Home Novel Thriller/Aksi DARAH
DARAH
Pemburu Malam
26/11/2017 09:36:13
21,029
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 7

     "AWAK rasa bagaimana ? Kes  memang sukar sekali ini , pembunuhnya benar- benar berstrategi  ...DNA pula sukar dikenalpasti begitu juga bahan bukti ... Yang ada hanya kalung itu." Insp.Marini seraya memulangkan berus milik pakar Forensik.Dia yang duduk mencangkung kini menginjakkan punggungnya untuk bangun, sarung tangannya pula ditanggalkan.Hanya mask yang masih lagi berada di wajahnya itu.

      Bau hanyir darah dan bau mayat menerawang ke udara menyukarkan untuk mereka semua bernafas tanpa perlindungan.Insp.Megat juga semakin di buru rasa keliru.Jenuh dia cuba perhati mayat ngeri itu,  mahu melihat sama ada ada sebarang petunjuk.

       " Tuan, kami menjumpai satu lagi specimen darah di anak tangga terakhir..." Pakar forensik itu menayangkan plastik kecil lutsinar itu ke arah mereka berdua." Sekejap, ini pelik..." sahut Insp.Marini pula.

        " Maksud Puan ?" 

        " Apa maksud kau ? " 

         " Melalui pemerhatian saya, cara kematian mangsa agak mengelirukan...." 

         " Mari saya tunjukkan." Insp.Marini bergerak kembali ke arah mangsa yang kini berada dalam garisan putih.Sarung tangan di kenakan kembali.Perlahan mayat perempuan seksi tanpa kepala itu diterbalikkan.Tiada sebarang kesan seretan pada belakang tubuh mangsa.Hanya kesan lebam dipercayai livor mortis.

         " Membawa maksud mayat ini agak lama terbaring di lantai ini ...." sahut Insp.Megat mula memahami." Tetapi Puan , jika begitu ....Darah ini darah siapa ?" Paket lutsinar berkenaan di tayangkan sekali lagi .

         " Mungkin ada orang lain ataupun mayat lain? Tapi jika mayat , di manakah ia ? Kenapa mesti berasingan pula ?" 

         " Kemungkinan besar mungkin mayat B telah di sembunyikan..." 

         " Motif apa ? " Insp.Marini bingkas bangun lalu merenung tepat ke dalam anak mata Insp.Megat ." Di sengajakan mungkin ,mungkin juga mayat itu orang yang dia rapat ? Dan mungkin juga dia ingin lakukan sesuatu pada mayat itu ..."

         " Atau pun mungkin dia belum mati lagi .Hanya tercedera" sahut pakar forensik itu pula." Proof ? " soal Insp.Marini semakin ingin mendalami.Pelbagai andaian kini .Yang manakah yang tepat ? 

         " Semasa saya mengambil specimen , saya lihat tompokan darah itu tidak sebanyak mayat ini  ...Dan terdapat kesan seretan ke muka pintu...."   

         " Tunjuk pada kami..." 


************


      " SIAPAKAH suspek yang sebenar masih lagi menjadi teka- teki  ...Saya Suhaila Sulaiman melaporkan untuk tv m News...." 

      " Suhaila Sulaiman ya, berani ya ambil kes aku ??? Apa kau tak takut mati ?," soalnya sinis .Pisau yang dah makan berapa banyak darah manusia kini dia layang- layangkan bagaikan ia satu permainan.

         Hujung tajamnya  sengaja dia torehkan pada tangannya sehingga terbit darah .Hanya satu garisan kecil tetapi darah pekat laju alirannya sehingga menitis ke seluarnya .Di calit lalu laju sahaja lidahnya menjilatnya penuh nafsu.

        Dirinya umpama seekor dracula yang senantiasa dahagakan darah! Di mindanya kini mulai terbayangkan tubuh mantap milik wartawan rancangan penyiasatan itu.Bagaikan terbau- bau darah segarnya.

        " Perempuan jalang macam kau harus matiiiii !! " 

          Tanpa dia sedar , yang dia tikam itu bantal kusyen berbentuk hati dan bukannya manusia ! Berkali  - kali sehingga terkeluar segala kapas dalamnya.

          " Aiman....." 

          " Aiman...." 

Tikamannya terhenti .Pisau terus dia pacakkan pada kusyen kecil yang rabak itu.Matanya melilau ke sana , ke mari seolah mencari sesuatu.

         " Aiman....Aku di sini....Hihihi...." ujar suara tanpa rupa itu .Suara halusnya seperti berbisik.Dan adakalanya kedengaran menyeramkan.

         " Siapa kau ??!! " 

         " Hihihi...." 

         " Keluar kau ! " 

         " Aiman.." 

         " Keluar aku kata ! " ugut Aiman Syafiq seraya menarik rakus pisau berkenaan dan bersiap - siaga.

         Di hunuskan di merata tempat dan tanpa arah .Tiba- tiba , matanya terarah ke satu bayang putih yang muncul dari sudut gelap kabinet.Aiman kini tidak lagi mendiami rumah kedua kerana telah menjadi tempat pemerhatian polis .Dia kini hanya tinggal di kondo sahaja .

         Dan Aiman juga terpaksa memusnahkan segala bukti dan mangsanya dengan pelbagai cara agar ia tidak dicurigai semasa membawa mereka keluar.Jika mayat itu tidak di kerat 14 atau lebih , dia akan cari masa 3 ke 4 pagi kerana pada masa itu parking atau laluan ke lif kosong dan tiada orang  .

         Di parking pula kerana ada cctv , dia akan berpelukan dengan mayat yang cara pembunuhannya tak mengeluarkan darah .Jika yang berdarah atau teruk, dikerat malah tulang - temulang mereka di gergajikan.

        Sesiapa sahaja yang memusuhinya akan dia ' kerjakan' ini termasuklah musuh bisnes atau dari zaman persekolahannya .

        " Aiman...." 

        " Keluar aku kata!! " jerkahnya menyinga wajahnya.Suara itu benar- benar mencabar kesabarannya.

       " Aiman lembik !! Kau pembunuh ! Kau pembunuh !! !" Satu suara garau milik seorang lelaki pula mencelah." Kamu semua keluar !! Dasar pengecut !! " tengking Aiman makin di rasuk amarah .Merah padam mukanya .

        Peluh jantan makin membasahi tubuh itu.Bayangan putih berupa sosok seorang perempuan kini terawang- awang mengelilingi Aiman .Diikuti pula satu lagi jelmaan berupa seorang lelaki yang patah kaki kirinya .

        " Kau pembunuh Aiman ! Kau pembunuh ! " Selar kedua- dua bayangan itu mengelilingi Aiman Syafiq ." Kau pembunuh ! " Jelmaan berupa Sabrina menuding jari ke arahnya dengan wajah yang menyinga.

        " Kau pembunuh ! Kau bunuh kami semua ! Kau pembunuh ! Kau pembunuh ! Kau juga harus mati , Aiman !! Harus matiii !! " keduanya kian menghampiri Aiman.Aiman dihambat resah , pisau di hunuskan di setiap arah .

         Suara- suara itu menghamburkan lagi kata- kata yang di anggapnya sebagai dusta .Pada hakikatnya itulah kebenaran .Bayangan putih itu masih lagi mengelilinginya .

         " Argh ! Diammmmmm" 

         " Diam aku kata ! " 

         " Diammmm!   " 

Habis tunggang- langgang kusyen- kusyen kecil atas sofa di balingkan ke merata tempat .Meja kecil di sofa pertama di angkat lalu di lemparkan pada suara lelaki itu .

         " Kau pembunuh kami ! " 

         " Kau pembunuh kami ! " 

         " Kau pembunuh kami! " 

" Diammmmm......Diam aku kata !! " Telinga di pekup kuat.Perlahan- lahan lututnya dibengkokkan lalu melutut ke lantai .

          " Arghhh!!! Aku bukan pembunuhh!! Aku bukan..." 


Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.