Home Novel Thriller/Aksi DARAH
DARAH
Pemburu Malam
26/11/2017 09:36:13
21,039
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 6

     TERLENTOK kepalanya kini.Dia diikat pada sebuah kerusi seakan- akan kerusi seksaan zaman dahulu kala .Matanya di tutupi kain hitam .Mulutnya pula di letakkan pita selofan hitam lebar.

      Tangan diikat pada kedua- dua tempat letak tangan pada kerusi itu.Kaki pula di kiri dan kanan kaki kerusi berkenaan.Di hadapannya pula di sebelah kanannya terpacak sebilah pisau tajam, dan disebelah kiri pula syringe besar berjarum tajam.Badannya yang lutsinar dapat dilihat warna  cecair didalamnya.Sekali pandang tak ubah  seperti ,     sebuah eksperimen sains .

       Bagaimana dan di mana barang dan alatan itu didapati dan di reka ? hanya lelaki berkemeja putih berseluar slack itu sahaja yang mengetahuinya.Dia kelihatan amat kacak.Briefcase di letakkan atas meja berdekatan tali lehernya.

       Kerjaya sebagai ahli korporat memerlukan dia selalu kemas dan eksklusif.Itu di sisi keduanya, tetapi jika dilihat sisi utamanya .Dia sangat merbahaya .Jangan sesekali menyerahkan diri padanya .Dialah Enrique! 

        Butang kemeja di tanggalkan sedikit, lengan yang panjang di lipat sehingga ke atas.Kemeja yang kemas di tuck in kini dia tarik keluarkan sambil dia menapak ke arah mangsanya itu.

        " Eh ! Sorry ! Sorry ! Saya tak sengaja ..." Kelam- kabut , dengan bekas minuman masih lagi di tangan.Tangannya terus terkibas- kibas pada dada bidang itu.

         Angin amarahnya kini terhenti tatkala terpandang wajah jelita itu dan nama pada name kad pekerja kilang itu.Ayu, sangat ayu.Berselendang ala Raysha Rizrose dalam drama pinggan tak retak.

        " Maaf bang..saya benar- benar tak sengaja...Saya tak perasan..." 

         Aiman Syafiq terus memandang ke dalam mata gadis ayu itu.Sarah, nama yang tertera pada kad pekerja juga terkesima.Renungan dari mata kecil tajam itu membuatkan dia kaku seketika.Sinaran hazel pada anak matanya yang agak kehijauan bisa membuat jantungnya berdetak hebat.

        " Sarah , sorry ...Sorry aku lam...bat..." 

         Kedua- dua insan di hadapannya itu tetap juga mematung.Bagaikan tak sedar akan kehadirannya di situ.

        " Sarah! Hei Sarah ! Aku panggil ni ...! " 

        " Hah ?? Eh Yaya....Sorry aku ..Ni ..??" 

         " Aiman Syafiq ! Call Aiman !" Tangan di hulurkan." Yaya..." jawab si rakan cepat- cepat menyambut salam itu.Sarah hanya mengangguk.Aiman juga, tidak mengapa dia faham.Bukan semua perempuan yang jenis tersendeng pada dirinya.

        " Sarah , cepatlah ! Kan kita dah terlewat ni..." 

        " Ini kad saya ...." Aiman dengan pantas menarik kad namanya dari dalam poket kemeja." Maafkan saya lagi sekali , bila boleh jumpa lagi?"

        " Er..."  

        " Jangan salah faham, saya mahu belikan baju ganti encik..." 

        " Tak perlulah protokol sangat  berencik- encik , panggil aja Aiman...." 

         ' Sarah ! Sarah ! Aku pasti kita pasti akan ketemu lagi ' monolog Aiman Syafiq.Kali ini , tidak seperti selalu ada satu perasaan asing sedang mencambahkan benihnya.

          Langkahnya terhenti.Tanpa dia sedari ada airmata yang mengalir di pipinya tika ini.Aiman Syafiq menangis !! Wajah ayu milik gadis yang kini terbuka aurat rambutnya di renung lama.

          Semenjak dari episod tertumpah air itu.Aiman Syafiq dan Sarah sering kali bertembung tanpa di sengajakan.

           " Lama tunggu...?" Soal Aiman yang baru keluar dari kereta sportnya.Sarah tersenyum lalu membuka pagar sahaja.Selama perkenalan mereka , tidak sekali Aiman di pelawa  masuk.Aiman juga buat julung kalinya menghormati pendirian Sarah ,  seperti yang sepatutnya .Aiman juga tidak pernah bawa dia ke kondo miliknya.Aiman juga tak malu berkawan dengan Sarah walaupun dia gadis kilang .Malahan sanggup mengambinya di kilang walaupun di tegah.

           " Kita nak ke mana ya , awak ?" Soal Sarah setelah seat belt telah selesai dia kenakan." Ke syurga," jawab si pria pujaan bercanda." Hah ?," soal si gadis pula membuatkan Aiman Syafiq gelihati.

           " Kita turun kl kejap ..." 

            " Buat apa ? Ada kerja ke ?" 

            " Aha sedikit ....Tak apa kan? " soal Aiman sekali lagi .Dari Putrajaya nak ke Kl taklah lama sangat." Boleh..." jawab si gadis tersenyum ayu.

            " Kenapa Sarah ? Kenapa ?" Bentak Aiman membelai wajah itu .Sentuhan dari tangan lelaki itu telah mengejutkan gadis itu .

            " Awak.....Kenapa awak tipu saya ? Teganya awak perlakukan saya sebegini.....Apa salah saya pada awak....?" 

            Tanpa pasangan itu sedari, Sarah masih lagi mengekori keduanya sehingga ke sebuah rumah kosong .Mungkin rumah kedua Aiman.Pada mulanya, Sarah tidak mempercayai kata- kata rakannya sehinggalah pada satu hari dia terserempak dengan mereka di sebuah pusat membeli- belah.Berpeluk sakan ! 

           Sedih hati perempuannya pabila cintanya diinjak sebegitu rupa ! Benarlah apa yang telah dia dengarinya   selama ini .Kini semakin jelas.Dasar playboy !! Kasanova...

          Stereng ditumbuk- tumbuknya,  tanda protes. Sarah mengambil keputusan mahu menyiasat.Kereta teman serumahnya dia parkirkan jauh, dia menapak penuh berhati- hati.

          Nasibnya baik kerana kawasan perumahan itu sunyi dan tiada orang di luar.Sebagai bekas kadet tentera di sekolahnya dahulu, Sarah tidak mempunyai sebarang masalah untuk panjat pagar berkenaan.Asalkan , tiada sesiapa yang melihatnya itu sudah cukup baik.

         " Kenapa awak tipu saya ?? Selama ini , saya pendamkan segala tuduhan orang pada awak ! Dan sekarang semuanya sudah jelas....Sampai hati awak... kan,  buat saya begini ? Awak curangi saya !! Sedangkan saya selama ini tiada niat pun mahu menduakan awak...Kalau awak memang dah tak sukakan saya, cakaplah awal- awal...." Segala- galanya gadis itu curahkan.

          " Diam awak ! Diammmm...!! Aeghhh....!" Teriak Aiman makin rungsing.Bukannya dia tidak menyintai Sarah tetapi bayangan - bayangan silam seringkali menganggunya .Wajah Sabrina seringkali mengganggu lenanya.Segala makian Sabrina masih teguh dalam memorynya.

          Sehinggakan jenaka Sarah pun dia rasakan betul.Bagi Aiman semua gadis sama sahaja.Kerana Sabrinalah Aiman berdendam pada gadis yang namanya bermula dengan ' S' !....

            S itu syaitan ! 

            S itu sial !! 

             S itu sedih !! 

             S itu sakit !! 

             S itu serik.....!! Dan ' S' itu sundal...!! 

           Tiap kali Sarah meronta- ronta , tiap kali itulah pisau dan syringe kian menghampiri tubuhnya yang berikat itu.

             Membuntang matanya menyaksikan pembunuhan itu.Sedangkan rasa jijiknya pada segala kelakuan maksiat mereka masih belum hilang lagi , dan kini matanya di hidangkan pula pembunuhan ngeri itu.

             Pisau yang di angkat tinggi terhenti kelakuannya pabila telinganya menangkap satu bunyi asing.Sarah menuruni tangga dengan cepat .Tapi apakan dayanya pabila salah- satu kakinya tersilap langkah.Dia terhoyong- hayang.

            " Allah.....!! " Sarah terjelepok ke lantai.Darah tersembur dari lubang hidungnya.Dia tersenyum sinis.Pisau tegak berdiri di tangannya kini.

            " Sarahh??" 

" Kau pembunuh Aiman ! Kau pembunuh !! Lepaskan aku Aiman....Lepaskannnnn!! " 

           " Diammm !! " Tengkingan Aiman memberhentikan segala rontaan dan protes gadis yang tertutup matanya itu.Sarah tahu dia ditawan Aiman walaupun matanya tertutup.Haruman tubuh itu dia kenali  .

          " Kau juga sama Sarah !! Kau juga sama macam mereka , jalang - jalang itu !! " 

           Makin laju airmatanya keluar .Hinanya dia di pandangan Aiman selama ini." Kau tahu tak Sabrina kau tu perem....puan jalangg!! " 

           " Kau memang gila, Aiman ! Aku Sarah ! " 

           " Dasar perempuan curang !! " Bentak Aiman lalu mencengkam muncung Sarah ." Kau tahu tak ! Kau tu perempuan jalang !! Kau malukan dengan aku ??? Aku tak kaya !! Dompet aku selalu saja kosong ....Aku takde kereta mewah ...!" 

         " Aiman....Aku Sarah Aiman .

Aku tak macam apa yang kau cakapkan tu....Aiman, tolonglah...Lepaskan aku.....Aku tetap akan bersama dengan kau ...Aku akan rawat kau ....Aku sayang dan cintakan kau , Aiman..." 

         " Apa kau cakap , hah ??? Rawat ,?? Kau anggap aku gilakan ?? Kau malu ada kekasih gilaaa ??" Sarkastik Aiman masih lagi mencengkam rahang Sarah.

         " Tolong sayang....Jangan buat Sarah begini...." Rayu Sarah lirih .Dia tetap cuba merayu walaupun dia tahu mungkin tiada gunanya .

         Masih terngiang- ngiang di telinganya kata- kata doktor lelaki itu .Aiman Syafiq kerap mengambil ubat depresi dan kunjunginya untuk sesi luahan rasa.Aiman sendiri pun tidak mahu jadi begitu.Dia terlalu tertekan pabila Sabrina kekasihnya itu tinggalkannya.

       Memang dia ada cerita tentang pembunuhan Sabrina .Di sebabkan tiada sesiapa yang tahu akan kebenarannya menganggap Aiman sudah mula berhalusinasi .Patutlah selama ini dia berkemeja lengan panjang , rupa- rupanya lengannya di penuhi kesan torehan.Namun begitu , ada satu lagi yang pakar itu tidak tahu tentang Aiman Syafiq ! Dia ketagih DARAH ! 

         " Argh !! Diam !! Diam! " 

          PANG ! PANG ! PANG ! Kepala Sarah yang terlentok itu , di tegakkan semula.

          " Maafkan aku Sarah ! Maafkan aku ....Aku terpaksa ...

AKU TERPAKSA BUNUH KAU !!" 

Lantas, dia menarik tali yang telah dia gantungkan dengan syringe besar itu.Baju T lengan panjang milik itu gadis itu di kelar dengan pisau rambonya sehingga terserlah lengan putihnya.

         " Tidur ya sayang ...Mari abang dodoikan....."  Dalam..

Makin dalam jarum panjang itu ditekankan .Laju sahaja cecair itu bergerak keluar.Sarah bagaikan terkena renjatan elektrik.Menggelepar dalam pelukan Aiman .

          Makin lama makin perlahan rontaan badannya.Tangan terus terkulai.Aiman membuka ikatan pada Sarah.Mayat Sarah di gendong lalu di baringkan atas meja.

         Perlahan- lahan dia tusukkan ' miliknya' itu, ke  tubuh kaku tanpa seurat benang itu.

          TANDA CINTAKU ....




(2016)


Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.