Home Novel Thriller/Aksi Legasi Pejuang 2
Bab 1 -
Imbasan Novel Legasi Pejuang

Muaz adalah seorang anak muda dari Malaysia yang tidak pernah tahu erti perjuangan. Kerana terjadinya satu peristiwa yang tidak diduga dia telah ditawan dalam satu rompakan Bank di Kuala Lumpur. Muaz dijadikan tebusan dan dibawa lari oleh ketua perompak Bank yang bernama Sheikh Mahdi. Muaz telah dididik dan diajar untuk menjadi seorang tentera dan pejuang Islam yang menentang pihak musuh.

 Selepas 3 tahun berkelana. Muaz menjadi seorang pejuang Islam yang handal dan digeruni oleh pihak musuh. Dia menjadi buruan pihak CIA dan Israel. Kerana kelicikan dan kemahirannya dia telah banyak membunuh musuh-musuhnya. Pihak CIA yang memburunya telah mengunakan cara yang keji untuk memerangkapnya. Mereka telah menjadikan Teman wanita dan sahabat baiknya sebagai tawanan. Muaz yang mendapat berita itu telah bergegas ke Ibupejabat CIA di Langley Virginia. Dia berjaya membebaskan temannya itu dan dalam pelariannya dia mendapat bantuan dari seorang ejen CIA yang berpaling tadah. Tetapi malangnya Pihak CIA berjaya membunuh Teman wanita dan sahabatnya. Muaz juga turut terkena tembakan di kepala dan tercampak jatuh ke dalam sungai yang deras airnya. Muaz lesap begitu sahaja dan setelah gagal mengesan Muaz CIA mengistiharkan yang Muaz telah mati.


Sinopsis Legasi Pejuang 2

Muaz yang disangkakan telah mati sebenarnya masih hidup. Dia telah diselamatkan oleh Ken Kagiyama seorang pemilik Resturan dipinggir pelabuhan. Malangnya Muaz telah hilang ingatan dan dia tidak mengenali siapa dirinya yang sebenar dan apa yang telah terjadi. Ken telah memberi nama Kuromoto kepada Muaz. Setelah kecederaan Muaz telah pulih dia telah diambil berkerja di resturan berkenaan. Suatu hari Ken telah diserang oleh musuhnya kerana tidak membayar wang perlindungan. Ken nyaris dibunuh oleh gengster tersebut. tetapi Kuromoto sempat menolong Ken. Semua orang terkejut dengan kebolehan Kuromoto termasuk Kuromoto sendiri. Dia telah membunuh dan mencederakan beberapa orang. Kerana takut di buru mereka akhirnya telah lari....

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.