Home Novel Thriller/Aksi SETIAP DETIK NAFASKU
SETIAP DETIK NAFASKU
27/12/2012 15:33:23
57,309
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
BAB 5

Bella Rosa II

Dzar menoleh mengangkat mata supaya Izz mengulangi soalannya semula.

“ Kau nak buat apa sekarang ni?”

Pagi itu mereka bertemu lagi. Izz mahupun Adni seperti tidak mahu membiarkan dia duduk bersendirian. Takut dia melarikan diri dalam keadaan senyap-senyap mungkin. Jadi tidak hairanlah apabila sesudah subuh sahaja Izz sudah terpacak di depan pintu biliknya. Dia hanya mengangguk sahaja apabila Izz memberi alasan mahu mengajaknya melihat matahari terbit. Mereka berjalan kaki hampir sepuluh minit untuk tiba di menara puncak. Menara yang sememangnya disediakan untuk pengunjung datang melihat keindahan alam ciptaan ALLAH itu.

Dzar hanya ketawa mendengar soalan itu. Selama lapan bulan ini dia berusaha melakukan apa sahaja untuk mencari rezeki sesuap nasi. Dia sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan asalkan halal rezekinya namun setelah lapan bulan, dia masih bergelar penganggur. Masih belum ada insan yang sanggup berkata iya. Masih ramai yang memandangnya dengan hina hanya kerana dia pernah menjadi penghuni tirai besi.

“ Aku tak rasa mana yang lucunya soalan aku tu.” Izz bersuara sekali gus mematikan tawanya.

Dzar mengeluh panjang. Tidak tahu macam mana hendak diterangkan gelodak jiwanya menghadapi dugaan yang satu ini.

“ Payah Izz. Tak ada seorang pun yang sanggup nak beri peluang kepada aku. Bekas banduan masih lagi menjadi satu stigma dalam masyarakat kita ni. Yang buruk dan hitam tu tetap buruk dan hitam pada pandangan mereka,” keluhnya kesal memikirkan nasib diri. Mereka tidak melihat ijazah yang diperolehinya dari Universiti luar negara. Mereka tidak melihat sumbangan dan pengalaman yang pernah dilaluinya. Semua itu tidak bermakna apabila dia menyandang gelaran banduan Universiti penjara. Jangan kata untuk temu duga...mengisi borang permohonan sahaja dia sudah gagal segala-galanya.

“ Kalau kau datang jumpa aku dulu, kau dah ada kerja tetap dah sekarang.” Izz memulangkan paku buah keras mengenangkan keengganan Dzar mencarinya selepas dibebaskan dahulu. Apabila Dzar tidak menjawab, dia menyambung kata-katanya semula.

“ Dzar...aku tak nak bercakap fasal benda yang dah lepas. Dan aku tak nak bercakap tentang ‘what if’, tapi pintu rumah aku sentiasa terbuka untuk kau. Selama-lamanya,” tegasnya mahu Dzar memahami kata-katanya.

Dia faham apa yang sedang dialami oleh Dzar dan sesungguhnya dia pernah merasainya. Dia pernah berada di tempat yang sama. Namun mujurlah dia masih ada keluarga yang masih mahu menerima dirinya. Dan syukurlah dia masih ada Adni yang setia menanti. Ada Adni di sisi menjadikan hidupnya lebih bermakna.

“ Apa jadi dengan Belle Rosa di PD?” Dzar pantas menukar topik. Dia tidak suka bercakap mengenai dirinya. Apatahlagi sesuatu yang membuatkan dia berasa seperti lelaki yang lemah dan putus harapan.

“ Masih ada. Aku tetap ‘base’ dekat sana. Bila semua di sini dah settle...aku pindah ke sana semula,” balasnya sambil merenung keindahahan panorama di depan mata. Matahari yang malu-malu mula menampakan sirnanya. Indah! Satu perasaan yang sukar diungkap. Menyaksikan matahari terbit merupakan aktiviti wajib dilakukannya setiap pagi. Adni sendiri sudah maklum akan sikapnya itu dan kadangkala Adni turut menyertainya bersama.

“ Adni cakap kau nak buat renovation...aku tahu mungkin kau dah ambil pekerja...” Dengan sedikit teragak-agak Dzar bersuara. Dia tahu dia mungkin sudah terlambat mengenangkan Izz mungkin sudah punya rancangannya sendiri. Jika Izz menolak sekalipun dia tidak akan menyalahkan lelaki ini. Izz sudah terlalu baik untuk dia yang selalu menimbulkan masalah di mana-mana.

“ Ok..you’re in,” Potong Izz sebelum sempat Dzar menghabiskan kata-katanya. Izz tidak terkejut apabila Dzar kelam sahaja wajahnya. Dia tahu Dzar tidak memahami kata-katanya. Dia menepuk bahu Dzar perlahan.

There’re always room for family, Dzar.Bila-bila masa. Selama-lamanya. Aku dah anggap kau macam adik aku sendiri.” Dan dia ikhlas ketika melafazkan kata-kata itu. Dia sudah menganggap Dzar seperti darah dagingnya sendiri.

“ Aku tak nak menyusahkan kau Izz. Dan banyak sangat kau tolong aku.” Dzar terharu. Lelaki ini lelaki yang mulia. Sanggup menerimanya tanpa syarat. Tanpa ada tuntutan dan permintaan sembunyi sebagai balasan.

Renovation sebenarnya tak banyak lagi yang tinggal. Tapi memandangkan aku tahu kau suka laut, aku ada tugas tambahan yang aku rasa kau mesti suka...”

“ Apa saja,” sahut Dzar pantas. Dia tekad sanggup melakukan apa sahaja untuk membalas budi baik lelaki ini. Dia tidak akan tinggal di sini secara percuma. Selagi kudrat masih ada, dia akan terus berusaha.

“ Kalau kau perasan, selain dari keindahan dia, tarikan kat pulau ni sebenarnya aktiviti diving dan snorkeling. Kalau kau tengok chalet-chalet lain memang gigih dok promote pakej-pakej macam ni. Kitaorang pun masih baharu kat sini, so belum sempat nak ‘set up’ benda alah ni. Peralatan, bot semua lengkap. Orang nak incharge yang tak ada. Aku ingat lagi kau dulu giler diving kan? Lesen pun dah tahap pro. Aku ingat nak buat pakej scuba dan diving kat sini...so..aku..”

“ Okay...I’m in,” sampuk Dzar sepantas kilat. Dia sudah mula tersenyum apabila mendengar saranan yang belum sempat dinyatakan itu. Ini sudah cukup baik untuknya. Lagipun sudah beberapa tahun minat dan hobi nan satu itu terkubur begitu sahaja. Namun dia akan pastikan selepas ini kemahiran yang hampir berkubur itu digilap semula. Dalam kelam jiwa, entah mengapa dirasakan bias cahaya mula menginjak tiba. Dzar menggeleng perlahan mengutuk dia sendiri. Sejak bila dia mula berlembut hati macam ini sekali?


Kg Sg Akar, Batu Kurau

Diana meneliti kertas yang dibawa. Semua bahan yang diminta oleh emak sudah dicari melainkan satu sahaja. Dia menjenguk di antara rak-rak yang terdapat dikedai itu. Hati berdoa biarlah ada semua bahan yang diperlukan. Jika tiada, terpaksalah dia mencari di pekan Batu Kurau ataupun ke bandar Taiping. Walaupun pekan itu tidaklah jauh, namun jika tiada apa yang mustahak, memang seboleh-bolehnya dia lebih rela membeli di kedai ini.

“ Cari apa, Dian?” Ajak yang sedang membaca suratkhabar menegur apabila menyedari gadis itu seperti mencari sesuatu.

“ Coklat masakan ada tak bang? Dua hari lepas tengok macam ada.” Diana malu-malu bertanya. Walaupun abang Ajak itu sudah dianggap seperti abang sendiri namun semenjak dia makin dewasa, semakin segan dia bila berhadapan dengan lelaki itu.

“ Ada. Semalam Dila dengan abang susun balik semua barang-barang kat kedai ni. Senang sikit nak cari dari dok berterabur je. Nak yang coklat ke yang putih?” Ajak sudah bergerak dari kaunter untuk mengambil bahan yang diperlukan.

“ Dua-dua.” Balasnya perlahan.

“ Mehlah tengok. Ada banyak jenis ni. Nak yang mana satu?” laung Ajak memanggil Diana ke lorong belakang. Mahu tidak mahu Diana terpaksa menuruti. Secepat mungkin dia memilih dan laju sahaja langkahnya menuju ke kaunter untuk membayar.

“ Beli bahan ni nak buat kek ke?” tegur Ajak melihat kesemua barang yang terhimpun di atas kaunter.

Dian mengangguk. Entah mengapa tiba-tiba sahaja tekaknya ini mahu menjamah kek. Diajukan cadangan kepada emak, mujur emak rela membantu sama. Untuk membakar sendiri, dia masih kurang pandai.

“ Nanti dah siap, bolehla beri abang Ajak sikit,” usik Ajak yang sengaja mahu mencari reaksi daripada Diana. Jika dahulu, Diana orangnya peramah. Suka tersenyum namun kini untuk melihat senyuman Diana cukup susah. Jangankan senyuman, suaranya pula seperti ada emas sahaja. Ajak faham...apa yang membuatkan Diana berubah laku seperti ini. Dia tahu segala-galanya. Tetapi perkara itu sudah lama berlalu, sampai bila Diana mahu mengasingkan diri daripada mereka yang menyayanginya?

“ Nanti dah siap...Dian hantar ke rumah. Dian balik dulu, abang.” Diana meminta diri namun Ajak menghalang. Ada sesuatu yang dia hendak cakapkan kepada Diana.

“ Minggu lepas, abang pergi KL. Singgah kejap kat Sg. Buluh. Ingat nak lawat Dzar. Tapi terkejutnya abang bila dapat tahu, Dzar dah dibebaskan.”

Beg plastik di tangan terlepas ke bawah. Mendengar nama abangnya disebut serentak perkataan dibebaskan itu membuatkan dia benar-benar terkejut. Wajah Ajak dipandang untuk mendapatkan kepastian. Ajak mengangguk. Wajahnya sedikit muram kerana berita yang bakal disampaikan akan lebih meresahkan. Dia tidak mahu menjadi orang yang menyampaikan berita buruk itu tetapi dia tahu Diana lebih rela mendengar daripada mulutnya sendiri.

“ Tapi Dian...bukan itu saja. Abang dapat tahu Dzar dah dibebaskan sejak 8 bulan lalu. Dia tak pernah beritahu? Dia tak telefon?” soal Ajak lembut. Tidak sanggup melihat kedukaan yang begitu jelas terpancar pada mata Diana. Mendengar Dzar keluar satu hal, apatah lagi pembebasan itu langsung tidak diceritakan kepada mereka.

Diana menggeleng perlahan. Wajahnya bingung mendengar apa yang disampaikan. Semenjak abangnya menghalang mereka datang melawati, dia hanya akur kerana memikirkan itu permintaan Dzar sendiri. Jarak mereka yang agak jauh juga menjadi punca kenapa mereka menerima keputusan Dzar itu. Hati rasa tersayat mengenangkan perbuatan Dzar.

Sampai hati abang. Diana tunduk mengutip semula barang yang berterabur di lantai. Bibirnya bergetar menahan tangis yang sedang menunggu masa untuk membuak-buak keluar. Dia tidak akan menunjukkan kelemahan di hadapan orang lain. Dia tidak Dia tidak akan menangis. Dia sudah puas menangis. Dengan sisa kekuatan yang masih ada, dia bangun menghadap Ajak kembali.

“ Terima kasih abang Ajak. Dian balik dulu.”

Previous: BAB 4
Next: BAB 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh