Home Novel Thriller/Aksi DARAH
DARAH
Pemburu Malam
26/11/2017 09:36:13
21,032
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 4

      DIA ralit , dan memandang tajam ke arah lukisan potret pada dinding itu.Adakalanya dia menyeringai tak ubah seperti haiwan pemangsa .Hanyir darah kuat baunya , memenuhi ruang udara bilik kedap itu.Menitis- nitis darah di lengannya.Ada kesan torehan baru.

      Bukannya warden di situ sengaja ingin membiarkan dia begitu tetapi.....

       Sampai sekarang , mereka tidak jumpa ' barang' yang lelaki itu gunakan sewaktu mencederakan tangannya.Tak mungkin ia pisau , tetapi sesuatu yang mereka sendiri pun kurang pasti apa.

        Dia tersenyum sinis kini.Puas ? Ya, memang dia cukup berpuas hati sekarang .Tambahan lagi , dia lihat musuhnya itu terbaring lesu.Kesan lebam sana- sini.

       " Kau gila !! " 

       " Hahaha !"

       " Aku tak sangka kau sejijik begini !! Mana pedoman kau hah ??" 

        " Hei !! Tak usah kau nak bercakap tentang pedoman pada aku !! Kau lihat diri kau sendiri !! Aku jadi begini!! Kerana manusia- manusia seperti kau !!!" Cengkaman pada rambut panjang itu makin kuat .Sengaja dia henyak- henyakkan.

        Puihhh!! Air ludahan dia sapu dengan jarinya . Dia terus bangkit.Bibir lelaki itu , dia cengkam lantas dia titiskan sejenis cecair.Menggelupur lelaki itu kepedihan.

        " Hahaha ! Sakit kan ??? Tu lah ! Aku cium tak sesakit ini tau ....Tapi kau ludah pula aku ya ! " 

        " Da....Da....Dari aku seksa.....Le....bih ba...ik kau bu.....buh aku ......!" Ucapnya tersekat- sekat .Pedih bibirnya .Menggelupur tubuhnya yang berikat itu.

        " Sakit ya ....??? Erm....Kasihann ......Tapi hati aku , yang kauorang semua sakitkan !! Ada kau tahu ???? Kau hina , kau ejekk aku , ada kau rasa tak , apa yang Aku RASA ,???" 

          Aiman seraya membaling cap peneman setianya itu ke lantai.Rambutnya di kusutkan sepertimana kusutnya fikiran dia! Tiba- tiba matanya tertancap pada pada sehelai plastik lutsinar.

          " Lebih baik kau BUNUH saja aku , Aiman !!! BUNUH saja aku ....!! " Ujar lelaki itu lemah selemah- lemahnya.Dia hilang upaya untuk bercakap pabila bibirnya semakin pedih dan berbahang.Umpama terkena api , ia menjadi gelembung .

           Hanya Aiman sahaja yang tahu cecair apa yang telah dia gunakan itu .Aiman kini tercegat di hadapannya.Tanpa sempat lelaki itu melafazkan syahadahnya plastik itu terus dia pekupkan ke mukanya , sehingga dia rebah .Menggelepar mencari udara  .Makin dia menggelepar makin kuat Aiman tekan plastik itu ke mukanya .

         Dr Amni berkerut dahinya.Lelaki didalam sel itu seolah - olah sedang melakukan imbasan semula apa yang telah dia lakukan selama ini.Dia menekup permukaan lantai dengan rakus.

         " Doktor yakin ? " 

         " ya, jangan bimbang jika berlaku lagi saya akan cepat- cepat keluar...." 

          " Hurm , baiklah jika Dr dah berkata begitu ....Tapi ingat , tolong jaga keselamatan Dr....Dia amat merbahaya!" Mangga telah dibukakan, kod rahsia juga telah di masukkan.Pintu kini terbuka luas.

        ' Bismillah...' Tatkala kakinya mulai melangkah masuk.Aiman kini duduk terpunduk memeluk lututnya.Dia juga seakan berkata sesuatu tetapi agak perlahan.Sukar untuk Dr Amni menelahnya .

         Mata dua orang warden tak lepas dari memandang mereka berdua dalam bilik sel itu.Mata Dr Amni seperti biasa akan meneliti dinding yang semakin penuh dengan tulisan dan potret .

         " Dia juga aku bunuh ! " 

Dr Amni meletakkan perakam suara di tepinya .Sengaja dia membisu ." Hihihi...Aku bunuh dia ......Aku haus .....Aku haus darah manusia.....!! Dan dia pula menyakitkan hati aku !! " oktaf suara Aiman makin meninggi.

        Seperti biasa kemeja putih dia cucikan dalam sinki.Air yang putih kini kemerahan.Dia tersenyum .Selagi wanita itu bukan bermula pangkal ' S' , romeo kota itu takkan menyentuh mereka, cukuplah sekadar mempermainkan cinta mereka dan meniduri mereka.One night stand ! 

        Masih terbayang bagaimana kesan suntikan arsenik itu pada gadis berumur 23 tahun itu.Ya, seperti biasa akan meniduri mereka- mereka  ini. Jika ada yang ' menolak permintaan' dia tetap mahukannya.

        Dan setiap gadis akan dia siasat siapa mereka ini .Ayat romantis dan cara belaiannya umpan paling hebat ! Apatah lagi aset pada wajahnya itu.

        " Mereka rasa itu jijik ! Tapi, aku tak....Aku suka melihat , mendengar rayuan mereka.....Hihihi.." 

         Dr Amni tetap menelinga walaupun dia berkali menelan liur tatkala mendengar kisah 18 sx lelaki itu.

          Masih terngiang - ngiang dan terbayang- bayang wajah mereka.Merayu, menangis kala dirinya ' menunggangi' mereka.Kala dia mengelar , menikam dan pelbagai jenis lagi seksaan.

          Sedang Aiman ralit mencuci sinki yang masih lagi ada sisa darah, pinggangnya di peluk erat dari arah belakang." Sayang ! Darah ! Hei ! Kenapa dengan you, sayang ?? You tercedera ke ? Mari i tengok...By the way you ke mana ?.? And how come i boleh terlena pulak ??? Ermmm....Sayang ....I really miss you.  .You tak rindu kan i ke??? " bertubi bagaikan peluru sesat .

          Aiman Syafiq kini terdiam.Terperanjat juga , bila masa perempuan ni datang ? 

           " Hei sayang, what ' s wrong with you mr Enrique ?" 

           " Nothing ..." 

           " Then ? Why ? You sebenarnya dari mana ? You , you tinggalkan I ya....? " 

            Aiman berpaling lalu merenungnya tanpa jawapan.Gadis seksi itu pula perlukan jawapannya.Dia tetap membuntuti lelaki itu ke arah kamar.

            Aiman terus merebahkan dirinya atas tilam sambil kedua tangannya disilangkan ke belakang kepalanya .Ulah lelaki itu membuatkan Sally merasa tercabar.Kenapa masih tiada jawapan dari nya ? Jika benar dia keluar , tapi ke mana ? Kenapa tak bagitahu dia ? 

          " Hei ! You i tanya ni....?" 

          " Nothing..." 

           " Liar ! Such a liar !" Bentak Sally mulai memberontak.Sengaja dia tunjuk protes dengan duduk bersilang kaki di kerusi membelakangkan meja solek.

           Aiman Syafiq bingkas bangun dari pembaringannya seraya merenung Sally dengan satu pandangan yang sukar di mengertikan.Lama sekali .Sally yang sengaja tunjuk protes kini tidak senang duduk.Renungan lelaki itu sungguh tajam dia rasakan.Bergerak- gerak rahang Aiman kini.Rasa panas sekali .

         Dia keletihan sebenarnya .Maklumlah tadi ada ' banyak kerja ' .

         " Sepatutnya aku cucuk kau sampai mati " 

          " Apa maksud you , Enrique ?" Sally mulai rasa berdebar.Duduknya kerap bertukar.

          " kan aku dah kata tadi , sepatutnya aku cucuk kau sampai mati ....." 

          Aiman Syafiq menurunkan kakinya ke lantai.Perlahan- lahan dia tarik keluar syringe berisi bath salt  dari dalam poket belakang seluarnya.

          Ketika Aiman mulai menapak ke arahnya.Sally bingkas bangun.Dia seolah dapat menghidu sesuatu yang kurang baik kini.Dan dia juga menapak perlahan untuk mendekati pintu kamar.

           Aiman dapat lihat kerlingan mata gadis itu ke arah pintu.Dia tersenyum sinis." Sayang , you jangan main- main begini dengan i ....I tak sukalah....You ingat ini filem thriller ke ...?" Soal Sally sengaja memasukkan jenaka.Kecut juga hatinya kini apatah lagi tiada tawa malahan senyuman dari wajah itu.

         " Ah ! " Jerit Sally terkejut pabila Aiman menerkam ke arahnya yang semakin menghampiri pintu .Sally meneguk liur pabila matanya tertancap pada sesuatu yang berada di tangan Aiman yang kian melebar senyuman sinisnya.

         " You ! Jangan main-main dengan..."

          " Shut upppp !! Too much talking .....! Siapa yang mahu bermain dengan kau hah ??? Perempuan Jalang !! " 

           Membuntang mata Sally pabila hina sekali dirinya pada pandangan lelaki itu .Sally makin yakin kini ada sesuatu yang tak ' beres ' pada Aiman Syafiq a.k.a Enrique .

           " Hahaha ! Perempuan jalang itu memang bodoh ! Aku sengaja rebahkan diri aku ! Supaya dia mendapatkan aku ! " ujar lelaki berambut serabai itu seraya mengopek parut lukanya sehingga berdarah- darah.

           Mungkin pada pandangan orang lain ia menjijikan namun tak buat Dr Amni.Sedari tadi dia tatap wajah itu , dia dengar luahan hati lelaki misteri itu.

            " Dr Amni , awak okay ?" Soal suara dari earphone di telinganya .Dia memandang melalui jeriji , lalu mengangguk pada warden itu.Perakam suara juga makin panas.

            " Tolong , you .....Jangan buat I begini ?? Apa salah I ?? I love you honey ! I love you ...." ujar Sally dengan pandangan yang kian kabur.

             Kini dia terikat di atas katil.Aiman Syafiq melonggarkan tali pinggangnya .

              " Ah ! Sakit !! " 

               " Allah ! Sakit !!You tolong jangan buat I begini ...!! " Rayu Sally benar - benar sakit pabila tubuhnya di libas dengan tali pinggang berkali- kali tanpa belas.Habis tubuh dan wajahnya berbekas libasan itu.

            " Sakit sayang ???? Sakit ??? Kasihan sayang, ya....!! Sakit ya sayang.....Meh sini abang ada ubat ..." Penutup syringe keempat digigit lantas lengan yang kian lemah itu di tekan dengan jarumnya.

            Puihh !! Dia melepaskan lengan yang tadi menggeletar teruk kini semakin kaku.Pada pandangan Sally, kamar itu semakin gelap.Matanya semakin juling lalu tersenyum sendirian.

            Tiada suara yang mampu dia luah kan .Hanya mulutnya sahaja yang ternganga- nganga kini .Dia ingin bersuara , dia sakit !! Sangat sakit pabila libasan demi libasan tali pinggang itu mengenai tubuhnya.

            Buih- buih putih kian mengalir dari bibirnya.Seksa sekali gadis itu menamatkan riwayatnya.Buih- buih putih berlinangan keluar membasahi dagu dan lehernya.

            Perakam suara dihentikan.Dr Amni dapat menghidu melalui pergerakkan lelaki itu.Warden mulai masuk , " kau takut ??? Kau takutkan ?? Hahaha ...." Ujarnya sinis .

            Dr Amni kian mengundur ke arah pintu pabila lelaki itu kian merapatinya." Kenapa kau takut dengan aku Sabrina ? Kenapa ?? Kenapa kau curangi cinta aku , Sabrina,??" 

            " kenapaaa !!! " Meja di tolak dengan kuat sehingga ia terbalik.Mangga cepat- cepat di kunci semula dengan teliti.

            Dr Amni sempat melihat ulahnya yang meratib kembali sambil mengusutkan rambutnya yang semakin kembang itu.Warden pula melepaskan nafasnya kerana tidak tertahan dengan bau tubuh lelaki itu.

           Hanya Dr Amni yang mampu menahannya .

            " Aiman Syafiq pesakit ku yang ke 7 .Aku dapat merasakan kesedihan dalam dirinya...." 

             Butang off pada perakam suara ditangannya di tekan .




(Kini)


Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.