2-Bab 3

[Kampung Bangka Semong – Lepas Asar]

Solat Asar ditunaikan. Bo meraup muka berkali-kali, penat menanti dan menggodam Izzue Codec yang masih membuahkan gagal. Telekung digantung pada almari dan sejadah diletakkan di belakang kerusi.

PC Apple diperiksa. Tadi dia sedang menunggu loading bagi memecahkan password. Entah sudah berjaya ke tidak....

Ada perkataan baru yang ditaip sistem pertahanan Izzue Codec kepadanya.

[Your Moan Makes Me Hot, Love. Keep *** Me Up]

"Ah, celaka la engkau." Panas hati dibuatnya. Terasa dipermainkan oleh firewall itu. Ingat balik, kenapa sebenarnya dia pecah masuk pejabat Dickens dan mencuri barang-barang lelaki itu?

"Damn..." Tubuh disandarkan penat. Susah payah crack hard drive sehari setengah hari, sekali jumpa A.I. yang tahu nak permainkan emosi seorang manusia. Penting sangat ke benda ni bagi Dickens?!

Tangan dipanjangkan pada Acer yang tidur di sebelah Apple. Dengan tangan kiri menongkat kepala, jemari kanannya menekan cursor dan membuka folder Dickens simpanannya. Bo pernah pecah masuk emel CEO yang dibencinya itu, dan daripada emel tersebut, Dickens sendiri yang nak datang ke Sarawak untuk mendapatkan hard drive ini dengan tangan sendiri.

"Super important alright..." bisiknya pada diri sendiri, menjeling hard drive yang tidak bersentuh itu. Program Izzue Codec itu direnung. Bo menjulingkan mata ke langit, cuba berfikir cara macammana lagi nak hack masuk. Poster-poster di dinding direnung tajam, satu persatu. Mencari ilham. Mencari idea. Mencari apa yang dia perlu lakukan...

Akhirnya keluh berat terlepas. "I got nothing. I really got nothing." Kerusi ditolak ke belakang dan dia bangkit. Tubuh diregangkan. Tulang pinggang detap detup berbunyi bila sendi dipatahkan. Cawan-cawan yang tak berbasuh diangkut semuanya ke tingkat bawah.

Ruang tamu terlebih dahulu ditilik. Tiada abang-abang mahasiswa itu di situ. Bo bergerak terus ke dapur. Terdengar bicara Emir dan Puan Ekin.

"Ala... mak ke yang masak?" Suara Emir kedengaran. "Abang cantik tu mana? Dia masak sedap."

"Dia dengan kawan-kawan dia ada projek kampus dorang. Nanti dorang balik sini balik la..."

"Lain kali mak kena buat abang cantik tu berjanji, jangan lama sangat buat kerja kat luar dan reti-reti balik untuk masak untuk Emir."

"Kau kenal dia baru sehari, kau terus jatuh hati dekat kaum kau sendiri?!"

"Uish... ayat..." Emir menutup senyum sumbing di bibir. "Nak salahkan Emir dah kenapa. Dah memang abang tu masak sedap. Masakan dia memenangi hati perut Mir." Perut yang masih rata dari lemak, diusap. Puan Ekin menjengil. Bo pula memasuki dapur dengan senyum kecil.

"Abang bertiga tu akan datang balik eh malam nanti," soalnya, menarik kerusi untuk makan.

Emir dan Puan Ekin menoleh. "Dorang tak cakap pulak dorang balik bila..."

"Tapi awal gila keluar pagi tadi." Emir mengalih isi ayam yang hangus ke tepi. "Aku harap orang balik cepat."

Puan Ekin bersandar. "Ma rasa dorang macam off sikit. Datang sini sebab nak menumpang rumah, tujuan menumpang sebab nak kaji air sungai sana, so tempat paling jauh dia boleh pergi ialah jeti. Pun tak jauh dari sini. Jadi kenapa keluar dari rumah awal pagi tapi sampai tengah hari pun tak balik-balik?"

Emir dan Bo merenungnya. "Mungkin sebab dorang dah balik ke Desa Ilmu?"

"Tapi tak bagitau ma? Tu takda manner namanya." Anak mata dikerling pada anak gadis yang menghirup sup ayamnya itu. "Dorang dah jumpa kau, Bo?"

"Buhuk!" Terbatuk terus si gadis. Mulut ditutup sambil mencapai air. Diteguk sekaligus. Puan Ekin dan Emir merenungnya, manakala Bo mengesat bibir. Sudu diletakkan kembali ke dalam pinggan sup. "Apa-apa dia?"

"Kau kenapa?" soal Emir, memandang kerut di muka Bo. Sup ayam itu dipandang kemudian. "Terlebih rempah, kan? Aku dah cakap dah kat ma aku, dia taknak dengar."

Bo menggeleng. Lidah dikesat pada gigi sambil merenung Puan Ekin bersama senyum. "It's okay. Masih boleh dimakan kalau makan dengan nasi kosong. Aunty cakap apa tadi?

Si wanita tersenyum lirih. Anak lelakinya yang memasang muka – I told you so – dipandang kemudian. "Fine, kita mintak abang handsome tu stay dan ajar ma masak semua makanan favourite Emir. Kau pun kena belajar sama, belajar masak masakan favourite ma pulak!" Telunjuk dituding pada anak bujangnya.

Emir tersengih-sengih pada si ibu sambil memanjangkan leher mendekati Bo. "Aww... Bo, kau tengoklah ma aku tu. Berlagak kuat tapi cute sangat." Si ibu dilayan macam budak kecil.

Puan Ekin menahan sengih geram. "Aku tembak jugak budak ni kang..."

Bo tergelak kecil, rindu dengan mak ayah sendiri bila melihat telatah keduanya. "Tapi kalau aunty nak mintak abang handsome tu balik, aunty ada nombor dia ka?"

"Tak payah. Dia akan datang balik," balasnya yakin. Emir dan Bo menjungkit sebelah kening.

"Ma tau-tau je."

"Dorang datang sini for a reason, kalau tak dorang takkan datang balik. Mungkin sebab Bo..." Anak gadis rambut berminyak itu dipandang.

"Haa??"

"Mungkin sebab lain. Mak tak tahu."

"Lepas tu mak boleh biar je dorang menumpang."

"Sebab mereka harmless," Datar membalas. "Plus, mereka sebenarnya baik."

Emir ternganga. "Mana ma tau??"

"Sebab ma awesome." Si anak dipandang bersama senyum. "Ala, kita mudahkan urusan orang, Allah akan mudahkan urusan kita..."

"That's your basis? Kalau dibuatnya kita mudahkan niat orang yang nak merompak kita."

"Nak merompak apa kat rumah kampong macam ni?? Nak culik Bo pun dorang takkan sanggup sebab busuk tak mandi."

"Betul jugak."

Dan anak beranak itu sama-sama gelak.

Bo cuma mampu bersabar. Namun curiga tetap menimbul di hati. Kenapa mereka nak mencarinya. Mungkinkah ada kaitan dengan barang-barang yang dicuri dari Dickens? Mereka anak buah Dickens yang nak menangkapnya?? Takut mula menimbul di hati.

Bo kembali ke bilik tidurnya dengan cawan berisi Ribena. Cawan diletakkan di atas kabinet dan beg sekolah hitam bergaris merah jambu di atas katil, dicapai. Setiap poket beg dikorek, mencari pendrive.

Jumpa!

Pendrive hasil duplicate copy dari laptop peribadi Dickens hari itu memaparkan beberapa fail-fail. Kebanyakannya hanyalah fail yang melibatkan kerja-kerjanya. Tangan menopang dagu, membaca setiap maklumat di depan mata flash read. Terjumpa fail yang bertulis Terminate. Ditekan. Jari menaip Lukman Ariff pada bahagian carian. Dokumen ditemui.

"Bastard..." bisiknya rendah.

Dokumen-dokumen yang disusun mengikut barisan nama itu dibuka satu persatu.


Di luar bilik, Emir menaiki anak-anak tangga dengan riak leceh. Pinggan yang membukit dengan lauk pauk diangkut dengan sebelah tangan. Pintu bilik Bo didekati. Sebuah papan tanda buatan sendiri melekat pada pintu itu, bertulis 'Miss Badass is: In'. Tanpa memberi perhatian pada papan tanda, pintu bilik diketuk.

Tiada respon.

Itu normal pada ketukan pertama. Emir mengetuk lagi. "Bo! Jangan buat aku tertunggu-tunggu! Aku nak mintak tolong kau ni!"

Tak lama kemudian, daun pintu terbuka, memaparkan muka sengal si gadis. "Jangan kacau aku tengah fokus, boleh tak?"

Emir menghulur lauk pauk yang dicampur sekaligus dalam pinggan. "Tolong aku buang benda ni."

Bo mengerut dahi. "Buang kenapa?"

"Ma aku marah aku komplen masakan dia. Dia suruh habiskan."

"Padan muka engkau, la!"

"Tolong la... bilik kau kan memang dah macam rumah sampah. Dia takkan perasan lauk basi hilang dalam bilik ni."

Bo merenung datar. Nak mintak tolong, tapi kutuk orang, dah kenapa? Pintu cuba ditutup, namun gagal. Berkerut dahinya, lalu menunduk. Emir sudah pun menahan daun pintu dengan kakinya.

Si pemuda menayang sengih. Sekali tolak, daun pintu terbuka luas, mendedahkan bilik yang penuh berisi. Sendat nafas rasanya. "Macammana kau hidup dalam bilik ni?" Soalan yang sama diberikan setiap kali dia menapak masuk. Mujur stesen solat di sebelah katil masih bersih tidak disentuh. Tapi macammana perempuan ini tidur dengan katil yang berisi pakaian tidak berlipat dan novel-novel yang penuh dengan air liur basi itu.

Dua novel dicapai dan disusun di atas katil. Pinggan berisi lauk kemudian diletakkan di atas novel tersebut. Emir tersenyum, menoleh pula pada kabinet yang diletakkan gajet-gajet Bo. Dari laptop, kepada headphoneserver-server wifi, juga pada kotak yang berisi sisa-sisa barangan elektronik yang tidak dipakai.

Bo berpeluk tubuh. "Alang-alang kau kat sini, aku nak tunjukkan kau sesuatu," ujarnya, duduk di kerusi kembali.

Emir memandang kedua-dua laptop yang dihidupkan sekaligus itu. Skrin Apple menunjukkan window yang meminta password, manakala Acer memaparkan dokumen. "Penting ka?"

Bo menoleh pada si pemuda. "Kau ingat tak projek kita pecah masuk company kat Kuching dulu tu?"

"Aha."

"Aku dapat tahu... selain aku, Dickens pun buat masalah dengan orang lain jugak."

"Obviously."

Bo mencerlangkan mata. "Bagi aku habis cakap dulu. Antara manusia yang dia pangkah... mamat dua orang yang tumpang rumah kita. Kuro dengan Aki..." Dokumen yang tertera di skrin ditunjukkan pada Emir. Lelaki itu menongkat lengan pada permukaan meja. Anak mata hazelnya fokus membaca apa yang tertera di mata.

Wajah Aki terpampang pada skrin. Akif "Yen" Elhan. Dibesarkan di Melaka, ayah mati sakit jantung dan ibu mati semasa melahirkan. Ditahan di Boys Home sejak 13 tahun dan homeschooled di situ sehingga 19 tahun kerana melanjutkan pelajaran di MTD, seterusnya menjadi tentera sebelum diberhentikan kerana membuat kes jenayah di universiti semasa menyambung pelajaran di peringkat Sarjana Muda. Pernah disuruh menjalani terapi pengurusan marah atas arahan mahkamah. Identitinya yang lain termasuklah Mursyid Izan dan Saiful Dahlan.

Semua laporan jenayah mengenai Aki dibaca dengan mata membulat. Kes cabul, kes curi, pecah rompak, membelasah pegawai polis, dan kesalahan hampir membunuh penuntut perempuan, dipercayai teman sekelas.

"Giler."

Dokumen Izzuddin Morshidi pula dibuka. Gambar Kuro muncul di skrin, membuat Emir mengerut dahi.

"Dorang hidup dengan aliases eh," ujarnya. "Macam engkau." Bo dipandang. Gadis itu mendiamkan diri, membuat Emir kembali membaca maklumat di skrin. Lelaki ini setahun tua dari Aki. Melaka. Sejarahnya dalam bidang kerjaya dan jenayah sama macam Aki. Ibu meninggal dalam kemalangan jalan raya. Ayahnya berkahwin baru dengan seorang peniaga runcit. Lima adik beradik.

Nama-nama lain termasuklah Jo Nickson, Robert Hudson dan lain-lain. Kesalahan jenayah Kuro termasuk skim kredit kad, kecurian identiti, merompak bank secara online, memecah masuk sistem polis, menukar asetatik web polis menjadi pusat membeli belah, mencuri identiti, lain-lain-lain, termasuk mencederakan penuntut perempuan, dipercayai teman sekelas.

"Hah..." Emir mengangkat keningnya tinggi. "Interesting fellow. Mahasiswa pengkaji akuatik la sangat."

Bo menjeling bersama sengih. "Kau rasa patut ke kita bagitau ma kau?"

"Of course! Dia yakin sangat yang mereka semua orang yang baik."

"Lepas tu kau nak bagitau macammana? Ma, kitorang pecah masuk pejabat Dickens hari tu dan dekat dokumen simpanan Dickens ada rekod pada kumpulan lelaki yang dia dah blacklist, termasuklah tetamu-tetamu emak." Suara digaraukan, cuba meniru suara si remaja lelaki.

Emir menjeling geram. "Fine. Kita fikir la cara lain yang boleh kantoikan dorang..." Tapi sanggupkan dia mengambil risiko memberi tumpang orang jahat begitu dalam rumah mereka. Emir tak pasti macammana nak buat keputusan....

Bo memekam bibir. "Aku rasa macam sayang..." Tangan dipanjangkan pada Apple. "I mean... maybe kitorang boleh jadi a team..." bisiknya sambil menarikan jemari pada palm rest.

"Maksud kau??"

"Kau sendiri dah tengok kan, dorang ialah target Dickens sendiri, siap kena pangkah dengan simbol merah. Aku tak rasa dorang dalam party yang sama... boleh jadi... Kuro dengan Aki fight Dickens macam kita fight Dickens. Means, kita ada common goal." Emir dipandang dengan mata bersinar.

Lelaki bermata hazel itu menghela nafas pendek. "Kau nak team-up dengan bekas penjenayah?"

Bo terdiam. Terus terang, dia sendiri takut dengan identiti sebenar kedua-dua lelaki itu. Wajah Kuro, Aki dan Mior dibayangkan. Eh eh.... Bo terkelip sekali dua, terperasan sesuatu. Jari berketik pada bahagian <Search>, mencari maklumat mengenai Mior pula.

"Kalau budak berdua tu bekas penjenayah... jadi macammana dengan mamat yang lagi satu tu?" soalnya perlahan, namun tidak ditemui maklumat mengenai Mior dalam senarai Dickens.

Ini aneh....

Emir mendiam. Tangan dilipat berpeluk tubuh, dan kepala dipalingkan pada poster Marvel di dinding. "Dia mungkin tak jauh beza dengan dorang kalau dia boleh huhahuha macam boleh lepak..."

"Safer kalau fikir macam tu," balas si gadis tanpa menoleh.

Dan senyap. Azan Zohor kedengaran, mengisi ruang yang semak itu. Emir menarik nafas dalam. Selepas azan habis, Bo dipandang. "Nanti lepas solat, kita gerak la."

"Nak kemana?" soalnya pelik.

"Masa Aunty Lynn dengan ma aku jumpa Abang Aki tu, abang tu datang dari rumah hantu tu. Maybe kita boleh intai sikit apa yang ada kat situ."

Bo mengerut dahi, memandang Emir bergerak ke pintu. "Apa kaitan rumah hantu dengan Dickens?"

"Aku tak tau. Sebab tu kita kena pergi situ. Lebih baik siasat kat tempat kejadian berbanding sekadar berfikir dengan imaginasi liar kau dalam bilik saje. Hasil kosong telur busuk. Lagi satu, kemas bilik la perempuan!!" getusnya dan terus keluar.

Bo memuncung, memandang ruang biliknya. Setiap barang itu berada di situ kerana dia taknak lupa kerana misplaced. Mungkin tak selaras dengan konsep kekemasan orang lain, tapi tak mati pun dia ada 'sense of kekemasan' yang macam ni. Ah, Emir tak faham dia.

--->> sambung

Previous: 1-Bab 9
Next: 2-Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh