Home Novel Thriller/Aksi Manuskrip Terakhir
Manuskrip Terakhir
Wafa Arissa
13/2/2018 19:01:44
9,345
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Senarai Bab
Bab 1

HAYUNAN kakinyapantas menuju bilik mesyuarat. Hatinya penuh debar sehingga degupan jantungnyadapat dia dengari sendiri. Melalui dinding bilik yang diperbuat dari kaca jeniskabus, dia dapat melihat staf-staf lain sudah memenuhi hampir semua tempatduduk. Tangannya yang sudah sedia sejuk disebabkan rasa gugup menjadi bertambahsejuk apabila dia memegang besi tombol pintu.

            “Natasha,” tegur Kamila sebaikNatasha menolak pintu. Staf-staf yang kelihatan sibuk dengan smartphone terusangkat kepala dan mata semua tertumpu kepada Natasha. Dia menahan nafas dankaku di muka pintu. Ada wajah yang dia kenal, ada yang pertama kali dilihatnyahari ini, yang pastinya adalah staf senior. Pandangan mata mereka membuatnyakecut perut.

            “Masuklah Natasha,” jemput Kamilasambil tangannya tunjuk ke arah kerusi kosong di sebelah kanan, selang tigatempat duduk dari dirinya. Natasha tersipu-sipu malu. Dia kemudian melangkahperlahan-lahan ke dalam bilik mesyuarat. Ini adalah kali pertama dia dipanggiluntuk menyertai mesyuarat yang diadakan seminggu sekali bersama Ketua Editordan beberapa orang staf  majalah Chic& Hip semenjak bekerja di situ enam bulan yang lalu.

 “Ladiesand gents, this is Natasha, our new journalist.” perkenal Kamila kepadamuka-muka yang tidak pernah dilihat Natasha sebelum ini. Hanya Anna yang diakenal di situ.

            “Tahniah,” ucap Anna dengan nadaberbisik sambil menghulurkan tangan.

            Natasha kerutkan kening. “Tahniahuntuk apa?” tanya Natasha seraya menyambut tangan Anna, rakan sekerja yangpaling rapat dengannya semenjak dia bekerja di situ.

Splendid job Natasha.” Belum sempat Anna memberi penjelasan,Kamila,  Ketua Editor majalah Chic & Hip sudah mencelah. Ada folder di tangannya danNatasha kenal benar dengan folderberwarna merah jambu itu. Folder itu diangkat untuk mendapatkan perhatian semua yanghadir.   

Annamenyiku Natasha yang sedang tunduk menahan malu. Isi folder itu adalah tugasan pertama yang diberikan kepadanya. Tidakpula dia menjangka penulisan yang dirasakannya tidak seberapa itu telah berjayamemikat hati Cik Kamila.

 “Rencana awak ni sangat bagus. Saya suka gayapersembahan awak ni. Tak sangka awak boleh buat tugasan pertama awak denganbegitu baik. Awal seminggu dari deadlinepulak tu.”

            Pujian Kamila diikuti tepukan tangandari yang turut hadir.

“Bolehlahtahan untuk penulis yang baru bermula,” tambah Jue dengan nada sinis.

Satupujian yang tidak begitu ikhlas saja bunyinya di telinga Natasha. Anna dijelingsekilas.

“Tapi,sudah cukup bagus untuk dimuatkan dalam majalah, betul tak Cik Kamila?” celahAnna.

CikKamila senyum dan mengangguk. “Sangat sesuai untuk keluaran bulan hadapan sebabtema kita fokus kepada penglibatan remaja dalam kerja-kerja kebajikan. Eloksangat kita utarakan pendapat dan cadangan para remaja supaya mereka tidakmerasa disisihkan hanya kerana usia mereka yang masih muda.”

Juemencebik. Tugasan mudah seperti itu, siapa pun boleh buat, fikirnya. Bukanhendak memperkecilkan Natasha tetapi baginya masih terlalu awal untuk memberipujian kepada penulis baru itu. Baru satu rencana, puji dah melambung, fikirnyalagi.

“Gambar-gambaryang Botak tangkap ni pun sangat bagus tapi kena pilih yang betul-betul bagusuntuk rencana tu nanti,” kata Cheong, editor fotografi, sambil membelekbeberapa keping gambar yang diberikan oleh jurufoto yang dikenali dengan namaBotak. “Yang ini,” tambahnya lagi sambil menunjukkan sekeping gambar kepadaKamila, “sesuai untuk muka depan.”

Kamilaambil foto yang dihulur lalu mengamatinya beberapa minit. Keningnya terangkatdan dia angguk beberapa kali. “Saya setuju,” jawab Kamila ringkas. Kamilakemudian bertanya jika penulis-penulis lain ada apa-apa yang hendak dilaporkan.

Jueangkat tangan. “Saya rasa keluaran bulan depan tak perlu masukkan segmen IdolaHipster. Saya minta maaf.”

“Tapikenapa Jue? Tugasan yang awak kendalikan tu penting. Awak kena siapkan jugasebelum sebarang setting dan layout dibuat minggu depan.”

He is an egoistical snob. Dia langsung takmahu bekerjasama, nak buat macam mana? Sudah dua kali temujanji dibatalkan.Saya dah hubungi agennya tapi agen tu kata dia tak mahu dihubungi, tak mahuberjumpa sesiapa pun.” Selamba saja Jue memberi penjelasan.

“Susahlahmacam ni. Jue tahu ke dua minggu lagi nak cetak issue bulan Mac?” Kamila sudah naik angin.

Senyapseketika. Jue tidak menjawab sebaliknya leka memerhati telefon pintarnya.

“Jue!Kenapa tak maklumkan awal-awal?” sergah Kamila. Matanya tepat memandang mukaJue. Suasana tegang mula terasa.

“Awaknak saya buat macam mana? Dia tak mahu kerjasama. Kita cari celeberiti lainlah!”Nada suara Jue juga sudah lain. Mukanya tampak tidak senang dengan teguranKetua Editor.

Natashamerasa tidak selesa dengan apa yang berlaku kini. Dia memang tidak sukakanperbalahan. Kalau boleh, dia mahu keluar dari situ. Dengan ekor mata, Natashaperhati staf-staf lain. Semuanya seperti menikus.

“Siapa?Masa dah singkat ni,” balas Kamila.

“Nantilahsaya fikirkan. Tak payahlah risau sangat. Saya boleh selesaikan.” Jue jawabsambil berpeluk tubuh. Matanya melihat ke siling.

Natashamendengar butir perbualan di antara Kamila dan Jue dengan penuh minat. ‘Dia’yang menjadi subjek perbualan membuatkan rasa ingin tahu Natasha membuak-buak.

Siapa‘dia’ yang mereka sebut tu? Misteri betul bunyinya, fikir Natasha serayamelakar sesuatu di dalam buku notanya. Dia sudah tidak sabar menunggu mesyuaratitu tamat.

Kamilalepaskan keluhan. Jue memang suka buat dia risau. Ini bukan kali pertamamasalah timbul kerana sikap Jue yang mudah berserah apabila ada halangan yangmengganggu tugasan yang diberikan kepadanya.

“Walauapa pun, dengan apa cara sekalipun, awak mesti siapkan rencana tu. Saya tak nakjadi macam tahun lepas, segmen Idola Hipster tidak dapat disiarkan dua kali.Kalau berlaku juga, kita sama-sama akan mendapat susah. Silap haribulan, awakatau saya atau kita berdua boleh hilang kerja ni, tahu tak?”

Apayang dikatakan oleh Kamila membuatkan Natasaha terkejut tetapi dia berusahauntuk menyembunyikan riak itu di mukanya.

Juepula kelihatan kurang senang lalu minta diri. Cara Kamila menegurnya begitudirasakan manjatuhkan airmukanya di hadapan staf lain terutama sekali staf baruseperti Natasha. Cheong angkat sebelah kening dan senyum senget ke arah Benjiyang kelihatan seperti menyampah dengan tingkahlaku Jue.

She is so unprofessional. Pantangditegur,” komen Kamila seraya mencampak pen di tangan ke atas meja.

“Janganambil hati Cik Kamila. Dia ingat dia tu diva, besar kepala, mentang-mentang adaorang jaga dia di sini.” Cheong membalas komen Kamila.

“Inibukan kali pertama dia buat perangai. Saya peduli apa siapa jaga dia. Diabekerja di sini, sama macam kita makan gaji dan sepatutnya dia berperangaiseperti seorang pekerja, bukan diva atau dramaqueen!” tingkah Kamila dengan nada marah.

Senakperut Natasha mendengar ketuanya marah-marah begitu. Lakshmi dan Anna yangsudah lebih setahun bekerja di situ sudah tahu benar dengan perangai Jue yangagak sombong itu dan hanya mendengar.

 “Kita tunggu dan lihat sajalah Cik Kamila.Harap dia dapat cari pengganti untuk rencana tu dalam masa yang singkat ni,”balas Benji sambil berpeluk tubuh.

Kamilamenarik nafas dan pejamkan mata, kelihatan mahu menenangkan diri. Dia kemudian melepaskan keluhan.

“Okey,kalau tak ada apa-apa lagi, kita tangguhkan mesyuarat. Minggu depan waktu danhari yang sama saya nak tengok layoutawal. Anna dan Lakshmi boleh hantar rencana awak berdua petang ni. Terima kasihsemua,” ucap Kamila sebelum menutup plannerberwarna merah hati.

Yanglain mengangguk faham dan turut berdiri apabila Kamila bangun. Natasha terusmenarik lengan Anna yang selangkah di hadapannya apabila mereka keluar daribilik mesyuarat.

So, how does it feel?” tanya Anna.

“Macammana rasanya apa?” tanya Natasha kembali, kurang faham dengan pertanyaan Anna. Dahinyaberkerut hingga keningnya seakan bertemu.

“Dipanggilke mesyuarat pertama sebagai seorang jurnalis dan terus menerima ucapan tahniahdari Ketua Editor. Mesti kau rasa teruja dan tak sabar nak dapat tugasan baru,kan?”

Natashakerutkan hidung dan membuat gerakan dengan tangan yang menunjukkan isyarat diarasa biasa-biasa saja.

‘Na,Jue tu memang perangai dia begitu ke? Kau dengar tak macam mana dia komen akutadi?”

Annatoleh ke arah Natasha dan perhati wajah cantik rakan sekerjanya itu. “Sabarsajalah kawan. Dia dah lama bekerja di sini dan memang kebiasaan agaknya,orang-orang lama ni memandang rendah pada staf baru. Fenomena global tu.” Annamemberi jawapan sebaik mungkin. “Lama-lama nanti, dia akan dapat menerimakehadiran kau,” tambahnya lagi.

Natashakemam mulut dan mengangguk. “Kita ke kafe sekejap, laparlah. Aku belanja,” ajakNatasha.

Annasenyum sampai nampak gigi. Siapa yang tak seronok bila ada yang nak belanjamakan, kan? Kali ini Anna pulak yang merangkul lengan Natasha dan bergandinganmereka berdua melangkah pantas ke kafeteria.

 

Previous: Prolog
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.