dan dobi layan diri yang dikongsi hanya untuk rumah Biru dan Hijau.Manakala aras bawah rumah Hijau pula terdapat Bilik TV dan bilik gerakan Pengawas Aspuri yang dikongsi oleh warga aspuri. Rumah Kuning dah Merah pula bersebelahan antara satu sama lain, sama juga mereka berkongsi satu musolah. Disana terletak bilik sakit, bilik warden dan juga bilik komputer. Sebab tu biasanya Hijau bersekutu dengan Biru manakala Merah bersekutu dengan Kuning, almaklum berkogsi musolah yang sama kan. Silaturahim dari saf kan.

Berbalik pada latihan marhaban kami, oleh kerana malam Jumaat biasanya memang tiada cerita best maka bilik TV kosong jadi dapat la kami berlatih. Tapi biasa la kalau da h20 orang budak remaja berkumpul lagi banyak berceloteh dan gelak dari berlatih,lagi-lagi team kami semua junior. Senior memang dah cuci tangan sebab lagi seminggu lagi peperiksaan percubaan peringkat SBP (sekolah berasrama penuh) bakal menjelma. Kami yang junior ni enjoy sakan la, senior tak da kan.

“Weh aku rasa OK la tu kot, ada lima hari  lagi sebelum pertandingan. Kalau hari-hari kita berlatih sejam waktu riadah aku rasa boleh la setakat naib johan tu,”Pamela selaku ketua pasukan bersuara. Nama sedap Amelia Hanis, tup-tup masuk sini senior bagi nama Pamela.

“Eh Pam takkan nak aim naik Johan je kot, sekolah sains tau kita ni,”El bersuara. Macam manala tak BFF, persatuan pun sekali.

 “Realistic sikit la weh, sekolah maahad pun masuk kot. Ni semua makanan diorang kot. Mende-mende ni bukan forte kita jadi sila sedar diri,” salah seorang ahli kami bersuara, kalau tak silap Meiji namadia.

“Dah dah cepat la kemas, tak kesah la dapat nombor berapa pun yang penting kita try. Dah jom kemas, korang datang latihan serupa datang picnic segala jajan bawak. Ni dah pukul 11.15 jap lagi confirm senior jerit suruh naik mengaji,”aku mengajak yang lain mengemas. Minggu ni giliran dorm aku kemas bilik TV, baik suruh mereka kemas dulu supaya tak la teruk sangat nanti. Bijak kan aku.

Oleh kerana malam itu malam minggu, jadi aku tak bercadang nak tidur awal. Selesai mengaji aku turun ke bilik dobi tingkat satu. Hajatnya nak basuh baju sebab esok aku nak outing ke bandar, lagipun esok mesti ramai berebut nak pakai mesin basuh. Saat aku turun  Kak Mel dari rumah Hijau turut ada di situ.

“Wok nak basuh baju juga ke?,”duduk di asrama lain rumah pun biasanya saling mengenali.

“Aah kak, akak baru nak basuh ke dah siap?,”aku turut sama ramah. Bukan semua senior tugarang, ramai juga yang baik.

“Baru tekan ni ha, ni nak tunggu ke nak naik atas balik? Kalau awak tunggu nanti akak mintak tolong inform akak bila dah siap, akak study kat bilik study rumah Biru hari ni,”hidup di asrama biasa ja saling tolong menolong.

“Ingat nak tunggu, 35 minit je pun. Tak pe nanti on the way nak naik Wok singgah bilik study,”bukan susah sangat pon, modal air liur jer.

Sementara menunggu mesin basuh siap aku menuju ke musolah, niat di hati nak solat sunat.Sejak tinggal di sekolah asrama penuh aku banyak berubah dalam bab kerohanian.Bab kata mak, nampak la dah jadi manusia. Kalau dulu solat wajib pun aku culas,sibuk dengan dengan macam-macam aktiviti. Sekarang segala ibadat telah disusun rapi malah siap ditambah dengan bermacam kelas agama dan ibadat sunat.

Pada awalnya memang rasa terpaksa, tapi lama-lama dah terbiasa. Solat jemaah wajib untuk Maghrib & Isyak di mana ruang senggang antara dua waktu diisi denganAl-Mathurat dan sebelum tidur wajib mengaji surah pilihan. Aktiviti minggusn tak kurang banyak, malam Jumaat berkumpul di surau untuk bacaan Yassin dan tazkirah.Pagi Jumaat pula dimulakan dengan program membudayakan Al-Quran dan kemudian waktu Zohor ketika pelajar lelaki keluar menunaikan solat Jumaat, pelajar perempuan berkumpul di surau untuk solat berjemaah dan kelas fardu ain. Kami selalu berseloroh sepatutnya sekolah kami bukan la sekolah sains tapi sekolah agama sains.

“Assalamualaikum,”aku memberi salam. Terdapat lima pelajar lain di dalam musolah, ada yang sedang solat sunat dan ada yang sedang mengaji. Kalau musim peperiksaan biasanya lagi ramai. Almaklum mencari ketenangan jiwa yang kacau.

Aku mulakan dengan solat taubat, kemudian diikuti solat hajat dan diakhiri dengan solat tahajud. Usai solat aku memberi salam. Ku lihat Kak Hawa iaitu ketua naqibah(Ketua Pengawas Agama Perempuan) ralit membaca tafsir al-Quran di sebelah.

“Dah sudah? Yang lain dah naik, jadi akak temankan awak,”Kak Hawa bersuara saat aku selesai membaca doa.

“Eh Akak tunggu saya ke? Susahkan Akak je. Akak naiklah dulu saya dah sudah dah ni, cuma nak pergi tengok mesin basuh jer,”ala Kak Hawa ni, aku ni bukan la jenis penakut pun.

“Tak menyusahkan pun, dapat tambah saham akhirat ada la. Akak risau awak sorang-sorang, lagipun dah pukul satu pagi tak da orang dekat bawah...,” tiba-tiba Kak Hawa terdiam.Aku juga turut sama terdiam cuba mengamati bunyi yang kami dengari.

Marhaban ya nurul aini

Marhaban jaddal husaini ya marhaban

Marhaban ahlan wa sahlan

Marhaban ya khoiro dai

 

“Eh...diorang ni sambung belatih tak cakap pun,”itu suara kumpulan marhaban Puteri Islam.

 

“Korang tau kan bilik TV hanya boleh pakai sampai 11.30 malam, teringin sangat ke nak ke kena bungkus jumpa warden?Dah jom pergi tengok,”aku hanya mampu sengih. Mati la kena tangkap dengan ketua naqibah, dalam hati lega juga sebab aku tak termasuk dalam komplot tak ikut undang-undang diorang tu.

 

“Apa la diorang ni berlatih dalam gelap. Ingat tak kantoi ke?,”aku mengomel apabila melihat bilik TV gelap.Tak pasal-pasal kena ikut ketua naqibah pergi serang hendap kawan-kawan sendiri.

 

“Assalamualaikum....korang buat apa....,”ayatku mati di situ. Bilik TV kosong. Tak ada satu jasad manusia pon, hanya ada suara-suara.

 

“Astagfirullahhalazim...banyaknya.Sakan korang yer,”bagai nak gugur jantung aku mendengar ayat yang keluar dari mulut Kak Hawa. Jadi hanya kosong di mataku, Kak Hawa nampak lain.

 

“Wok baca ayat Kursi, aya tlast ulang tujuh kali. Terus naik dorm, baju ambik pagi esok jer,” Kak Hawa menutup pintu seraya menarik tanganku yang sudah sejuk dan pucat lesi dek kerana terkejut. Rasa nak tercabut tempurung lutut saat mendengar saat suara sendiri mengalunkan marhaban, jelas sungguh siaran ulangan.  

 

“Kak Bed pun basuh baju tadi, dia mintak saya panggil kalau dah siap,” teringat pesanan Kak Bed tadi.

 

“Tak apa, nanti akak cakap.Awak terus naik dorm. Ingat Allah ada, jangan takut. Takut pada Allah, bukan yang lain. Dia melawak jer dengan kita,”Kak Hawa berpesan. Nasib la malam tu aku dengan Kak Hawa, kalau sorang diri mau aku pengsan depan pintu bilik TV dek kerana terkejut.

 

Malam itu naik dorm aku terus tidur, tidak bercerita kepada sesiapa. Takut nanti panik pula semua orang,silap-silap ada yang lemah semangat kena histeria pula. Keesokkan paginya baru aku bercerita. Rupa-rupanya bukan aku dan Kak Hawa sahaja mendengar, tapi seluruh rumah Biru dan Hijau turut mendengar Cuma masing-masing tak ambik pusing sebab ingat ahli Puteri Islam dapat kebenaran untuk sambung berlatih. Tu la kadang-kadang kita sebagai manusia kena hormat juga masa "mereka", hormat bukan takut jadi jadi sama boleh hidup dengan aman damai.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.