Home Novel Thriller/Aksi PROJEK KUROAKI
PROJEK KUROAKI
painarena
24/2/2022 17:58:43
6,844
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
2-Bab 6

ACT 2: Part 6

SEBAL benar rasanya. 

Wajah cantik milik Farha dibayangkan diruang fikiran. Hati yang gusar dan naluri yang meraung-raung menyatakan wanita itu mengkhianati mereka cukup memakan diri. Penat melawan akal. Lalu anak mata dikerling pada Kuro yang tengah memantau rumah hantu dari pemasangan CCTV handset ciptaan mereka dari handsetnya.

"Kuro," panggilnya rendah.

Si rakan menoleh terperanjat. "Eh. Tak tidur lagi?"

Dipedulikan soalan itu. "Progress?"

"None. Aku rasa beradik tu bergerak pakai laluan belakang dinding je. No wonder rumah tu berhabuk teruk macam orang tak pernah datang..." Dagu ditopang pada meja kopi. "Kalau kita tak boleh tangkap beradik Limah on camera, nak-nak terpaksa mintak Emir tunjukkan laluan rahsia tu dengan harapan polis jumpa budak tu bersembunyi kat mana-mana..."

"Em." Diam seketika. "Boleh tak kau tolong aku?"

"Tolong apa?"

"Bagitau aku yang Farha langsung tak terlibat dengan Dickens dan dia seratus peratus tak bersalah..."

Hening lagi. Kuro menoleh pada rakannya. Aki pula memasang muka meminta.

"Sebab tu kau tak boleh tidur? Takut yang Farha bukan macam apa yang kau fikir selama ni? Aku dah cakap dia tak boleh dipercayai, kan?"

Diam seketika. "Sebab your argument has no basis..."

"On a basis that she's a double-face cutthroat bitch and no bitch should have the freedom nak permainkan kepercayaan member baik aku dan abang bodoh dia tu!" Tangan dituding pada Mior.

Helaan nafas panjang dilepaskan. "Kalau macam tu, aku akan buktikan dekat kau yang Farha tak bersalah..."

Berkerut terus dahi si lelaki berjambang. Kurang senang. "Kalau macam tu, aku doakan yang dia memang tak bersalah supaya kau tak perlu bersusah buang masa buang tenaga dan duit semata-mata nak buktikan apa-apa kat aku,"ujarnya keras. Dia tahu sejauh mana Aki sanggup buat untuk perempuan berambut rebonding itu. Entah apa yang Farha dah jampi pada Aki sampai teruk benar penangannya.

Tersenyum si kawan lalu. "Thanks. Aku tahu kau sayang aku."

Kuro melepaskan ketawa nipis. Kusyen di atas kerusi kayu dicapai dan dibaling ke arah rakannya itu. "Pergi tidur la."

"Hard drive kau macammana?" soal Aki buat kali terakhir sebelum menjemput lena.

Lelaki berjambang itu terdiam. Lalu dia mendongak, pada Bo yang entah tengah buat apa dia dalam bilik tidurnya. Gadis itu juga sejenis masalah yang dia perlu selesaikan....

Icon network di hujung kanan Lenovo direnung. Bercakap dengan menukar username password gadis itu lagi? Tapi Bo mungkin dah tak peduli. Dia perlu menarik perhatian gadis itu. Dia perlukan sesuatu yang ekstra.

Jemari menari dengan laju di atas keyboard. WiFi yang telah dihack digunakan. Adware dihantar ke laptop yang berkongsi WiFi dengannya. Virus iklan "How To Handle Pranks For A Monkey" dihantar, dan diharap akan timbul keluar pada skrin monitor yang digunakan gadis itu, seperti mana iklan-iklan yang selalu keluar dalam website-website yang tidak selamat.

Ngap. Umpan mengena.

Eh, laju. Kuro menahan senyum bila dia dah boleh akses ke dalam monitor gadis itu. Naif... gadis ini naif! Senang dipermainkan!

Sekali lagi keyboard berketik-ketik di ruang tamu itu.


SEMENTARA itu, Bo sedang memeluk lutut sambil menggerutu bila blog yang sepatutnya menunjukkan cara-cara membalas prank dipenuhi dengan iklan-iklan tak berguna.

Skrin Acer tiba-tiba glitching. Bo terperanjat. Spontan kaki diturun ke lantai. Peluh dingin pecah di seluruh badan, seriau melihat serangan siber pada laptop kesayangan. Hoi, beratus-ratus episod Gintama baru sahaja di-download sejak petang tadi! Tak sempat pindah dalam harddiscnya lagi! Boleh menangis second round macam ni!!

"Jangan jangan jangan jangan jangan!!" Syntap pad ditekan berkali-kali. Safe Mode cuba dihidupkan. Shut down dipaksa, namun tiada apa. Skrin yang menunjukkan gambar Yato Noragami, menjadi gelap macam lampu terpadam bila tiada saluran elektrik. Yang ada cuma imej wajahnya sendiri. Hati dah mula nak retak.

Butang ON ditekan, mengharap hidup semula. Ketika menerima bala macam ni la baru bibir gigih menyebut nama Tuhan.

Skrin gelap bertukar terang. Bo spontan mengeluh lega, tetapi tidak lama kerana Yato Noragami masih tidak keluar di skrin, melainkan sekadar biru gelap. Fuck. Background crash atau masalah lain? Dia tak tahu sangat masalah teknikal, tapi kalau masalah software, mungkin dia masih boleh...

Akal yang berkira-kira berhenti berfikir bila satu tetingkap keluar di skrin.

INVITATION TO CHAT WITH BIG BRO KURO.

<Yes> or <No>

Menyirap terus darah ke kepala. Kenapa seekor setan dunia ini masih gigih nak menyusahkan hidupnya? Bo menoleh ke pintu, pada Kuro yang entah berada di mana dalam rumahnya. Mouse menarik cursor pada butang <NO> tapi kemudian terfikir semula, apa benda yang dia nak bualkan sampai tak boleh nak tunggu sarapan esok?

Lambat-lambat, cursor ditarik ke kiri, pada butang <YES>.

Di ruang tamu, Kuro menguntum senyum lega bila pelawaan diterima.

Satu tetingkap yang lebih besar dan berwarna hitam keluar di skrin. Garisan melintang pendek terkelip-kelip di hujung kanan atas pada tetingkap itu. Tetapi cuma itu. Tiada yang lain. Bo menanti.

SomeoneBetterThanYou_Hey

Amboi, kemain lagi handle name dia!! Bo menahan senyum kelakar.

i_Salam mana, bang.

SomeoneBetterThanYou_Hahahaha. Assalamualaikum.

i_:) Waalaikumussalam...

i_Memang budaya kat UNiMAS ke bila nak bercakap dengan orang kena hack server orang?

SomeoneBetterThanYou_HAHAHAHAHAHA.

SomeoneBetterThanYou_Abang nak cakap pasal hard drive tu. Bila nak pulangkan. Esok kami nak blah dah.

Bo terkedu. Spontan menoleh pada harddrive yang disambungkan pada Apple, dan pada Izzue's Codec yang masih tidak berjaya dipecahkan firewallnya.

i_Kenapa abang buat Izzue Codec? Abang plan nak gunakan kat siapa?

SomeoneBetterThanYou_Yang penting bukan untuk awak. Itu yang abang buat untuk... adalah sebabnya. Abang tak boleh cakap.

SomeoneBetterThanYou_Tapi jangan cuba nak buka. Buruk kesannya kat PC awak.

SomeoneBetterThanYou_Its pure destruction. Its purpose merely to kill.

i_Untuk Dickens?

SomeoneBetterThanYou_Blindly.

Mata Bo membulat. Kata-kata yang ditaip SomeoneBetterThanYou_ dilihat sebagai sesuatu yang bersinar harapan. Ini ialah bukti. Dia ialah musuh Dickens... dia ialah musuh Dickens!!

i_Abang kat mana sekarang?

SomeoneBetterThanYou_Ruang tamu

i_Lets discuss. Naik bilik Bo sekarang.

Kening Kuro terjungkit. Pulak dah. Kepala digeleng dan keyboard ditaip lagi.

SomeoneBetterThanYou_Can't. Sorry.

i_Ala, Bo nak sembang hal Dickens.Rasa macam tak sedap bercakap dalam chatroom.

SomeoneBetterThanYou_Kalau macam tu turun sekarang. Abang tak boleh masuk bilik anak dara malam-malam macam ni.

i_Ala, nak takut apa.

SomeoneBetterThanYou_Bo, tolong waras sikit. Abang lelaki tulen. Awak tu anak dara.

i_Duh. Obviously.

SomeoneBetterThanYou_Notice the alarming warning, young lady.

i_Hurmn... tapi Bo takleh turun jumpa abang.

SomeoneBetterThanYou_Tau takut.

i_Bukan...Bo tak mandi dua hari masalahnya.

Kepalanya spontan terjatuh. Dahi dipicit dan senyuman kelakar meniti bibirnya. Dah tu kenapa ajak jumpa. Apa pulak bezanya kalau jumpa kat bilik pun. Bau masam jugak... Lalu ketawa terlepas di pinggir bibir. Nipis sekali. Handle name berhuruf I itu direnung. Budak ni ada-ada je....

SomeoneBetterThanYou_Kalau macam tu we make some time tomorrow. Time sarapan, maybe?

i_Baik. Habis kesayangan Bo ni macammana.

SomeoneBetterThanYou_Eh, abang ke? *Blush*

Tergelak si gadis.

i_Acer orang, la...! Abang dah hilangkan semua data dia sebab stunt abang ni... orang dah la tak habis lagi download Gintama.

SomeoneBetterThanYou_Oh. Hahaha... *awkward*

SomeoneBetterThanYou_*Terjun kapal*

i_*Lontar pelampung. Berjaya tarik semula ke dek*

SomeoneBetterThanYou_*Pengsan. Tersedak air. Mohon CPR*

i_*Didapati telah meninggal. Baling semula ke laut*

Ketawa Kuro pecah.

Bo menoleh ke pintu, terdengar bunyi letupan dekah itu. Tersenyum dia lalu.

SomeoneBetterThanYou_Bo kejam. Lain kali abang taknak tolong Bo kalau Bo lemas.

SomeoneBetterThanYou_Pasal Acer Bo tu, Abang dah buat backup data. Kejap lagi abang push reboot. Ada apa-apa lagi nak cakap?

Bo mendiam seketika. Berfikir sedalam-dalamnya.

i_Takde

i_Tapi nanti jenguk la kami lagi

Kuro tersenyum.

SomeoneBetterThanYou_Its a promise.

PC Acer termati lagi sebelum hidup semula, kembali menjadi sedia ada. Yang terkesan cumalah downloadnya tadi terhenti sendiri. Bo menarikan jemari pada palm rest, merenung lukisan Yato Noragami pada skrin.

Terasa kehidupan jadi normal semula. Bosan.

Previous: 2-Bab 4
Next: 2-Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.