TEASER

"YOU have got to be kidding me...."

Aqi jatuh rahang. Nota nipis di tangannya dibelek satu persatu. Berbagai nombor dan formula matematik berconteng seribu macam saintis NASA cuba nak menyelesaikan masalah air di Marikh. Dibelek-belek lagi nota nipis tersebut. Terkadang terjumpa tulisan cakar ayam macam budak baru belajar menulis. Terkadang terjumpa lakaran manusia lidi macam budak baru nak belajar melukis. Malah terjumpa juga terma-terma English yang membahasakan bahasa akademik paras tinggi setanding dengan penuntut akhir universiti. Buat beberapa ketika Aqi gagal nak mengerlipkan mata dan menutup rahang.

"Kau kenapa, Aqi?" soal Hanani, memerhati tingkah laku rakannya itu dari belakang. Hairan. Dah la sesuka hati datang rumah orang tak berjemput. Kemudian sesuka hati selongkar barang kat rumah orang macam dia yang punya. Banyak manner engkau.

Aqi yang bersila di lantai, menoleh. Nota berkulit coklat di tangan, diangkat ke udara. "Student MIT mana yang tinggalkan nota kelas dia kat rumah kau?"

"Pandai engkau. Buat apa pelajar MIT tinggalkan nota kat rumah aku. Nak buat pekasam?"

Aqi menjuih. "Habis tu siapa punya... aku tak rasa kau ataupun Lukman reti nak selesaikan dy/dx sekalipun..." Kalau zaman SPM, lainlah. Dan apa yang dijumpai di dalam buku nota ini, ini dah macam level penyelesaian matematik ahli fizik yang nak membongkar rahsia Dark Matter!

Nafas dihembus pendek. "Ada nama tak kat nota tu?" soalnya kemudian. Gelas berisi sirap sejuk yang masih menunggu untuk diminum, dicapai dan diteguk terus. Melayan haus sendiri memandangkan tetamunya itu terlalu sibuk dengan urusan sendiri di laci kabinet sana.

Aqi membaca nama pada cover nota.

"Aisyah."

"Dia anak aku."

"Ha? Kau ada anak perempuan selain dari Fatimah dengan Humaira?" Kepala dibengkokkan. Hairan. Hanani setahunya cuma ada empat anak. Dua lelaki dan dua perempuan.

"Aisyah tu kembar Asyraf. Dia takda kat sini... takda kat negeri ni... dan ya, dia memang genius sikit." Bibir diherot ke kanan, sedikit bangga memikirkan bakat anaknya.

Hidung Aqi terjungkit sambil membulatkan mulut. Buku itu direnung kembali. "Wicked..." Hebat. Tak pernah dia merasa kagum sebegini selepas beberapa tahun berhati kering dan bosan dengan semua benda di dunia.

Lantai ditinggalkan dan Aqi mendekati Hanani di sofa. Perut si kawan yang memboyot direnung terlebih dahulu sebelum melabuhkan duduk di sebelahnya.

"Kalau Aisyah kembar si Asyraf, kira dia tingkatan dua sekarang?" soal Aqi lagi.

"Yep."

Angguk. Mata dijuling, mengira rezeki Lukman dan Hanani dalam kepala. "So... kau ada lima orang anak... dan dua kali kembar?" Gila punya rezeki.

"Yep."

Siling terus direnung, membandingkan pula dengan kisah dirinya. "Hm. Tapi aku masih tak faham macammana kau boleh lahirkan anak engkau terlebih dahulu sedangkan aku yang kahwin lebih awal," juih Aqi. Beza anak sulung Hanani dengan anaknya ialah dua tahun. Jauh tu kalau diikutkan.

"Bahahaha!! Sebab aku rajin! Tiap kali aku jumpa peluang... aku sebat!" Tangan merentap angin kosong.

Aqi terkekeh nipis. "Kau memang miang. Macam Umar. Aku tak nafi."

"Bodo." Siku dilaga pada lengan kawannya.

"Sampai sekarang, kan?" usiknya lagi sambil mengisyarat perut si kawan.

Terkekeh Hanani dibuatnya. "Sebab tu aku cakap, aku jenis grab peluang bila dia datang. Tak macam engkau. Main tarik tali. Ego lebih keras dari konkrit, malah lebih keras dari hati orang syirik!" Kepala Aqi ditunjal.

Si kawan buat tak dengar. Gelas yang dah berisi separuh, dicapai. Terhenti geraknya, terkejut melihat kuantiti air yang berkurang, lalu Hanani dipandang.

"Kau minum air yang kau nak hidangkan kat tetamu engkau?!"

"Ah! Tetamu la sangat! Engkaulah jenis tetamu yang orang nak tendang keluar dari rumah sebab selongkar rumah orang macam kedai bundle!"

"Ala, kita kan kawan," sengihnya, terkekeh. Air dituang sendiri dan terus diteguk. Ah, segar rasa tekak.

Hanani terkekeh sama, merenung si kawan. Aqi nampak ceria macam biasa. Malah terlalu ceria kalau diikutkan, dan buat perangai macam langsung takda masalah di dunia. Sisi wajah bertudung itu terus direnung tanpa kelip. Aqi sedang menggoncangkan gelas hingga air sirap itu berputar. Dan untuk seketika, riaknya berubah menjadi muram.

Renungan Hanani bertukar redup. "Sesuatu dah berlaku?"

Diam. Hilang dalam lamunan walau cuma seketika.

"Aqi."

"Eh? Apa?" menoleh si kawan, terkebil-kebil. Hanani merenungnya dengan pandangan bermakna, membuat Aqi mengukir senyum kerang busuk. "Apa benda?" soalnya lagi.

"Kau nampak lain," tegurnya.

"Eh. Hidung aku tumbuh satu lagi ke??" Hidung diraba-raba.

"Eh tak... aku tengok kembang melebar macam dari susur galur keturunan Afrika."

Aqi masih dengan senyum kambing. "Kurang hajar la kau. Hidung aku mancung macam Aiswarya Rai kot..."

Hanani menghela nafas pendek. "Serius la weh. Budak-budak sekolah tu nak saman kau ke sebab kau hidang nasi lemak sambal basi?"

"Ikut sedap engkau je nak tuduh."

"Habis? Ada budak confess kat kau nak ajak couple?"

"Budak sekolah rendah mana yang nak couple dengan makcik kantin dia, Siti oii..."

"Atau kau tertengok anak kau dating dengan Junior? Kau kena halang awal-awal budak berdua tu. Nanti melekat, naya."

"Ami bukan jenis budak layan cinta, come on!"

"Takda budak pompuan tak layan cinta masa usia belasan tambah-tambah zaman gajet sekarang, come on!"

"Hey, dia anak aku, okay," desis Aqi akhirnya, naik angin. "Kami punya fasa perbualan dah masuk isu haid dan lelaki, so... aku tau apa yang dia risaukan dengan apa yang dia sembunyikan. Kitorang menyembang setiap hari tujuh hari seminggu provided Sabtu dengan Ahad ada kelas tambahan." Hidung dijungkit.

Hanani tersenyum kecil melihat muka bongkak Aqi. "Okay... jadi Ami dah tahu yang makcik kantin dia yang dia duk sembang dan share masalah selama dua bulan ni sebenarnya ialah mak kandung dia sendiri?"

Buat seketika, Aqi terpana. Serta merta teringat peristiwa kejar mengejar yang berlaku petang semalam. Air muka berubah terus macam teringat kenangan yang paling teruk yang pernah berlaku selama dia hidup 30 tahun.

"Mungkin dia dah tahu."

"Mungkin?"

"Ya... boleh jadi... Umar dah ceritakan kat dia..."

Bercantum kening si kawan buat seketika. "FYI, lepas kau dengan Umar bercerai dan kau serahkan anak perempuan kau kat duda bongok kau tu... dude dah ceritakan banyak kali pasal kau kat anak kau walaupun kau fail nak tunjukkan muka walau sekali selama sepuluh tahun ni... and even lepas kau jadi makcik kantin kat sekolah anak kau, anak kau tak tahu yang kau ialah emak dia kalau aku tak silap..." Dagu ditunjal dan mata dicerlangkan, geram.

Aqi menjungkit bahu, sekali dengan leretan senyum kecil. "Cerita duda bongok aku takkan sama kali ini... sebab semalam, dia akhirnya jumpa aku... depan mata Ami sendiri..."

Hanani terkaku.

Aqi terus bercerita, "Kau tahu kan, aku duk perhati rumah dia selama ni.... Nak dijadikan cerita, dia takda kat rumah semalam sebab naik KL.... Tinggal Ami seorang kat rumah tu... dan Ami hampir-hampir dirogol oleh jiran dia. Aku sempat selamatkan keadaan..."

"Kau serang lelaki yang nak rogol anak kau?" Kening berkerut spontan. Tubuh Aqi cukup kecil baginya. Entah macammana wanita ini menyerang lelaki yang lebih sasa.

Aqi menjeling geram. "Kau sendiri akan jadi Hulk kalau kau tengok baju anak kau direntap manusia celaka... tambah-tambah depan mata kau sendiri."

Angguk. "Affirmative."

"Disebabkan hal tu... Umar patah balik ke rumah dia..."

Sengih Hanani meluas spontan. Dah boleh bayangkan apa yang berlaku. "Kau masih ada kat rumah dia masa tu?"

Bahu dijungkit. "Sebab Ami mintak teman..."

Makin lebar leretan senyumannya hingga mencecah cuping telinga.

"So, he met you? After all these time... lepas dekat sepuluh tahun... akhirnya dia jumpa kau?? Depan mata dia sendirik??"

Aqi menjauhkan kepala bila Hanani mendekatkan muka dengan hembusan nafas hangat. Muka si kawan bercahaya terang macam lampu pendaflour. Senyumannya turut terang ceria.

"Kau kenapa happy sangat??" dengusnya.

Ketawa Hanani terlepas tanpa dapat ditahan, membuatkan Aqi mengerutkan dahi buat kesekian kali. Langsung gagal difahami kenapa reaksi rakannya ini tidak relevan dengan cerita yang baru dimaklumkan.

Dahi ditepuk dan Hanani membayangkan wajah si kawan lelaki berkaca mata di fikirannya. Umar....

"Aku tak boleh bayangkan... apa perasaan Umar bila bertemu engkau lepas sekian lama. Tentu dia sangat-sangat-sangat gembira...." desisnya rendah bersama senyum puas hati.

Tak puas hati, bibir dicemikkan. "Hurm... perasaan aku kau tak cuba nak bayangkan ke?"

Senyum diukir. "Tak, aku tak terfikir nak bayangkan dari sudut engkau. Afterall, engkau yang jadi perempuan hati kering yang tinggalkan dia."

"Kurang hajor."

Senyum. "Cukup-cukup la kita gelak benda serius ni."

"KAU YANG GELAK!!"

Tak peduli. "Jadi, apa rasanya? Bertemu balik dengan Umar?"

Aqi merenung datar. "Nothing. I feel nothing."

Mencerun Hanani dibuatnya. "Kau ni degil kan?"

Bahu dijungkit. "It's been twelve years... ten years... clean. Aku dah tak tau apa yang aku rasa. Dia pun sepatutnya dah tau yang aku dah taknak kat dia... dia sepatutnya dah faham dia dah boleh bina hidup baru dengan orang lain... dan sama-sama jagakan Ami baik-baik..."

"Hm. Pathetic." Datar.

Aqi menjeling. Hanani sedang memberinya renungan tajam.

"As a matter of fact, aku rasa kau hipokrit. Kau tinggalkan Umar sebab nak bagi dia peluang untuk bina kehidupan dengan Mimi, seriously? Aku tak pasti kau masih ada otak ke tidak dalam kepala keras engkau, sebab aku pasti sangat-sangat yang Umar langsung tak pernah berhubungan dengan Mimi tapi terus tunggu kau untuk balik ke pangkuan dia sepanjang dua belas tahun ni. Ini dah bukan pasal kau 'berbaik hati' nak dia berbahagia dengan orang lain selain kau, tapi kau nak menangkan ego kau sendiri, taknak terus bersedih atas sebab yang aku tak faham. Menyedihkan sangat ke berkongsi hidup dengan Umar sampai kau layan dia macam tu sekali??"

"Kau pro-Umar sangat ni dah kenapa? Kau kawan aku ke kawan dia?" lawannya balik.

"Kau jangan berani nak guna poin tu nak lawan aku! He loves you, you rock-headed lady... he really... really loves you... he needs you to see that. WE need you to see that!" tegas Hanani, menekankan perkataan 'kita' bagi memaklumkan dia di pihak sokongan juga merasa terbeban dengan keputusan wanita ini.

Aqi menghembus nafas keras. Dah malas nak bercakap.

"Dia tetap setia tunggu engkau balik, cari engkau bila ada masa lapang... ganggu masa aku dengan suami aku sebab nak korek maklumat sedangkan kau dah kuncikan mulut aku dulu... kau takda perasaan langsung ke kat dia, Aqi?? Selama ni kau langsung tak pernah give in kat mamat tu? Well, obviously kau pernah jatuh cinta kat dia. Kalau tak macammana Ami boleh lahir memandangkan kau sendiri bukannya jenis senang serah diri." Soalan dijawab sendiri.

Tersenyum Aqi dibuatnya. "Ya, betul. At one point in my life, aku pernah mabuk cinta dengan dia."

Kening kiri Hanani terjungkit. "Pernah?"

"Pernah."

"Habis, macammana dengan sekarang?"

Lidah menjilat gigi. "Even if I want to, I can't."

"Can't or won't."

"Tomato, potato. Dua-dua pun sama je sebenarnya."

"Apa benda kau ni??" Bab mengarut nombor satu!

Masih tak peduli. "Aku cuma taknak kedengaran terlalu selfish sebab kau obviously cuba nak letakkan salah kat aku sebab aku yang tinggalkan dia."

Hanani mengeluh. Itu benar. "Jauh di sudut hati kau... kalau ada teensy bit possibility yang kau masih boleh balik ke rumah dia... would you want that?"

Diam.

"Aqi."

Masih diam. Si wanita nampak sebal dan tersandar merenung kaki sendiri. Hanani masih setia menunggu jawapan.

"Kalau ada peluang sekali lagi... kau masih nak balik ke pangkuan dia?" Berhati-hati bertanya.

Senyum cuba dilukis walau berisi warna kelabu. "Gila kenamanya kalau aku tak pernah imagine life bersama dia balik." Mata dipejam. "Dia ajar Ami all kinds of wrong... it hurts my brain bila dapat tahu..."

Hanani tersenyum. "Itu yang aku nak dengar." Akan dibantu dua rakannya ini supaya dipermudahkan urusan mereka.

Itu azamnya.


"SAYANG..."

Baru saja Hanani nak menoleh, kepalanya ditutup dengan tuala kecil. Terperanjat seketika. Tubuh terasa dipeluk dari belakang dan pipi juga dikucup sebagai aksi tambahan. Dengan dahi berkerut, tuala dialihkan dari muka dan dia berpaling. Muka tersengih si suami sedang bertenggek di bahunya.

"Abang..."

Lukman tersengih lagi, lalu pipi lembut itu dikucup lagi buat kali kedua. "Rindu awak 200%."

"Ala, mengada," desisnya bersama senyum. Refleks lehernya memendek bila tengkuk pula menerima ciuman. Jambang suaminya terasa mencucuk kulit. Hanani terkekeh manja.

"Dudes, I'm right here. Like... right here."

Suara garau itu membuat Hanani automatik menoleh. Terkejut beruk. Umar rupa-rupanya ada sama di dapur itu, tengah menuang kopi yang sepatutnya disediakan kepada Lukman, ke dalam cawannya sendiri. Selamba layan diri macamlah dapur ini dapur rumah dia.

Pemuda itu sedang mengenakan kemeja biru gelap tanpa tali leher. Lengan baju juga dilipat hingga ke siku. Lukman juga berpakaian yang sama, kerana masing-masing baru balik dari pejabat masing-masing.

"Well, yea. Aku tak jemput kau datang sebab nak bagi free show, so please, do mind your own business. Aku nak bagi kasih sayang kat bini dengan anak aku dulu sebab tu lagi penting," ujar Lukman dengan isyarat tangan seperti nak menghalau. Mohon jadi halimunan supaya tak ganggu orang nak beromen.

Umar tergelak nipis. Kelakar bila dia yang dijadikan pesalah sedangkan dirinya yang ditarik ke sini selepas habis waktu kerja. Punggung dilabuh pada kerusi dan kopi panas itu dicicip. Fuh. Sedap.

"Pisang goreng ada?" soalnya pada Hanani yang dah merah muka.

Wanita itu membetulkan kedudukan tuala di kepala. Suaminya yang merukuk pada perut yang memboyot, dipandang. "Bila masa Mad Dog tu datang?"

"Baru je. Datang sekali dengan abang. Awak yang mintak abang panggil dia ke sini, kan?" Perut itu dicium-cium dan diusap lembut. "Hey anak ayah... buat apa kat dalam? Busy ke? Rindu ayah tak... ala chomel-chomel nye baby titew... ayah windue shangat kat baby ayah happy jumpe baby...." 

Hanani tergelak, menarik Lukman supaya bangun. "Baby pun happy jumpa ayah. Jadi apa kata ayah jadi waras sikit dan buat perangai macam manusia normal depan tetamu," desisnya sambil menahan segan.

"Laaa... abang memang dah waras pun, kan? Kenapa nak suruh abang jadi manusia normal pulak?" soalnya, merenung anak mata si isteri. Seolah-olah meminta pengesahan.

Hanani tersenyum sedih. Pipi kasar itu diusap kemudian. "Yeah... you are, you are..."

Umar terus memerhati tanpa sebarang kata. Bibir cawan turut tidak lepas dari mulutnya, menghirup kopi yang masih berasap sekali sekala. Perasaanya... bercampur aduk. Gembira untuk kedua-dua sahabatnya itu, dan cemburu juga melihat kebahagiaan mereka.

Itu nikmat bahagia rumah tangga yang dah ditarik darinya sejak bertahun-tahun lalu. Bekas isteri dah lari, dan dia pula langsung tak terasa nak mencipta sesuatu yang baru. Entah kenapa. Terutama bila membayangkan hidupnya dijaga perempuan lain selain Aqi... Umar terasa tak sedap badan.

Aqi masih ada... dan Aqi akan balik.... Kalau dia taknak balik, Umar akan pastikan dia balik dan kehendak dirinya dan kehendak Ami akan dipenuhkan sekaligus.

Tiba-tiba, seseorang berlari anak dan masuk ke dalam dapur dalam keadaan tergesa-gesa.

"Siti, anak lelaki kau nak lari dari rumah! Aku rasa kau patut take action, pronto!–Eh, kau ada tetamu? Sorry!" Nada cemas berubah terkejut melihat lelaki asing ada di meja makan.

Umar menoleh, perasan dirinya disebut.

Aqi masih tegak berdiri di muka pintu. Saat mengenal pasti gerangan tetamu yang hadir, air muka berubah kaku. Refleks dia menoleh lipat maut pada Hanani, dan wanita itu spontan berpaling ke dinding.

Pengkhianat!

"Anak lelaki aku nak lari dari rumah?" getus Lukman, lekas melangkah keluar dari dapur.

"Ya. Si Acap. Aku tertangkap dia print out iterary Air Asia dan boleh jadi aku pun nak join dia terbang dari negeri ni," getusnya, mengekori langkah Lukman.

Meloncat terus Umar dari duduknya mendengar ayat si janda. Baru bertemu sesaat dua, terus nak melarikan diri. Jahat no! Namun usahanya nak mengejar tidak seteruk seperti acara pecut petang semalam, kerana Aqi dan Lukman berhenti di tengah ruang tamu.  

Lukman sedang berhadapan dengan anak lelakinya yang sulung itu.

Mohamad Asyraf. Tingkatan dua. Pelajar SBP, dan sedang melalui usia memberontak.

Lukman mencerun. "Kau nak pergi ke mana, Asyraf?"

Budak 14 tahun itu mencerun sama. Aqi diberi renungan membunuh terlebih dahulu sebelum beralih renung pada si ayah. "Acap nak terbang ke Sarawak. Acap nak bawa Ecot balik."

"Kau jangan mengada-ngada nak buat keputusan sendiri!"

"Habis Acap nak biarkan ayah yang buat keputusan untuk Acap?! Ayah yang buatkan Ecot keluar dari pintu tu..." Telunjuk dituding ke pintu rumah. "Ayah yang biarkan lelaki tua tak guna tu ambil Ecot dari tangan ayah sendiri! Apa yang ayah dah buat untuk ambik Ecot balik dari dia?! Ayah benci sangat ke kat Ecot sampai buang anak ayah sendiri kat orang yang langsung takda kaitan dengan kita?!" marah si anak kembali.

Hanani turut merapati suaminya. Anak lelaki yang masih memasang muka tegang direnung sayu. "Asyraf... tolong faham. Ayah dengan mak tak mampu nak berbuat apa-apa..."

"Sebab duit lebih penting dari anak sendiri. Ayah dengan mak lebih rela serahkan anak sendiri dari tanggung bayaran saman yang orang tu letakkan kat keluarga kita. Jangan cakap Acap tak tahu!"

"Asyraf... benda ni jauh lebih serius dari tu. Aisyah sendiri yang langgar undang-undang dan cari pasal dengan orang kaya tu, Asyraf... dan dia cuma nak Aisyah bekerja dengan dia..." balas si ibu, masih bernada lembut.

"Habis kenapa nak angkut Ecot sampai kena rentas Laut China Selatan! Untuk apa diambil terus Ecot sampai dijadikan anak angkat?! Maaf, tapi Acap tak percaya tua celaka tu! Yang paling Acap tak tahan, sekarang ni mak nak terus biarkan je anak mak kat tangan tua gatal tak guna tu tanpa sebarang usaha nak dapatkan anak perempuan mak balik! Ecot sengsorang kat tanah orang tu mak...!! Dia tengah sedih, dia tengah sengsara! Acap boleh rasa kesedihan dia.... tambah-tambah dilupakan orang tua sendiri!"

Lukman mendengus deras. "Mohamad Asyraf! Jangan tinggikan suara kat mak kau! Kami tengah cuba nak dapatkan balik adik kau dengan cara yang betul! Lelaki tua gatal celaka keturunan Firaun tu bukan kategori syaitan yang kami boleh ajak sembang macam makan kat kedai kopi!!"

Umar dan Aqi serentak berpandangan bahana label penuh kebencian itu.

"Kau jangan ingat sergah masuk rumah orang akan buatkan Aisyah boleh balik dengan selamat!" lanjut Lukman lagi, masih berisi penuh dengan amarah dan rasa kecewa. 

"Sekurang-kurangnya Acap ada usaha nak bawak balik Ecot ke rumah berbanding ayah yang cuma tahu pergi balik kerja setiap hari!"

"Ayah kau bekerja untuk cari rezeki buat keluarga kita..." desis Hanani.

"Keluarga ni tak sempurna kalau Ecot takda!!" marahnya lagi, berisi tangis kini. Lukman dan Hanani sama-sama tersentak. "Acap tak faham macammana mak dengan ayah boleh tidur dengan tenang setiap malam selama ni sedangkan Ecot kat tangan penjahat tu! Entah baik ke tidak hidup dia, mak dengan ayah tak pernah ambik peduli!" Satu persatu disebut dengan muka tegang dan merah.

"Dah dua tahun... entah macammana adik kembar Acap dah membesar. Acap tak sanggup hidup takda Ecot untuk setahun lagi..." desisnya, menahan sebak sambil menggelengkan kepala. Enggan membayangkan kehidupan untuk tahun seterusnya.

Hanani menggigit bibir, menahan sebak. Setiap kata-kata anak sulungnya menhentak terus ke dasar hati. Separuh hatinya bersetuju, namun separuh lagi menunggu respon suaminya. Lalu belakang kepala lelaki itu direnung. Telinga suaminya dah bertukar merah. Digenggam jari manis dan kelingking itu, dan disambut Lukman terus ke dalam genggaman penuh. 

Sebuah sokongan dan terima kasih tanpa lisan. 

Lukman menghembus nafas panjang yang menyesakkan dadanya. Mahu bertenang supaya boleh memujuk galau si anak lelaki sulung. "Apa maksud kau yang kau tak sanggup hidup tanpa Ecot?"

Diam.

"Kau nak bunuh diri?" 

Umar dan Aqi serentak berkerut dahi. Provokasi?

Budak lelaki 14 tahun itu turut terpempam. "Ayah cabar Acap?"

"Apa-apa yang kau fikir nak buat takkan menjadi sebab sekarang ni, kita berdepan dengan penjenayah yang berlindung dengan undang-undang! Dia dah rampas adik kau dan ikat dia dengan cara yang sah. Kalau kau sergah masuk ke rumah dia dan bawak Aisyah balik, kau yang akan dituduh buat penculikan!"

"Memang Asyraf akan culik adik sendiri kalau perlu! Acap tak takut masuk penjara!"

"Kau jangan berani ulang ayat tu kat telinga ayah, Mohamad Asyraf!" jerkah Lukman kembali. Suaranya melantang pecah ke langit, berjaya menjana rasa takut dalam diri anak. "Ayah takkan benarkan kau masuk penjara! Ayah takkan biarkan kau merasa hidup dalam penjara! Lagi sekali kau berani cadangkan kat ayah dengan berbuat jenayah–" Kata-katanya terhenti bila Hanani merangkul tubuhnya dari tepi. Dada yang penuh dengan api amarah diusap isterinya berkali-kali. Lembut, dan menyiram jiwa dengan air. Lukman melepaskan dengus macam kerbau jantan.

Si anak sulung itu mengeluh berat. "Habis macammana..."

"Ini negara demokrasi. Kita akan dapatkan adik kau balik dengan cara yang beradap dan penuh hormat. Mak akan pergi bercakap dengan Dickens," putus Hanani pula.

"Ha?" Terkejut si Lukman, spontan menoleh dengan muka berkerut. "Siapa yang cakap?"

"Saya. Baru kejap tadi."

"Awak tengah mengandung, Hani!"

"Saya masih boleh berjalan. Lagipun, untuk bertemu dan berbincang je kan..."

"Ohoho... cutenya awak ingat saya akan benarkan..." Geram  yang bersisa ditempiaskan pada si bini. Sarkastik sekali.

Air muka Hanani berubah. Sabar je la. "Seriously, I'm okay. Saya akan terbang ke sana, cakap dengan Dickens baik-baik pasal perjanjian kita, kalau boleh ubah sedikit... and then, voila! Saya bawak Aisyah balik ke rumah kita. Sekurang-kurangnya masa weekend atau benarkan Aisyah pulang masa raya..." Anak lelakinya dikerling. Air muka itu dah berisi cahaya pengharapan. Tanpa dapat ditahan, hujung bibirnya terjungkit dengan senyum, senang hati melihatnya.

Lukman pula masih berdegil. "Sounds smooth dan senang dimakan begitu saja.... But no."

Spontan mengeluh. "Abang..."

"I said no! Dickens is dangerous and I know you know. Abang tak benarkan awak hampiri dia!"

"Hurm... tapi saya pun bahaya jugak..." Bibir mengukir sengih lebar. Menakal.

Lukman menjeling dengan kening dijongket sebelah. Anak matanya memberi makna – kalau nak main-main bahaya, buat malam nanti. Sekarang ni, tolong serius sikit.

Hanani memekam bibir. Luki garang!

"Fine. Jerk!" Suaminya dilepasi dan tangan Asyraf dicapai. "Jom naik bilik. Kita umpat ayah sama-sama." Tangan si anak yang masih tidak habis melepaskan geram itu digenggam erat. Asyraf memandang ibunya haru, dan Hanani membalas dengan senyum tenang. Mereka sama-sama bergerak ke tangga kemudian. Semasa melepasi Lukman, Hanani buat muka sekali lagi. "Jerk!"

Lukman menghela nafas pendek. Belakang tubuh isteri dan anaknya yang menaiki tangga dipandang sebelum menoleh pada Umar dan Aqi yang masih memerhati dan menilai cerita.

"Sorry sebab tayang drama swasta kat kau berdua."

Umar menggelengkan kepala. "Anak kau diambil orang, eh? Sound serious..."

Bahu dijungkit. "Siti Aisyah... kembar si Asyraf. Allah berikan kelebihan dekat dia... bila si tua taghut anak setan tu dapat tahu pasal bakat anak aku... dia gunakan untuk kepentingan dia sendiri..."

"Tua taghut..." Kerasnya perhinaan itu membuat Aqi bersungguh-sungguh menahan ketawa. 

Nafas dihempas pendek. "Sejak aku dengan Hani perasan bakat dia, kami tak hantar dia ke sekolah dah. Buat home-school je. Budak dengan otak advance macam tu seeloknya diajar adab dan agama terlebih dahulu berbanding kenal dunia dari perspektif sekolah. Tapi kuasa Allah, Dickens dapat tahu dan dia rampas anak aku pakai undang-undang. Aku tak boleh nak buat apa."

Umar mengerut dahi. "Aku tak faham. Macammana seseorang boleh rampas anak orang lain pakai undang-undang?"

Lukman memekam bibir. "Leceh aku nak ceritakan, Mar. Ada masa aku explain lagi."

"Jadi... Aisyah ada kat mana sekarang?" soal Aqi kemudian.

"Mungkin, Sarawak, macam apa yang Asyraf bagitau tadi. Dickens biasanya angkut Aisyah kemana-mana yang dia nak bahkan ke luar negara sekalipun, aku tak boleh nak track dengan senang. Macammana Asyraf tahu... aku tak pasti, tapi given that dia kembar Aisyah, aku percaya dengan naluri dia."

"Dickens tu siapa pula?" risik Aqi.

Lukman dan Umar serentak menoleh. "Alastair Dickens. Kau tak kenal?"

Terkebil si wanita. "Kau kenal?" soalnya pada si mata hazel.

"Ya. Multi-millionaire. Dajal bertopengkan manusia," balas si lelaki, membuat Aqi tercungap. "Well, kebanyakan jenayah dia bawah tanah la, dan ekslusif dekat beberapa kerat je yang tahu. Sebab dekat TV dan internet, imej dia masih terjaga baik..." sambung Umar sambil memandang Lukman kembali. Sememangnya masalah rakan lamanya itu benar-benar tahap masalah yang dia tak sanggup nak hadap. Syukur Allah tidak memberi dugaan itu padanya. Entah apa jadi dengan hidupnya jika anak perempuannya pula dirampas orang.

"Macammana masih boleh terjaga baik?" soal Aqi pelik.

"Dia ada Cerberus."

"Ha?" Anjing tiga kepala yang jaga pintu masuk ke dunia bawah tanah tu?

Umar meletus senyum melihat muka blur itu. "Kau boleh pula elok nak korek masalah orang. Kita masih tak selesai tau," getusnya sambil mengusap kepala si perempuan. Aqi menepis, kemudian mereka sambung bertekak di situ.

Lukman di tepi pula hanya merenung interaksi keduanya bersama keluh pendek. Umar dan Aqi diberi dugaan tersendiri, dan dia dan Hanani juga diberi dugaan terasing. Apa apa pun, Allah tidak akan bebankan hambaNya lebih dari kemampuan mereka, dan setiap dugaan yang diberi ialah tanda sayang yang Maha Esa kepada hamba-hambaNya yang beriman. Semoga mereka sentiasa beringat. Supaya mereka sentiasa bertakwa. 

Yang lulus, akan diberi ganjaran pahala berlipat ganda. Walaupun untuk menghadapinya... perit!

Ya Rahman ya Rahim ya Malik... permudahkanlah urusanku. Muka diraup dengan kedua belah tangan sebelum melangut ke tingkat atas, pada isteri dan anak lelakinya. 

Aisyah... macammana ayah nak dapatkan kau balik.... 

Allahu....

Pada masa yang sama, semasa dalam pergaduhan dengan si mata hazel di depannya, Aqi sempat menjeling pada rakan lamanya itu. Alastair Dickens dan Siti Aisyah.... Disemat nama itu di dalam hati. 

Mungkin... mungkin dia boleh tolong... kerana sesungguhnya dia juga mengenali Alastair Dickens dalam jarak personal... cuma dia enggan mereka tahu yang dia tahu. Yang mengejutkannya, Umar juga tahu. Ah mungkin sebab mereka sama-sama berada di dunia korporat.

Biarlah. Diam-diam Aqi memasang azam untuk membantu permudahkan urusan dua kawan baiknya. 

______________

This one shall be a slow update. I have the first version. But it needs a heavy revamp.


Next: 1-Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh