1-Bab 4

ACT 1: Part 4

[DESA ILMU – 1334H]

RUMAH setingkat itu siap dikemas pada hari-hari berikutnya. Luka Aki semakin lama semakin baik walau perkembangannya lambat. Cuma tangan kiri tidak dibenarkan membuat kerja berat macam yang disuruh doktor, dan kecacatan pada kaki kirinya membuatkan Aki menjadi tempang sepanjang tempoh pemulihan.

Walaupun tangan dan kaki kiri gagal memberi kerjasama sepenuhnya, Aki masih mampu melakukan kerja rumah. Arm sling membantu tangan untuk terus digantung

"Aku baru nak panggil kau. Tengok sini." Tangan mengisyarat masuk.

Aki mendekat. Berkerut terus dahi melihat Lenovonya berada di depan si kawan. "Kau pakai Lenovo aku? Bila masa kau seludup keluar Lenovo aku?"

"Huh?" Kuro terperanjat seketika. Muka Aki dan Lenovo dipandang silih berganti. "DudeLaptop aku, PC aku, server aku, semua bersepai. Ambik masa nak baiki tu. Apa salahnya aku pinjam kejap laptop kau. Berkira la kau ni." Cursor digerakkan pada skrin, lalu rakaman pada tarikh rumah mereka dirompak, ditekan. Satu lagi window keluar, memaparkan rakaman beberapa orang lelaki pecah masuk ke rumah mereka.

Aki menjungkit kening. "Mana kau dapat rakaman ni?"

"Traffic surveillance. Kita beruntung ada satu tak jauh dari rumah kita. Agak kabur sikit la muka dorang..." Skrin rakaman cuba dibesarkan, namun pixel yang pecah menyukarkan usaha mengenal pasti identiti.

Nombor-nombor di bawah rakaman dilihat. "Tengah hari. Takda sapa yang perasan?"

Kuro sekadar menjungkit kening. "Kau tengok. Senang je dorang masuk. Rumah tak kunci pun. Kau ingat tak masa tu kau buat apa?"

"Aku kerja." Aki menoleh.

Kuro mengerling. "Aku pun kerja. Kau pernah beri kunci rumah spare kat sesapa?"

"Nobody."

Angguk. "Pernah terfikir tak ada yang rampas kunci rumah, lepas tu datang ke rumah kita, bukak kunci, lepas tu keluar macam takda apa berlaku. Orang ni yang bagi ruang kat perompak trashing rumah kita." Video di-rewind beberapa jam sebelum. Seorang gadis cantik berambut lurus memuncul di skrin, membuka pintu pagar dan pintu rumah, dan terus keluar.

Nafas terasa disedut keluar dari jantung. Aki terpaku, mengenali wanita itu. Itu Farha. Si gadis cukup selamba membuka kunci pagar dan kunci rumah mereka macamlah itu rumah mereka sendiri. Patutlah tiada sesiapa yang peduli.

"Tapi... kenapa?"

Video dihentikan seketika. "Aku tak tau. Mula-mula aku tengok, aku ingatkan kau suruh dia ambik sesuatu kat rumah kita, tapi kenapa tak kuncikan balik rumah. Kenapa laptop-laptop aku dengan server aku dirosakkan, dan kenapa hard drive aku pun hilang?" Anak mata hitam rakannya direnung tepat ke dasar. "Kenapa dia datang rumah the same day rumah kita dirompak..."

Aki memicing. "Kau rasa... dia yang lead perompak tu datang?"

"Habis tu kau rasa ada alasan lain, ke?"

Diam seketika. Memang benar ada beberapa barang di rumah mereka hilang hasil rompakan, tetapi kemusnahan total bagi properti elektronik Kuro agak mencurigakan juga. Wajah rakannya direnung.

"She's onto us?"

"Highly possible. Cuma persoalannya..." Cursor dibawa ke tengah skrin, dan wajah Farha dibesarkan. "Siapa perempuan ni sebenarnya? Apa motif dia? Apa yang dia tahu pasal kita? Also, aku tak boleh nak fikir yang dia sebenarnya ada kaitan dengan Dickens..."

Aki menarik nafas dalam. Oppo ditarik keluar dari jeans. "Aku dah tanya dia, apa sebenarnya hubungan dia dengan Mior." Kuro memetik jari, baru teringat isu itu. "Dia tak jawab-jawab..."

"Huh. Kau persuade la sikit."

"Aku ajak dia date hari ni. Tengok la macammana."

"Best of luck, dude."

Aki mengangguk, keluar.

Kuro menegur lekas sebelum si kawan benar-benar menghilang; "Kalau Coral datang lagi hari ni, aku nak cakap apa?!"

"Ler, cakap je la aku keluar." Dan dia beralih ke bilik sendiri.

Kuro menghempas nafas pendek. "Kau cakap senang la. Aku yang kena mengadap muka patah hati dia..." Dah menjadi tanggungjawabnya pula nak memujuk dan menceriakan sendu gadis itu.

Sejak Aki menjadi kudung dan tempang sekaligus, Coral melawat setiap hari. Gadis bidayuh itu volunteer menjadi tukang masak ganti untuk Aki dan Kuro. Setiap hari! Tanpa gagal! Sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Hingga Aki terpaksa menelefon bagi memaklumkan tak payah menghantar makanan dan beralasan nak makan di luar. Tetapi rutin terbaru Coral tak pernah berhenti.

Dan hari ini gadis itu datang lagi sambil membawa bungkusan nasi dan lauk-lauk.

Kuro menyandarkan lengan pada pintu gril. Sengih bersalah diberi pada gadis bidayuh yang tengah menunggu huluran bersambut itu.

"Aku hargai bantuan kau, tapi Coral, ni dah bukan membantu, tapi menyusahkan kau namanya," ujar Kuro, menyambut huluran itu.

Si gadis tersengih. "Tak menyusahkan pun. Lagipun dia kan dah dibuang kerja."

"Right."

"Sebab tu aku bagi, hehe. Aki ada?" Ruang rumah diintai.

"Dia... erm..." Isi rumah yang kosong dipandang. Bibir yang terasa kering, dibasahkan dengan lidah. Kenapa dia yang kena jadi penyampai berita buruk? Wajah comel si gadis bidayuh dipandang kembali. "Dia pergi jumpa Farha."

Mulut Coral terbuka sedikit. Senyum yang luas berubah nipis. "Oh... of course. Haha. Dah seminggu dorang tak berjumpa, kan? Sejak Aki dihentikan kerja. Sudah tentu... dia nak jumpa Farha..." Kepala dipalingkan ke laman, pada EX5 yang berdiri megah di bawah ampaian.

Kuro turut menoleh pada arah pusingan kepala si gadis. Aaah.... "Aki naik Saga aku. Dorang kat Summer rasanya sekarang."

"Oh..."

Kuro tersenyum kecil, faham kecewa si gadis kecil. "Aku boleh call dia kalau kau nak. Farha ajak jumpa pun sebab nak minta maaf pasal hari tu."

"Takpa... aku tak kisah." Tangan diangkat, melambai beku sambil kakinya diundur setapak dua.

"Sampai bila kau nak buat tak kisah, Coral?" soal Kuro lekas, sekaligus menghentikan langkah gadis berambut lurus itu.

"Apa dia?"

"Kalau kau tak berterus terang, Aki akan keep on playing dumb. Kalau kau nak making progress, you gotta do what you gotta do. Walaupun kita masing-masing tahu jawapan dia, tapi... just do the shot." Tangan dihayun seperti melibas bola pingpong.

Mereka berpandangan.

Coral menahan panas di wajah. "Aku sekadar nak jadi kawan yang baik kat kau berdua yang sama-sama takda family kat negeri ni melainkan masing-masing..."

"Kalau macam tu kau akan terus sakit."

"Lebih baik dari kena reject depan muka aku sendiri." Muka yang merah dilarikan. Gadis itu berlari anak, melarikan diri dari rumah teres itu

Kuro yang ditinggalkan menghela nafas pendek. Pintu ditutup dan dia melangkah ke dapur. Bungkusan plastik berisi nasi dan lauk-lauk diletakkan di bawak tudung saji. Epal kemudian dicapai dari dalam peti sejuk, digosok pada baju bagi membuang lilin sebelum digigit ke mulut. Em, masam!

Bilik tidurnya yang dah kembali ke wajah asal macam sebelum dirompak, dimasuki. Epal dibiarkan melekat di mulut. Lenovo yang terbuka di atas meja dihadap macam mengadap muka mahmakah. Serius, dan bersedia nak meneruskan kerja yang terbengkalai baru sekejap tadi. Pop-up window segi empat panjang berwarna hitam di skrin Lenovo menunjukkan beberapa karakter data berwarna hijau. Nombor, huruf dan beberapa simbol ditekan dengan tangkas pada dada keyboard. Mata Kuro pula langsung tidak berkelip merenung skirn.

"Shit." Tersedar bila liur meleleh keluar dari ruang mulut yang terbuka. Epal ditanggalkan dari gigitan dan liur licin itu sekadar dikesat dengan bahu. Buah masam berasid itu digigit lagi bagi memuaskan kehendak gigi yang nak mengunyah. Sambil mengunyah, barisan data terus dicipta.

Enter ditekan.

Kuro bersandar, menanti output. Jus masam epal yang larut dengan liur ditelan ke perut. Tak lama, satu lagi pop-up keluar di tengah skrin, menunjukkan data Mior Johari bin Babamok daripada simpanan data polis. Kuro tersenyum kecil.

"Jackpot." Belakang dipisahkan dari sandaran dan epal dipindahkan ke meja. Mouse dipegang, membawa cursor pada link-link biru. Logo polis yang tertayang di hujung kiri window langsung tidak menimbulkan takut kerana telah pecah masuk ke sistem yang terlarang itu.

Muka serius Mior terpampang sebagai salah seorang manusia yang pernah ditangkap pihak polis. Maklumat peribadi Mior yang disimpan pihak polis dibaca satu persatu.

"Adik... adik..."

Link ahli keluarga Mior ditekan. Ayahnya, Babamok dilaporkan meninggal tiga bulan lepas. Ibunya, Eunice juga dilaporkan hilang sejak tiga tahun lepas. Si adik, Farha binti Babamok didapati hilang bersama ibunya. Babamok, ayah Mior dilaporkan sebagai penjenayah yang dikehendaki polis atas kesalahan merompak, mencuri, membeli dan menjual dadah, dan sebagainya. Pandai melarikan diri, tapi akhirnya mati tanpa sebarang sebab yang diketahui. Kes bunuh Babamok dibiar tergantung, kerana tiada kehendak yang mahukan kematiannya diberi pengadilan.

"Mior... Mior... patutlah perangai macam haram. Family serba serbi macam setan."

Data Farha pula dibaca. Pencarian seorang gadis melayu berambut panjang lurus ke dada, tinggi lima kaki dua inci dan mata berwarna coklat. Jika jumpa, sila laporkan ke balai polis terdekat.

"Duit free..." Wajah gadis itu direnung tajam. "Kenapa lari dari rumah dan datang sini, wahai puteri Aki..."

Jari berketik lagi pada keyboard, menulis nama Alastair Dickens. Berniat nak ambil tahu berita terkini lelaki setan bertopeng malaikat itu dari segi undang-undang. Ada kes terbaru, kah?

Result kosong.

Eh? Terperanjat seketika. Usahawan itu, walaupun memiliki nama yang bersih di dalam kalangan penduduk Malaysia, tapi diketahui oleh kumpulan korporat sebagai seseorang yang cukup bermasalah. Rasuah, songlap duit, pemalsuan dokumen, saman menyaman, itu semua perkara biasa. Tapi tidak pernah terbukti kerana Dickens memiliki pasukan legal yang kompeten dan tahu macammana nak menutup bangkainya dari pihak berkuasa.

Sekurang-kurangnya, dia sendiri dah menghantar laporan mengenai Dickens pada suatu ketika dahulu kerana menipu duitnya, hingga mahkamah memerintahkan supaya Dickens tidak lagi mengganggu Kuro dan Aki. Rekod itu pun sepatutnya masih ada....

Pencarian masih kosong. Malah sistem arkib pihak polis sememangnya bersih dari nama lelaki korporat itu.

Kuro gamam. Pihak polis dah padamkan rekod jenayah Dickens... kah?? Ini tidak patut.


[SUMMER MALL – 2100H]

Aki dan Farha melangkah keluar dari pintu belakang wayang. Baru lepas menonton The Transporter: Refueled. Aki si tempang melangkah laju bersama sinar yang sangat ceria di muka. Pemuda itu santai berjeans labuh melebihi tumit sneaker, berbaju hitam dan berjaket kuning hitam.

Tangan disatukan ke belakang punggung dan mereka terus bergerak beriringan di sepanjang laluan pejalan kaki. Terdengar dering dari beg bimbit si gadis. Terus disambut panggilan itu. "Oh, my mum. Kejap eh." Farha beralih sedikit.

Lelaki itu tersenyum, tidak sekalipun melepaskan renung pada wajah cantik itu. Terpandang earbud tanpa wayar di telinga kiri si gadis. Kerut menimbul spontan. Perbincangan dengan Kuro teringat kembali. Aki menarik nafas dalam, cuba menelan dan mencerna apa yang perlu dilakukan dengan gadis yang diminati ini.

Perkenalan dengan Farha cuma setahun dua. Lima tahun lepas, dia dan Kuro terbang ke Sarawak dengan harapan membina kehidupan baru kerana tiada sesiapa yang mengenali mereka di sini. Lagi-lagi dalam daerah pedalaman ini. Haru bila berkali-kali dituduh gay oleh mereka yang gemar menghakimi, hingga akhirnya mereka sendiri berlagak gay kerana lebih seronok melihat muka yang terang-terang geli dan menyampah itu.

Hingga Farha muncul dalam hidupnya. Lawak Kuro tinggal lawak kosong. Aki langsung tidak menyembunyikan perasaannya pada si hawa, namun Farha sebaliknya berlagak sombong. Enggan melayan. Mahu fokus dengan kerja dan keluarganya, namun akhirnya Farha sudi berkawan setelah usaha berpanjangan.

Selesai melaporkan sebab kenapa dia masih tak balik walaupun dah lepas waktu Isyak pada ibunya, gadis itu menoleh pada Aki. Perasan si lelaki terlalu lama merenung. Senyum janggal terukir. "Kenapa... ada sesuatu kat muka saya ke?" Pipi disentuh. Namun tidak sekalipun lelaki itu bereaksi, apa lagi berkelip. Farha menahan debar. Dia tahu Aki menyukainya, tapi damn! Tolonglah jaga pandangan! Sisi rambut dibetulkan supaya menutup kedua belah telinga yang terasa panas.

"Nak makan dulu sebelum balik?" ajak pemuda itu. Tanpa menunggu balasan Farha, tangan si gadis dicapai dan terus ditarik ke eskalator.

Sushi King menjadi pilihan. Meja yang dirasakan paling tersembunyi diduduki. Selesai meminta order dari pelayan, fokus dikembalikan pada Farha.

"So, apa dia yang pasal Mior yang awak boleh ceritakan kat saya?"

"Macam yang awak tahu, lah. Dia abang saya."

Mata terpicing. "Tu je?"

"Yep tu je yang saya boleh cakap. Awak pulak, apa kena mengena awak dengan dia?"

"Antara saya dengan Mior?"

"Ha'ah. First time saya tengok dia macam... berapi-api bila jumpa seseorang. Apa dah jadi antara awak dengan dia?"

Aki menjungkit sebelah kening. Minuman mereka sampai, menghentikan perbualan itu seketika. Setelah berterima kasih, Aki merenung gadis itu kembali.

"Kenapa tanya?"

"Erm... just because? Sebab saya dengan dia takde la rapat sangat... so saya pelik kenapa dia suka sangat cari pasal dengan awak..." Sengih janggal diukir.

Aki menjungkit sebelah kening. "Berbanding kisah pasal saya dengan dia, apa kata awak cut to the chase and explain, kenapa awak ikut Mior pergi ke rumah hantu tu hari tu." Riak Farha berubah sedikit. Aki pula mendekatkan badan ke meja. "Saya tahu awak pun nampak apa yang saya nampak. Hantu budak perempuan."

"Tu cuma bayangan... sebab awak kesakitan... saya pulak cemas..." Farha membalas tenang. Langsung tidak berisi sebarang getar pada nada suara, seolah-olah tiada apa yang pernah berlaku.

Aki cuba mencucuk lagi. "Mior pun nampak."

"Dia cakap itu cuma ilusi..."

"Bila dia cakap? Awak jumpa dia?" Ahah!

"Malam tu, bila kitorang balik..."

"Balik ke mana?" Laju memotong.

"Balik rumah la. Mak tak bagi dia tidur dalam rumah sebab mak masih takleh nak maafkan – sorry." Sambil meminta maaf, kepala Farha terpaling ke kanan. Pandangan matanya juga beralih ke tingkap dari wajah Aki ke arah dinding.

Bahasa tubuh Farha yang agak mencurigakan menjentik hati si lelaki. Lalu Aki bersandar. "Well, saya dijumpai orang kampung malam tu. Dorang rawat cedera yang saya dapat dari Mior... dan dorang bercerita pasal rumah hantu tu."

"Rumah tu bukan rumah hantu," bidas Farha.

"Kenapa bersungguh sangat?"

Mata spontan mencerlang. "Sebab memang bukan!! Hantu cuma ilusi! Apa yang kita pernah nampak bukannya benar-benar ada!" jerkahnya sambil menepuk meja kasar.

Sekali lagi lelaki itu mengerutkan dahi. Mereka bertentangan pandang seketika, sehinggalah gadis itu menghempas belakangnya pada sandaran kerusi. Dengus turut dilepaskan.

Pandangan Aki bertukar redup. "Farha. Kenapa awak ke pergi ke rumah tu dengan Mior at the first place?" Diulang lagi soalan yang masih gagal dikorek jawapannya. Kali ini dengan penuh berhati-hati.

Wanita berambut lurus itu mendiam. Tangannya saling bergenggaman sesama sendiri, nampak ketakutan. Sekali sekala, rambutnya dipintal-pintal. Bibir yang bersalut lipstick merah gelap digigit sekali sekala, dan anak mata turut dilarikan dari Aki ke lantai sekali sekala.

"Saya... saya ikut arahan dia..."

Setiap gerak tubuh itu direnung datar. Perhatian Aki kembali pada earbud tanpa wayar di telinga kiri gadis itu. "Hey... cool off..." Tangan Farha digenggam. Terbejat terus pergerakan si gadis. Aki mengukir senyum lembut, dan tangan terasa sejuk dan berpeluh itu diramas lembut.

Sushi sampai kemudian. Spontan Aki menarik tangannya kembali. Sengih diberi pada pelayan wanita yang memandang dirinya macam melihat pencabul yang ditangkap kantoi.

"Kitorang husband and wifeSee?" Cincin besi di jari manis kiri ditunjuk.

"Oh... enjoy," balas si pelayan, dengan senyum yang lebih ikhlas kini.

Farha merenung cincin di jari manis lelaki itu. Memang dah lama perasan si lelaki ini memakai cincin, tapi dari siapakah? Bila ditanya, lelaki itu membalas pendek; "Cincin nikah ayah saya."

"Oh."

"Yep. Ayah dah meninggal. Lama dah. Sebab kenapa meninggal, awak boleh tanya Mior." Rumpai laut dicarik dan dibawa ke mulut.

Mior tahu? Gadis berambut lurus itu tersenyum kecil. "So sweet. Mak awak macammana?"

"Dah innalillah jugak. Mati syahid, sebab meninggal lahirkan saya."

"Oh... kesiannya."

"Takda apa yang nak dikesiankan. Untung untuk dia sebab mati syahid. Yang lebih kesian rasanya awak, sebab terpaksa berabangkan Mior tu."

Farha tergelak kecil. "Saya dengan Mior tak rapat pun. Kira macam... dah bertahun tak bercakap. Mungkin agak rapat masa kecil... dia banyak sangat terpengaruh dengan ayah saya... haha. Well, tu cerita lama."

"Oh... dah bertahun tak bercakap, tapi kenapa ikut dia ke rumah hantu tu hari tu?" soal Aki kali ke berapa entah, memotong kata-kata si gadis. Masih tidak jemu bertanya.

Farha terpaku. Mulut dizip dan pandangan mata Aki ditentang.

"Saya ada alasan saya... Mior tak suruh saya bagitau."

"Ohoh. Mior tak suruh. Okay..." Pelipis digosok. Wajah cantik itu direnung, lalu Aki bangkit, beralih ke sebelah Farha. Gadis itu terpaku, spontan membina ruang antara mereka. Aki memegang tangannya, digenggam erat.

"Look. Saya tak tau apa awak tengah buat sekarang, dan apa awak terfikir nak buat, tapi tolong jangan buat."

"Apa dia?"

"Awak cuma ada mak awak, saya faham. Tapi Farha, permainkan saya macam ni takkan bantu awak dalam gol awak. Sebab kenapa awak bukak kunci rumah kitorang hari tu... saya takkan tanya." Muka gadis itu berubah mendadak. Pucat, dan merah sekaligus. Aki mengelus pipi kiri si gadis. Rambut sisinya disisip ke telinga. "So pleasewhatever you're trying to do... stop."

Gadis itu terpaku, tidak berkelip. Aki mengukir senyum nipis. Dompet dikeluarkan dan duit seratus diletakkan di atas meja. Lalu tanpa pamitan, Aki pergi meninggalkan Farha termangu keseorangan.


DARI Sushi King, langkah terus dibina ke ruang parkir kereta di bawah Summer Mall. Bilangan pengunjung di mall itu dah sangat sedikit. Jam tangan dilirik. Sudah tentu, mall dah nak tutup. Aki mengeluarkan earbud tanpa wayar yang curi-curi ditarik dari telinga Farha sebentar tadi dari arm slingnya.

Memakai earbud sepanjang hari semasa dating, sudah tentu nampak pelik dan kebas telinga. Entah siapa yang memaksa gadis itu buat kerja begini. Earbud tanpa wayar itu diteliti sebelum dipadat ke telinga. Kedengaran terus suara lelaki dari gajet tersebut.

"Farha... Farha... kau dengar ke tidak. Kau cover jenayah kau cepat supaya kau tak libatkan aku sekali. Kau ni tak guna betullah..."

Aki memicing. Ini suara Mior. Beberapa saat kemudian, kedengaran lagi.

"Hilang? Apa maksud kau hilang? Kau maksudkan Aki... damn."

Suara si lelaki tiba-tiba termati. Hilang terus. Aki melajukan langkah ke tempat letak kenderaan. Farha mungkin baru sedar earbudnya hilang. Dengan senyum kecil, Aki berlari anak ke arah Saga hitam.

Tak sempat sampai ke arah baby, seseorang memuncul di hadapan Aki. Terbejat terus langkahnya.

Mior mengukir senyum kecil. "Hai Aki."

Aki memicing. "Hantar adik nak spy aku on our dateDick move, big brother."

"Terpaksa. Seseorang bagitau aku kau tau sesuatu yang kau tak patut. Dia suruh aku mampuskan kau terus kalau boleh."

Dahi Aki berkerut sedikit. Dia... huh? "Aku tak tau kenapa kau datang Sarawak dan apa kau nakkan dari aku, tapi aku ke sini sebab aku nak bina hidup baru, Mior. Back off."

Lelaki bertubuh kekar itu tidak mendengar. Aki dihampiri dengan langkah laju dan penendang terus dilepaskan. Lelaki tempang itu mengelak. Pergerakannya nyata lembap dan tidak tangkas, namun tidak menghalang Aki nak menyerang balas. Kaki yang tempang dilayangkan ke udara, menyapa sisi pinggang Mior. Mior mengaduh sakit di pinggang. Aki mengaduh pada tekanan serangan di kaki sendiri.

Mior mendengus keras. Pisau lipat dikeluarkan dan terus membelah udara. Aki terkejut, mengelak. Selajur, dirinya ditendang tepat ke perut hingga tersedak air liur. Sekali lagi Mior melepaskan tendangan sisi, menyebabkan Aki terhempas ke lantai. Tangan kiri yang dalam proses pemulihan makin teruk lukanya, lalu lelaki itu menjerit sakit.

Lelaki itu mendekat dengan pisau di tangan. Namun niat itu tinggal niat bila belakang tengkuk menerima hentakan kuat. Kesedarannya hilang berganti pitam. Mior terjelepuk ke jalan, tak bergerak-gerak lagi.

Di belakang Mior, Farha menurunkan semula kaki selepas melepaskan tendangan tinggi. Pada Aki yang ternganga luas, renungan sayu diberi.

"Lets talk..." ujarnya rendah.


Previous: 1-Bab 3
Next: 1-Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh