1-Bab 3

ACT 1: Part 3

[KAMPUNG BANGKA SEMONG – 0445H]

SAKIT di seluruh tubuh memaksa Aki terbangun dari tidur. Lena hilang terus berganti denyutan pada siku kiri dan kaki kiri. Aki mengerutkan dahi, melilau pandang ke seluruh ruang. Gelap gelita. Dalam kuburkah? Kedengaran sayup-sayup bacaan al-Quran di hujung dunia. Kuro mengaji??

Pergaduhannya dengan Mior malam tadi segar di ruang kepala. Niat asal nak mengejar Mior sebab nak mendapatkan Farha... tapi kemudian Farha lari dengan Mior, sekaligus meninggalkannya. Sampai hati Farha....

Terdengar bunyi kuakan pintu. Engsel berkarat menghasilkan bunyi kriek yang panjang, sekaligus menimbulkan debar. Aki mengerut dahi. Terlihat jari jemari pucat berdebu, menolak pintu almari supaya terbuka. Tubuh seorang perempuan bersaiz kecil turut keluar, sambil memalingkan mata putih dan mulut terbuka itu ke arahnya.

Mata Aki terbuntang luas. "Graaaahhh!!!" pekiknya sekuat hati. Darah yang berderau di dada usah disebut. Aki sesak nafas. Tubuh dipaksa bangun dari perbaringan, namun kesakitan di seluruh tubuh menutup niatnya. Lalu dia merengkok, menahan pedih. Nama Tuhan yang Esa disebut berkali-kali, mengharap kekuatan dan ketenangan hati.

Allah Allah Allah Allah Allah Allah...

Takut. Benar-benar kecut perut. Benarkah apa yang baru dilihat. Ya Allah, kenapa Kau tidak simpan saja makhluk ciptaan Kau di sebalik hijab alam sebelah? Almari itu ialah pintu ke alam sebelahkah?!!

Hanya bila berada dalam situasi hidup dan mati seseorang itu akan menjadi penyembah Tuhan paling zuhud.

Keadaan sekeliling tiba-tiba bertukar terang. Aki terperanjat, mendongak ke atas. Lampu pendaflour pada siling nampak cukup asli. Kepalanya dipaling ke kiri ke kanan. Dia kini... berada di sebuah ruang tamu yang tidak dikenali... dan di atas toto biru yang tidak dikenali... dan seorang makcik yang tidak dikenali mendekatinya dengan kerusi roda. Senyuman kecil tersungging di bibir nipis.

"Awak okay?"

Dari bahasa lidahnya, nampaknya bukan penduduk Sarawak. Kuat benar jodohnya dengan rakyat bukan Sarawak di negeri ini. "Saya kat mana?"

"Rumah saya. Well, rumah arwah mentua abang tiri saya dengan keluarga dia, tapi tak kisah la pasal tu. Awak okay ke tak? Telinga boleh dengar dengan jelas ke tidak? Kepala okay? Boleh faham? Tengok jari saya, ada berapa." Tiga jari ditunjuk.

Soalan-soalan yang diberi terasa macam tembakan senapang bertalu-talu ke telinga. Aki mengurut kepalanya, terasa perit. Namun kerana soalan-soalan itu jualah dia makin sedar keadaannya kini. Zikir semakin kuat laungannya di telinga. Dari mana agaknya bacaan yang macam datang dari radio itu.

"Apa saya buat kat sini?"

"Awak hampir terlanggar kitorang malam tadi. Saya tak tahu apa awak buat kat rumah kosong tu, tapi awak cedera parah. Pengsan terus lepas langgar pokok." Aki menjeling, merenung sepasang mata hitam yang sedang tersenyum. "Takda klinik terdekat yang buka tengah malam, budak. So, saya dengan kakak ipar saya angkut awak ke sini. Cuma rawatan kecemasan." Telunjuk dituding ke tubuh si lelaki.

Kenapa tak hantarkan terus ke Hospital Umum Sarawak?? Tetapi soalan itu dibiarkan tak berjawab, alang-alang dah menerima kebaikan orang. Aki menunduk, melihat tubuhnya sendiri. Tangan kirinya dah berbalut dan digantung ke leher. Kaki yang luka ditusuk kayu juga dilihat. Juga sudah dibalut. Muka dipegang. Bertampal penuh dengan kapas dan plaster. Cuma luka luaran, luka dalaman entah apa cerita. Apapun, terima kasih diberi pada si kakak.

"Takda hal. Saya harap awak takkan libatkan kitorang dengan benda yang lebih teruk cuma dengan beri bantuan perubatan."

"Tak... tak... malam tadi saya cuba tolong makwe saya dari dirogol. Tapi lepas tu terjumpa hantu."

"Hahah! Pun boleh. Apa nama kau?"

"Aki."

Kening nipis itu terloncat tinggi. Nampak terperanjat. "Aki? Odd name."

"Hahah. Ramai yang cakap macam tu. Akif sebenarnya. Aki in short."

"Nama dah pendek, dipendekkan lagi."

"Haha... member dah biasa panggil macam tu. Saya biar je la."

Bibir nipis itu meleretkan senyum ke telinga. "Point taken..."

Azan subuh kedengaran, menutup perbualan yang seketika. Wanita yang masih tidak diketahui namanya itu beralih. "Awak nak ambik wuduk? Saya boleh tolong."

"Erk..."

"Anak saya maksud saya." Cik puan itu beralih ke pintu terdekat. "Emir! Bangun, subuh! Tolong abang tu ambik wuduk!"

Aki memaksa diri untuk duduk, melihat seorang remaja lelaki keluar dari bilik dalam keadaan mamai. Cik puan itu menunjuk pada dirinya, membuatkan remaja bernama Emir merapat bersama kuap.


SIANG semakin memunculkan diri saat jam menghampiri pukul tujuh. Aki di dapur disuruh duduk di meja makan, jangan bergerak ke mana-mana dan makan apa yang diberi. Ahli keluarga pemilik rumah yang tidak dikenali memuncul satu persatu untuk bersarapan.

Ketua keluarga ialah seorang lelaki dewasa. Encik Badrul namanya. Seorang anak kelahiran Johor yang menginap di negeri ini kerana mengejar jodohnya. Isterinya pula ialah anak Sarawak tulen, walaupun semasa dikahwini ialah seorang janda kematian suami; Puan Lynn. Lidahnya pekat sekali dengan bahasa Sarawak hingga Aki terpaksa meminta ulang suara dan akhirnya terpaksa dijelaskan oleh bekas adik iparnya, cik puan yang menegur Aki siang tadi.

Cik puan itu lebih gemar dipanggil dengan gelaran Ekin. Bersaiz kecil dan memiliki sepasang anak mata hitam bening. Mungkin tidak pandai memasak, kerana sejak awal tadi kerjanya ialah cuba membantu tetapi menyusahkan Puan Lynn melakukan kerja di dapur.

Kedua-dua wanita itu memiliki anak masing-masing. Seorang bermata hazel dan seorang bermata hijau. Seorang sekolah menengah rendah dan seorang lagi sekolah rendah. Emir dan Jean. Kedua-duanya lelaki, dan kedua-duanya muda remaja hingga Aki susah sekali nak mengajak berbual.

"Dah sihat?" soal Encik Badrul padanya. Aki menoleh, beralih perhatian dari Emir dan Jean yang sedang berbual. Tak sempat nak menjawab, Ekin menyampuk.

"Pandainya soalan kau. A plus."

"Diam la kau. Belajar sikit macammana nak memasak dari Lynn."

"Hohohoho aku dah boleh memasak, tau. Aku dah improve a whole lot since the last time aku hidang kau masakan aku." Mata dicerlang.

Encik Badrul menuding pada periuk yang berisi bubur hangit di singki. "Improvement yang macam tu?"

Merah sedikit mukanya. "Tu bukan salah aku! Aku distracted...!"

"Kau sentiasa distracted!!"

"Hampei entam... udah agik bah. Kitak juak, ranto ne jak nak nemu orang palak batu sik pandei-pandei blaja masaq. Kelak-kelak agik kali nya nunjok improvement nak dipadah nya gilak ya."

Aki menoleh dengan mata bulat. Tu dia aih! Satu lidah Sarawak dalam kalangan manusia yang berbahasa melayu baku. Aki merenung wajah mereka silih berganti, kemudian pada Ekin yang tengah memasang muka selenger pada Puan Lynn.

"Kau tengah support aku ke... kutuk aku ke...??"

Puan Lynn gelak.

Aki akhirnya menggelengkan kepala. Putus asa nak faham.

Selesai sarapan, Aki bergerak ke pintu rumah. Bila cahaya matahari dah menyentuh bumi, baru nampak suasana sebuah kampung di luar sana. Anak-anak kampung yang mengenakan uniform sekolah rendah sedang mengendong beg sekolah sebesar alam di tengah jalan sana. Aki memerhati penuh rindu.

Usah kau risau, budak. Nanti naik sekolah menengah, beban beg berkurang sedikit, dan boleh jadi hilang terus bila naik universiti. Datang ke kelas cuma dengan handphone dan sebatang pen dah cukup. Handphone bagi menangkap gambar nota di skrin putih dari LCD, dan pen bagi mengisi kedatangan. Kertas tak payah, kerana boleh dipinta dari rakan-rakan perempuan. Selebihnya cuma menggunakan kepala.

Suasana kampung terus diperhati. Setiap rumah cukup rapat dengan rumah yang lain. Beza jarak cuma dalam dua tiga langkah. Tiada pagar nak memagar rumah dari ancaman orang asing, dan laman juga berkongsi simen! Pokok-pokok kelapa nampak penuh di belakang rumah seberang sana. Ada pantaikah di sana? Satu-satunya pantai yang dia tahu ada di Sarawak ialah di Pantai Damai Resort sana.

"Abang, ma suruh jangan bergerak banyak. Tahap luka abang sepatutnya memerlukan jahitan, so ma suruh rehat sebelum dorang hantarkan ke klinik lepas ni." Remaja lelaki bermata coklat cair itu menegurnya.

Aki menoleh ke belakang. "Budak, saya kat mana?"

"Emir."

Seketika, akalnya kelam. Mata bulat coklat cair itu direnung tepat ke dasar, memikirkan makna jawapan yang diberi. "Okay... Emir. Emir. Nama awak Emir? Okay okay. Saya kat mana sekarang ni, Mir?"

"Rumah saya."

"Tak... sekarang ni saya kat kampung mana?"

"Kampung saya."

Komunikasi gagal. "Okay..." Kepala digeleng sekali dan dia beralih, nak ke dapur. Nak mendapatkan maklumat dari manusia dewasa pula. Langkah termati bila bertembung dengan seorang gadis yang sedang menuruni tangga. Rambut di paras bahu itu cukup serabai tanda baru bangun tidur. Tubuhnya pula bertutup penuh dengan pajama labuh. Mereka berpandangan seketika. Masing-masing terpaku sebelum gadis itu berkalih, berlari semula ke tingkat atas.

Ada anak dara dalam rumah ni rupanya. 

Barulah terasa seronok sedikit tersesat di kampung ini.


"AUNTY, ada jumpa handphone saya?"

"Aunty apa benda?! Kita baya!" Marah.

"Ouh." Belakang kepala digaru. Dipanggil aunty sebab cik puan ini dah ada anak besar panjang macam tu, tapi daripada rupa yang awet muda itu, macam lebih muda dari dia pun hado. "Mana tahu kita baya?"

"Aku tengok IC kau."

Ah, pandai. "Ada jumpa handphone saya?" Sambung bertanya.

"Handphone kau? Jenis apa?"

"Oppo. Cover putih."

"Tak perasan pula. Tertinggal kat kereta kau malam tadi, kut."

"Kalau macam tu tak payah hantarkan saya ke kliniklah. Boleh tak bawakkan saya balik ke kereta saya malam tadi. Lepas tu saya pergi ke klinik sendiri."

"Boleh ke kau memandu dengan tangan patah dan kaki luka macam tu?"

"Saya walaupun macam cicak kering, tapi saya tough."

Ekin mencekak pinggang, tidak yakin. "Biar dorang hantarkan kau ke klinik. Lepas kau benar-benar selamat kat rumah kau, dorang balik la."

"Dorang?" Puan Lynn menoleh pelik. "Hau mpun sik join?" 'Join' itu disebut seperti jo-ein.

"Aku ada komitmen lain dekat Kuching, duhhh..." Rahang dipanjangkan, bergaya ejek. 

"Nak pa nama perangei camya." Puan Lynn menepuk dahi. "Alu tua camya jak..."

Ayat itu bersifat memerli. Dengan muka selamba, Ekin menoleh pada anak lelakinya yang mencuri dengar dari tadi. "Emir. Kau pergi teman makcik selenger engkau ni teman si abang tu."

"Em..." Hanya itu yang disahut, tanda akur.

Aki akur dengan rancangan yang dibuat untuknya. Selepas berterima kasih dan curi-curi mengintai si gadis yang menuruni anak tangga ke dapur, Puan Lynn dan Emir membawa dirinya ke rumah hantu itu kembali. Bila diperhati jalan keluar dari kampung, tidaklah jauh mana! Rumah kayu itu benar-benar di luar kampung. Tidak sampai pun sepuluh minit!

Berbanding kawasan kampung yang padat dengan rumah dan penduduk, di luar kampung cukup gersang dari penduduk. Yang ada cuma hutan semak, pokok-pokok hutan dan jalan raya. Ada rumah satu dua, tapi cukup jauh jaraknya antara satu sama lain.

Mereka sampai ke rumah hantu tersebut. Myvi kuning diparkir di tepi jalan, dan Aki mendapatkan Saga hitam yang masih mencium pokok di tepi jalan. Masih tidak bersentuh. Habis la kena bunuh Kuro kalau dia tengok keretanya menerima nasib begini.

Puan Lynn dipandang. "Maaf sebab hampir langgar aunty malam tadi."

"Aih. Sekda hal la pok. Yang penting, sikda yang mati. Kau, pa dipohal hau siya?" soalnya pula sambil menunjukkan ibu jari ke rumah besar yang bertentangan dengan mereka.

Aki menoleh, merenung rumah besar yang pelik itu. Pelik nombor satu, saiz rumah itu lebih besar dari kediaman normal penduduk di sini. Pelik nombor dua, rumah sebesar ini dibina di tanah yang tidak popular untuk dijadikan tempat kediaman. Tiada jiran. Tiada kedai runcit untuk membeli keperluan makan. Dan boleh tahan jauh jaraknya dari kedai runcit di kampung.

Pintu rumah masih terpelahang terbuka membuktikan kejadian perkelahian malam tadi benar-benar berlaku. Teringat semula pertemuannya dengan makhluk halus itu, membuat isi perut Aki bergolak nak naik ke tengkuk.

"Wow." Emir bersuara, turut terpaku melihat rumah di depannya. "Siapa yang nak bina rumah sebesar ni kat tempat yang macam ni. Siapa punya rumah ni, aunty?" soalnya, menoleh pada Puan Lynn.

Aki menoleh, turut berminat nak ambil tahu.

"Aki hoi!"

Suara itu kedengaran kuat dari arah rumah, menarik perhatian si cedera untuk menoleh. Kuro dengan Coral ada laman rumah terbiar disana, sedang melambai padanya. Muka tenang berganti kerut. Dengan langkah laju, jalan raya yang kosong itu dilintasi, dan jambatan kayu separa kukuh juga diredahi.

"Korang buat apa kat sini?" tegurnya terus pada Kuro yang turut merapat ke arahnya.

"Hahahah." Kuro menoleh pada Coral di belakang. "Dia boleh tanya kita buat apa kat sini... Aki... Aki..." Si kawan dipandang dengan senyuman nipis. Kolar baju Aki ditarik dan digoncang kuat. "Kau buat apa kat sini, giler!!" jerkahnya terus!

Terperanjat.

"Kau rampas baby aku, kau bawak lari baby aku, dan sekarang baby aku tengah cium pokok sedangkan kau sendiri hilang?!" Telunjuk dituding tegak ke arah Saga hitam kesayangan intan payung di seberang jalan sana. "Dah la tak reti-reti nak contact aku kut pun kau tengah emergency, dan sekarang kau-kau-kau... kenapa luka kau nampak lebih teruk dari semalam?" Tubuh itu dipandang atas bawah. Baru perasan.

Aki sekadar memekam bibir. Coral yang turut tak berkelip memandangnya atas bawah sekadar diberi senyum kecil. "Aku dari kampung sebelah. Korang datang sini dengan apa?"

"EX5 engkau." Ibu jari ditunjuk pada motosikal merah di tepi. Dua helmet ada di atas motosikal itu.

Aki mengangguk. Pada Puan Lynn dan Emir yang merapati mereka, lalu diperkenal. "Pasal Baby, nanti aku cerita. Tapi yang ini Puan Lynn. Ini Emir, anak sedara dia. Dorang ni tolong aku malam tadi, yang bagi aku rawatan kecemasan masa aku hampir-hampir langgar dorang..."

Kuro dan Coral bertukar pandangan. Telepati berlaku dalam masa beberapa saat sebelum sama-sama berpaling pada Aki kembali. "Sure. Benda macam tu memang selalu terjadi kat dunia ni... aku pernah jadi punca seorang makcik melahirkan bayi dia kat tengah jalan sebab aku terlanggar kereta dia masa on the way ke hospital. Makcik tu bagi gratitude sebab aku beri dia pengalaman melahir tanpa bidan, buat jalan sesak sampai highwayand then jadi selebriti sebulan dalam surat khabar." Mata dicerlangkan bersama sengih.

Aki menghela nafas pendek, menahan sakit hati diberi jawapan sarkastik. "Si sengal dua orang ni pulak kawan-kawan saya. Kuro dengan Coral." Kedua-dua manusia yang dah berbakti padanya dipandang sambil menunjuk ibu jari pada dua manusia sengal di dunia. "Kitorang ni sebenarnya on the way nak ke klinik. Aku ingat nak ambik kereta kau... tapi alang-alang kau dah ada, jadi senanglah."

Kuro mengangguk, sekadar menerima tanpa malas nak mengambil tahu lebih. Sambil mengukir senyum, dia memanjangkan tangan pada Emir. Salam perkenalan. "Aku Kuro. Thanks... and sorry sebab terpaksa susahkan korang jaga dia ni."

Emir menyambut salam tersebut tanpa kata.

"Kau berdua dah lama ke kawan?" soal Puan Lynn, berbahasa baku. 

Kuro mengangguk. "Yep. Kawan rapat. Sepanjang malam saya tunggu dia kat bilik, dia tak balik-balik. Mana la saya tak risau. Dah tiga hari tidur sebilik, saya jadi tak biasa bila dia tiba-tiba tiada..."

Buk! Kepala ditampar dari belakang. Buat lawak gay dekat Coral takpa, tapi gila kenamanya buat benda yang sama dekat orang asing. Tak sayang nama bapak langsung!

Kuro mendehem nipis, mengawal gelak. Coral, Puan Lynn dan Emir memandang Aki dengan muka berkerut, manakala lelaki lebam itu mengeluh pendek.

"Dia gurau."

"Obviously," sahut Emir curiga.

Aki melepaskan deheman janggal sebelum menoleh pada Kuro yang tersengih nakal. "Macammana kau boleh tergerak nak cari aku kat sini?"

Si kawan menjeling. "GPS, duh." Oppo Find 7 Aki ditarik keluar dari poket jeans belakang dan dilontar pada si kawan. Aki menyambut dengan kening terangkat, melihat beberapa missed call dan isi Whassap dari Kuro. "Aku jumpa kat situ," lanjut si kawan. Telunjuk dituding ke pintu rumah yang terbuka luas tanpa pintu. "Banyak kesan fight. Kesan tayar kereta pun masih fresh kat tanah. Kau buat apa kat sini malam tadi?" soalnya sambil mencekak pinggang.

"Aku kejar awek yang diangkut lelaki lain sampai ke sini... gaduh-gaduh-gaduh... selebihnya, sejarah." Puan Lynn dipandang bersama senyum janggal.

Teringat Aki mengejar Mior dan Farha malam tadi. Kuro mengerut dahi, menoleh ke rumah besar dua tingkat itu. "Kalau angkut ke Kuching, aku faham la jugak. Tapi kenapa angkut ke sini? Semak kat Desa Ilmu tu pun cukup aje nak buat projek sekalipun. Dah la jauh!" Sepanjang perjalanan dari Desa Ilmu ke sini sebentar tadi juga mampu membuatnya kebas punggung sebab duduk lama sangat di atas motosikal.

"Boleh jadi dorang kat sini bukan sebab nak buat projek," sahut Aki, turut merenung rumah itu.

Coral menggosok lengan, menurunkan bulu roma yang terasa menegak dek aura seram yang dikeluarkan rumah itu. "Aku tak rasa ada yang nak buat projek dalam rumah pelik macam ni..." getusnya sebelum memandang kedua-dua penduduk lokal. "Kitak oragn tauk ka sapo ngempun?" soalnya kemudian.

Kuro dan Aki memandang Coral. Jarang dengar rakan perempuan mereka ini bercakap dalam Bahasa Sarawak.

Puan Lynn tersenyum. "Pak guard rah HUS nun nengar eh. Mak apak nya mati dibunuh tentera jepun. Lekak perang dunia keduak tamat, alu nya lonely. Sik tauk rah tuju, sik tauk mok molah apo. Tua paloi giya jak. Tegal palaknya stress ilak ntam perang, kataku jak, alu nya ngangkut mayat dari rumah mayat gak hospital ya tek, disimpan nye kat rumah tok. Dipolah kawan, dipolah teman kelakar. Dipolah eh teman nye sampei mampus. Tulangnya pun gik ado lam umah ya, kamek orang sumomo sik berani nak molah kubur."

Terdiam keempat-empat anak muda. Kuro dan Aki memekam bibir sambil mencerlangkan mata, tak dapat menangkap isi cerita yang baru didengar. Lagi-lagi dengan aksen tebal, turun naik nada suaranya, dan juga tempo penceritaan. Lalu mereka berpandangan.

Coral berpeluk tubuh, menggosok bulu roma yang terasa meremang. "Bena aie?"

"Sikdalah. Bulak ajak."

Coral spontan mendesis ke tepi. Sakit hati dibuatnya. 

"Kamek dari Bintulu senae, jadi sik tauk gilak la pasal rumah tok."

"Yaaahhhh!!" Coral mencerlangkan mata. "Udah la kita tok, sik tauk cerita." Kuro dan Aki dipandang, meminta reaksi, tetapi hanya muka blur yang mampu diberi kedua-dua. 

"Kamek ada nengar cerita orang nok ngempun rumah tuk dolok laki bini. Ndak tauk apa benda jadi, sup sap sup sap alu mati duak-duak."

"Wo," panggil Emir, memotong si makcik yang dah mula hangat bercerita. Puan Lynn menoleh, dan Emir menuding pada kedua-dua lelaki yang sama-sama membulatkan mata dan memasang telinga ke arah mereka, berusaha memahami walaupun 99 peratus keliru.

"Err... cuba kelakar... bahasa melayu baku standard... boleh?" pinta Aki kemudian, bersama senyum hambar.

"Oohh... aok lah aok lah. Nak dipolah cerita, pemilik asalnya tek laki bini. Sama-sama meninggal dalam tok. Lepas ya rumah tok tek alu dibeli orang lain. Pun lekak ya meninggal juak dalam tok juak. Urang kampong tek alu ghusa..." Wajah mereka direnung. "Bingong. Risau." Ayat ghusa ditukar.

Kuro dan Aki mengangguk lagi. Puan Lynn menyambung kata.

Dan angin bertiup sepoi-sepoi membelai rambut dan tubuh Kuro dan Aki. Usaha nak memahami hanya berjaya pada beberapa patah perkataan, macam Aok sebagai ya, atau mayat, penglibatan polis, orang kaya, dan beberapa kata yang lain. Hanya Coral yang tekun mendengar dan berinteraksi, manakala Emir dah hilang fokus kemudian pergi berjalan-jalan meneroka semak tebal.

Puan Lynn menghela nafas panjang. Selesai bercerita. 

"Tanggungjawab makcik kira habis kat sitok, la oh. Kawan-kawan kau dah ada pakei nolong kau. Boh lupak nemu doktor, rawat lukak hau ya." Dada Aki ditepuk kuat. Tersedak si lelaki dibuatnya. Puan Lynn bergerak pergi, diiringi remaja lelaki berambut cacak itu.

Kuro, Aki dan Coral sekadar berpandangan.

"Apa benda yang dia cerita sampai panjang sangat?"

"Panjang, weh," desis Coral.

"Pendekkan."

"Hurm... rumah ni rumah terbiar yang dipercayai berhantu oleh orang kampung sebab dah banyak kali orang mati kat sini sampai mereka tak berani nak musnahkan, kemudian beberapa bulan lepas, mereka jumpa orang mati lagi dalam keadaan misteri. Pembeli rumah ni sendiri. Dikelar dengan pisau tapi senjata pembunuhan tak dijumpa kat mana-mana. Orang kampung sekadar anggap penunggu yang jaga tu marah. Tu je..." jawab Coral sambil merenung rumah kayu besar tersebut dengan muka gerun.

Kuro dan Aki berpandangan. 

Previous: 1-Bab 2
Next: 1-Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh