Home Novel Thriller/Aksi Legasi Pejuang 2
bab 5 : Menyelamatkan Muaz

Bab 5 : Menyelamatkan Muaz

“Mungkin Doktor Tazaki mungkin boleh merawat budak ini.” ujar Ken secara tiba-tiba.

Ken teringat pada seorang pelanggan setia di restorannya, Doktor Tazaki seorang doktor perubatan Veterinar, Ken rasa mungkin Doktor itu boleh menolongnya.

Dengan segera dia mengambil kunci Van dan mengangkat lelaki itu ke dalam Van.

“Kau kena terus bertahan!” kata Ken pada lelaki yang masih pengsan itu.

Ken memecut laju Van tersebut menuju ke arah rumah Doktor Tazaki dengan satu harapan.

“Aku tak tahu kenapa aku menolong dia, hati kecilku seolah mendesak-desak aku menolongnya.” kata Ken sendirian sambil memecut laju Vannya.

‘Selama ini aku memang tak pernah membantu sesiapa pun dan aku cuba mengelak sebarang keadaan yang boleh mencetuskan masalah, cukuplah pengalaman aku di Jepun dahulu.’ kata Ken mengenangkan kesilapannya yang lalu.

‘Siapakah yang sanggup melakukan semua ini? jika dilihat kesan luka dan parut pada badannya aku percaya dia ini bukan orang baik, mungkin dia ini seorang Gengster atau kaki gaduh tetapi aku seperti didesak oleh hatiku untuk menolong dia, aku tak tahu kenapa.’ getus Ken dalam hati.

‘Kalau aku buat laporan Polis tentang hal ini, memang silap-silap aku yang kena, kes aku pukul gengster tempoh haripun masih belum selesai, kalau aku bawa orang ini, lagi panjang kes aku tu.’ fikir Ken pada dirinya sendiri.

Ken teringat kembali kejadian minggu lepas, walaupun puas dia merayu pada pemeras-pemeras ugut itu supaya tidak menganggungnya mereka tetap membuat kacau dan kerana tidak tahan diganggu Ken telah membelasah 3 orang Gengster yang cuba meminta duit pelindungan, mereka telah dibelasah dengan teruk oleh Ken dan menyebabkan mereka di masukkan ke hospital dan kerana itu juga Ken telah ditahan polis dan disoal siasat. Dia telah di beri amaran keras oleh pihak Polis dan akan didakwa di mahkamah kerana telah memukul orang jika kejaidan seperti itu berulang lagi. Sebagai pendatang sepertinya mereka memang sentiasa dipersalahkan apabila melibatkan pergaduhan dengan orang tempatan dan dia tahu tentang itu.

Sampai sahaja dirumah Doktor Tazaki, Ken segera mengejutkan Doktor tersebut, terkejut besar Doktor itu melihat Ken datang ke rumahnya dalam waktu begini, tanpa sempat Doktor Tazaki bertanya lebih lanjut Ken terus menerangkan kenapa dia datang, sebelum Ken sempat menghabiskan ceritanya Doktor Tazaki terus meluru ke arah Van tersebut.

Doktor Tazaki terkejut melihat keadaan lelaki tersebut.

“Ken! siapa dia ini, teruknya luka dia ini, aku rasa macam terkena tembakan sahaja?”

“Aku tak tahu Doktor! aku jumpa di tempat sampah depan Restoran, Doktor boleh rawat dia?”

“Aku tak tahu, tapi aku boleh cuba, lukanya agak parah ni.” kata Doktor Tazaki.

Ken dan Doktor Tazaki terus mengusung lelaki yang cedera itu ke dalam rumah dan tanpa membuang masa lagi Doktor Tazaki terus merawat lelaki tersebut.

Setelah hampir 3 jam bertungkus-lumus merawat lelaki tersebut, akhirnya Doktor Tazaki selesai merawat lelaki itu, dia duduk tersandar dikerusinya sambil memandang ke arah Ken.

“Ken! aku dah berusaha setakat yang aku mampu, terpulang pada dia sama ada dia mempunyai kekuatan semangat untuk terus hidup atau tidak, aku rasa biarkan dia tinggalkan disini sehari dua, lepas dia sedar nanti baru kau bawa balik.”

“Terima kasih doktor, kalau doktor tak rawat dia tak tahulah aku bagaimana.” ujar Ken sambil tersenyum.

“Aku ini doktor haiwan Ken, bukan doktor manusia, tapi asas rawatan sama sahaja sama ada manusia atau haiwan.” ujar Doktor Tazaki sambil tersenyum.

Ken merenung ke arah Muaz yang sedang terbaring kaku diatas tilam tersebut dengan kepala dan badannya dibalut dengan kain.

‘Siapa kau? apa yang dah jadi sebenarnya?’ tanya Ken pada Muaz yang masih pengsan itu.

“Aku tak tahu sama kau orang baik atau orang jahat, tetapi walau siapapun kau aku harap kau akan pulih semula.’

“Doktor Tazaki, aku tak tahu dia ini siapa dan aku harap Doktor tak akan hebohkan perkara ini terutamanya pada pihak Polis, aku tak tahu sama ada dia ini orang baik atau jahat, tetapi kita perlu selamatkan dia.” kata Ken.

“Aku faham Ken!, kita ini orang pendatang dan aku rasa dia inipun bukan orang tempatan, kita akan sembunyikan dia sementara di sini, eh! kau ada jumpa apa-apa pengenalan dirinya tak?”

“Tak ada Doktor tak ada sebarang dokumenpun yang aku temui, tapi kalau dilihat kesan parut pada badannya macam dia ini seorang gengster atau orang yang telah banyak berlawan.”

“Betul kata kau, ditubuhnya banyak kesan-kesan parut lama, mungkin benar juga kata kau yang dia ini orang jahat atau mungkin juga dia ini perisik!”

Kedua-dua lelaki Jepun itu memandang ke arah Muaz yang terbaring di atas katil tersebut.

“Tak apalah Doktor apabila dia sedar nanti mungkin kita boleh bertanya siapa dia , jika dia orang jahat aku akan serahkan pada pihak polis.” ujar Ken.

Sekali lagi Muaz terselamat dari serangan maut, ini dia di selamatkan oleh Ken seorang lelaki Jepun, Takdir ALLAH tiada siapa yang dapat menduga dan ketahui.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.