Home Novel Seram/Misteri LANGSUIR
LANGSUIR
Illya Abdullah
18/3/2018 12:31:43
21,547
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Prolog

 

PROLOG

1928

 

DICALIT pewarna merah pada bibirmungilnya. Dia mengulum senyuman seraya memandang ke arah cermin. Diamengusap-usap wajahnya. Kejelitaan yang dimiliki sering menjadi kebanggannya. Kejelitaanyang buat gadis-gadis lain berasa cemburu. Begitu juga dengan suaranya yangmerdu memikat hati sang teruna. Dia melepaskan simpulan rambutnya. Teruraipanjang rambut ikal itu separas pinggang.

            Namun,hidupnya tidak seindah dengan kebahagiaan. Ada sumpahan yang mengalir dalamtubuhnya itu. Sumpahan yang tiada penawarnya. Di sebalik kejelitaan wajahnyaitu dia menyimpan satu rahsia. Ilmu yang dipelajari memakan diri. Rupa jelitaakan kekal ssetiap kali dia menyapu kulit mukanya itu dengan darah anak dara.Dia akan berpindah dari satu kampung ke kampungn yang lain akan perbuatannyaitu tidak dihidu.

            Diasisipkan bunga kemboja putih di rambutnya. Haruman bunga kemboja itu menjadikegemarannya. Orang selalu mengaitkan haruman bunga kemboja dengan hantu. Diatidak peduli. Bunga-bunga kemboja sentiasa menghiasai biliknya.

            “MasAyu!”

            Namanyadiseru. Dia melangkah keluar dari biliknya. Dia membuka pintu. Bibirnyamenguntum senyuman melihat tetamu yang tidak diundang itu.

            “Adaapa urusan kau mencari aku, Melati?”

            “Kaubenar-benar perempuan yang tidak tahu malu!” Perempuan yang bernama Melati ituterus menghamburkan kemarahannya.

            “Kalaukau ingin bercakap pasal Musa, dia yang datang kepada aku! Aku tidak pernahmenggoda dia.”

            Melatimengetap bibir. Dia begitu cemburukan Mas Ayu sejak wanita itu datang menetapdi kampung mereka.

            “Kauyang menyihir suami aku. Kau fikir aku tidak tahu?”

            MasAyu ketawa kecil. Jika lelaki itu datang kepadanya, itu bukan salah dia. Perempuanseperti Melati yang tidak tahu menjaga suami.

            “Ikatsuami kau jika tidak mahu dia datang kepada aku.”

            MasAyu menutup pintu. Amarah Melati sampai kemuncak dengan tingkah angkuh Mas Ayu.Api dendam tersimpan di hati Melati.

Malam itu MasAyu keluar bersendirian tanpa ditemani oleh pembantunya. Dia sudah mengaturkantemujanji dengan kekasihnya di tempat biasa mereka bertemu. Tanpa Mas Ayusedari ada mata yang sedang menghendap secara curi-curi. Langkah Mas Ayudiekori.

Mas Ayu menantidi tepi sungai itu dalam suasa malam yang diterangi dengan cahaya bulan terang.Hatinya menggelisah. Batang hidung kekasihnya masih tidak kelihatan.

“Orang yang kautunggu tidak akan tunjuk mukanya.”

Mas Ayumemusingkan tubuhnya.

“Melati! Apa kaubuat di sini?” Bola mata hitamnya membulat besa melihat Melati.

Melati bersamadengan dua orang suruhan itu tersengih. Malam ini adalah malam terakhir buatMas Ayu. Dia tidak akan membiarkan Mas Ayu bernafas di atas muka bumi ini lagi.  Dia akan lenyapkan Mas Ayu.

            “Akuberikan habuan kepada orang suruhan kekasih kau. Kononnya kekasih kau mahubertemu di tempat pertemuan kamu berdua malam ini secara berseorangan.” Melatiyang merancang segala-galanya.

            Melatimengarahkan kedua orang suruhannya menangkap Mas Ayu. Kedua belah lengan MasAyu dicengkam kuat.

            “Lepaskanaku!”

            Melatimencapai sebatang kayu lalu memukul kepala Mas ayu. Mas Ayu melutut di tanah.Darah mengalir keluar dari kepalanya. Melati mencekak rahang muka Mas Ayu.Diludahnya muka itu. Perasaan bencinya kepada Mas Ayu meluap-luap.

            Melatimenarik keluar kerambit yang dibawa. Bilah kerambit itu bermain-main dileherjinjang Mas Ayu. Melati menggelar leher Mas Ayu. Darah memancut laju menyimbahtanah. Kedua orang suruhan Melati melepaskan pengangan mereka. Mas Ayumengeletik bagai ayam disembelih.

Melati merenguskasar. Mas Ayu masih dilihat bernyawa. Perut Mas Ayu ditikam bertalu-taludengan kerambit. Darah membuak keluar dari mulutnya. Melati masih tidak berpuashati. Dia cukup benci melihat wajah jelita itu. Lantas bilah kerambitmenoreh-noreh muka Mas Ayu hingga menjadi hodoh. Melati ketawa puas hatimelihat Mas Ayu yang sudah putus nyawa itu.

“Kuburkan sajaperempuan ini dalam hutan itu. Jangan diletakan sebarang tanda. Biar tiadasesiapa yang menemui jasadnya.” getus Melati.

           

 

SUSUK seorang tubuh manusia sedangbersusah payah mengorek tanah seperti kuburan itu. Tidak dihiraukan peluh yangmenitik. Matanya berair apabila melihat rambut di dalam tanah itu. Diamencampakkan cangkul ke atas. Tangannya pula digunakan untuk mengorek tanahitu.  Lelaki berbadan bongkok itumengangkat jasad Mas Ayu keluar dari lubang kubur yang dikorek. Jasad itudipaut erat. Sedikit pun dia tidak berasa gerun. Sedihnya bukan main kepalangapabila menerima berita kehilangan Mas Ayu. Dengan ilmu yang ada di dadanya diaberjaya juga menemui Mas Ayu. Tapi hanya jasad yang sudah tidak bernyawa.

            “MasAyu… aku akan bangkitkan kau kembali.”

            Mulutnyaterkumat-kamit membaca mantera. Tangannya memegang sebatang paku yang panjang. Langitmenjadi gelap. Bulan yang kelihatan sudah diselubungi dengan awan hitam. Anginmenderu-deru menyapa di kawasan hutan yang sunyi sepi itu. Bunyi burung hantusaling bersahutan.

            Pakusegera dibenamkan di belakang tengkuk Mas Ayu. Mata Mas Ayu terbelalak.Rambutnya mengurai ditiup angin. Urat-urat kelihatan timbul pada wajahnya.Jelas penderitaan pada raut wajah itu. Jeritan Mas Ayu bergema.

            MasAyu menjelma menjadi manusia. Air mukanya tampak garang. Kejelitaan yangdirosakkan oleh Melati kembali seperti sediakala. Dia merenung lelaki berbadanbongkok itu tajam.

            “Ayuhkita pulang, Mas Ayu…” Lelaki itu menghulurkan tangannya. Mas Ayu Ayu menyambuthuluran itu.

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.