Home Novel Thriller/Aksi Proksi
Proksi
NaimTamdjis
30/5/2013 10:32:09
19,112
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
UKM 2

Pada tahun ketiga dan terakhir aku di universiti, aku masih seperti tahun kedua malah lebih teruk lagi. Aku bercadang untuk bertanding di dalam pilihanraya universiti apabila aku mendapat tahu yang Ila akan bertanding kerusi kawasan dua. Dendamku masih membara. Aku juga telah berjaya mempengaruhi Amran, yang bagiku berpontesi menjadi seorang pemimpin, untuk melompat dari Gabungan ke Mahasiswa. Lawanku kali ini adalah bekas awek aku sendiri. Pakwenya Halili telah pun bergraduat manakala Abg Os masih perlu mengulang 4 kertas yang gagal dahulu. Kali ini, aku melantik Abg Os sebagai pengarah strategi aku untuk menyerang kem Gabungan habis-habisan.

Di dalam ucapan pada setiap kempen, aku membangkitkan masalah moral dan peribadi Ila dan calon Pro Gabungan yang lain, menekankan kepimpinan Pro Gabungan selama ini menghabiskan dana yang diperuntukan universiti dan kebaikan ataupun projek yang dilakukan oleh Pro Mahasiswa selepas setahun mengambil tampuk pemerintahan MPP Universiti. Semuanya dilakukan Amran dan presiden kami, saudara Amir. Kepimpinan dan idea mereka memang bagus. Aku dan abang Os hanya menghabiskan duit saja. Selain itu, aku selitkan hadis-hadis nabi dan petikan ayat-ayat Al-Quran di dalam setiap ucapan aku. Setiap kali ceramah aku akan memakai kopiah. Nampak sikit aku ni Islamik. Semua ini taktik untuk memancing undi melayu Islam yang merupakan 70 % daripada jumlah pengundi.

Ila hanya membangkitkan isu aku ni mat rempit aku bidas dengan hujah yang aku ini anak orang miskin hanya mampu naik motor ke kampus. Lainlah dia. Ada kereta pakwe bagi. Selain itu, dia juga membangkitkan isu kebajikan mahasiswa. Ila amat petah berpidato dan ucapannya memukau hadirin terutama golongan mahasiswi. Selain daripada itu, Ila menggunakan wang yang banyak untuk memancing undi. Dikatakan setiap kali kempen, Ila akan membuat jamuan makan dan memberi cenderahati kepada mereka yang hadir mendengar ucapan Ila. Aku menyerang balik Ila kerana mengamalkan rasuah di dalam kempennya. Malah, aku turut membuat aduan secara rasmi kepada pihak universiti tetapi tiada tindakan diambil. Faham-faham sendiri sudahlah.

Bagi perang saraf pula, ahli-ahli kami telah menyebarkan semula gambar-gambar mesra Ila dan Halili yang telah kami gunakan pada pilihanraya lepas. Paling best dalam perang poster . Abang Os dan teman-temannya menconteng poster Ila dengan perkataan ‘teman tapi mesra’, ‘buat apa dalam kereta Wira’, ‘tak bertudung tapi cakap pasal Islam’, ‘parti mesra’, ‘parti rasuah’ dan sebagainya yang membuatku kadang-kadang tergelak membacanya. Tapi Ila balas balik. Maka, poster hensem aku yang berkopiah pun kena conteng juga oleh ahli bawah tanah Pro Gabungan. Antara perkataan yang diconteng oleh geng-geng Ila ialah ‘Pak Aji rempit’, ‘ketua geng rempit UKM’, ‘orang miskin nak tolong orang?’, ‘Peminat bohsia nombor 1’ dan paling best, ‘ini Aji celup’. Aku membiarkan saja. Baru syok. Saling serang-menyerang peribadi masing-masing.

Tapi akhirnya pada keputusan pilihanraya kampus yang diumumkan memihak kepada parti aku yang menang dengan membolot 15 kerusi daripada 23 kerusi yang dipertandingkan. Bagi perlawanan antara aku dan Ila di kawasan dua, aku menang dengan mendapat 3,000 undi manakala Ila mendapat 1700 undi. Hasil kemenangan itu aku dilantik sebagai Setiausaha Agung manakala Amran dilantik sebagai Timbalan Presiden. Hisham, seorang pelajar undang-undang merangkap mantan timbalan presiden MPP tahun lepas dilantik menjadi Presiden. Abang Os pula masih mengekalkan jawatan Bendahari. Senang sikit nak makan duit peruntukan yang universiti bagi.

Duit persatuan banyak yang aku dan abang Os makan. Abang Os pandai memanipulasi data dan laporan kewangan. Malah, kami menggunakan duit persatuan untuk makan angin di seluruh Malaysia atas nama aktiviti MPP. Amran pula tidak kisah selagi wang digunakan atas nama aktiviti persatuan. Lagipun, kami banyak menerima dana daripada pihak pembangkang Malaysia. Aktiviti rempit terus berjalan tetapi kami merempit agak jauh sikit untuk mengelak daripada dilihat kawan-kawan. Kadang-kadang kat Shah Alam, kadang-kadang Senawang. Tahun ketiga prestasiku jatuh merudum hingga mencecah pointer 2.6 sahaja secara keseluruhan.

Previous: UKM 96-99
Next: Red Shark

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.